Tuesday, April 23, 2013

Lebih Dari Setengah Juta Saman AES Sudah Dikeluarkan..Siapa Yang Untung?Penyerahan Banner Blilik Gerakan Di Padang Changkat


Pada hari Selasa yang lalu 16 hb April 2013 telah berlangsung satu majlis di Kg Padang Changkat untuk membuat pengisytiharan Calon DUN Bota kepada penduduk tempatan setelah ianya dilakukan di Manjoi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada malam sebelumnya.Pengisytiharan ini dilakukan oleh Dr Lim Boon Chai Ahli Parlimen Gopeng dan juga Naib Ketua PKR Perak.Majlis juga turut melakukan upacara penyerahan banner dan makanan kepada 16 Bilik Gerakan PKR didalam DUN Bota.Ianya disampaikan sendiri oleh calon DUN Bota,Ustaz Zulkifli Ibrahim kepada setiap ketua Jentera Daerah Mengundi.


Dalam ucapannya Dr Lim Boon Chai telah menekankan beberapa isu isu nasional untuk difahami oleh rakyat.Perkara pertama yang dijelaskan oleh beliau ialah berkenaan dengan Saman AES.Kaedah AES yang dijalankan di negara ini kelihatan pelik dan jauh berbeza dengan sebagaimana yang dipraktikkan dinegara maju.Negara maju,segala hasil dari saman dikembalikan kepada kerajaan dan wang tersebut digunakan kembali untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat.Tetapi di Malaysia,peperatusan tertentu diberi kepada syarikat syarikat tertentu atas alasan kos penyelengaraan.Syarikat ini dikatakan mendapat RM 16 keatas setiap saman yang dikeluarkan.

Dr Lee pernah bertanyakan soalan kepada Parlimen mengenai jumlah saman yang dikeluarkan sehingga hari ini.Suatu jawapan yang mengejutkan telah keluar dari mulut Menteri berkenaan.Sebanyak lebih dari setengah juta saman AES telah dikeluarkan sehingga hari ini dari cuma 14 peranti yang beroperasi!.Cuba fikirkan sekira nya peranti ini siap dipasang semuanya.Rakyat terpaksa mengikat perut untuk bayar saman AES.Keterangan lanjut untuk AES ini bolehlah kesini dan kesitu.


Seterusnya Dr Lim Boon Chai mengisytiharkan Ustaz Zulkifly Ibrahim sebagai Calun PKR untuk mengisi DUN Bota.Beliau berangapan bahawa calon yang dipilih ini adalah yang terbaik untuk dipilih oleh rakyat.Ustaz Zul dianggap sebagai calon yang serba berkebolehan dari segi agama,kepimpinan dan semangat juang yang baik.Rakyat Bota seharusnya mengambil kesempatan ini untuk melakukan perubahan untuk kesejahteraan dan kebaikan bersama.

Men In Black AIC

No comments:

Linkwithin