Friday, May 8, 2009

Tragedi 7 Mei 2009 : Umno kerana ajar teknik merampas kuasa DUN

Langkah 1 . Sediakan pelompat - pelompat jarak dekat dan jauh .

Langkah 2 . Tangkap penyokong

Langkah 3 : Tangkap Speaker dan heret keluar .


Langkah 4 : Lantik Speaker haram


Langkah 5: Jadi MB haram dan umumkan PR mengamalkan undang - undang rimba .Pulak dahhh....


Selamat mencuba !

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Mengapa Zambry Tidak Mengaku Najis Itu Kepunyaannya?





Saya tidak dapat menahan ketawa apabila melihat kenyataan media MB Kudeta, Zambry, yang disiarkan di TV3 dalam siaran berita jam 8.00 malam tadi. Bukan main sedap lagi mulut hitam Zambry mengutuk Pakatan Rakyat (PR) yang katanya tidak menghormati undng-undang, melaksanakan undang-undang rimba dan menyusahkan Raja Nazrin kerana terpaksa menunggu selama 5 jam akibat kekecohan yang berlaku dalam DUN pagi tadi.

Yang lucunya ialah apabila Zambry menyebut PR tidak menghormati undng-undang, melaksanakan undang-undang rimba dan menyusahkan Raja Nazrin kerana terpaksa menunggu selama 5 jam akibat kekecohan yang berlaku. Angkara siapa semua yang berlaku itu?

Siapa yang tidak menghormati undang-undang, Zambry? Kalau menghormati undang-undang mengapa juak-juak engkau mengeluarkan Speaker dari kerusi DUN secara kekerasan yang tidak pernah berlaku di mana-mana Dewan mana-mana negara di planet bumi ini?

Siapa yang mengikut undang-undang rimba, Zambry? Jika bukan undang-undang rimba yang menjadi pegangan kamu, undang-undang apa namanya yang kamu pakai hingga apabila diarahkan Speaker keluar, engkau buat-buat pekak badak? Apakah ia undang-undang badak sumbu?

Dan siapa yang bertanggung jawab menyebabkan persidangan Dewan tertangguh selama lima jam, jika bukan kerana kamu Zambry, yang enggan mematuhi arahan Speaker? Jika engkau serta EXCO dan 3 katak itu bertindak gentleman dengan keluar Dewan, persidangan dapat diteruskan dengan licin dan Raja Nazrin tidak perlu menunggu 5 jam di luar. Tapi engkau tidak peduli kesusahan baginda, kerana apa yang penting bagi kau ialah terus bertenggek atas takhta MB yang tidak sah itu.

Dan sekarang Zambry menyalahkan orang lain atas apa yang dilakukannya. Lawak sungguh! Dia yang berak tepi jalan tapi tidak mengaku najis itu kepunyaannya!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Mat Rempit mengganas di Telok Bakong !




kelulut@telokbakong.com
7.05.09

rempit2
Pada cuti Hari Buruh lepas penulis pulang kekampung. Malam-malam bercuti yang sepatutnya penuh ketenangan bertukar ‘menyirap darah’. Bermula selepas maghrib Mat motor yang entah dari mana datangnya sudah berkeliaran.

Rupa-rupanya pada malam tersebut ada mini konsert tepi Teben. Disusuli acara tarian ala joget lambak serta nyanyian. Dengar khabarnya ada artis jemputan dan Mak Nyah.

Maka bergemalah Sungai Perak dengan dendangan pelbagai irama. Menjelang lewat malam hampir ratusan Mat Rempit mula memenuhi jalan raya. Berkumpul dan membentuk dua kumpulan.

Dan bermula aksi wheelie cabar mencabar. Penulis dan keluarga yang kebetulan sedang membuat persediaan kenduri merasa tidak selesa. Maklumlah penat. Manakala anak kecil sudah ketakutan dengan bunyi bising enjin motosikal.

Penulis memberanikan diri pergi dan berjumpa mereka. Bertanya kenapa membuat bising diatas jalanraya. Dengan menahan geram tapi masih bersabar saya bertanya secara sindir.

” Ngape motor kome rosak ke ?” saya bertanya maka dijawab salah seorang dari mereka ; ” ijakkk…” saya menambah soalan lagi ; ” mun kala tak rosak buat ape ingo depan romah orang ni ” ?

Tiba - tiba ini jawapan mereka; ” deme nak betombok sebab deme kene sound mase menari tadi ate udah leme tak pueh ati ” ( mereka hendak bergaduh kerana semasa menari tadi ada orang menegur kerana merokok ketika menari).

Saya pun menambah lagi dengan sindiran ; ” ate pegi tombok…. yang moto pulak ingo ape pase ..?? mereka terus terdiam. Selang beberapa minit Polis Peronda dan mat-mat rempit itu bertempiaran lagi disegenap ceruk kampung.

Polis bertanya apa yang berlaku. Kemudian adik penulis memanggil dua pemuda yang menyorok dihalaman rumah kami. Apabila ditanya mereka bukanlah berasal dari kampung yang berhampiran. Menurut mereka hampir 60 peratus adalah adalah orang luar. Salah seorang yang kami tanya berasal dari Manong.

Kesimpulannya, pihak yang menyediakan kemudahan untuk mereka berkumpul harus ambil ikhtibar.

Natijah buruk akan timbul. Anak - anak muda yang datang dari pelbagai latar belakang. Jika dulu tiada pasangan yang yang berani lepak ditepi sungai kini sudah ada(orang luar). Bau-bauan asap yang yang mencurigakan juga sudah ada. Tin-tin minuman keras sudah dijumpai.

Malah semasa saya bertanya sebelum itu mereka mengaku ada mat rempit yang sudah
“pening”.

TBO berharap pihak yang bertanggungjawab memikul amanah di Telok Bakong mencari penyelesaian bukan menambahkan tekanan. Masalah yang dihadapi penduduk kampung pun sudah tidak tertanggung.

Salah seorang pengusahanya turut mengakui meraka tidak mampu untuk ‘kontrol’ jika sudah terlalu ramai .

Sebelum terlambat selamatkan anak bangsamu !

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Thursday, May 7, 2009

'Bisikan diraja' untuk Pakatan


Khamis Mei 7, 2009


oleh G. MANIMARAN

RAJA Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan sesuatu kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) setelah kedua-duanya dititahkan menghampiri baginda selepas Nizar dilihat menyatakan sesuatu dari bahagian tengah Dewan sejurus baginda berangkat masuk. Insiden itu berlaku sebelum Raja Nazrin Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. --fotoBERNAMA

IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.

"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.
Di paksa bangun...buruk perangai UBN nak lagi kome ngundi deme...

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. "Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas," kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

"Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerjadengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

"Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, "saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat."
Bertahan sehingga saat terakhir
Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah:

"Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah."

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu.

DS Nizar di Panggil Mengadap di Kamar Raja

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Raja Muda Perak masuk ke dewan

Selesai bertitah merasmikan persidangan Dun Raja Nazrin bersalam dengan adun-adun.

Speaker PR di seret keluar,tindakan zaman hukum rimba


Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato’ Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.
-Blog Cina Islam

Rampas Kuasa Lagi




Update 11.30 pagi

Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

Update 11.25 pagi

Semua wartawan udah getik ninggaikan dewan

Usul Speaker Haram

Sidang Bawah Pokok tak sah
Memecat Speaker PR

Deme 'meluluskan' usul haram oleh pengundi haram



Update 11.21 pagi
Sidang dewan kelam kabut. terbaru diberitahu.Speaker Siva telah diculik oleh ADUN BN dengan bantuan pengawal keselamatan. Masih lagi riuh rendah didalam dewan.





Update 11.10
Pintu Utama Dewan Di kunci,sesiapa pun pun tak boleh keluar atau masuk.


Timbalan speaker Adun Jelapang..udah nak ngantung Sivakumar pulak..Dia jadi speaker Haram.Deme lantik Ganesan Speaker..Adun PR marah ...tindakan paling memalukan demokrasi Malaysia.

Deme kemaruk sangat padahal Sidang belum bermula..lawak..lawak...kene usul dulu lepas tu Speaker Sah akan tolak..kah2...mangkuk -mangkuk BN jadi badut boleh lah...

Speaker Ngumbankan Usul Zambrey


Update 10.50

Speaker mengiring Raja Nazrin keluar Dewan...nak masuk balik dewan Adun Bn menghalang...ngotek nampaknya ni...
Update 10.45
Adun Pompuan BN udah nguruh security ngalau Speaker pulak...udah gila kuasa tak tau sape heif Besor didalam Dewan...tak ker Speaker tu Ketua Dewan...hal rope nipun tak reti...orang benak macam ni deme ngundu jadi adun...uwekk!!!

Update 10.40
Kelihatan SU Dewan PR Misbahul ninggaikan Bangunan SUK.
Udah bercempere di dalam Dewan..tegang setegang tegangnya..

Zamrey Mamak ngusulkan nak buang speaker .Adun BN pun ngundi...tapi Speker bertempik nolak usul tu...terkejut deme hahaha...hencet kome dr dewan ni katenye

Speaker suruh security jalankan koje deme ngalau 10 Adun BN yang tak reti bahasa keluar,udah keluar baru persidangan di teruskan.

Gambo Terkini Di SUK Perak

Update 10.15pagi

10 Adun BN di halau keluor dewan oleh Speaker
namun deme bantah tua degil nak mampus tak mau hincit!!!

Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.



cayalah..ni yang seronok....ini bermakna kita lah pemerintah ini negeri...





Gelabahnya UBN

Update:8.30Pagi

Jalan jam di sekitar Gereja Silibin...sesape yang koje area SUK sila bawak pas koje tunjuk kat polis tu untuk lepas sekatan.


Pagi ni aku keluar rumah udah nampak trak polis di kawasan Gugusan Manjoi.Jalan Pasar dan Jalan Perwira penuh dengan polis bercota.Situasi ini tak pernah dialami penduduk tempatan.Jelas memberi gambaran betapa 'desperate' Mamak Zambry sebagai MB Besor Perak Yang Masih Tak Sah Sah menahan gelombang kebangkitan rakyat.

Mari kita tengok berjaye ke pun sekatan polis ni menahan Tentera Hitam...sama2 kita nengok...

Wednesday, May 6, 2009

SUK:Praktikalkah Jalan Utama Di Tutup!!


Ketika mahu pulang ke Ipoh dua sekatan polis menyebabkan deretan kenderaan beratur.Satu di depan jejantas UTP Tronoh dan dikawasan Papan.Faedahnya tiada kepada pengguna jalanraya.Setiap kali isu besar sejak di bawah pemerintahan BN di Perak ni pengguna jalanraya akan naik angin dan marah kepada UMNO dan BN.

Bukan menyenangkan rakyat.Bertambah getik rakyat kepada BN.Bagi staff premis kerajaan di sekitar bangunan SUK lagi hangin bila pagi lagi dah susah nak ke pejabat akibat penutupan jalan utama.Slogan utamakan rakyat hanya retorik sahaja.Sebenarnya tak ada kesan pun sekatan jalanraya kalau rakyat tetap nak datang.Tengoklah dulu pun sekatan jalan dibuat rakyat tetap hadir ke Sidang Dun Bawah Pokok.

Akibat Sidang Dun urusan kerajaan di premis berhampiran akan terjejas.Bukan semua yang lalu jalan tu nak berhimpun haram,ada yang bekerja ,ada yang berurusan dengan jabatan kerajaan.Memang menyusahkan...alangkah moleknya kalau polis trafik menjaga kelancaran lalulintas di kawasan terbabit.

Bagi yang menghantar anak ke Pusat Jagaan Anak di Bangunan SUK sendiri sudah pasti terpaksa berjalan kaki jauh untuk menghantar anak-anak.Beginilah 1Malaysia...rakyat didahulukan...nampaknya hanya mainan dibibir...Gamaknya polis yang kena suruh jaga 'road block' tu udah cemuih,apa nak buat arahan kate deme...bukannya apa pun aku lalu jer senyum jer polis tu suruh jalan...Aku minta satu jer kat polis ,letak ler polis pompuan ijak marah sgt deme yang jam tu...hehehe

Kalu tujuan sekatan jalan tu nak menahan kemasukkan penyokong PR berkesan ker idak entah ler...deme bukannya tengin nak nunjukkan identiti awal2 lagi...Apa pun Sidang Dun tetap menarik perhatian ramai...kita tengok sape yang nguling esok...tekanan kat BN bukan PR...

PRU 13 PASTI TIBA......JANTAN LAWAN JANTAN tu pun kalau BN MASIH JANTAN LE

Umno gentar Ulama dan profesional bersatu , Pas pula celaru.



kelulut@telokbakong.com

6.05.09


Akhbar arus perdana milik Umno semakin bernafsu untuk menyiarkan pemilihan pucuk pimpinan Pas .Kisah dan cerita yang bersalut adu domba . Ditambah pula dengan kehangatan media alternatif .

Tugas media massa nampaknya lebih mudah dicedok daripada blog para pemimpin Pas sendiri .Maka olahan pandangan diputar belit bagi mengelirukan rakyat khasnya ahli parti .

Persoalannya salah siapa ? Musuh sudah tentu menunggu peluang daripada bahan yang disediakankan sendiri oleh pemimpin Pas itu .

Contohnya sebuah laman citramaya , anak kepada pemimpin besar parti. Citrawan itu telah berjaya menukilkan kisah yang boleh menguntungkan pihak musuh .

Kesannya pihak pimpinan dari pelbagai lapisan mudah tuduh menuduh dan membuat andaian yang songsang .Rakyat melihat seolah - olah sudah wujud pergeseran didalam parti .Walaupun pimpinan menafikan dengan pelbagai versi dan riwayat kesan negatifnya tetap ada .

Persoalan yang perlu dijawab ialah kenapa isu yang dibangkitkan oleh citrawan putera ulama diambang pemilihan pucuk pimpinan ? .Apakah sudah tiada saluran yang lebih efektif mahu dijadikan medan terbaik ?.

Mungkin sebahagian dari kita sudah merasa tergugat , bongkak atau sudah hilang pedoman .

Analisa tentang pemilihan pucuk pimpinan Pas kita telah dibuat akhbar milik UMNO -BN .Stesen TV pula sudah merumus pihak sepatutnya menjadi pilihan perwakilan PAS .

Jujurkah mereka apabila membuat analisa tantang pemilihan pucuk pimpinan Pas ? .

Jawapannya sudah pasti ianya hanyalah adu domba untuk memecah- belahkan kesatuan ahli Pas .

Kesimpulannya , sebahagian pemimpin Pas sudah membuka ruang untuk diserang oleh musuh .Diketika Umno ketiadaan isu mahu di ketengahkan .Ada pula yang membuka pekung ciptaan sendiri . Kononnya untuk mendedahkan kepincangan .

Fakta sebenarnya ialah Umno amat gentar apabila profesional dan ulama didalam Pas bersatu .Maka ditiupkan api permusuhan secara halus. Nampaknya telah berjaya memerangkap segelintir tokoh .

Umno sebuah parti yang ditolak oleh golongan agamawan natijahya parti itu bergelumang noda .Pas pula sedang membina empayar gabungan ampuh agamawan dan profesional inilah yang dicemburui lawan .

Umno pasti tidak akan duduk diam dan akan cuba merobohkan 'binaan' kukuh ini .Tambahan pula pengundi bukan Melayu sudah semakin tertarik dan sudah membuktikan mereka boleh mengundi Pas .

Terpulanglah kepada kepimpinan Pas jika mahu ditakuk lama .Maka mudahlah Umno memulas telinga .

Apakah segelintir pemimpin Pas hanya selesa kekal sebagai pembangkang ?


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Tuesday, May 5, 2009

Baju Warna Hitam Tanda Protes Sidang DUN



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini.

NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihan Raya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.

Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan.

Bersih akan mengadakan sidang media jam 10 pagi esok di Kuala Lumpur bagi mengumumkan pendiriannya tentang perkara tersebut.

Sementara itu, Speaker DUN V Sivakumar berkata beliau telah mengutuskan surat rasmi kepada Sultan Perak pagi ini, memohon baginda menangguhkan persidangan tersebut "buat sementara waktu" bagi mengelakkan insiden "yang sukar dikawal."

Beliau juga berharap persidangan DUN dapat diadakan selepas pertikaian antara menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir.

"Saya juga berasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.

Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang dewan negeri diadakan dalam kedudukan YAB menteri besar Perak masih dalam pertikaian di mahkamah."

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan DUN itu sewaktu persidangan sedang berlangsung.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini telah menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK dan seruan yang
sama juga didapati di laman-laman blog tertentu dan media alternatif.

"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut," beliau dipetik berkata hari ini.

"Polis akan bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang merancang atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam."

Beliau juga menyeru pengguna-pengguna jalan raya tidak menggunakan jalan-jalan berdekatan dengan bangunan DUN pada hari tersebut dan menasihatkan orang ramai yang tiada kaitan dengan persidangan itu supaya tidak berkumpul dan mereka yang menerima jemputan sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut.

Zulkefli berkata satu perjumpaan antara polis dengan wakil-wakil dan ADUN PAS, PKR dan BN telah diadakan pagi tadi di ibu pejabat kontinjen Perak untuk berbincang bagi melancarkan perjalanan sidang dewan berkenaan tetapi beliau dukacita wakil parti DAP tidak turut serta walaupun telah dijemput sama dalam pertemuan tersebut.

Monday, May 4, 2009

Rentap Habis:Tebas Rapat Juara !!!

Pasukan Yang Bertanding Tebas Rapat(Kg Telok Bakong Tengah),Rembat Otai(Kg Paloh),Tajak Kedah (Padang Marhom)

Kejohanan Bolasepak Sungai Perak telah berjaya dijayakan dengan jayanya.3 pasukan mewakili 3 kampung di Telok bakong memakai nama yang agak pelik dan sukar untuk mengenali pemain yang mewakili pasukkan mana.

Maklumat yang di terima Kg Telok Bakong Tengah menjadi juara,Kg Paloh naib juara dan Kg Padang Marhom tempat ketiga.Hahaha sedap dengornye tempat ketiga,mun 3 pasukkan jer ada kira last corot ler tu.

Juara mendapat hadiah wang tunai RM 200 serta makan bihun.Naib juara RMnya tak pasti dan makan bihun.Pasukan Padang Marhom berjaya juga mendapatkan bihun yang lazat itu.

Mat Kulop Ayo Goal Keeper Yang Hebat

Ketika perlawanan pengadil import dari Lambor Saudara Budin(kalau tak salah ler namanya)telah bertindak tegas dan garang .Tindakkan penjaga gol mengangkat kain sedikit untuk tendangan percuma telah memberikan sepakan penalti.Namun kesilapannya itu berjaya di tebus dengan berjaya menyelamatkan tendang penalti yang di ambil oleh saudara Amri(Oli Harun) dari pasukan Padang Marhom.
Merambas Kaki We Zari Baki sebelum perlawanan klasiko.

Suasana amat meriah dengan kehadiran penyokong terutama isteri-isteri yang amat risau tahap kekuatan kain batik yang dipinjamkan kepada suami.Terdapat pemain gantian yang merayu-rayu nak masuk,mun udah seronok jenuh mujuk deme membuat pertukaran.Penuh bergaya

Wartawan Sinar Harian turut membuat liputan.Begitu berprestijnye Rentap Habis julung-julung kali ni kome.Kalau kome terror benor main bola pikior ler camna nak lepas mun semua udah nokam rope ni,semua bersemangat tinggi.Yang berkaca mata tu macam Edgar David..hahaha.

Penyokong fanatik yang setia walaupun sedikit gerimis menyulami arena.
Nostalgia lelame bagi kebanyakkan orang.tiang buluh lagi...
Sedutan visual perlawanan akan menyusul di TVTB...tunggu...

Semoga di masa hadapan terdapat penaja yang lebih ramai lagi...

Majulah Sukan Untuk Telok Bakong

Sunday, May 3, 2009

R. Madrid Kene Bedai 6 - 2 DiLantak Barca

Abg Messi menjaringkan dua bijik goal

Played
La Liga 2008
2 May 2009 20:00 HST
Santiago Bernabéu
Referee: Undiano Mallenco

Real Madrid VS Barcelona
2 Biji 6 Bijik

Gol Real Madrid
13' Higuaín
55' Sergio Ramos

Gol Barcelona
17' Henry T.
20' Puyol
35' Messi
57' Henry T.
74' Messi
82' Piqué G.

Frustnye kome...tak tahan tu sure kene penchok dgn penyokong fanatik maut MU lepas ni...

Corak permainan Barca yang kemas dan tersusun di sulami corak menyerang yang menghiburkan menjadikan mereka berhak memenangi perlawanan ini.Real Madrid gagal beraksi di tahap sebenornye.Kalau rope ini usah harap ler nak menang La Liga.Lampa aku getiknya nengok deme main mlm ni.

Dari aksi terkini Barca berpeluang memenangi Liga Juara!!Namun adalah ralat kerana Chelsea pulak akan jadi mangsa satu lagi pasukan kegemaran hamba selain Real Madrid dan AC Milan.

MU jangan harap ler nak menang Liga Juara.Kalau menang dgn Arsenal pun sure nonggeng dengan Chelsea atau Barca di akhir.Ni ramai penyokong MU marah ni hahaha...adios...baik meroloh...udah 4.20 pagi ni...bukannya kat Sepanyol.

Linkwithin