Che gu Bard dalam satu ceramahnya di Kg Bendang Kering Kuala Kangsar telah melakukan kiraan kiraan samada mampukah Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan selepas Pilihanraya Umum 13 nanti.Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan.Untuk menubuhkan kerajaan sesuatu parti atau gabungan parti mestilah memenangi lebih dari separuh dari jumlah kerusi yang dipertandingkan.Untuk menubuhkan kerajaan yang kukuh dan dapat mengubal undang undang,sesuatu kerajaan mestilah memenangi dua per tiga dari keseluruhan kerusi Parlimen.Target Pakatan Rakyat ialah untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.Ini bermakna PR berkehendakkan kepada lebih dari separuh dari kerusi Parlimen.
Pertama,kekalkan kerusi yang ada.Pakatan Rakyat akan meletakkan calon calon yang terbaik dan teruji kental.Pakatan perlu kekalkan kemenangan yang dimiliki.Tapi dengan mengekalkan kemenangan yang sebanyak 82 kerusi tersebut masih tidak cukup untuk menubuh kerajaan.Jadi memerlukan kerusi tambahan.
Terdapat 15 kerusi Parlimen di Semenanjung yang dimenangi oleh BN dengan majoriti dibawah 2000 undi.Kekalahan tipis PR adalah kerana tiada jentera pilihan raya yang kuat,ketiadaan isu dan kewangan yang kukuh.Namun setelah 4 tahun berlalu Pakatan Rakyat telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam pemerintahan negeri.Laporan Audit Negara menyatakan bahawa 2 negeri yang diperintah oleh PR menduduki senarai 2 negeri teratas yang terbaik dari segi pengurusan. Kerusi ni dijangkakan dapat dimenangi oleh PR kerana terdapat isu isu yang tidak Berjaya diselesaikan oleh BN seperti NFC dan keganasan Polis semasa Bersih 3.0.Terdapat 9 kerusi yang dimenangi oleh BN pada PRU yang lalu akan terlepas kepada PR kerana peratusan undi cina melonjak kepada 85% berikutan isu-isu rasuah,kronism dan sebagainya yang dihadapi oleh BN.Contoh di Raub,ianya dijangkakan tidak dapat dipertahankan oleh YB Ng Yen Yen akibat undi cina yang beralih kerana mereka sudah tidak yakin kepada kecekapan BN memerintah setelah melihat contoh pemerintahan PR.
Pada perkiraan Che gu Bard, Pakatan berpotensi untuk memenangi 3 kerusi Parlimen dikawasan Felda ini berikutan kerana berlakunya penipuan besar besaran pada peserta Felda kerana peserta ditipu ketika menandatangani borang yang sebenarnya borang pinjaman bank.Jumlah pinjaman dikosongkan.Jumlah pinjaman adalah mengikut luas tanah kebun dari rm 50,000 hingga 120,000.Ini bermakna tanah peneroka telah disandar kepada bank untuk pinjaman tersebut.Peserta tidak boleh membawa borang untuk dirujuk kepada orang orang tertentu.Padahal didalam borang tersebut ada dinyatakan bahawa peminjam telah terlebih dahulu telah mendapat khidmat nasihat peguam.Durian runtuh yang diwarwarkan tidaklah sebanyak sebagai yang diharap.Peneroka cuma memperolehi RM 5000,manakala 10000 lagi akan dibayar selepas mengundi.Manakala peneroka hanya memperolehi 800 unit saham sahaja.Sentimen penipuan ini dianggap akan melemahkan sokongan kepada BN dikawasan Felda.Pihak Pakatan akan melakukan siri siri ceramah bagi memberi kesedaran kepada peneroka.
Ketiga,ialah dengan memenangi kerusi kerusi di Sarawak dan Sabah.Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2011 yang lalu telah menunjukkan sokongan yang meningkat kepada PR.Sebagai contoh kawasan Parlimen Miri.Ianya dibahagi kepada 3 ,PR telah memenangi majoriti 5000 undi di dua kawasan dan tewas 56 undi di satu kawasan yang lain.Ini menunjukkan harapan PR untuk menang di Miri adalah tinggi kerana pengundi yang mengundi adalah orang yang sama.Terdapat 10 Parlimen yang pola undi nya sama seperti Miri.Di Sabah telah wujud sentimen bencikan UMNO sebagaimana rakyat Sabah bencikan Berjaya dahulu yang membawa berkuburnya Berjaya di Sabah dibawah Harris Saleh.Kebencian kepada UMNO ini adalah akibat kronisme oleh Musa Aman yang banyak membolot kekayaan untuk adik beradik dan kaum keluarga.Di Sabah,Che gu Bard menjangkakan PR akan memenangi 7 atau 8 kerusi Parlimen.
Secara keseluruhan dari perkiraan yang dibuat oleh Che gu Bard,Pakatan Rakyat dijangkakan akan memenangi PRU 13 dengan kelebihan 4 kerusi paling minima dan membolehkan PR membentuk kerajaan dengan majoriti mudah..Namun,beliau mengingatkan agar para penyokong tidak merasa leka hasil dari perkiraan tersebut,tetapi menjadi lebih aggresif dan aktif untuk mengerakkan jentera pilihanraya kawasan masing masing.Beliau berharap disetiap kawasan di wujudkan suatu jentera untuk memantau pengundi pengundi hantu.
Msinc TBO- Sekiranya PR dapat memerintah negara walaupun dengan kelebihan 4 kerusi sahaja,dijangkakan Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan berbondong-bondong menyertai Pakatan Rakyat.Mungkin ada pihak yang memandang remah perkiraan ini.Cuba ingat perkiraan dan ramalan yang di buat oleh Tun Daim dahulu.Ianya diperlekehkan oleh BN.