Saturday, December 20, 2008

Berita dari Tok Sidang

By Msinc


Usul-Usul dari JKK Kampong Paloh Telok Bakong.

Pada Oktober 2008 yang lalu Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampong telah mengadakan satu sessi mesyuarat Bulanan.Perkara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah :

1.Memohon grill untuk Surau Kampong Paloh ( Tindakan P.L.B).Grill surau diperlukan untuk tujuan keselamatan harta benda surau.

2.Memohon membaiki dan mengecat Dewan Orang Ramai Kg Paloh Telok Bakong Hilir

3.Memohon 10 tiang lampu awam untuk Kg Salak dan Kg Paloh ( Tindakan P.L.B).Kebanyakan jalan laluan penduduk di waktu malam adalah gelap.Dengan adanya lampu awam dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk kampong.

4.Memohon untuk menjojol ( menanam ) kayu bakau serta menambak tanah jalan keluar - masuk kerana hakisan Kg Salak Telok Bakong Hilir ( Tindakan Jabatan Pengairan Dan Saliran Perak Tengah ).Masalah hakisan sungai adalah suatu permasalahan utama di Kg Telok Bakong.Disepanjang tebing Sungai Perak,hakisan telah terlalu hampir dengan jalan.Ini akan menimbulkan keadaan merbahaya kepada penduduk yang selalu mengunakan jalan tersebut.

Diharapkan segala permohonan ini dapat dipertimbangkan kerana permohonan yang dikemukakan adalah benar benar diperlukan untuk kemudahan penduduk kampong.Segala pertolongan dari pihak - pihak berkenaan adalah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Friday, December 19, 2008

Manakah paling utama laksana Syariat Islam atau tarbiah dan penerangan ?


19.12.2008

Diantara kesalahfahaman yang sering berlaku ditengah - tengah pejuang Islam ialah ;

Ramai diantara mereka khususnya bagi yang yang terlampau bersemangat memberikan tumpuan dan permasalahan perlaksanaan syariat islam sebagai satu satunya undang - undang, terutama perkara - perkara kanun keseksaan: hudud , qisas, dan takzir .

Memanglah perkara ini sesuatu yang penting ia tidak boleh dilalaikan atau diremehkan kerana adalah sebahagian daripada Islam.


Namun dalam membuat tuntutan dan perbincangan secara berlebihan sehingga seolah - olah isu itulah satu - satunya yang paling penting didalam agama. Keadaan ini akan meninggalkan kesan terhadap umat dari segi pemikiran dan tahap gerak kerja Islam secara tidak langsung .


Kesan yang paling tidak molek didengar dan dilihat ialah menimbulkan tanggapan negatif dikalangan orang awam.

Dan peluang inilah yang ditunggu - tunggu oleh puak munafik, sekaligus kesempatan ini diperalatkan oleh musuh - musuh Islam untuk melemparkan gambaran buruk tentang Islam , syariat dan dakwahnya.

DR Yusof Al Qaradawi berpendapat dan menegaskan bahawa undang - undang sahaja tidak akan dapat membentuk masyarakat dan umat yang kental akhlak dan iman secara total.

Namun yang paling berkesan mencipta dan membentuk masyarakat adalah pendidikan , ilmu pengetahuan dan tarbiyyah dan seterusnya undang - undang sebagai perisai dan pelindung terhadap sesebuah tamaddun .

Jadi, aspek paling aula kini bagi sesebuah gerakan Islam adalah pendidikan peringkat tadika , sekolah rendah , menengah hingga ke menara gading wajib melakukan proses mendidik generasi Islam .

Penguasaan ilmu - ilmu alat wajib diberi perhatian sebagai contoh website , blog dan sarana audio - visual yang up -to- date dapat dikuasai generasi umat Islam .

Adalah diharap website - website yang Islamik tidak dilambakkan isu fitnah , sembang - sembang yang tidak berfaedah sepatut mereka menjadi egen -egen dakwah yang berkesan.

Satu pujian untuk www.tranungkite.net yang telah berjaya menarik minat pelayar internet cuma sedikit yang perlu diperbaiki adalah kesahihan sesuatu sumber dan sembang - sembang yang tidak menguntungkan Islam .

Kesemuanya ini jika dilakukan dengan prinsip - prinsip agama ia akan memenuhi tuntutan zaman kini .

Dari sudut kepartian ahli wajib dibekalkan ilmu dan pentarbiahan secara berterusan. Pentadbiran negeri pula pentarbiah perlu lebih berkesan memandang kuasa telah pun dimiliki dan peluangnya adalah lebih luas.

Adalah suatu kerugian bagi mereka yang berada didalam sesebuah gerakan Islam gagal memahami bab - bab keutamaan dari setiap aspek. Agar lurus dalam beragama dan bertindak sewajarnya.


Kesimpulannya gerak kerja Islam wajib kenal pasti dimana keutamaan , mesti pintar menyusun langkah. Kegagalan menyusun mengetahui kaedah - kaedah tersebut akan melambatkan ummah untuk mencapai apa yang dicita - citakan .

Umat Islam mahupun gerakan Islam mesti bijak menyusun perancangan kerja dengan efektif berdasarkan priority yang digariskan oleh agama .

Persoalannya kembali kepada kita semua... apakah kita sudah bersedia ?

www.telokbakong.com

Cadangan orang bukan Islam menjadi ahli PAS mungkin akan menjadi kenyataan.





Pro dan kontra apabila cadangan ini mahu diperkenalkan . Ada yang melihatnya sebagai suatu tindakan Ad - Hoc .Sebahagian yang lain pula menilainya sebagai suatu langkah yang bervisi dan bertanggungjawab.

Bagi penulis pandangan kedua menjadi pilihan tetapi bersandarkan kepentingan semasa demi penerusan kuasa politik Pas dimasa hadapan .

Kepimpinan tertinggi Pas mesti berwajah multi racial agar tidak terlampau kemelayuan .Bermaksud , didalam saf pimpinan Pas Pusat , Negeri , kawasan dan Cawangan. Bukan melayu yang beragama Islam perlu ditonjolkan.

Tokoh - tokoh bukan Melayu yang menyokong Pas perlu segera dipikat , dilamar agar mereka dapat menyumbang idea dan kepakaran dengan lebih berkesan. Di dalam keadaan dakwah semasa di Malaysia Pas memerlukan golongan bukan melayu muslim untuk berinteraksi dikhalayak non muslim yang sebangsa dengan mereka .


Persepsi negatif terhadap melayu yang berkait rapat dengan Islam di Malaysia adalah halangan yang sukar untuk dinafikan.Adalah sesuatu yang agak sukar jika pemimpin Melayu Pas mahu menyampaikan sesuatu mesej politik Islam . Ditambah lagi dengan fenomena Islamphobia dikalangan non muslim .

Percayalah ! golongan bukan melayu Islam jika diberi kepercayaan mereka mampu mengalas tugas besar ini . Bukan kita menafikan kehebatan ahli politik melayu Pas .Tetapi ini adalah penambahbaikan kepada yang ada kini .

Masalah bahasa dan budaya hanya difahami oleh kalangan mereka sendiri . Pas perlu calon bukan melayu untuk bertanding dikawasan yang majoritinya non muslim .

Kelab penyokong bukan Islam didalam Pas perlu diperluaskan skopnya. Pada penulis kelab ini perlu diperkasakan lagi. Penulis berpendapat tidak semestinya mereka menjadi ahli Pas .

Cadangan kami ialah kelab itu mestilah diketuai oleh bukan melayu yang beragama Islam dalam masa yang sama pimpinan kelab penyokong terdiri daripada kalangan non muslim.

Jika pemimpin kelab itu dari kalangan bukan melayu Islam ia akan lebih mudah diterima perkara - perkara yang melibatkan hukum - hakam Islam. Sebelum ini mungkin mereka menyokong Pas kerana nilai - nilai murni sahaja .Kelihatan mereka akan ' termelatah' juga apabila sesuatu peraturan Islam mahu dilaksanakan.

Dakwah kita tidak terhenti setakat 'undilah kami ' malah dakwah tentang keEsaan Allah dan peraturannya itu adalah matlamat.

Di dalam Pas kita masih kekurangan tenaga muslim bukan melayu hampir setiap peringkat . Untuk menjana kekuatan dakwah melalui politik Pas amat memerlukan bahan mentah ini.Pengalaman penulis bersama kalangan non malay yang memeluk Islam mereka mempunyai keyakinanan yang tinggi terhadap Pas .

Komitmen golongan ini terhadap islam juga tinggi malah mempunyai pengaruh yang kuat didalam masyarakat . Disamping latar belakang pendidikan yang tinggi di dalam pelbagai bidang.


Pas perlu menambahkan lagi bilangan mereka agar setanding atau lebih tinggi daripada YB Drs Idham Lim , YB Anuar Tan.

Mungkin suatu hari nanti akan kedengaran nama - nama Ridhuan Rajendran , Sylvester Abdullah (contoh) didalam saf kepimpinan pas .Cuba anda bayangkan jika Naib Presiden Pas bernama " David Tan Abdullah " bagaimana impaknya.?

Kaedah ini juga adalah persediaan jika sekiranya jodoh Pas didalam Pakatan tidak berpanjangan. Pas diketika itu sudah ada calon bukan melayu yang sudah boleh berkempen dan bertanding dikawasan yang majoritinya Non Malay .

Memang kita tidak nafikan calon Melayu Pas tetap mendapat sokongan bukan melayu contohnya Dr Mariah Mahmud . Kita jangan lupa ketika kini Pas didalam Pakatan bagaimana sebaliknya ?


Pimpinan Pas dan ahli mesti berani membuat perubahan . Biarlah perancangannya bercorak jangka panjang .Hindarkan perancangan yang bersifat Ad - Hoc .

Seruan" Pas for All " memerlukan pengisian dari segenap sudut janganlah pula seruan itu hanya tinggal laungan dimusim pilihanraya.


www.telokbakong.com

Monday, December 15, 2008

Akibat sibuk berpolitik anak muda terbiar


Allah SWT telah sempurnakan kejadian semua makhlukNya.Setiap makhluk dijadikan Nya mengikut fitrah kejadiannya, mempunyai peranan masing - masing didunia ini.

Manusia pula mengambil peranan sebagai khalifah diatas muka bumi.Pelbagai nikmat serta sifat kejadian makhluk yang paling sempurna dianugerahi oleh Tuhan semesta alam .

Nikmat usia muda adalah paling manis dalam kehidupan setiap insan. Ketika muda belia tubuh sasa, keinginan pelbagai pelbagai perasaan.Hambatan perasaan yang membara , harapan dan cita - cita yang menggunung, semangat membara rela berkorban walau tanpa dipinta.

Sepatutnya dialam usia sebeginilah pemuda diberi perhatian kerana pakej yang ada ketika usia muda amat bermakna kepada agama dan umat.

Sabda baginda Rasullulah:

" Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: Muda sebelum tua mu, sihat mu sebelum sakitmu,kaya mu sebelum papa mu, hidup mu sebelum mati mu, masa lapang sebelum kamu sibuk ". ( Hadis daripada Ibnu Abbas riwayat Al- Hakim ).

Dalam mengharungi hidup hari ini kita sudah dan sedang menyaksikan muda - mudi Islam hanyut. Anak - anak gadis yang hilang kehormatan , bayi - bayi yang dihumban dijalanan, dan pelbagai adunan masalah yang sukar kita gambarkan.

Anak - anak tanpa pedoman daripada ibubapa akan hilang haluan, begitu juga rakyat tanpa tuntunan pemerintah mereka juga akan hanyut dilambung ombak kehidupan.

Tanggungjawab pemerintah terhadap masyarakat adalah merupakan antara satu kewajipan yang berat lagi bahaya .Dimana ia perlu diberi perhatian siang dan malam.Orang yang peka akan melihat dengan penuh teliti bagaimana umat anak - anak muslim kini .

Kelihatannya kini anak - anak umat Islam begitu tercalar akibat daripada perbuatan mereka sendiri.

Mungkin mudah untuk menuding jari. Ibubapa salahkan guru , pembangkang salahkan kerajaan , kerajaan pula salahkan masyarakat , agamawan salahkan orang awam, orang ramai pula salahkan agamawan .

Saling " bangau " mem "bangau "antara satu sama lain . Jadi siapakah sebenarnya yang bersalah ?.


Masalah krisis akhlak tidak mengira batasan .Anak seorang ustaz atau orang awam bukanlah ukuran mutlak.Antara anak ahli masjid atau pun tidak risiko untuk terjebak adalah tidak mustahil.


Terkini ancaman arak' thai song ' yang menjadi bahan khayal alternatif bagi golongan pemuda dan remaja .Harganya yang murah sekitar dibawah paras RM 4.00 berlambak dipasaran. Penjualannya semakin meluas tanpa pantauan dan penguatkuasaan.


Ini adalah antara contoh dari pelbagai masalah keruntuhan akhlak anak - anak remaja kini.
Rakyat teramai mahukan perubahan .Mereka sudah bosan dengan lontaran masalah yang tidak pernah berkurangan .

Apakah kita ketandusan peranan dalam membina atau mencorak persekitaran ? .

Negeri - negeri yang yang dikuasai oleh PR perlu lebih menunjukkan teladan kepada BN. Jika selama ini kita berada didalam ' comfort zone ' sebagai pembangkang kini sudah mentadbir negeri . Harapan rakyat mahu melihat dan merasa perbezaan persekitaran yang terjamin dan jauh selamat .


Keadaan pemuda dan pemudi pada hari ini adalah gambaran pemimpin pada masa hadapan.Setuju atau pun tidak kita juga mempunyai ' saham 'nya jika tidak berbuat yang sepatutnya.

Setiap kita adalah pemimpin , yang pasti kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH atas apa - apa yang kita pimpin.

Janganlah fokus kita hanya memenangi pilihanraya .Tugasan yang lain terlalu banyak menanti .Sembang politik sana -sini tidak mencukupi, gerak kerja kemasyarakatan yang amat ditagih . Masalah ummah dihadapan mata dibiarkan bagai menepis lalat hinggap dihidung.Semut seberang laut dapat dilihat, gajah dihadapan mata tidak nampak.

Bangunlah wahai pemimpin negeri,pemimpin parti pemimpin masyarakat , pemimpin keluarga ! ...

Hargailah anak - anak bangsamu ....!

www.telokbakong.com

Sunday, December 14, 2008

ADUN BOTA Dari BN Lompat Ke PKR

Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR .Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.

Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Berita selanjutnya akan menyusul.

Linkwithin