Saturday, February 9, 2013

Kursus PACA Di Bilik Gerakan Utama/Markas PAS Bota.Pakatan Rakyat Sudah Bersedia Untuk Hadapi PRU..

''Menurut ramalan ramal pihak profesional, Negeri Perak akan kembali ketangan Pakatan Rakyat..rakyat akan undi PR..!!
                 Bersedia bersiap siaga untuk hadapi PRU 13 suatu Pilihanraya Umum yang begitu getir bagi kedua belah pihak.Ianya bakal menentukan hidup atau matinya parti semangat melayu.Ia juga pencerminan harapan baru Malaysia yang mahukan pembaharuan dan perubahan dilakukan secara total bagi menjamin kehidupan dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat secara total.

Sebahagian Dari Jentera Pilihanraya Yang Telah Bersiap Sedia
               Tuan Haji Ismail sebagai Ketua Jentera Pilihanraya PKR Perak telah mengariskan kepentingan politik sebagai menunaikan tangungjawab manusia sebagai Khalifah di muka bumi.Tugas utama manusia sebagai khalifah ialah menjaga hubungan dengan Allah dan juga menjaga hubungan dengan makhluk.Untuk mencapai keperluan untuk kehendak ini,politik adalah suatu elemen atau  utama yang perlu digunakan.Rasullulah melakukan penghijrahan ke Kota Madinah telah membawa sinar baru kepada penduduk.Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda ialah mengambilalih kuasa politik di Madinah.Nabi Muhammad bertindak demikian adalah kerana melalui politik ,penduduk dapat menjaga hubungan dengan Allah serta makhluk lain disamping kerja kerja dakwah yang lain.Tanpa adanya peralihan kuasa politik,nescaya matlamat ini tidak dapat dicapai,kerana pemerintah yang menyeleweng dari perintah Allah akan banyak melakukan kerosakan kerosakan yang akan menjauhkan rakyat dari bertakwa dan beriman kepada Allah.Pemimpin yang rasuah dan menindas tidak akan membiarkan rakyat mendekati agama malah akan berusaha mengaleh perhatian rakyat kepada hal hal yang berteraskan keseronokan dan kemewahan semata mata.

Nadi Jentera..AMK Cabang Parit Yang Dipimpin Oleh Saudara Husin..Ceria Selalu..
                Ini bermaksud parti parti yang berada didalam Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR terpaksa mengunakan politik (mengambil alih pemerintahan)supaya rakyat tidak terpesong dari menjalankan tugas tugas dan fungsinya sebagai khalifah dimuka bumi.Perjanjian untuk menjalankan amanah sebagai khalifah ini telah termetrai oleh setiap insan adalah semenjak manusia di alam janin lagi setelah diberikan roh dalam kandungan ibu.Oleh itu setiap insan adalah bertangungjawab untuk melaksanakan amanah ini.Penolakan untuk melaksanakan setiap ketentuan dan hukum hukum dari Allah adalah merupakan kegagalan dan akan mendapat ganjaran yang buruk di hari kemudian

Hidup...Hidup..Hidup Yang Dipertua Kite...
Macam biase le..setiap program..sile semue..menjamu selere le..mane lagi due...ate mun tak dipelawe..hi..hi..
Ini lah Pakaian Rasmi Jentera Pilihanraya DUN Bota Yang Menjadi Kebanggaan Setiap Pemakainya..

Jamuan Makan Malam Bersama YB Salehudin Ayup


JOM KOME...KITE MENJAMU SELERE SAMBIL MENDERME UNTUK PERJUANGAN
SEMEJA CUMA RM 300 AJE.ADE  6 TEMPAT DUDUK,AJAK LE KAWAN,KELUARGA DSB.

Friday, February 8, 2013

Konsert Yang Melalaikan Buliih...Ceramah Ugama Tak Buleeeh?...Macai Cuba Sabotaj Ustaz Azhar Idrus


               Penganjur ceramah Ustaz Azhar Idrus iaitu Kariah Masjid Lama Kg Gajah baru baru ini gusar kerana permohonan permit mereka untuk mengunakan stadium Kg Gajah tidak dibenarkan kerana ada pihak pihak 'tertentu" terlebih dahulu dikatakan akan mengunakan stadium berkenaan untuk menganjurkan konsert hiburan.Ceramah UAI ini diprogramkan untuk diadakan pada 24 hb Feb 2013.Sebenarnay Pekan Kg Gajah kekurangan kawasan yang luas untuk menganjurkan program yang melibatkan orang ramai.Oleh itu stadium adalah tempat yang dianggap paling sesuai.Oleh kerana stadium telah digunakan maka penganjur telah menghadapi masalah untuk mencari tempat lain yang boleh menampung jumlah penduduk yang besar.Kedatangan UAI ke kawasan ini sememangnya ditunggu tunggu oleh penduduk.

               Penganjur dikatakan sedang cuba meminta kebenaran untuk mengunakan sebuah padang kecil di sebelah Balai Polis.Berita kedatangan UAI ini telah diuar uarkan sejak 2 minggu yang lalu.Mana mungkin terjadi kebetulan pertembungan dengan aktiviti untuk mengunakan tempat yang sama.Fikirlah sendiri.Kita tengok mana yang akan menjadi tumpuan.Sabotaj ini lebih menyerupai perbuatan UMNO di Kuala Kangsar,dimana satu konsert Dang Dut telah diadakan di Padang berdepan dengan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menganggu tumpuan penyokong PR.

Msinc-  sesiapa yang memilih untuk menyaksikan konsert hiburan tersebut adalah sebusuk-busuk umat kerana kamu telah disediakan pilihan.Berita lanjut mengenai ceramah UAI ,saya akan updated,teruskan bersama Telok Bakong Online "Saluran Keme Untuk Komer".

Thursday, February 7, 2013

Hidup Melayu...hidup melayu..hidup melayu


Foto Ihsan:http://batuvskayu.blogspot.com

Kawan aku para  mamak dan mamu di Penang mesti syiok ni sebab bakal dapat Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru..he he ok nana jangan marah nooo..ada mamu yang kata DAP kafir harbi...MCA kafir zimmi..ni nak dapat Ketua Menteri orang melayu..terima kasih pak din

Dijaja merata hanya UMNO yang memperjuangkan melayu..PAS dan PKR menjual melayu.. Encik Mohd Nor Deris, bekas Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam(UM) , Nilam Puri, Kelantan bangga betul dia memakai kopiah putih berlogo UMNO ( dia kata PEKEMBAR)..dalam suatu forum anjuran Pejabat Mufti Kelantan dan DBP. Encik Mohd Noor Deris berkata hanya UMNO merupakan pejuang melayu dan pejuang Islam. Sebab tu lah John Ambrose jadi Ketua UMNO Bahagian Penampang (bukan PEKEMBAR) macam Encik Mohd Noor Deris katakan. Agaknya tu sebablah Pak Din anak Yassin akan memilih Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dari UMNO jika BN menang PRU 13 di Pulau Pinang .Selama beberapa dekad Kerajaan Pulau Pinang sebelum diambil oleh DAP dan PKR, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah dari ADUN UMNO ..cuba lihat kat wikipedia .

Pendokong dan pemuka UMNO dikampung-kampung ,opss PEKEMBAR kata Encik Mohd Noor Deris terus melaungkan hidup melayu..hidup melayu..tahniah UMNO kerana akan mendapat Ketua Menteri Pulau Pinang dari orang Melayu..hidup melayu

Jelaskan monopoli syarikat disyaki milik Menteri – Badrul Hisham

picture5

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 4 Feb: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan, syarikat pengangkutan, Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) memonopoli ‘trip’ pengangkutan dari Petronas Dagang Berhad (PDB).

         STSB yang disyaki milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain kerugian.
“Contohnya di Melaka, ada sebuah syarikat sebelum ini memiliki 12 lori, tetapi selepas STSB memonopoli ‘trip’, syarikat itu rugi dan memiliki tiga lori sahaja kerana bakinya dijual dan ditarik bank berikutan masalah kewangan. Malah ada syarikat menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 pada Disember lalu untuk membayar gaji dan kos operasi.

          “Di Johor pula, STSB memonopoli hampir 90 peratus ‘trip’ dan menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar.
“SAMM juga mendapat maklumat STSB sedang mengembangkan monopoli ke Pulau Pinang dan Terengganu,” dakwa Badrul Hisham pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pagi tadi.

          Ekoran itu, PDB katanya wajib menjelaskan berhubung perkara tersebut.
“Malangnya bila SAMM hubungi PDB minta penjelasan, panggilan kita dipindahkan oleh seorang pegawai kepada pegawai lain dan ini sangat mencurigakan,” tambah Badrul Hisham.
Beliau berpendapat, kesan monopoli ini menjejaskan ratusan pekerja bumiputera yang terlibat dalam industri hiliran kerana bercanggah dengan polisi PDB sebelum ini yang mengagihkan kontrak kepada syarikat pengangkutan berasaskan negeri. Contohnya di Pantai Timur hanya syarikat di Pantai Timur diberi keutamaan.

         “Monopoli ini ada risiko keselamatan kepada negara. Jika berterusan, syarikat lain mati dan urusan pengangkutan bergantung kepada STSB sahaja. Jika STSB dilanda krisis seperti ‘mogok’, berapa banyak stesen minyak tidak mendapat bekalan minyak dan menyebabkan sektor perusahaan lumpuh?” soalnya.

           “Sebab itu SAMM mendesak PDB segera jelaskan perkara ini atau satu demonstrasi diadakan di hadapan bangunan PDB,” jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44391

Wednesday, February 6, 2013

Ahli Parlimen Ramal Pakatan Sapu Kerusi Parlimen PRU 13

Ahli Parlimen ramal Pakatan sapu kerusi Parlimen PRU 13

Pakatan Rakyat (Pakatan) dijangka memenangi 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ramalan itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak yang dirampas jawatannya itu secara haram oleh BN.
Beliau menyenaraikan kebarangkalian kedudukan kerusi Parlimen selepas PRU 13 dalam twitternya kelmarin. “InsyaAllah (keputusan ini) kerana kezaliman, keangkuhan dan ketuanan Melayu,” katanya.
 
“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya memuncak, maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya dipercayai merujuk kepada Umno BN.
Menurut Nizar, Pakatan Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu berkata, menerusi senarai berkenaan, hampir semua negeri di Semenanjung akan dimenangi Pakatan.
Beliau juga meramalkan Wilayah Persekutuan akan disapu 10 kerusi oleh Pakatan sementara BN hanya satu.
 
Sementara Sarawak pula bakal dikuasai Pakatan dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN.
Kebarangkalian itu juga manyaksikan Labuan akan ditawan Pakatan manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.
Menurut jangkaan Nizar, Pakatan dan BN seimbang apabila masing-masing memperoleh empat kerusi daripada lapan kerusi yang dipertandingkan di Terengganu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri supaya cepat membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya.
 
“Melengah-lengahkan tarikh pembubaran Parlimen dan sikap main-main Najib (Razak) terhadapnya menjadi salah satu punca penolakan rakyat terhadap Umno BN dalam PRU13 nanti,” kata Nizar.

Umno terpaksa kitar ahli PAS untuk tebang PAS

Harakahdaily, 05 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Oleh kerana terdesak untuk melawan kebangkitan PAS yang mendapat sokongan orang Islam dan bukan Islam, maka Umno terpaksa mengambil ahli dan bekas ahli PAS yang bermasalah.
“Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka menjadi hulu kapak untuk menebang PAS,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka akan menjadi sisa toksid yang tidak dipedulikan oleh  Umno lagi.

Katanya, kenapa mereka tidak belajar daripada sejarah orang-orang yang terdahulu yang khianat perjuangan PAS.

“Ada yang berjawatan Yang Dipertua PAS, Panglima Jihad, Setiausaha Agung, Naib Presiden PAS, Ahli Majlis Syura, apabila mereka menyertai Umno dan menyokong Umno akhirnya seperti habis madu sepah dibuang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Paling menyedihkan sekali, ujarnya tidak ada kemulian dan penghormatan di kalangan masyarakat, hatta ahli Umno sendiri terutama apabila mereka berada di penghujung usia.


Tambahnya, yang paling lucu sekali mereka ini, kononnya tidak puas hati hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat sedangkan Majlis Syura PAS telah meluluskan tahaluf siasi sejak tahun 1986.

“Merekalah berdegar-degar mempertahankan tahaluf siasi ketika memimpin PAS. Kenapa sekarang baru hendak pertikai, setelah tidak berada di dalam saf kepimpinan parti?” tanya Idris.

Bagi beliau, alangkah ruginya usia dan tenaga dihabiskan untuk bersama dengan PAS, tetapi menjadi penentang ketika usia di hujung senja.

“Kenapa tidak bersama dengan Umno ketika usia masih muda dan banyak nikmat dunia boleh dikecapi?” ujarnya lagi.

Tuesday, February 5, 2013

UMNO KANTOI LAGI...


Gambar yang diedit oleh cai cai umno.

Haiiyaaaa. elmet tatak pakai ka...3 lagi naik..

Tak Payah Susah Susah Nak Kempen Lagi..HIJRAH BOTA..


CAI UMNO HINA PAS DAN BERHARAP EDITOR TBO MATI SAKIT JANTUNG...ajal ditangan Tuhan..Bukan Sebab Gopahan Cai Umnuuu..

Dipetik Dari FB Botaonline

Faizal Lentin kalau jadi katak x pe...jagn sampai jadi ibilis dan syataian.....PAS Pegikut anak setan

Telok Bakong ate mun sesat haramkan le...
12 minutes ago · Like

Faizal Lentin insaf lah wahai kawan yang berada disana.....biala myerati PAS Parti Ajaran Syaitan......pasti allah sgup di jual...insafff
12 minutes ago · Like

Telok Bakong siapa yg jual...bukan Najib sendiri yg sign surat bagi kristian sabah dan sarawak guna kalimah Allah dalam bible he he
10 minutes ago · Edited · Like

Telok Bakong siap ade penasihat agama,,mufti..JAKIM n so on..wala wey
8 minutes ago · Like

Faizal Lentin ulama yang kononya hebat dalam PAS itu apa gunanya...opppp terlupa ulama yang ada dalam PAS semua meyebar ajaran Syaitan...
8 minutes ago · Like

Telok Bakong he he..ape le kamu yop..kala ulama UMNO pun najib persetankan...xkan die nak dengor pandangan ulama PAS..ate mun sesat haramkan le yop
6 minutes ago · Like

Faizal Lentin budak TBO yang sakit jantunh tu dah mapus ke
6 minutes ago · Like

Telok Bakong he he...bagusnye bahase..sakit mati itu takdir Allah..entah2 esok luse mike ...mane tau kan..solat asor pukui berape yop
5 minutes ago · Like

 Faizal Lentin mati2 di mana pun mati....cuma bertanya je suapaya jgn celupar sgt orang tu....maklum le ada peyakit sakit jantung banyak kan bertaubat je
4 minutes ago · Like

Telok Bakong nak mati bukan kire sakit yg segor bugor pun mati juge.

Faizal Lentin buat apa dengot ulama dari PAS Parti ajaran setan.....degan mika pun kena hati2 maklumle bergabung dengan syatinn....

-END-

Msinc-Selagi Hayat Dikandung Badan,Akan Ku Terus Perjuangan.Mungkin Hikmah disebalik kejadian itu ialah untuk membenarkan saya meneruskan perjuangan ini.Bak kata Mat Nyum..jangan ingat pokok yang dipanah dik litor tu akan cepat tumbang..silap silap pokok yang segor akan terbongkang..tercabut akar umbi.

note - TBO yang berbahas itu bukanlah saya.Beliau salah seorang moderator TBO.Saya tidak pernah pun mengunakan akaun FB TBO.

Monday, February 4, 2013

Ulang Tayangan Tuan Tuan..Apo Nak Di Kato ..Weehhh..

   Persembahan oleh Ito Mohamad semalam di Bandar Sidec Seri Iskandar semalam telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk semalam.Nyanyian lagu lagu  polular dari tahun 80an dari kumpulan Blues Gang telah menjadi senarai dalam persembahan Ito yang begitu santai itu.Antara lagu yang dipersembahkan secara  “minus one” bersama seorang gitaris itu ialah Apo Nak Dikato,Ubah Sekarang,Ibu dan sebagainya.Ito sebagai seorang penyanyi yang berpengalaman dengan begitu mudah dapat menghiburkan penonton dan mengajak mereka menyanyi dengan beliau.Gitaris mengiringi persembahan beliau ialah anak bongsu beliau sendiri iaitu Mohd Kid Afero telah menunjukkan skill permainan blues yang mantap pada usia yang muda.Berbekalkan tone suara yang menarik,Ito telah berjaya membuatkan para penonton terpaku dan kagum dengan persembahan yang santai itu.
Ala..ala SRV..Lepas nih Kena Cari Fender...

Ustaz Zulkifli Ibrahim Bakal Calon DUN BOTA
                               Sebelumnya,pemimpin pemimpin Parti Keadilan Rakyat telah mengisi slot ceramah dimulai oleh Tuan Haji Usalli Alias sebagai Ketua Cabang Keadilan Parit.beliau banyak membongkar dan mengupas isu isu dan permasalahan yang berlaku di sekitar Perak Tengah.Seterusnya Ustaz Zulkifli Ibrahim sebagai calon DUN Bota mengambil tempat sebagai penceramah.Ustaz Zul dalam ucapannya menyeru semua penduduk didalam DUN Bota melakukan penghijrahan kearah kebaikan dan melakukan perubahan perubahan supaya ianya dapat membela kepentingan rakyat.Seri Iskandar dirasakan suatu kawasan yang amat penting kerana ianya mempunyai jumlah pengundi yang ramai jika disbanding dengan kawasan lain.Berlaku penghijrahan di Seri Iskandar,bermakna Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang cerah untuk menang di Bota.

                              Pemimpin utama yang turut memberikan ucapan ialah Shamsul Iskandar Akin Ketua AMK Malaysia.Beliau juga telah turut merasmi dan melancarkan Bilik Gerakan Ranting Seri Iskandar.Beliau berharap Angkatan Muda Keadilan akan bersungguh sungguh mengerakkan jentera parti untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.Beliau merasakan AMK adalah nadi dan tenaga parti.Kekuatan AMK akan menjana kekuatan parti dan orang muda adalah pemangkin perubahan.Sebagai sebuah kerajaan yang bakal akan tumbang,tanda tanda untuk menunjukkan kejatuhannya telah mula dirasakan.Menurut Shamsul Iskandar,sikap baik yang ditunjjukan oleh pihak Polis dan Peguam Negara semasa Himpunan Rakyat KL baru baru ini adalah 'signal' kepada pertanda awal akan berlakunya perubahan kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
Lucu Sekali Sketsanya..Haat..|Cemmm..
Nasyid Dari Wakil Rakyat Palestin

                                Selain persembahan dari Ito,satu sketsa dari ahli ranting Seri Iskandar juga turut dipersembahkan.Sketsa yang sungguh melucukan itu juga turut disertai oleh sebuah band unplugged dari anak muda Seri Iskandar.Sketsa ini menceritakan tentang gelagat seorang wakil rakyat yang berhijrah masuk ke dalam PKR dan kemudiannya melompat balik masuk kedalam UMNO.Persembahan sketsa yang dipimpin oleh Saudara Zubir ini diakhiri oleh persembahan nasyid bergitar oleh salah seorang rakyat Palestin yang menetap disini.Antara maksud nasyid berbahasa Arab ini ialah mengisahkan perjuangan Islam di bumi Gaza.

                               Namun disebalik kegemilangan dan keberjayaan program yang dirancangkan tersebut,adalah amat diharapkan ianya juga dapat disertai oleh kumpulan kumpulan musik anak tempatan supaya kesan atau gelombang ini dapat meresap jauh kedalam akar umbi.Diharap pihak yang berkenaan dapat mengadakan suatu program yang dapat memberi ruang kepada anak muda untuk mengeluarkan aspirasi seni mereka dengan lebih bebas dan ruang waktu yang lebih tidak membataskan.
Bergambar Kenangan Bersama Mohd Kid Afero..selamat maju jaya dengan bluesnya
Kumpulan Sketsa Norodin Haat..Cemm


Msinc-Terdengar ada sungutan dan rintihan dari anak muda yang ingin turut serta tetapi mungkin kerana bugjet yang terhad,hasrat ini tidak dapat ditunaikan.

HARTA RIBA'WUJUD DI MERATA TEMPAT


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". (Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan:
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

HADIS 18: ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA
BUKAN KHAMAR


Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".
(Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan:

Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'. Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi. Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan bab

Gangnam style wow kempen termahal BN






















Komen penyokong tegar BN...

Fadlimkamal Bin Jamali kenapa,bayaran itu itu prosedur,kami tak komen pun duit tabung pas pergi ke mana,rakyat Malaysia tahu,duit rakyat kembali kepada rakyat,dapat Rm500 lagi,rakyat Malaysia kian ceria,sekali sekali nak sambut tahun baru cina,salah ke,Menteri Besar Kelantan pun tentu setuju juga,kan di orang cina itu rakan kita,biarkanlah mereka nak sambut perayaan mereka.
Ib Nawawi Yang menganjur MCA bukan UMNO. Aku ingat UMNO tadi. Takkanlah MCA nak buat concert nasyid kot Tahun Baru Cina.
 ................................................................................................................................................
Kempen Tun Det Style dah tak laku, tukar pula kepada Gangnam style.. Tahniah..

Sunday, February 3, 2013

Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR

MB Selangor: Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kajian dijalankan Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu merosot kepada 20 peratus.

“Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.

“... graf penerimaan rakyat terhadap PR lebih tinggi daripada BN.

“Berapa ramai orang percaya kepada (Setiausaha Umnor Selangor), Datuk Seri Ir Mohd Zin? Kurang 20 peratus. Berapa orang percaya pada (Timbalan Pengerusi Umno Selangr) Datuk Seri Noh Omar? Pun begitu, lebih kurang 20 peratus.

Berapa orang percaya Menteri Besar Selangor sekarang? Lebih 60 peratus,” katanya ketika berucap meraikan lebih 400 sukarelawan dan jentera pilihan raya bahagian Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok di kediaman rasminya di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dakwa Abdul Khalid, kajian terbabit mempunyai asasnya apabila kajian yang sama dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), yang diumumkan Rabu lalu, mendapati sokongan rakyat terhadap PR semakin tinggi.

Tambah beliau, hal ini dikuatkan lagi apabila keputusan yang sama diperolehi hasil kaji selidik oleh pihak polis dan tentera baru-baru ini.

“Mereka (unit khas polis dan tentera) telah bocorkan maklumat ini sendiri, membuktikan rakyat semakin menolak Umno-BN “.... hasil survei ini, rakyat dah setuju untuk tukar kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak menggadaikan mandat mereka hanya semata-mata gelap mata dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diagihkan BN menjelang pembubaran Parlimen bulan depan.

Bagaimanapun Abdul Khalid tidak melarang rakyat untuk menerima sambil menyifatkan bantuan kewangan itu bukannya milik ahli politik atau parti, sebaliknya ia merupakan hak rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakannya sejak 50 tahun lalu.

“Duit (BR1M) boleh ambil, undi jangan, tanggungjawab saudara jangan jual, jangan jual keluarga.

“.... bukan duit bapak dia, itu duit rakyat,” tegas Abdul Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memberi jaminan kepada rakyat bahawa seandainya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, pihaknya akan mengekalkan kedaulatan undang-undang negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Semua pimpinan tertinggi PR telah bersetuju untuk tidak merungkai setiap artikel dalam Perlembagaan Malaysia.

“.... Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebulat suara untuk mempertahankan Perlembagaan Negara,” katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Hadir sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Exco Pertanian Selangor merangkap Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
- SH

Populariti: Anwar makin hampiri Najib


Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar sebagai calon pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka
-mk

Linkwithin