Saturday, August 22, 2009

Apa Tok Guru Nik Abdul Aziz Kata






“Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa UMNO ini (adalah) Islam kacukan, Islam plastik, macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu, Islam palsu (iaitu) Islam palsu yang dibawa oleh UMNO. Islam (jenis) ini memang tidak boleh dibawa ke akhirat, tidak boleh dibawa ke Syurga hanya boleh dibawa sehingga ke pintu kubur. Bertengkar atas muka (bumi) tak habis-habis. Dengan Melayu sendiri (pun) dia bertengkar.”

Thursday, August 20, 2009

Kartika terkilan hasrat disebat di khalayak ramai tidak kesampaian




PETALING JAYA: Hasrat model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, untuk menjalani hukuman enam sebatan di hadapan khalayak ramai kerana didapati bersalah meminum arak tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memerintahkan hukuman itu dilaksanakan di penjara.

Kartika yang dipetik daripada laporan sebuah akhbar tabloid tempatan hari ini berkata, dia berasa terkilan kerana hasratnya untuk dihukum di khalayak ramai termasuk di hadapan media bagi memberi pengajaran kepada masyarakat tidak dapat dilakukan.

"Saya terkilan kerana hukuman tidak dilaksanakan di khalayak ramai seperti saya inginkan. Apa pun, saya boleh menghela nafas lega kerana hukuman itu akan dilaksanakan.

"Saya akur keputusan mahkamah menetapkan hukuman dilaksanakan di penjara walaupun niat saya tidak kesampaian," katanya yang dipetik daripada laporan akhbar itu.

Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman enam sebatan secara syariah kepada ke atas Kartika di Penjara Wanita Kajang selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Cherating, dekat Kuantan pada 11 Julai lalu.

Mahkamah memerintahkan ibu kepada dua anak ini ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini bagi tempoh tujuh hari untuk pelaksanaan hukuman itu.

Kartika berkata, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima hukuman dan menganggap ia sebagai balasan terhadap dosa besar yang dilakukan dan telah memalukan orang tuanya.

Wednesday, August 19, 2009

Rohaizat Peguam Syarie bertukar menjadi Peguam misteri .UMNO TIPU LAGI !


kelulut@telokbakong.com

19.08.09


"Peguam lawan peniaga" begitulah bunyi keangkuhan media umno sejurus pengumuman calon PRK Permatang Pasir yang akan berlangsung pada 25 ogos ini .
Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

Pas pula menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga ahli perniagaan, Salleh Man, 52, sebagai calon parti itu.

Pemimpin Umno berbangga telah mencalonkan seorang peguam lulusan UIA .Sekaligus media mereka mengambarkan calon Pas hanyalah peniaga .Tanpa memdedahkan kelulusan Ustaz Salleh Man yang juga bekas seorang graduan Universiti Malaya .

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata Rohaizat yang juga peguam syarie, dipilih selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk perwatakan, hubungan dengan masyarakat serta sumbangannya kepada parti.

Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara.

"Saya percaya Rohaizat adalah calon terbaik. Saya harap semua penduduk Permatang Pasir memberi sokongan kepadanya yang boleh menjadi wakil rakyat bagi membawa pembangunan di kawasan ini," katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN.
Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090815000259/Article/
Akhirnya siapa Rohaizat terbongkar apabila borang pencalonannya tercatat pekerjaan sebagai ahli perniagaan.Rupa -rupanya beliau adalah seorang peguam yang bermasalah.

Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kasavan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Rohaizat telah dilucutkan sebagai peguam kerana terlibat dengan kes penyelewangan RM140,000.00

Ragunath juga berkata kesalahan yang telah dilakukan oleh Rohaizat Othman yang kononnya masih seorang peguam itu melibatkan duit pemegang-pemegang saham Koperasi Pekebun Getah.

Kesalahan ini jatuh dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah laku dan tindak tanduk peguam. Hak sebagai pengamal undang telah dilucutkan semenjak 7 March 2008.

Rohaizat telah merayu keatas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rohaizat telah ditolak.


Kasihan Umno.....

http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147425-rohaizats-offence-a-personal-misconduct-ragunath-says.html



www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Monday, August 17, 2009

Sekitar Lawatan MB Ir Nizar Di Kg Doyan Kudong Bota

ktb@telokbakong.com

Dari kiri:Saudara Faisal ,MB Perak Tulen dan Saudara Usaili Ketua Cabang PKR Parit
Pengerusi majlis Ketua AMK Cabang Lumut

Gambo oleh msinc@telokbakong.com

Kehadiran MB Ir Nizar ke Kg Doyan Kudong semalam di kediaman Ketua AMK Cabang Parit Saudara Faisal Effendi di sambut meriah oleh penduduk setempat setelah melawat mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Parlimen Bukit Gantang dan menziarahi kematian Raja Aniza Ketua Wanita PKR B.Gantang yang kembali ke rahmatullah pagi semalam.Beliau menghembuskan nafasnya di Hospital Taiping.

Berbagai isu semasa dijelas dan dikupas dengan baik oleh pemimpian yang di sayangi rakyat ini.Ikutilah siri ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang ini hanya di TVBO:)

Sunday, August 16, 2009

UMNO MASUK FASA GILA BABI!!



Assaalmuaalaikum,

Dalam keadaannya yang terdesak sekarang, UMNO memasuki satu fasa yang saya namakan fasa gila. Ini adalah kerana, untuk mencapai tujuan mereka mengembalikan undi yang telah hilang, mereka menggunakan pendekatan yang gila.

1. Menunggang banyak instrumen negara secara melanggar undang undang serta kemafiaan
2. Cuba menggulingkan lawan dengan pendekatan kemafiaan, bukan pendekatan demokrasi
3. Character assasination - kononnya Anwar Ibrahim pengkhianat melayu.- sedangkan mereka selama ini mengkhianat orang melayu dengan pelbagai cara.
4. Cuba melagakan parti lawan secara mafia
5. Menggunakan pendekatan fitnah.

Tetapi psikologi mereka untuk membentuk public opinion gagal.

http://hamirdin.blogspot.com/

Linkwithin