Friday, January 16, 2009
Palestin dan Hamas mangsa si kafir dan pemimpin munafik umat Islam !
oleh : kelulut@telokbakong.com
15.01.2009
ALLAHU AKBAR,! SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN HANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA PALESTIN TAPI JUGA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN MASJIDIL AQSA .
YG MERUPAKAN QIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM. SEMOGA MEREKA WAFAT DALAM KEADAAN SYAHID, INSYA ALLAH. MARILAH KITA BERDO'A SEMOGA ALLAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA".
Sudah hilang minat terhadap politik malaysia sejak perang Gaza meletus.Setiap hari tumpuan kepada perkembangan disana.
Pejuang Hamas dan rakyat palestin di Gaza bermandi darah mempertahankan maruah Islam . Mereka benar benar dianiayai oleh musuh dari dalam dan luar .
Anak - anak mereka dibaham oleh peluru dan bom kita hanya mampu simpati beserta doa yang lafazkan.
Kelemahan para pemerintah negara Islam membantutkan semangat umat yang begitu berkobar - kobar mahu membantu saudara seagama disana .
Tetapi apa akan daya puak sekularis yang menerajui gagal bertindak .Malah negara seperti Mesir bersekongkol membiarkan sempadan mereka tertutup rapat agar mudah Zionist Israel membunuh rakyat Palestin.
Pemimpin negara islam berbalah tempat untuk bermesyuarat bukan mahu menyelesaikan konflik ini dengan segera. Mereka pengecut !
Umat Islam kini pula berbondong - bondong memberi derma dan segala kemampuan yang ada.
Fraksi yahudi PLO dibawah pimpinan Mahmoud Abas bagai menangguk di air yang keruh apabila seteru politik mereka Hamas dilanyak . Dengan ' sabar ' menanti kehancuran parti politik islam itu .
Ketika dunia islam mahu yahudi diseret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa .Lidah Mahmoud abas mengatakan tidak perlu .
Tetapi kita yakin para pejuang hamas dan rakyat palestin dipilih oleh ALLAH untuk menerima beban perjuangan ini kerana kemampuan mereka .
Perjuangan mereka menang atau pun syahid !
Allahuakbar !
www.telokbakong.com
Thursday, January 15, 2009
Jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia
Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan-kawasan padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara-negara Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata-senjata yang di haramkan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang-pejuang Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.
Ikuti temubual terbaru wartawan Palestinkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.
Sserangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?
Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetaka paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip Recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.
Pendapat saudara tentang tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel.kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?
Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.
Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.
Saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekakkan sahaja oleh Israel dan sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?
Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.
Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel danAS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka didekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.
Jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun …bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah?
Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka mnghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.
Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.
Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah.
Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.
Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu. Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…
Dengan reputasi OIC yang semakin tercalar, di manakah lagi umat Islam mahu bergantung harap untuk menyelesaikan konflik puluhan tahun ini ?
Masyarakat sivil di seluruh dunia Islam perlu bangkit. Jika para ahli politik agal,pertubuhan-pertubuhan NGO boleh bersatu dan lakukan sesuatu. Contoh bot-bot yang membawa bantuan seperti yang diusahakan oleh Free Gaza Movement boleh dicontohi. Masyarakat sivil dan pengguna mempunyai kuasa yang kuat untuk memberikan tekanan ekonomi, moral, akademik dan juga melalui media. Jiakalau para aktivis pecinta haiwan boleh memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi, sudah tentu umat Islam yang berbilion ramainya itu boleh menggerakkan sesuatu juga.
Fosfurus putih telah di gunakan Israel utk mengebom. Tidakkah ia telah di haramkan penggunaannya. Adakah ia pertama kali digunakan ? atau ada senjata haram lain telah digunakan tetapi tidak mendapat liputan media ?
Tiada istilah haram di dalam kamus Israel. Bagi mereka segalanya adalah harus untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disifatkan sebagai musuh negara haram Israel. Rekod jenayah mereka bukan bermula hari ini. Lihat tulisan Robert Fisk baru-baru ini yang menunjukkan rekod buruk Israel di Lubnan dan Gaza sebelum-sebelum ini. Atau lebih dahsyat lagi di zaman-zaman pre-Israel di mana golongan Irgun dan Haganah telah menyembelih rakyat Palestin demi menubuhkan negara Israel. Sikap kebinatangan ini telah menjadi pilar utama penubuhan negara mereka, ia mengalir di dalam urat nadi setiap penganut faham Zionis.
Kenapa saudara menyarankan demo di adakan di hadapan kedutaan Mesir ? Saudara turut menggesa agak di tarik balik para pelajar terutama di Al Azhar Universiti .TIdakkah ini pandangan yg ekstrim ?
Kita kena realistik. Mengapa Mesir?, kerana Mesir telah menutup pintu sempadan Refah. Tindakan paling realistik ialah membuka pintu sempadan tersebut. Malangnya tiada tekanan terhadap Mubarak untuk membuka pintu sempadan tersebut. Maka tindakan yang agak pro-aktif perlu diusahakan agar Mubarak tahu bahawa masyarakat dunia tidak bersetuju dengan beliau. Saya tidak menyuruh para pelajar itu sendiri yang balik, tetapi negara-negara Islam yang serius terhadap isu ini dan mahukan tindakan yang segera demi menyelamatkan rakyat Palestin…
Boikot barangan keluaran Israel adalah mustahil kerana kebanyakan produk2 mereka tumbuh subur di Malaysia, pendapat saudara ?
Benarkah sedemikian? saya tidak pasti apakah barangan Israel yang terdapat di Malaysia. Jika barangan AS saya pasti banyak. Cuma kena dibezakan di antara syarikat yang erlibat membantu Zionis dengan barangan syarikat yang tiada kena mengena dengan Zionis. alau apapun, apa salahnya kita semarakkan penggunaan barangan tempatan dan negara-negara Islam. Seperkara lagi, seruan boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti agar semua rakyat dapat bersama dan bukanhya dengan nada hukum. Wajib boikot, haram makan barangan AS dan sebagainya akan menimbulkan kontreversi dan akan dipandang sepi oleh golongan non-Muslim malah oleh para sekularis esktrim.
Kenapa George Galloway menjadi tumpuan media dan masyarakat di UK. Apa yang dia telah buat utk Palestin ?
Galloway merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau mewarisi tradisi Tony Ben. Beliau menjadi juru cakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeini, pembela golongan mustadhafin. Kata-kata beliau boleh membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.
Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai , kenapa wang bantuan ke Palestin dari Malaysia masih sedikit dan lambat berbanding negara2 lain ? apa masalah sebenarnya ?apa cadangan saudara utk mempercepatkan proses bantuan kemanusiaan ke sana ?
Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan Sabit Merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.
palestinekini.info
Subscribe to:
Posts (Atom)