Friday, December 19, 2014

Nah Udah Dapat Kome Sebijik...Tepuk Tangan

Cakap banyak tak mau...citer banyak tak mau...besorkan ler mate kome tu luas..luas...pas tu tengok siling rumah tu...pikior....





Wednesday, December 17, 2014

Penjelasan PKR Sabah..





Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin berkata Dr Roland Chia masih lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam.

"Buat sementara waktu ini, ini khabar anginlah sehinggalah kita memperolehi pengesahan (mengenainya).

“Saya sudah periksa dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (Datuk Seri Dr Salleh Tun Said) dan (saya) dimaklumkan tidak ada peletakan jawatan (ADUN)," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Chia daripada PKR di dalam laman Facebooknya yang menyatakan hasrat meletakkan jawatan atas faktor kesihatan.

Lajim juga tidak menolak kemungkinan akaun Facebook ADUN Inanam berkenaan digodam.

Menurut Lajim minggu lepas dia dan Dr Chia bersama-sama menghadiri satu mesyuarat namun ADUN Inanam berkenaan langsung tidak menyebut mengenai hasratnya untuk meletak jawatan.

Sementara, Chia masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut darinya dan difahamkan beliau berada di luar negara.

Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said ketika dihubungi Bernama juga mengesahkan pihaknya belum menerima surat perletakan jawatan daripada Dr Chia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas Dr Chia mendapat 8,926 undi dengan majoriti 3,202 undi menewaskan Eric Majimbun dari Parti Maju Sabah (SAPP) yang mendapat 5,003 undi dan Joseph Paulus Lantip dari Barisan Nasional yang memperoleh 5,724 undi.

- Bernama

Betul Ke Nie...

Tuesday, December 16, 2014

Air,Angin,Udara,Tanah..Sekarang Semua Dah Kena Cukai..Sokong Ler Lagi


Berita terkini untuk kaki pancing apabila
dikhabarkan pihak Jabatan Perikanan akan
mewajibkan kaki pancing untuk mengambil
lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan
memancing bermula tahun 2015 nanti.


Jabatan Perikanan Malaysia telah
mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai
perkara ini dan difahamkan tujuan perlesenan
ini dilaksanakan adalah untuk mengawal
populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari
ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti
bot tunda di perairan cetek.


Bagi pemancing yang ditangkap tidak
mempunyai lesen akan dikompaun dan akan
akan didakwa di mahkamah jika terus
melanggar kesalahan tersebut.
Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini
telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka
akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat
kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis
Perundangan Negara.

Objektif utama Perlesenan sukan memancing
ini adalah satu usaha untuk menaik taraf
sukan reakrasi di lautan dan memastikan
populasi spesis ikan dapat dikawal.
Plan dan kajian selama 12 tahun oleh Jabatan
Perikanan ini akan diwartakan pada 2015
setelah mendapat kelulusan dari Lembaga
perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.
Kadar yang dicadangkan dalam perlaksanaan
perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan
setiap pemancing akan dibekalkan satu buku
log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan
tangkapan ikan di lautan.


Peratutan ini telah diwartakan oleh Jabatan
Perikanan telah diwartakan sejak 27
November 2014 dan akan dibentangkan pada
tahun 2015 untuk mendapat kelulusan
sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh
negara- Siakapkeli.com.my

Linkwithin