Saturday, April 25, 2009

MPV Perodua ?

SAPE KATE SURE HEBOH HARAM ?

Dulu kate haram...sekarang tak ngape kome

Kome jangan pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Kome ngaji di mane ? Al-Azhar ? Ummul Qura? University of Madinah ? Yarmuk ? UIAM ? Kolej Islam ? Setakat ngaji pondok di Pondok Tunjung tu tak usah le pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Mufti teman lagi terror. Dia dah abih ngaji! Dah dapat tripple PhD. Anugerah itu, ini. Sebut saja hukum hakam, halal-haram, tak boleh challenge dia. "Everything is at his fingertips". Tengok je kat Lumut, Perak... Sure Heboh dah dirasmikan hari ni, serentak dengan perishtiharaan Lumut sebagai Bandar TLDM. Teman memang lame dah tak tengok TV, sejak DS Nizar tak jadi MB teman...

Fuh! Ghopenye dah banyak berubah kat Perak ni, bukan takat MBnye dah ubah. Hukum haram Sure Heboh pun dah ubah! Teman ke Sri manjung tadi, nampak le budak-budak muda dan yang tak berape mude tengah kerumun satu khemah ni, teman tinjau le kedalam... ohhh...artis-artis jemputan Sure Heboh ghopenye. Semuenye dah bertudung litup, baju pulak besar, labuh. Anak-anak mude tu pulak dihidang dengan halwa telinga lagu-lagu El-Suraya (cam Selimut Putih, Palestine...). Teman terharu... patutle Sure Heboh dah boleh bawak ke sini... artis2nye dah boleh pimpin peminat ke syurga...ohhh!...terimekasih le semua pihak yang terlibat dalam program Sure Heboh tu.

FRU pulak memang same banyak ngan peminat artis2 tu. Tapi teman marah betul, deme tengak relaks kat warung makan, takde yang nak jaga keselamatan artis2 tu... tak bawak pun deme water canon yang selalu deme bawak mase nak jaga keselamatan Abang Mat Sabu masa die ceramah, topi ngan senapang tembak gas deme pun teman tak nampak... isk!isk! ate kalu jadi pape kat artis2 tu sape nak bertanggungjawab? DS Nizar mesti kena saman besor sebab sebelas bulan jadi MB tak buat garis panduan keselamatan artis2 yang datang ke Perak.

Balik ceghiter artis2 tu tadi. Deme memang sah udah warak. Buktinye takde sape terkinje-kinje mase Deejay perkenalkan deme, time Asar tadi Dejay memberhentikan progam dan mengajak semua yang datang semue pegi surau yang penganjur sediekan...dah tu, peminat lelaki pompuan semue berasingan...nyese teman marahkan Sure Heboh tu. Program tu bagus ya amat... selame ari ni orang PAS dah rugikan orang Perak sebab tak nyokong Sure Heboh... Oi PAS! Dengo arahan Mufti le kalo nak selamat, kalo nak sume oghang sayang.

Kat Lumut plak, remajenye tak de pun pegang2 tangan, tak de pun kat tempat2 semak dan gelap2. Lampu2 dipasang di merata tempat. Polis dan PPM meronda 24 jam. Ade je yang duduk dekat2, tak sampai seminit, dah kene cekup. Syabas MB baru ! Kedai2 24 jam yang jual arak dan kondom2 udah tidak dibenarkan beroperasi. Boleh kata Lumut @ Perak dah maksiat sifar !

Tahniah kepada MB, mufti dan penasihat agama baru MB, YB Najmuddin Alias al-hafiz. Kome tak respect ke deme2 ni. Kalau tak kerana deme ni, mesti teman masih sangka yang Sure Heboh tu masih haram !

Takbir !

ude kenang

Wednesday, April 22, 2009

Muktamar Pas : Jangan lupa calon muslim bukan melayu .

Pas kini lihat telah berjaya menarik perhatian golongan bukan melayu untuk memberi undi . Jurang curiga non muslim terhadap Pas yang selama ini dianggap sebagai ekstremis agama sudah semakin sempit .

Pendekatan Pas yang tidak hanya mementingkan ' kosmetik' telah menampakkan hasilnya .Nilai agama yang ditonjolkan pasti boleh diterima . Kerana Islam itu bersifat fitrah .

Inilah kesannya apabila ' buat serupa bikin ' . Saya pernah didatangi oleh seorang cina PKR yang merungut apabila memikirkan segelintir ahli mereka .

Ketika asyik kami bertukar pandangan tentang krisis politik perak . Dengan spontan dia berkata ; " orang pas juga bagus tidak tipu orang " ! tetapi saya membalas ; " bukan semua bro ' ! dijawabnya kembali tapi sekarang masih ok la...katanya dengan bangga .

Inilah hasil pentarbiahan , itulah rumusannya .Telah banyak saya perkatakan sebelum ini Pas ada 'bahan mentah ' cuma ruang untuk pemasarannya masih lemah .

Islam dan perjuangan tidak hanya dibatasi oleh sesuatu kaum sahaja . Bayangkanlah jika melayu yang diasuh boleh memikat non muslim . Bagaimana impaknya jika non malay yang muslim berada didalam saf kepimpinan Pas ? .

Pimpinan peringkat pusat perlu melakukan perubahan dengan membawa masuk golongan muslim bukan melayu .Tokoh - tokoh seperti YB Idham Lim , Anuar Tan sudah boleh diketengahkan . Tokoh dari kaum India Muslim agak ramai .Tetapi Pas kenalah rajin ' meminang ' calon - calon yang berpotensi .

Untuk Sabah dan Sarawak juga boleh diusahakan walaupun agar sukar . Golongan yang dari suku kaum pribumi ' revert' bolehlah diberi ruang .

Pas jangan terlalu bergantung kepada sokongan non muslim dari parti lain terutama pemimpin mereka . Pas sebenarnya mampu melakukan tranformasi , reformasi demi masa depan parti .

Keputusan tentang keahlian bukan melayu pun masih belum selesai . Kelab penyokong menunjukkan prestasi yang baik . Harapannya biarlah ada kemajuan serta perkemaskan lagi organisasinya .

Harapan mahu melihat pas sebagai parti yang tidak ' terlalu melayu ' . Kerana Islam bukan hanya untuk ras yang satu .

Kesannya hanya akan terlihat apabila ada perancangan dan tindakan . Bukan laungan retorika sepanjang masa .

Bayangkanlah jika kepimpinan Pas dari pelbagai kaum bagaimana impaknya ?

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Tuesday, April 21, 2009

Bukan semua ahli politik adalah agamawan, bukan semua agamawan ahli politik .

kelulut@telokbakong.com

20.04.09

Arena politik bukan semudah yang yang disangka. Sepak terajang , taktik serang undur , cantas mencantas adalah asam garam perjuangan .

Pendekatan politik adalah berbeza mengikut keadaan .Didalam politik tiada musuh yang berkekalan. Dan kasih sayangnya pula sesuatu yang tidak pasti .

Kebiasaannya yang sering kelihatan adalah politik antara parti .Setelah selesai antara parti , 'drama' politik didalam parti pula yang menjadi teka - teki .

Umno sudah selesai memilih pemimpin mereka . Maka biarkanlah mereka mencorak apa warna yang mereka kehendaki .Politik umno tidak seunik parti Pas .

Didalam UMNO tidak ramai agamawan. Malah menjadi rungutan perwakilan umno kerana parti itu tidak diminati ulama .Maka tidak menghairankan jika umno sepi dari hidayah .

Pas pentas politiknya unik kerana kepelbagaian golongan, idea . Tunjang Pas adalah Islam perjuangan mereka tidak pernah menjual prinsip .Yang nampak sedikit 'celaru ' hanyalah persoalan pendekatan .Bukanlah sesuatu yang serius .

Didalam Pas dikatakan terdapat dua kelompok besar . Pertama golongan agamawan yang kebiasaannya lahir dari latarbelakang pendidikan agama secara formal . Manakala yang keduanya adalah golongan profesional yang cenderung kepada Islam .

Didalam menempuh politik semasa adunan kedua - dua kelompok ini adalah sangat berkesan .Malah akan mendapat kekuatan yang luar biasa jika dapat digembeling secara maksima .

Perlu diingat pentas politik Islam bukan jalan mudah mencari kekayaan , populariti dan segala macam habuan duniawi.

Bukan semua orang ahli politik boleh mengaku semahunya bahawa mereka adalah ahli politik. Dan bukan semua agamawan pula boleh mendabik dada. Bahawa merekalah sahaja yang mampu menjalankan politik Islam .

Asas agama , ketajaman pemikiran , semangat juang yang tinggi serta memahami keadaan semasa adalah kelebihan .Politik kini tidak hanya pandai pidato berapi - api tapi kosong isinya. Politik memerlukan kupasan isu secara ilmiah dan benar . Contohnya jika membicarakan hal perekonomian .

Muktamar akan memilih kepimpinan yang baru . Provokasi secara halus sudah mula berjalan . Perang saikologi sudah meresap sehinggakan TGNA sudah ada pencalonan untuk jawatan Presiden . TGHH pula berlapang dada jika ada persaingan sekaligus menarik balik cadangan kerajaan campuran idea beliau .

Apakah persaingan ini akan berlaku ? Penulis menjangkakan ia mustahil , kerana yang sebenarnya ada usaha untuk meletakkan calon agamawan untuk menjadi pesaing TGHH .

TGNA hanyalah calon 'provokasi ' untuk mengejutkan ahli agar peka terhadap isu semasa .

Percayalah ini sesekali tidak akan melemahkan PAS . Tindakan drastik harus dilakukan jika mahu terus relevan dimasa- masa hadapan .

Bagi mereka yang memilih nanti , undilah secara rasional kita bukan memilih antara baik dan jahat. Tetapi antara tepat dan kurang tepat .( orang yang dipilih ) .

Maka tafsirkahlah " Bukan semua ahli politik agamawan, bukan semua agamawan ahli politik " .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Kes Speaker Dun Perak, Mahkamah salah masuk rumah ? !!

by admin

Tarmizi Mohd Jam
KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Dalam membuat keputusan yang menghukumkan Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Mahkamah Persekutuan mengambil sikap yang berbeza dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengambil kira kedudukan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Prof. Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai permohonan 10 perintah yang belum kesemuanya dikeluarkan. Perkara 72(1), kata Aziz, jelas memberi imuniti kepada prosiding dewan.

“Oleh kerana Tan Sri Alauddin Sheriff masih belum memberikan penghakiman bertulis, sebenarnya kita masih kabur. Tetapi ini mungkin dibangkitkan oleh peguam Sivakumar dalam prosiding di mahkamah berkenaan,” katanya lagi.

Apa pun, kata pakar perlembagaan itu, keputusan mahkamah dalam kes-kes terdahulu seperti Lim Cho Hock (1979), Tun Datu Haji Mustapha (1986) dan Haji Salleh bin Jafarudin (1986) menjunjung peruntukan dan semangat Perkara 72(1) yang tidak membenarkan mahkamah menyentuh perjalanan dewan.

“Ini menyebabkan ramai yang terpinga-pinga dengan keputusan mahkamah berkenaan, sebab itu jelas menyalahi sesuatu yang telah termaktub dan diamalkan,” kata beliau.

Aziz juga menimbulkan persoalan tentang kedudukan perintah-perintah yang dipohon itu di sisi undang-undang. Katanya mahkamah tidak boleh mempersoalkan kewajaran tindakan badan perundangan.

“Sebab itu mahkamah enggan membincangkan soal apakah sesuatu undang-undang itu adil atau sebaliknya”, tambahnya.

Beliau berkata mahkamah, dalam melakukan semakan kehakiman, selalunya menangani soal bidang kuasa.
“Selagi sesuatu undang-undang itu masih di dalam bidang kuasa dewan berkenaan maka mahkamah akan melaksanakan undang-undang itu biar bagaimana tidak adil sekalipun”, katanya.
Perintah-perintah seperti injuksi dan seumpamanya selalunya dikeluarkan ke atas badan-badan atau agensi yang diwujudkan oleh badan perundangan, baik parlimen maupun DUN.

“Jadi saya berasa musykil bagaimana peguam berkenaan boleh memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah ke atas speaker yang merupakan sebahagian daripada dewan”, tambah Aziz.

Beliau berkata perintah juga boleh dikeluarkan ke atas menteri tetapi tidak ke atas kabinet yang merupakan badan eksekutif.

“Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan di Perak ini amat ganjil kerana ia tidak selaras dengan peruntukan perlembagaan dan amalan yang telah berjalan selama ini”.

Aziz juga menimbulkan sikap salah seorang hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin yang bersetuju dengan Tan Sri Alauddin Sheriff. Kata Aziz ini tidak konsisten kerana di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (2006) Zulkefli tidak memberi perhatian kepada soal prosedur yang dibangkitkan oleh Anwar dalam pemecatannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

“Dalam kes saman Anwar ke atas Mahathir itu Zulkefli merujuk kepada kuasa mutlak Perdana Menteri. Sepatutnya dalam kes Sivakumar ini Zulkefli harus mengambil pendekatan yang sama dan menentang keputusan Alauddin dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang lain,” katanya.

Aziz berkata kes-kes perlembagaan perlu ditangani dengan prioriti yang betul; soal prosedur harus tidak menjadi halangan kepada isu pokok.

“Prosedur dan isu teknikal bertujuan membantu dan meregulisasi bukan menafikan hak,” tegasnya lagi.- TMJ_

Sunday, April 19, 2009

Muktamar Pas : Jangan lupa calon muslim bukan melayu

Linkwithin