Pagi ini saya sempat berbual dengan ibu bapa salah seorang anggota PGA yang ditugaskan di Lahat Datu ketika ini.Ibu anggota tersebut sempat mengenang nasib para anggota keselamatan apabila saya dan kawan kawan membicarakan tentang hal ehwal politik negara.
Cerita punya cerita,terkeluarlah cerita tentang anaknya yang
terserempak dengan penganas dalam jarak 50 meter didalam sebuah kebun kelapa
sawit.Sebenarnya operasi anak nya ini adalah sekumpulan 13 orang anggota tetapi
mereka bergerak berjarak antara satu sama lain.
Didalam keadaan tegang dan terperanjat,anak nya telah
melepaskan satu tembakan kearah penganas tersebut.Tetapi amat
memeranjatkan,musuh tidak tumbang lantas anaknya melepaskan tembakan
kedua.Tubuh masih juga berdiri utuh.Dengan tawakal anggota ini melepaskan
tembakkan ketiga.Masih juga tiada kesan kecederaan pada musuh,apatah lagi nak
rebah.
Anggota keselamatan tersebut cuma mampu mengucap kalimah syahadah
dan membayangkan bahawa musuh akan bertindak balas menembaknya.Disaat getir dan
kilam kabut tersebut tiba tiba musuh tersebut melarikan diri tanpa melepaskan
tembakan.Anggota tersebut amat bersyukur kerana terselamat dalam peristiwa
itu.Tidak berapa lama kemudian rakan rakannya yang lain sampai ketempat
kejadian apabila mereka mendengar tiga tembakan berturut turut kedengaran.
Msinc-Berdasar cerita diatas,apa pendapat pembaca tentang
kejadian tersebut.Sila beri pendapat anda,semoga dapat pencerahan.Adakah ini
membabitkan sihir atau sesuatu yang lain?
9 comments:
agaknya pasal apa para mujahedeen di syria, paelestine , afghanistan, mindanao , selatan thai, kashmir, chechnya, bosnia, papau new guinea, iraq algeria dll bile tembak sumer mati tak mcm tausug, sekian.
Dengar cerita dari orang tua-tua dahulu apabila kita berdepan dengan situasi macam ini, kita hendaklah bertawakkal kepada Allah. Peluru yang hendak digunakan untuk menewaskanya hendaklah terlebih dahulu di cucukan ke tanah dan menyebut asal tanah pulang ke tanah....Waallahu a'lam.
Pada pendapat saya mereka tu pakai baju bullet proof yg terbaik dan latest.. Dalaman mereka pakai full
kalis peluru..luaran pakai selekeh..
Yang mana tak kebal dan mati tu,hanyalah pengikut bawahan yang tak pakai full war gear.
Cerita lebih-lebih......
dah tahun 2013 orang berperang dah guna drone masih ada lagi yang percaya hal kebal lah, keris terbang lah, parang terbang lah dan segala karut-marut macam ni. kalau betul kebal dah lama Sulu merdeka dari Filipina lah. kebal2 ni propaganda penyokong kiram untuk menakut2kan perajurit negara je.
Berdasarlan pengalaman...cerita diatas telah sengaja direka ! Antara sebab paling senang nak Faham..kononnya Penceroboh itu leboh Islam dari anggota keselamatan !! Ketahuilah..Rasullullah pun cedera dalam peperangan !! Siap patah gigi lagi tu..
So jjgn lah nak buat cerita. Sebab ada cerita kononnya ada pihak politik negara uv bayar berjuta2 pd Penceroboh sebab nak pegang tampuk pemerintahan negara !! Amacam ..ada sapa2 nal komen ??
ye ke tembak taklut....
ke tembak ke laut....
Dlm keaadan panik munkin 3 tembakan tu x mengenai sasaran..dlm keadaan normal pun klau seseorang x pernah menembak agak sukar untuk menepati target apalai dlm panik...
orang-orang dulu mempunyai kaedah tertentu untuk menentang musuh sebegini. Sebelum turun ke Medan pertempuran, peralatan seperti pedang, terakul, meriam didoakan. Pendekanatan yang sama juga dilakukan oleh pejuang di Palestin. Wallahua'lam.
Post a Comment