Saturday, July 19, 2008

Ceramah Di Dewan Orang Ramai Bota Kanan

Tarikh: 19/7/08 9 malam

Lokasi : Dewan Orang Ramai Bota Kanan.

Semua rakyat tempatan di jemput hadir agar mendapat maklumat terkini dan jelas mengenai suasana politik dan dasar -dasar kerajaan Perak yang di sampaikan oleh Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim.

Sumber Info : Ketua Penerangan PAS Kawasan Parit

Pro & Kontra Muzakarah PAS - UMNO

Bertahun yang lalu ibarat pinangan di tolak bertalu bertalu.Kini yang dipinang dulu beria-ria meminang pula.Ikut resmi dulu lelaki meminang perempuan,kini dunia dah nak kiamat perempuan yang dah monopous pula meminang lelaki.Aduh,aku tak mengerti ini filem.Filem melayu memang membosankan kecuali filem P.Ramlee!!!

Persoalan yang bermain di benak hatiku ini,mengapa..mengapa baru kini Umno ingin bermuzakarah setelah sekian lama PAS menjemput...dan mengapa pula hanya dengan PAS semata tidak melibatkan pemimpin melayu di kalangan PR{melayu PKR dan PAS le}.Relevankah muzakarah ini,matlamatnya demi perpaduan melayu?Ahhh...Aku sudah bosan mendengar perpaduan melayu.Muntah mongek...

50 tahun masih membicarakan isu perpaduan melayu.50 tahun Umno gagal berfungsi membela melayu...malah dosa besarnya lagi adalah kegagalan membela Islam .Tak perlu bermuzakarah,UMNO tu masuk jer PAS dan PKR.Bersatu dalam Pakatan Rakyat,tak payah mengada-ngada membuang masa.Dah tersepit baru nak bermuzakarah,tindakan yang mudah dibaca dari golongan terdesak.Pas dah banyak berkorban,dalam Islam memang digalakkan namun cukuplah sekali terkena.Pada aku muzakarah ini tak kemana kalau dengan Umno,tak percaye kome nengok ler nanti.Umno dah nak masuk liang lahad,kalau ikut akal logik ler{jangan kome ngate aku sekular pulak},runding-runding tetiba Umno padam,tinggal PAS terkonteng-konteng tak ker koje sia-sia.INI BAHAGIAN KONTRA.

INI BAHAGIAN PRO:Kalau udah ngeletek sangat nak muzakarah juga kena TEGAS dan BERNAS.Kebijaksaan dan Prisip pimpinan PAS harus diserlahkan dalam muzakarah dengan UMNO.Banyak yang perlu dibincangkan,kalau Umno keras kepala blah jer.Bukan PAS yang terhegeh-hegeh nak 'berdating' kali ni.Kene ego bertempat ler juga dengan Umno yang benak tak bertempat ni.PAS anto ler orang yang codek- codek banyak.Bukan codek-codek sikit,nanti kene gulai dengan UMNO.

Isu-Isu yang aku rasa perlu di utamakan:
(BERGABUNG DENGAN UMNO JANGAN HARUS DI SEBUT)

NO Wahid: Menghapuskan Islam Hadhari yang merepek mereban tu.Berkampung-kampung jer programnya.

NO. 2: Peruntukkan Kewangan ke negeri di bawah PR di segerakan,jangan double trouble jer macam sekarang.Konsesi lebuhraya di semak semula.Harga minyak di turunkan semula.

NO 3:Membebaskan sepenuhnya SPR,BADAN KEHAKINAN serta yang sewaktu dengannya dari pengaruh kerajaan.Jangan lupe isu liwat,all...tantuya.

NO 4: Media di beri ruang dan peluang sama rata tanpa mengira fahaman politik.Udah jemu nengok muka deme jer kat TV.

NO 5; Isu sekolah agama rakyat(SAR) harus diutamakan,mengembalikan kegemilangan bahasa jawi.Yang paling penting isu pendidikan udah jadi komersial bebenor.Matlamat pendidikan negara harus digubal semula dan mesra rakyat(idak ler perit beno nyekolah anak).

NO 6 : Kabo kat UMNO pesanan aku ni 'MALAYSIA INI BUKAN MAK BAPAK UMNO PUNYA'.Kalau dia dapat menjiwai yang ini,maka berjayalah muzakarah ini.Boleh ler muzakarah seterusnya.


TG Nik Aziz baru cakap nak cari orang tgh,UMNO kata muzakarah dah bermula,macam orang gila talak.Muzakarah gagal esok nyalahkan PAS penyudahnye.Oleh itu muzakarah ini seeloknya bior telus tembus menembus pada biji mata rakyat buat ler siaran langsung lantak ler tiap-tipa malam dari nengok siaran langsung Gang Starz tu,Jom Heboh tu.

p/s:Aku teringin benor debat dengan gtrs amy.Lampa le......

Friday, July 18, 2008

Kerajaan PR Perak Akan Tumbang? – Renungan Untuk Pemimpin Dan Penyokong PAS

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memang dalam bahaya! Keadaan ini bukan kerana statement 'akan tumbang pada 31 Ogos' yang diucapkan oleh Dato' Seri Tajol Rosli. Bahaya itu sudah bermula sebelum Dato' Seri Hj. Nizar mengangkat sumpah sebagai MB lagi. Dengan kata lain, bahaya itu telah bermula pada tengah malam 8 mac 2008 selepas keputusan pengiraan undi PRU12.

Pakatan Rakyat ada 31 kerusi manakala BN 28 kerusi. PR membentuk kerajaan hanya dengan kelebihan 3 kerusi. BN hanya perlu 2 kerusi terbang menyeberang untuk membolehkan mereka berkuasa semula.

Sejak saat itu Pakatan Rakyat memang dalam bahaya. Syukur kepada Allah kerana memberikan kekuatan kepada semua 31 YB kita untuk kekal mempertahankan prinsip sehingga sekarang.

Namun begitu kekuatan pertahanan kita untuk menyempurnakan tempoh berkuasa antara 3 hingga 5 tahun lagi memang layak dibimbangi. Sejarah telah membuktikan betapa UMNO/BN sanggup melakukan apa saja demi kuasa yang merupakan satu-satunya jalan serta matlamat hidup mereka. Maruah dan dosa bukan isu bagi mereka yang hidup dengan prinsip 'matlamat menghalalkan cara'.

Tulisan ini bukan bermaksud membincangkan kemungkinan yang boleh berlaku atau cara mengatasi kemungkinan itu. Tulisan ini bertujuan mengajak rakan-rakan seperjuangan dalam PAS agar menghitung diri dan organisasi masing-masing secara menyeluruh demi pencapaian yang lebih bermakna di masa mendatang. Kita perlu lebih objektif dalam langkah dakwah kita serta dalam realiti percaturan politik negeri Perak.

Perak adalah negeri yang melahirkan PAS. Gunung yang merbahaya di bumi Perak ini bukan setakat menggerunkan musuh sekulit tetapi turut menggentarkan jiwa penjajah British yang punyai segala kelebihan fizikal. Perak memang hebat kerana melahirkan Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Prof. Dr. Zulkifli Mohamad, Hasan Adli Singa PAS dan ramai lagi tokoh perjuangan ini.

Di sebalik sejarah yang hebat itu, hari ini PAS tidaklah gemilang di bumi kelahirannya ini. Setakat ini PAS hanya boleh dikaitkan dengan kawasan di sebelah utara iaitu Parit Buntar dan Bagan Serai. Kawasan majoriti Melayu/Islam lain masih berkarat birunya. Selama dan Batu Kurau serta ratusan kampung Melayu yang mengelilinginya masih tak terdaya dihijaukan walau pun komitmen keagamaan penduduknya kelihatan terserlah berbanding Perak Tengah dan Selatan. Parit yang membuat kejutan pada tahun 1999 terus kecundang dalam dua pilihanraya berikutnya. Hilir Perak yang menyediakan tokoh-tokoh hebat kepimpinan negeri seperti Ustaz Misbah dan Sdra Muhaimin, juga tidak memperlihatkan perkembangan menarik. Kuala Kangsar, Lenggong dan Grik tak kemana dari dulu hingga sekarang. Perak Selatan yang memiliki Ustaz Tarmizi dan Ustaz Zulkarnain juga hanya bertahan dengan perkembangan yang perlahan dan berdikit-dikit.

6 kerusi yang dimenangi dalam PRU12 bukanlah petunjuk kepada kekuatan PAS yang sebenar di negeri ini. Umum mengakui bahawa faktor Makkal Shakti memainkan peranan besar bagi kemenangan calon Pakatan Rakyat di seluruh negara termasuk negeri Perak. Majoriti kemenangan yang agak selesa hanyalah di kerusi N.51 yang di wakili oleh Menteri Besar. Itu pun dibayangi kekuatan besar Makkal Shakti. PAS Lumut mengakui bahawa pertambahan undi Melayu/Islam hanya pada kadar 10% sahaja.

Kenapa majoriti Melayu Perak masih tidak dapat menerima PAS? Sukar dipercayai jika dikatakan Melayu Perak menolak PAS kerana dasar Islam yang diperjuangkan. Melayu tidak menolak Islam sebagai asas perjuangan.

Salah satu rumusan awal tentang asas penolakan itu ialah mereka tidak memahami Islam sebagai Ad-Deen dalam konteks sebenar seperti yang kita yakini. Sebab kedua ialah mereka masih percaya bahawa UMNO juga memperjuangkan nasib umat Islam dan sentiasa berusaha menegakkan syiar Islam.

Mind-set ini telah berakar umbi dalam diri majoriti orang Melayu. Penjajah berjaya menyemai persepsi itu dalam jiwa datuk-nenek Melayu sejak era Malayan Union lagi. UMNO/BN juga berjaya menyambung misi penjajah. Semua sistem dalam pemerintahan negara yang boleh menjurus kepada pembentukan jatidiri, telah diolah dengan penuh licik oleh UMNO untuk menghasilkan jiwa Melayu/Islam yang prejudis dan skeptik terhadap Islam.

Melayu jenis inilah yang masih setia menyokong dan mengundi UMNO/BN. Aktivis PAS wajib insaf bahawa UMNO masih menjadi pilihan Melayu/Islam. Daripada 28 kerusi BN dalam DUN Perak, UMNO menguasai 27 kerusi.

PAS menang 6 kerusi kawasan Melayu/Islam manakala PKR 3 kerusi. Jumlah kerusi kawasan Melayu/Islam yang kita menangi hanya 9 berbanding 27 milik UMNO.

Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dengan kombinasi 22 ADUN bukan Melayu/Islam (DAP-18, PKR-4)dan 9 ADUN Melayu/Islam (PAS-6, PKR-3).

Angka-angka ini patut direnung dengan penuh insaf oleh pemimpin dan aktivis PAS semua peringkat di negeri Perak. Pengaruh PAS memang bertambah berbanding masa lalu, tetapi hanya sedikit dan perlahan. Kejayaan Pakatan Rakyat bukan kemenangan perjuangan dan cita-cita Islam sebenar. Pencapaian ini hanya selangkah ke depan bagi matlamat perjuangan kita yang hakiki. Destinasi kita masih jauh.

Kita patut memeriksa semua asas, strategi dan pendekatan dakwah kita secara menyeluruh. Sunnah dakwah yang diwariskan oleh RasuluLlah SAW patut kita selongkar sehabis-habisnya. Tiada model lain yang boleh menggantikan asas, strategi dan pendekatan dakwah RasuluLlah sama ada dari sudut keberkesanan proses atau kegemilangan pencapaian. Ulama' perlu serius kembali kepada model ini. Profesional pun wajib akur untuk kembali kepada pendekatan sunnah ini. Sunnatullah dalam apa jua perkara hanya satu. Tiada dua atau lebih.

Pemerhatian secara sistematik dan perumusan berobjektif patut dibuat terhadap butiran seerah dakwah RasuluLlah SAW, diikuti akplikasi penuh bertanggungjawab dalam penetapan strategi dan pengurusan gerak-kerja PAS semua peringkat di negeri ini.

Sunnah dakwah RasuluLlah adalah raja segala ideal. Allah telah mengesahkan bahawa ideal sunnah itu adalah suatu yang praktikal serta realiti yang mampu dilaksanakan oleh ummat Muhammad.

Pemimpin dan aktivis PAS wajar memerhatikan binaan dakwah RasuluLlah pada semua juzu'nya. Di antara perkara yang perlu diselidiki ialah :

kemuktamadan prinsip – kesahihan fokus – wibawa kepimpinan – watak pemimpin – wibawa dan seni penampilan – pengucapan berkesan dan berhikmah – budaya cambah-fikir – syura pelbagai aras dan arah – pemikiran strategik – profesionalisme pengurusan – pemikiran tektikal – pendekatan kasih sayang – pendekatan hormat dan penghargaan – budaya hisbah

Juzu' keperibadian cemerlang RasuluLlah yang disenaraikan ini boleh dicungkil daripada keseluruhan kisah sepanjang tempoh hayat Nabi Muhammad seperti yang disusun di dalam kitab-kitab seerah. Juzu' kecemerlangan pemikiran, organisasi, pendekatan dan tektikal boleh dikaji mengikut peringkat masa atau peristiwa yang khusus.

Pemimpin dan aktivis PAS perlu menguasai seni keperibadian RasuluLlah dalam hubungannya dengan semua pihak. Hubungan dengan penjaga (datuk dan bapa saudara baginda), kaum keluarga yang lebih tua, isteri, mertua, kaum keluarga sebaya, anak, menantu, cucu, bisan, sahabat, musuh, pemimpin masyarakat, golongan elit, rakyat bawahan, peniaga, tentera, panjawat awam, buruh dan lain-lain.

Pemimpin dan aktivis PAS perlu menghalusi seni strategi dan tektikal RasuluLlah dalam segala cabang kepimpinan baginda. Dakwah period Makkah, dakwah period Madinah, dakwah rahsia, dakwah nyata, dakwah individu, dakwah kelompok, dakwah massa, dakwah raja dan kerajaan, pendekatan lisan, pendekatan tulisan, pendekatan ghaib (doa), pendekatan seru, pendekatan pujuk, pendekatan marah, pendekatan ancam, pendekatan logika, pendekatan pembuktian, pendekatan sejarah, penstrukturan organisasi, kepelbagaian idea, pemeringkatan proses, tindakan diplomatik, tindakan fizikal, tindakan ketenteraan, kepelbagaian tektik perang, aplikasi fiqh awlawiyyat dan lain-lain.

Kita yakin jika pemimpin PAS negeri, kawasan dan cawangan benar-benar ta'aqul keseluruhan sunnah dakwah itu dan menjiwai kefahaman itu dalam praktik diri dan organisasi, Islam akan segera difahami oleh Melayu negeri Perak.

Apabila Melayu negeri Perak tidak lagi prejudis terhadap Islam, insyaAllah hanya PAS lah satu-satunya pilihan mereka dalam pilihanraya yang akan datang sama ada PRU13 atau PRU seterusnya.

Sumber : PAS Beruas
http://paritbuntar.pas.org.my

Thursday, July 17, 2008

Anwar Tidak Benar Gambar Diambil Di HKL

Semalam Anwar di telanjang untuk membuat pengukuran bahagian sulit semasa pemeriksaan semalam.Beliau melarang sebarang gambar diambil untuk mengelakkan di sebarkan di internet.Pembebasan beliau dengan jaminan polis serta harus melaporkan diri ke IPK setiap bulan.


Sementara itu Raja Petra telah dibebaskan.Pihak pendakwaraya ingin menukor pertuduhan serta membuat lawak tahap gaban untuk hiburan kita.Semoga kita terus terhibur.

Anwar bebas dengan ikat jamin

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dengan ikatjamin pagi ini.

Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.

Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.

Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.

Awal pagi ini, peguam Sankara Nair memberitahu pemberita di luar ibupejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang.

Menurutnya, Anwar mengadu sakit belakang selepas tidur di atas lantai simen malam tadi.

Pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur.

Anwar sedang berihat di rumahnya manakala para petugas media, termasuk media asing, sedang menunggu di luar.

Pada kira-kira jam 10.45 pagi, Wan Azizah dan anak sulungnya, Nurul Izzah keluar dari rumah tersebut.

"Suami saya dalam kesakitan," kata presiden PKR itu sebelum beredar keluar.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Mungkin Bebas Malam Ni?Secara langsung dari IPK KL!!

foto by nagabersembor



10.45 PM Datuk Seri Anwar tidak memberi kerjasama kerana ujian DNA tidak mengikut prosedur.Anwar diumumkan di tahan malam ini oleh K Kobala.

10.35 PM Anwar sedang menuju ke IPK Kl dari HKL menerusi pintu belakang.Sebentar lagi akan di ketahui Anwar di reman atau di bebaskan.

10.20 PM Puteri Reformasi Nora kemungkinan akan di bebaskan jika penyokong memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis menurut taklimat ringkas pemimpin PKR sebentar tadi.Kemungkinan pihak polis dan FRU menumpukan suasana di HKL sementara menunggu keputusan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10.15 PM Kelihatan Polis beredar dari jalan utama menuju ke dalam IPK KL.Situasi aman damai.

10.03 PM Trak FRU mula bergerak meninggalkan perkarangan IPK KL sambil kelihatan anggota FRU melambai kepada para penyokong DSAI.Mungkin FRU pun menyokong DSAI.

9.54 PM Hampir 1000 orang berkumpul di IPK KL.Anwar masih di HKL menanti keputusan DNA.Jikalau tiada bukti maka DSAI kemungkinan besar akan di bebaskan mlm ini juga.

Dari pembesar suara IPK KL kemungkinan DSAI akan di bebaskan malam ini.Sementara itu puteri reformasi nora telah di tahan polis dan di bawa kedalam IPK KL.Penyokong mula marah dan Tian Chua memberi arahan akan penyokong dan orang ramai memberi kerjasama kepada polis.Orang ramai berkumpul di Jalan Hang Tuah sambil menyalakan lilin.

Anwar Ibrahim Di Tahan Polis Bertopeng!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya


Terkini:Jalan ke IPK Kl di tutup,depan Penjara Pudu ramai polis dan fru mengadakan kawalan.Harap penyokong DSAI bertenang dan elakan provokasi pihak tertentu.


Polis menahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya dan dibawa ke ibupejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Tuesday, July 15, 2008

Debat: Anwar Berjaya Menyakinkan Rakyat




Hujah dan fakta yang menyakinkan rakyat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perdebatan secara langsung sebentar tadi mendapat sokongan padu hadirin.Shabery Cheek seolah-olah cuba menegakkan benang basah dalam mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan minyak.Serangan peribadi terhadap DSAI menyulami persembahan Menteri Penerangan ini.Jelas kematangan Anwar apabila dengan sinis mengatakan debat ini bukan debat pasal Anwar dan Shabery tapi pasal minyak dan tidak membalas serangan peribadi tersebut.

Soalan dari Nordin Kardi di tertawakan oleh DSAI dan hadirin kerana tidak memahami isu petroleum juga termasuk dalam perkara IPP(berkaitan gas dan petroleum) ketika mempertikaikan apa kena mengena IPP dan petroleum.Apa punya bangang mamat ni.Berbuih bebeyornye nepih dgn tangkisan dangkal.Nordin Kardi baru tanya soalan pun silap,kalau jawab soalan terkencit gamaknya.Macam mana boleh jadi org kuat BTN.

Merujuk kepada ucapan Shabery Cheek tentang perjanjian IPP itu dilaksanakan semasa Anwar dalam kerajaan,Anwar mengatakan perjanjian tersebut di tentang beliau dan Pengerusi TNB masa itu.Anwar menyuruh memeriksa rekod penentangan beliau.

6 Billion yang di peroleh kerajaan dari Petronas,apalah salahnya di ambil 1 Billion menampung subsidi minyak meringankan keperitan rakyat ujar DSAI.Anwar juga mempertikaikan ketirisan dalam pengurusan sumber pendapatan negara.Anwar menerangkan kepentingan rakyat,Shabery lebih mempertahankan kerajaan.Buat permulaan Anwar bercadang menurunkan harga minyak RM 0.50.

Secara keseluruhan Shabery Cheek seharusnya meletakkan jawatan segera kerana gagal menyakinkan rakyat.Komen daripada penganalisis selepas debat berakhir kebanyakkannya sependapatan dengan DSAI kerajaan BN gagal mengurus ekonomi mengakibatkan kadar inflasi meningkat.

Bagi yang ketinggalan sila ikuti debat tersebut di TVTB.

Stadium Perak : Munajat Rakyat 17 Julai 2008

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang baru melepasi 100 hari pemerintahanya skali lagi cuba digugat oleh pihak tertentu berikutan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Tajol Rosli Ghazali, yang menyatakan Kerajaan Pakatan Negeri ini akan tumbang sebelum 31 Ogos ini.

Sehubungan itu Dewan Ulama PAS Negeri Perak menganjurkan majlis Munajat Rakyat pada 17 Julai ini di Stadium Perak untuk memohon pertolongan Allah bagi menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini daripada sebarang bentuk perancangan jahat oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Zulqarnain Hassan dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah hari ini.

Menurut beliau, setiap ahli dan penyokong PAS diminta datang seramai mungkin ke majlis Munajat Rakyat di Stadium Perak pada hari Khamis ini.

"Program ini juga melibatkan seluruh PAS kawasan serta dewan sempena mengambil keberkatan 14 Rejab 1429, pada hari itu seluruh ahli dan penyokong PAS di minta berpuasa," ujarnya.

Majlis tersebut bermula jam 7.00 malam dan majlis berbuka puasa diadakan di Stadium tersebut dan orang ramai diminta membawa makanan sendiri untuk tujuan tersebut.

Selepas selesai solat maghrib, diadakan pula solat hajat, disusuli dengan tazkirah daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Shuid Din.

"Munajat Rakyat akan kita jalankan selepas menunaikan solat isya', dikuti dengan ceramah perdana daripada Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin," katanya.

Beliau menyeru seluruh ahli dan penyokong dan orang ramai supaya mengambil bahagian pada majlis Munajat Rakyat sebagai bukti keprihatinan mereka terhadap sebarang unsur dan perancangan jahat pihak tertentu yang mahu Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di negeri ini.

Monday, July 14, 2008

Doakan TG Hj Hadi Segera Sembuh



Semoga kita doakan TG Hj Hadi Awang segera sembuh dan meneruskan perjuangan beliau dengan lebih maju lagi.Banyakkan berehat dan tenangkan fikiran serta lupakan politik buat seketika.

PKR Parit Mengempur Fitnah UMNO/BN!!

Di kanan sekali Kapt(B) Hj . Usaili Alias ,Ketua Bahagian Keadilan Parit.


Malam tadi bertempat di kediaman Ketua Bahagian Keadilan Parit Kapt(B) Hj . Usaili Alias telah diadakan majlis penerangan isu-isu politik semasa terutama membabitkan DSAI.Tujuan utama agar gambaran sebenar isu ini sampai ke golongan akar umbi dalam menafikan laporan media perdana yang saban hari menjana fitnah.

Linkwithin