Tuesday, June 24, 2008

Ceramah Mat Sabu Di Mini Stadium Manjoi


Pada 23.6.2008 Ceramah Mat Sabu telah diadakan di Mini Stadium Manjoi.Turut serta ialah Saudara Mustapha Kamil Ayob.Jumlah hadirin sekitar 3000 orang walaupun keadaan padang basah hujan lewat petang tersebut.Pada 29 Jun nanti ramai-ramai kita ke Stadium Perak menunjukkan sokongan rakyat Perak kepada Kerajaan PR!!.Kita nafikan segala tomahan propaganda media pro BN.Mereka dalam keadaan dilema jadi diharapkan sokongan kita nanti akan menarik mereka bersama kita dalam Pakatan Rakyat.

Visual boleh di tonton di TVTB dalam masa terdekat

Sunday, June 22, 2008

Semalam Yang Hangat Mel Wings


Masih ingat kah anda lagi lagu Lena Diulit Itan dan Semalam Yang Hangat yang dipopularkan oleh kumpulan Rock Wings?.Album Orang Asing tersebut telah dinyanyikan oleh Mel yang mengambilalih peranan Awie sebagai vokalis.Namun,Mel cuma sempat membikin satu album sahaja sebelum menghilangkan diri dari persada seni muzik tanah air.Tetapi peluang untuk mendengar kembali kelunakan dan kemerduan suara Mel didalam bentuk nasyid akan terbuka luas didalam Expo Produk Halal Peringkat Daerah Perak Tengah yang akan diadakan mulai 27 hb Jun hingga 29 hb Jun 2008 di Dataran Iskandar(Sidec).Expo ini adalah untuk promo jualan rumah banglo dengan kolam mandi mini,Semi D dan rumah teres yang di bina oleh Sidec. Anda tentu akan berasa hangat malam itu apabila menyaksikan persembahan hebat Mel Wings ini.Datanglah beramai-ramai untuk mengisi keperluan nurani anda. Berikut adalah senarai aturcara expo berkenaan.

Persembahan Nasyid

Tarikh : 27 hb Jun 2008
Masa : 9.00 malam
Oleh : Mel (ex- Wings )
Kumpulan Nasyid Nur Ikhwan

Forum Ehwal Islam

Tarikh: 28 hb Jun 2008
Masa : 9.00 malam
Oleh : Dr Mohd Anuar Arsyad (USM)
: Dr Puan Rohaya Datuk Mohammad
: Ustaz Tasmidin Mohd Amin
: Ustaz Ismail Mohd Nor ..emm macam nak kenal jer??

Persembahan Nasyid

Tarikh: 29 hb Jun 2008
Masa : 9.00 malam
Oleh : Nasyid Al-Haura’

Bercerita tentang nasyid,suatu rancangan berbentuk pertandingan nasyid iaitu Akademi Nasyid akan diterbitkan oleh TV9,bermula dari 21 hb Jun ini setiap Sabtu,8.30 malam.Pengetua untuk rancangan ini ialah saudara Asri Ibrahim Rabbani,dibantu oleh Yassin Sulaiman sebagai tenaga pengajar dan penasihat.Pengelola rancangan oleh Hafiz Hamidon.Hadiah hadiah lumayan ditawarkan termasuk wang tunai RM 100,000,kontrak album,pakej Umrah dan lain-lain.-Msinc

p.s KTB,kita tukor aliran kot?...he..he..
TBO belum memutuskan samada ada nak buat liputan atau tidak..

Linkwithin