by admin
7 Mei 2009 telah ditetapkan sebagai tarikh Persidangan Dewan Negeri Perak. Perkara ini tidak dirunding dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak mengetahui tentang tarikh itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain. Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abddullah Antong. Saya telah mengantung tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan ‘bawah pokok’ yang dibuat pada 3 Mac 2009.
Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarakan Notis. Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh. Speaker dihina sekali lagi.
Pada protokolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.
Adakah ini merupakan usaha-usaha untuk memperkecilkan atau memperbodohkan institusi Speaker? Pada pandangan saya, ini merupakan satu lagi tindakan untuk menghina Speaker Dewan Negeri.
Sanggupkah Pandekar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya? Bukankah hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli.
Saya akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan. Saya tidak ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan oleh Istana. Oleh yang demikian, tarikh persidangan itu mungkin perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.
Saya juga mengantung tugas En Abdullah Antong sebagai Setiausaha Dewan. Beliau akan digantikan dengan Tuan Haji Misbah sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Saturday, April 18, 2009
Friday, April 17, 2009
Harakahdaily.net perlu lebih kreatif dan informatif .
kelulut@telokbakong.com
17.04.09
Slogan " info alternatif anda " perlu kepada perubahan yang drastik .
Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat merasa amat kecewa apabila tranungkite.net tidak dapat dilayari .
Harakahdaily.net pula yang sepatutnya menjadi lidah rasmi online Pas masih tidak banyak berubah .
Berita dan maklumat yang membosankan .Adakalanya sesuatu isu itu sudah ' basi ' masih terhidang yang membuatkan para pelayar internet muak .
Sepatutnya ketika mood rakyat yang dahagakan maklumat yang cepat dan tepat seharusnya pihak yang bertanggungjawab lebih bersedia dari setiap sudut .
Sebagai sebuah parti yang berpengalaman ,media parti samada cetak atau internet haruslah digunakan sepenuhnya .Pendekatan yang kreatif dan informatif wajib diutamakan.
Ketika anda membaca tulisan ini cuba para pembaca lawati sebentar harakahdaily. Perhatikan disekeliling laman tersebut .kempen yang sudah sepatutnya sudah berakhir masih terselit .Tulisan dan komentar yang sudah lapuk. Sungguh membosankan.
Harakahdaily.net sepatutnya sudah sebaris mstar ataupun malaysiakini .Mutu pemberitaan mesti ditingkatkan.
Kami mencadangkan , dapat pekerja yang mahir dibidang kewartawanan , pakar IT, bekerjasama dengan bloggers yang terpilih .
Dunia semakin maju , politik semakin rancak , pembaca semakin ramai.
Bukanlah kami menafikan apa yang telah ada tetapi sekadar berkongsi pandangan .
Seruan kami , berubahlah !
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Jangan musuhi kepelbagaian idea & strategi didalam Pas .
kelulut@telokbakong.com
17.04.09
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut
Universiti Deoband India
Universiti Lahore Pakistan
Universiti Al Azhar
Sarjana Muda bahasa Arab
Untuk menjadi matang perlu kepada pengalaman. Jika mahukan kecemerlangan, perlukan kepada ujian .Begitu juga organisasi kepartian jika mahu terus relevan harus ada sikap keterbukaan didalam pentadbiran .
Tidak siapa mampu menafikan kejayaan Pas didalam mencorak pentas politik negara .Tetapi itu bukanlah bermakna Pas harus terus centric kepada acuan percaturan politik yang tidak boleh dicabar .
Kejayaan Pas setakat ini adalah hasil daripada kepelbagaian idea dan tokoh sebelum ini.Pas berjaya menghidupkan demokrasi didalam parti tanpa melibatkan rasuah politik dan sebagainya .
Menjelang Muktamar Pas yang akan berlangsung Jun ini sudah terbit pelbagai istilah yang dicurigai tujuannya .
Gerakan Erdogan, Anti ulamarisme , Pro Muqabalah,Pro TGNA , Pro TGHH dan pelbagai macam label .Kenapa ini semua timbul ? .
Persoalannya bilakah para pelabel ini' membedah dada ' hingga boleh menelah isi hati orang lain .Politik itu bersifat berubah kaedah tindakanya .Taktik zaman 50an tidak lagi berkesan pada alaf milenium .
Didalam Pas tiada rasuah politik ,yang subur hanyalah idea , strategi , keikhlasan , khilaf pandangan . Ianya bukanlah ancaman kepada parti inilah yang harus difahami .
Didalam pemilihan Saf kepimpinan baru pada jun ini adalah sebagai langkah penyediaan kepimpinan yang mantap . PRU 13 dijangka akan menyebelahi Pakatan itu ramalan .Jika peneraju Pas gagal berfikir dan bertindak secara wajar segalanya akan tinggal impian .
Berfikirlah seperti orang yang boleh bertindak . Dan bertindaklah seperti orang yang boleh berfikir .
Didalam sirah Nabi SAW pun pernah tercatat bahawa sahabat pernah bertanya ketika didalam mengatur strategi peperangan .Apakah cadangan Nabi itu wahyu ataupun pandangan baginda ?
Dalam sesetengah keadaan nabi berkata itu pandangan baginda , maka sahabat pula mencadangkan PENDAPAT YANG PALING SESUAI .
Jika kita didalam jemaah pula apabila bersaing pandangan maka apakah itu suatu dosa ?
Kepimpinan Pas tidak perlu pemimpin cerdik tetapi yang paling cerdik !
Tidak hanya alim tetapi yang paling soleh .
A SMALL LEAK WILL SINK A GREAT SHIP !
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Tuesday, April 14, 2009
Kenyataan sinis TPM kepada bukan melayu bukti umno masih tidak berubah.
kelulut@telokbakong.com
14.04.09
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.
Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN".
Inilah sikap para pemimpin umno sering mengungkit - ungkit apabila tidak diberi sokongan . Rupa - rupanya setiap "projek mee segera " sudah tidak diterima lagi oleh para pengundi .
Berpuluh tahun bukan melayu memberi sokongan terhadap BN .Tetapi apabila mereka menolak hanya beberapa kali maka sudah dicop sebagai tidak mengenang budi .
UMNO - BN mudah melupakan kebaikan yang mereka terima ( mandat kuasa ).Terlebih parah sikap menghukum kepada yang menentang ( tidak beri undi ) adalah suatu kezaliman .
Rakyat kini sudah celik politik . Mereka mahu BN berubah ,maka jalannya ialah dengan tidak memberi undi .Bukankah didalam sistem demokrasi rakyat berhak memilih ? .
Para pemimpin BN masih bersikap bongkak dan takabbur . Pemimpin umno khususnya bukan mahu memperbetulkan keadaan . Malahan hanya mempertahan maruah diri dari serangan didalam parti .
Sikap bongkak inilah yang membuatkan pemimpin MCA / MIC pun sudak muak ,meluap - luap geram dan marah .
Tidaklah menghairankan apabila ahli jawatankuasa pusat parti MCA Lee Wei Kiat membuat kenyataan keras ;
Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.
"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat,"katanya .
Kita ucapkan syabas kepada pemimpin MCA itu nampaknya mereka semakin sedar . Projek "mee segera " sepatutnya dilihat sebagai rasuah pilihanraya .
Bukan tanda BN prihatin tetapi sebenarnya ' kami beri, kamu wajib pangkah ' ! Umno mahu tranformasi tetapi nampaknya mereka masih ditakuk lama .
Sewajarnya UMNO - BN berfikir kenapa rakyat tidak berpuas hati ?
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Monday, April 13, 2009
Kabinet baru dibayangi Tun Mahathir: AMK
TELUK BAKONG - Kabinet baru di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat dibayangi oleh bayang-bayang Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, demikian kata Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hashim.
:Menurutnya, pada kebiasaannya apabila seseorang itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, secara automatiknya dia akan tercalon untuk memegang jawatan dalam Kabinet.
:“Tetapi apa yang sebalik::nya berlaku ialah, Ketua Pemuda UMNO iaitu Khairy Jamaluddin tidak termasuk dalam barisan Kabinet tersebut, apa yang berlaku ialah calon yang kalah semasa pemilihan baru-baru ini pula dilantik sebagai menteri iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
:“Ini menunjukkan bahawa barisan Kabinet yang baru dilantik itu dibayangi oleh Tun Dr Mahathir,” katanya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran meraikan kemenangan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang.
:Faizal berkata, rakyat harus menilai sendiri bahawa UMNO bukanlah parti yang memenangi hati masyarakat lain.
:“Penubuhan Satu Malaysia seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Najib agak susah untuk direalisasikan kerana UMNO sendiri suka memainkan isu berkaitan perkauman.
:“Sebagai contoh, semasa pilihan raya juga mereka selalu mengutarakan mengenai isu perkauman supaya ia menjadi perhatian semua pihak.
:”Isu perkauman tidak boleh lari daripada parti berkenaan walaupun mereka sering berselindung dari masalah tersebut,” katanya.
:Menurutnya, janji UMNO untuk melantik Timbalan Menteri kedua juga hanyalah omongan kosong semata-mata.
:“Perkara itu mungkin tidak berlaku dan mereka hanya ingin menarik perhatian bangsa lain sahaja untuk menyokong UMNO,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story2651806.asp
Pas masih belum mampu mengantikan umno berdasarkan senario semasa .
kelulut@telokbakong.com
Empat pilihanraya kecil sudah memihak kepada Pakatan Rakyat .Dua kerusi dipertahankan oleh PKR.Manakala Pas berjaya merampas satu kerusi umno di Kuala Trengganu .
Terkini Pas berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan kemenangan yang mendebarkan. Kemenangan 'Mr Nice' Ir Nizar masih berpaut kuat pada sokongan kawasan bukan Melayu .
Walau bagaimana pun Pas telah melepasi sasaran 40 % sokongan melayu kepada 43 % .Pas yang ditunjangi kaum melayu Islam masih bergelut untuk mendapat sokongan padu dari ras mereka sendiri .
Ketelusan dan kejujuran Pas masih belum dihidu dengan baik oleh sebahagian pengundi Melayu.
Dimanakah silapnya ? apakah orang melayu sudah begitu terbius dengan corak pemikiran umno kuno ? .
Atau sebenarnya Pas masih gagal menyerlahkan kehebatan sendiri . Kegagalan menonjolkan pas sebagai pemerintah . Buktinya Pas masih bergantung kepada parti gabungan .
Pas dilihat hanya sebagai kawan yang jujur , dalam masa yang sama Pas berpaut kuat kepada isu yang melanda umno . Untuk terus relevan pas masih tercari - cari rentak untuk membuat pukulan maut kepada Umno .
Kekuatan Pas secara total amat berpengaruh hanya dikelantan . Dibahagian Utara pula Pas kedah mempunyai sedikit kekuatan dalaman sendiri .
Pas perak pula hanya bergantung kepada ikon muda Ir Nizar .Bakinya, kekuatan dan pengaruh DAP . Manakala PKR pula masih ' sokong membawa rebah ' jika berdasarkan kualiti Adun yang berjaya memperdaya pemimpin mereka sendiri .
Trengganu pula bertambah unik sokongan melayu terhadap Pas. Menurut kata seorang teman yang berasal dari negeri itu, " orang Trengganu melihat calon bukan parti " .
Saya bertanya, bagaimana PRK KT tempohari ? beliau menjawab ; " Pas untung kerana mereka tidak suka Wan Farid ! " .ujarnya .
Persoalannya sekarang dimana kekuatan sebenar pas ?
Kita akui diatas kertas Pas tidak boleh memerintah Malaysia tanpa Pakatan . Begitu juga Umno mereka pasti gagal tanpa BN .Walau pun begitu umno masih dominan dikalangan Melayu .
Tetapi sekurang - kurangnya mereka ada pengundi yang" hard core " mereka berada hampir disetiap kawasan pengundian . Cawangan mereka sentiasa wujud , cuma aktif atau pun tidak sahaja .
Berbeza dengan cawangan pas , lazimnya amat kurang malah hampir tiada .Misalannya diperak terutama parlimen parit . Gelombang rakyat yang mahu kepada pas sudah ada. Tetapi tarbiah dan maklumat sukar sampai kerana kurang sokongan akar umbi terlalu minimal .
ini petikan tulisan daripada setiausaha politik Ir Nizar ;
" Sejarah telah membuktikan, betapa pilihan raya kecil Bukit Gantang menyaksikan PAS sebagai sebuah parti Islam telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mereka (Melayu) adalah semuanya beragama Islam! "
http://misabah.blogspot.com/2009/04/bukit-gantang-orang-melayu-tolak-pas_12.html
Sebenarnya kita tidak boleh ambil secara borong bahawa melayu kampung menolak pas kerana mereka jahil . Pas mesti turun kebawah melihat dan rapat kebawah mendekati rakyat secara bersemuka dan hikmah .
Pimpinan kawasan dan cawangan perlu erat bergandingan. Jangan hanya syok sendiri mendapat jawatan atasan . Realitinya penyokong mahu sentuhan rohani . Bukan hanya ceramah politik yang ' berguni - guni ' .
Sekalung tahniah buat pimpinan kelantan yang cuba ' berbaik' berdakwah kepada golongan artis .
Golongan muda adalah aset penting mereka memainkan peranan yang besar didalam PRU akan datang .
Pas jangan terlalu bangga ketika ini apabila belia cina dan india kini sudah berani mengibar bendera pas . Mereka kini sedang memprotes pemimpin mereka . Mereka bukan penyokong' hard core ' pas .
Jika masalah mereka sudah diatasi tidak mustahil mereka akan berpatah balik . Ketika itu pas akan kembali dagang.
Kesimpulannya Pas perlu ada kekuatan sendiri , bukan setakat ada .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Perbicaraan kes Speaker DUN Perak
webmaster@telokbakong.com
Perbicaraan kes penggantungan MB Perak(BN) dan anggota exconya dari menghadiri sidang DUN Perak oleh Speaker DUN Perak telah berlangsung pukul 9.30 pagi hingga 12:30 tengahari tadi di Bilik Bicara 1, Makhamah Persekutuan Putrajaya. Menurut Dato Ngeh Khoo Ham (beliau juga adalah seorang peguam) yang turut hadir sebagai pemerhati, keputusan penghakiman akan dikeluarkan besok oleh Panel Hakim yang bersidang hari ini yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Seri Alauddin bin Dato’ Mohd. Sheriff.
Video temuramah Dengan Dato Ngeh tungguuu keme tengah edit.
Perbicaraan kes penggantungan MB Perak(BN) dan anggota exconya dari menghadiri sidang DUN Perak oleh Speaker DUN Perak telah berlangsung pukul 9.30 pagi hingga 12:30 tengahari tadi di Bilik Bicara 1, Makhamah Persekutuan Putrajaya. Menurut Dato Ngeh Khoo Ham (beliau juga adalah seorang peguam) yang turut hadir sebagai pemerhati, keputusan penghakiman akan dikeluarkan besok oleh Panel Hakim yang bersidang hari ini yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Seri Alauddin bin Dato’ Mohd. Sheriff.
Video temuramah Dengan Dato Ngeh tungguuu keme tengah edit.
Sunday, April 12, 2009
Nyanyian Rock, Mengalir Air Mata Saya.. MB Kelantan
KOTA BHARU, April 11, 2009. MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian ikon rock negara Amy Saerch, terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. “Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,” katanya. Demikian menurut BERNAMA hari ini.
Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keIslaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. “Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,” katanya.
Sementara itu, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini. Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.
“Tidak…saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo… Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan. Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.
Syabas kepada Renggo dan Amy. Semoga akan diiringi oleh artis-artis lain lagi.(AK)
http://www.ibnuhasyim.com
Subscribe to:
Posts (Atom)