Tuesday, April 14, 2009
Kenyataan sinis TPM kepada bukan melayu bukti umno masih tidak berubah.
kelulut@telokbakong.com
14.04.09
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.
Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN".
Inilah sikap para pemimpin umno sering mengungkit - ungkit apabila tidak diberi sokongan . Rupa - rupanya setiap "projek mee segera " sudah tidak diterima lagi oleh para pengundi .
Berpuluh tahun bukan melayu memberi sokongan terhadap BN .Tetapi apabila mereka menolak hanya beberapa kali maka sudah dicop sebagai tidak mengenang budi .
UMNO - BN mudah melupakan kebaikan yang mereka terima ( mandat kuasa ).Terlebih parah sikap menghukum kepada yang menentang ( tidak beri undi ) adalah suatu kezaliman .
Rakyat kini sudah celik politik . Mereka mahu BN berubah ,maka jalannya ialah dengan tidak memberi undi .Bukankah didalam sistem demokrasi rakyat berhak memilih ? .
Para pemimpin BN masih bersikap bongkak dan takabbur . Pemimpin umno khususnya bukan mahu memperbetulkan keadaan . Malahan hanya mempertahan maruah diri dari serangan didalam parti .
Sikap bongkak inilah yang membuatkan pemimpin MCA / MIC pun sudak muak ,meluap - luap geram dan marah .
Tidaklah menghairankan apabila ahli jawatankuasa pusat parti MCA Lee Wei Kiat membuat kenyataan keras ;
Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.
"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat,"katanya .
Kita ucapkan syabas kepada pemimpin MCA itu nampaknya mereka semakin sedar . Projek "mee segera " sepatutnya dilihat sebagai rasuah pilihanraya .
Bukan tanda BN prihatin tetapi sebenarnya ' kami beri, kamu wajib pangkah ' ! Umno mahu tranformasi tetapi nampaknya mereka masih ditakuk lama .
Sewajarnya UMNO - BN berfikir kenapa rakyat tidak berpuas hati ?
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bila buat kerja tak ikhlas...macam tu lah jadinya.
Syeikh paparan tulisan tak nampak disebabkan warna back ground biru muda dan tulisan putih.Sudah lama saya tinggalkan blog ini sebab sukar nak membacanya.Syeikh kena fikirkan juga pembacanya dari pelbagai kelas dan umur.Hari ini saya buka juga tetap tak boleh baca.ni yang saya komplen ni.Jangan mare... Terima kasih.
Post a Comment