Friday, June 12, 2009
Mengambil pengajaran Perang Siffin dan usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan PAS - Khalid Samad
Sanggah Tok Sago
SHAH ALAM: Pada hari terakhir Muktamar, saya telah ke depan, menyokong usul yang dibawa oleh PAS Tambun berhubung pembentukan Suruhnjaya Di Raja untuk mengkaji ‘rampasan kuasa’ di Perak. Dalam penghujahan saya pada hari itu, saya telah menyebut peristiwa perang Siffin dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan keadaan politik kita pada ketika ini. Oleh kerana masalah masa yang diberikan amat singkat, saya tidak sempat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih terperinci. Saya akan cuba lakukannya di sini.
Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali.
Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”. Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan.
Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’. Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.” Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu.
Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya. Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.
Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu.
Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.
Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing. Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”? Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah!
Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!
Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit. Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak!
Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!
UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua. “Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak. Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.
Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO. Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”. Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pingnga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan?
Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup? Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.
Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh. Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata.
Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi? Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi?
Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO. Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang. Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan.
Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…
Oleh YB ABDUL KHALID SAMAD
Yang Dipertua PAS / Ahli Parlimen Shah Alam
Thursday, June 11, 2009
Kembara Bloggers Jalanan 2
Jun 10th, 2009 Mat Saman Kati
http://perakexpress.com/www/
Muzik adalah expressi diri. Aku bukan pemuzik…bukan seniman. Aku tak reti pun nak main gitar atau apa saja alat-alat muzik, tapi peminat muzik. Aku cuma pengguna…bukan pengeluar. Satu-satunya alat muzik yang aku pernah main ialah buluh lemang yang dikerat berlainan panjangnya…dan diketuk pada kayu ketika majlis berasik.
Ketung…ketung..ketung.
Anak-anak dara Orang Asli di Kuala Woh akan keluar..sorang-sorang dan berebutlah anak-anak jantan…ramai Melayu dari orang Asli ikut belakang. Berlenggang dalam bulatan. Masa tu pun Orang Asli tak pakai Barisan.
Aku tak tau sama ada muzik yang mengasyikkan atau pun kepala dah bengang..lepas kena todi yang di impot dari Tapah atau Tapah Road.
Tahun enam puluhan, merupakan kegemilangan muzik tanah air.Lagu La Aube nyanyian Kassim Selamat dan The Swallows berjaya mendapat tempat dalam carta hits Jerman! Malah The Swallows juga pernah mendapat undangan untuk menyanyi di Jerman.
P. Ramlee juga mendapat tempat di Holywood. Ismail Haron mendapat tempat di Australia. Kita berjaya mengeluarkan seniman bertaraf antarabangsa.
Kalau dilihat lagu-lagu tahun enampuluhan…rata-rata lagu-lagunya menggambarkan kegembiraan…suasana jiwang. Malaysia baru merdeka tahun 1957 dan suasana kegembiraan itu terbawa-bawa ke tahun enampuluhan. Malah lagu Baju Hijau nyanyian Sanisah Huri menjadi top-hits. Kegembiraan menghasilkan kreativiti dan kreativiti membawa kegemilangan.
Tetapi kegemilangan seni tahun enampuluhan merudum ditahun tujuhpuluhan. Kemerosotan ini ada kaitan dengan politik negara.
Keganasan 13 Mei menyebabkan negara diperintah dibawah Mageran. Dan berakhir dengan penubuhan Barisan Nasional yang turut disertai oleh Pas pada tahun 1974. Dan diantara tugas-tugas Pas ialah menjaga moral dan ‘kesucian’ ugama dan umat Islam. Maka banyak lah yang tak boleh.
Di Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM) ada seorang wakil dari Pas yang jadi Tok Mudim. Bila ada adegan bercium…potong. Tapi kalau adegan tersebut merupakan adegan bercium antara suami isteri…tak apa. Muzik-muzik pop dikontrol dan sebahagian daripada masalah pada masa itu ialah tidak ada satu garis panduan yang jelas. Banyak garis panduan bergantung kepada pendapat ustaz-ustaz yang memberikan pendapat mengikut tafsiran masing-masing.
Apabila seni dikontrol,anak muda memberontak. Maka bermulalah kegemilangan rock. Lagu-lagu rock sebahagian besarnya adalah lagu-lagu pemberontakan dan penentangan. Lagu-lagu rakyat yang tertindas…lagu-lagu kemanusiaan. Dan irama rock adalah irama revolusi. (Ini bukan kajian ulama muzik tapi berdasarkan pengalaman dan pengamatan.)
Dari irama pop dan rock n roll, anak muda mula meminati rock walaupun lagu-lagu rock jarang kedengaran diradio. Anak muda mencari alternatif dan mesin-mesin juke box menjadi kiblat.
Tahun tujuh puluhan juga terkenal dengan demonstrasi jalanan. Demonstrasi juga merupakan satu cabang untuk menzahirkan dhomir rakyat. Kebanyakan mereka yang menyertai demonstrasi pada masa itu adalah rockers. Tak percaya tanya Hishamudin Rais, Raja Petra.
Deep Purple merakamkan album mereka pada tahun 1971, dengan lagu hit..Smoke on the Water, Highway Star,Space Truckin..dan menjadi hits di Malaysia 2-3 tahun kemudian. Tahun 1974, demonstrasi Baling berlaku. Apa kaitan rock dengan demo? Fikir lah sendiri.
TunRazak meliberalisasikan muzik dan cabang-cabang seni yang lain..dan hasil daripada kebebasan ini terlahirlah filem Melayu pertama dalam bentuk warna…Keluarga Si Comat. Berikutnya…semakin bertambah filem-filem Melayu yang diminati. Muzik pula kembali kepada muzik kasih sayang…muzik jiwang. Lahirlah Sharifah Aini, Alleycats, Carefree..semuanya menyanyikan lagu-lagu gembira. Rock mula ditinggalkan…hanya hardcore saja yang kekal meminati rock.
Bagi aku yang sudah sebati dengan rock…mula beralih kepada blues. Eric Clapton, Gary Moore, BB King, Janis Joplin.
Apabila Mahathir mengambil alih pemerintahan…Anwar ikut serta. Dan Anwar cuba menerapkan nilai-nilai Islam kedalam semua peringkat. Dan kedua-dua pemimpin in bukanlah orang yang meminati seni. Mahathir terlalu obses dengan duit dan Anwar obses dengan Islam. Seni dan hiburan tidak mendapat tempat dikalangan mereka. Cetak rompak berleluasa tetapi tidak mendapat perhatian dari pihak berkuasa.
Anak muda kembali memberontak. Lagu-lagu rock kembali menjadi kegilaan, tambahan pula dengan populariti Scorpion dengan album hits mereka ..Blackout.
Kaki-kaki jiwang pula beralih kepada Lionel Ritchie, Michael Jackson, Madonna dan Boy George..aauww!! Ini generasi Hishamudin Tun Hussein.
Dan dalam tahun 90an, persaingan diantara Pas dan Umno untuk menjadi siapa yang lebih islamik telah menyebabkan anak-anak muda yang berjiwa memberontak telah bergerak dibawah tanah. Macam-macam istilah diberikan kepada mereka…underground, punk, black metal…dan pada tahun 1998, ruang untuk mereka menunjuk perasaan terbuka dan merekalah yang menjadi para reformis tegar..yang sanggup berdemonstrasi…dipukul dan disembur dengan air asid.
Muzik adalah expressi emosi dan demonstrasi juga adalah expressi emosi.
Rockers adalah reformis…dan reformis berjuang bukan untuk pangkat dan jawatan. Apa yang dimahukan hanyalah kebebasan untuk berkarya..kebebasan untuk berexpressi. Demonstrasi tahun 98 adalah perjuangan rockers untuk kebebasan. Tetapi matlamat itu tidak kesampaian secara keseluruhan. Rockers yang menyokong Barisan Alternatif, dengan harapan BA akan memberikan ruang kebebasan kepada mereka tetapi apabila BA berkuasa, ruang untuk mereka disempitkan.
Semakin banyak benda-benda remeh yang diharamkan. Anak muda hanya dihidangkan dengan nasyid, nasyid, nasyid. Manakala rockers yang membantu menaikkan BA dipandang hina. Akhirnya BA lingkup apabila rockers beralih angin.
Tahun 2008, rockers memberikan peluang kedua kepada BA, dan dengan kelemahan UBN, BA menang cemerlang. Tetapi selepas menang…perangai lama kembali berulang. Konsert rock dihalang. Rockers dianggap tidak bermoral…tidak beriman. Seniman-seniman dipandang rendah dan tiada siapa yang memperdulikan mereka.
Tetapi rockers a.k.a reformis ini bukanlah golongan yang mahu menuntut jawatan atau pangkat. Mereka tidak menuntut jawatan Menteri Besar, tidak menuntut jawatan EXCO atau pun YDP MPSP. Apa yang mereka mahukan hanyalah ruang kebebasan. Apakah itu cukup sukar untuk disediakan?
Rockers/reformis ini kini sudah mempunyai satu lagi ruang untuk mengekspressi diri…Blog. Bukan disediakan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tetapi diperolehi melalui revolusi teknologi.
Dan rockers a.k.a reformis a.k.a bloggers ini sudah kembali merapatkan diri untuk berjuang demi kebebasan. Dan mereka tidak peduli..BN atau PR. Bagi rockers/reformis ini, perjuangan menuntut kebebasan akan diteruskan dan siapa yang menghalang atau menekan mereka…mungkin akan tersungkur.
KTB:Rockers Pembela Rakyat Marhaen
Wednesday, June 10, 2009
Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar, Catatan, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia, Pakatan Rakyat and Politik
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.
Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
KTB:
Kiranya DSAI terpaksa mengawal situasi isu yang diutarakan TGHH mengurangkan keresahan rakyat.
Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan
Jimadie Shah Othman | Jun 10, 09 12:52pm
Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya.
Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden baru, Mahfuz Omar.
Mesyuarat di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibunegara pagi kelmarin itu juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu.
"Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno.
"Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya boleh membuat penjelasan," kata sumber.

Hukum : Catur, X-Box, Play Station dan Muzik*
10.06.09
Apakah hukumnya bagi seseorang yang bekerja sebagai seorang pereka grafik @ animasi untuk permainan komputer @ yang terlibat dalam pembikinan games itu sendiri? Apakah hukum bermainnya pula?. Adakah pekerjaan tersebut dikira sebagai haram dilaksanakan kerana secara asasnya, permainan komputer kadang-kala melekakan pemainnya? adakah pereka games tersebut menanggung dosa pemain tersebut sekiranya mereka bermain sehingga meninggalkan solat, sebagai contoh?
Jawapan
Bagi memberikan jawapan dalam hal ini, pertamanya kita perlu menentukan terlebih dahulu APAKAH HUKUM PERMAINAN GAMES ITU SENDIRI?, hanya selepas itu kita mampu mengetahui hukum individu yang bekerja dalam pembikinannya.
Bagi mengetahui hukum sesebuah permainan, saya suka untuk merujuk kepada perbahasan ulama dalam bab hukum bermain catur. Benar, di zaman silam tiada play station 3, x-box, wii-games dan yang sepertinya, antara permainan yang ada serta mempunyai beberapa persamaan adalah catur . Justeru saya meyakini dengan memahami hukum catur, kita akan dapat menentukan sikap terhadap permainan moden yang disebut tadi, dari sudut asasnya.
Saya tidak ingin mengulas terlalu panjang lebar dan terlalu ilmiah sambil menyertakan perdebatan ulama berkisar hukum bermain catur, cukuplah saya menghidangkan ringkasan sahaja. Secara umumnya di dalam perbincangan hukum permainan catur, ilmuan Islam berbeza kepada tiga jenis pendapat :-
1) Harus : Namun Dengan Syarat
Antara yang paling diketengahkan dalam kumpulan ini dari kalangan ulama kontemporari adalah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Beliau juga menyandarkan pendapat HARUS ini kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Abbas, Abu Hurairah, dan tabi'en seperti Said al-Musayyab dan malah Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan beberapa ulama terhebat tabien yang turut bermain catur seperti Said ibn Jubair, As-Sya'by dan lain-lain. Imam Al-Ghazzali juga turut tergolong dalam kelompok ini. ( As-Sunan al-kubra, al-bayhaqi, 10/211)
Justeru, Al-Qaradawi dalam fatwanya menyebut :
Menurut pendapat dan ilmu kami bahawa permainan catur itu menurut hukum asalnya adalah mubah(harus), sebab tidak ada dalil yang menunjukkan pengharaman catur, malah selain daripada ia dikira lahwun (lalai) dan hiburan, catur mempunyai nilai positif yang berperanan sebagai merupakan sukan minda dan melatih berfikir.
Antara syarat yang diletakkan oleh Al-Qaradawi :-
· Tidak menangguhkan waktu solat dan kewajiban lain disebabkan keasyikan permainan itu.
· Tidak disertai dengan judi dan pertaruhan.
· Hendaknya pemain dapat menjaga lisannya dari perkataan kotor seperti maki hamun kerana tewas dan sebagainya. ( Al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 273, cet Al-Maktab Al-Islami)
Melalui pendapat ini, jelas bahawa sebab-sebab pengharaman yang mungkin datang bukanlah kerana catur atau permainan itu sendiri, tetapi lebih kepada sebab-sebab luaran.
Oleh itu, jika berdasarkan pendapat ini, games moden turut diharuskan dengan syarat yang disebut oleh al-Qaradawi dan ditambah satu lagi menurut pendapat saya iaitu : mestilah intipati games yang direka cipta atau dbeli itu tidak bercanggah dengan Islam dan hukumnya. Iaitu konsepnya, ideanya, gambarnya dan lain-lain.
2) Haram : Yang melarang
Antara mereka adalah Ali bin Abi Talib r.a, Ibn Umar r.a, Ibn Abbas r.a, Mazhab Hanafi, Hanbali, dan Maliki. Demikian juga Ibn Taymiah dan kebanyakan ulama kontemporari Saudi, pandangan haram ini juga dinisbahkan kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Umar. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik turut termasuk dari mereka yang mengharamkannya. Demikian dinukilan oleh Imam Ibn Qudamah dan lain-lainnya. ( Mughni, 10/172)
Ulama kontemporari Saudi turut mengharamkannya malah mereka mengatakan semua syarat yang diletakkan oleh Qaradawi itu amat jarang dipenuhi oleh sang pemain.
Ibnu Taimiyah pernah berbicara panjang di dalam masalah ini, dari halaman 216 hingga halaman 245 jilid XXXII dari kitab Majmu Fatawa, antara kata beliau :
"Misalnya kita tetapkan bahwa permainan catur itu bebas dari itu semua -maksudnya tidak melalaikan kewajiban dan tidak akan melakukan hal yang haram- maka larangan perbuatan itu ditetapkan oleh para sahabat. Sebagaimana yang sohih dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa beliau pernah menjumpai kaum yang sedang bermain catur. Lalu beliau mengatakan
ما هذه التماثيل التي أنتم لها عاكفون لأن يمس جمرا حتى يطفأ خير له من أن يمسها
Ertinya : "Mengapa kamu menekuni patung ini? Sungguh jika salah satu diantara kamu menggengam bara api sampai padam itu lebih baik daripada memegang catur" ( Riwayat Al-Baihaqi, 10/212)
Kumpulan yang mengharamkan mengatakan penyamaan mainan catur dengan patung (berhala) yang dibuat oleh Ali itu jelas menunjukkan bahawa ia satu permainan yang haram.
Ibn Taimiah pula menisbahkan Imam Syafie sebagai berkata : "Permainan yang paling aku benci adalah an-nard, permainan catur dan permainan burung dara sekalipun tanpa perjudian. Sekalipun kebencian kami kepada permainan itu lebih ringan dari pada permainan dadu"
Namun demikian, apa yang jelas, tiada satu hadis yang sohih menyatakan pengharaman catur, hanya wujud adalah perdebatan berkenaan pandangan para sahabat sahaja. Cuma Imam Ibn Qudama cuba membawa dalil berikut sebagai hadis pengharamannya :-
إن الله عز وجل ينظر في كل يوم ثلاثمائة وستين نظرة ليس لصاحب الشاه فيها نصيب
Ertinya : Sesungguhnya Allah swt sentiasa melihat (kepada hambanya) pada setiap hari sebanyak 360 kali pandangan, dan orang yang bermain catur ini tiada termasuk dari kalangannya ( Al-Mughni, 10/172)
Ibn Qudamah kemudiannya terus menghuraikan pemain catur sama seperti pemain an-nard kerana lalainya mereka semasa bermain dari ingatan terhadap Allah swt. Namun demikian, penyamaan ini (qiyas) ini ditolak oleh ulama Syafie kerana perbezaan konsep asas antara kedua permainan tadi.
3) Makruh (tidak begitu digalakkan)
Antaranya adalah Imam As-Syafie dan merupakan pandangan mazhab Syafie
Imam Syafie berkata :
إذا خلا الشطرنج عن الرهان واللسان عن الطغيان والصلاة عن النسيان لم يكن حراماً
Ertinya : Apabila catur tidak besertanya pertaruhan dan kata-kata maki hamun, melupakan solat, maka ia TIDAK lah termasuk dari yang haram ( Tafsir Ibn Kathir, 6/40 )
Imam an-Nawawi menjelaskan pendirian mazhab Syafie dengan katanya :-
وأما الشطرنج فمذهبنا أنه مكروه ليس بحرام وهو مروي عن جماعة من التابعين وقال مالك وأحمد حرام قال مالك هو شر من النرد وألهى عن الخير وقاسوه على النرد وأصحابنا يمنعون القياس
Ertinya : Adapun catur, dalam mazhab kami (Syafie) ia adalah makruh dan tidak jatuh haram, dan ia (keharusannya) juga diriwayatkan dari kumpulan tabien; namun menurut Imam Malik dan Ahmad, ia adalah haram dan Imam Malik berkata ia lebih buruk dari An-Nard ( sejenis permainan arab yang berasakan judi), serta melekakan diri dari kebaikan, justeru mereka menqiyaskan catur dengan an-nard, namun dalam ahli-ahli dalam mazhab kami (Syafie) tidak bersetuju dengan qiyas tersebut. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, hadis no 2260, jil 15, hlm 15)
Imam al-Ghazali pula memberikan perbezaan antara catur dengan an-nard dengan hujjahnya ia berbeza adalah kerana :
Catur adalah mainan latihan perangkaan strategi perang, ia lebih mirip kepada sukan memanah, berkuda dan berlumba ( dari sudut manfaatnya) ( Rujuk Al-Wasit, 7/353 )
KESIMPULAN HUKUM CATUR
Dari sudut dalil yang diberi serta banyak lagi yang tidak disertakan, saya berpandangan yang HARUS TETAPI MAKRUH JIKA BERLEBIHAN adalah lebih kukuh.
Tidak dinafikan bagi seseorang yang ulama atau ahli agama, pandangan YANG MENGHARAMKAN tentunya terpakai untuk dirinya. Bukankah status kedudukan para ulama itu menjadikan dirinya perlu lebih ketat dalam pengalaman berbanding orang awam. Sebagai kata-0kata yang kerap kita dengari
"kebaikan yang dilakukan oleh orang awam, masih dikira keburukan bagi seorang yang hampir dengan Allah swt"
Ertinya bagi seorang yang soleh, mengkahatamkan al-quran sebanyak satu kali pada bulan Ramadhan boleh dianggap satu kesalahan dan aib, berbanding orang awam yang dikira sebagai satu kejayaan besar. Jika piawaian ini diambil kira bolehlah kita katakan, pandangan ‘HARUS DENGAN SYARAT' atau ‘MAKRUH' lebih ringan untuk dihidangkan kepada orang awam khususnya : -
Tiada dalil spesifik yang menyokong pengharaman,
Hujjah yang mengatakan haram semuanya disebabkan wujudnya faktor luaran seperti lupa Allah SWT, judi dan sepertinya, maka jika tiada faktor-faktor ini bak kata Imam al-Ghazzali, semuanya kembali menjadi hukum mubah.
Qiyas catur dengan an-Nard adalah tidak tepat sebagai pandangan mazhab Syafie kerana an-Nard sememangnya diasasi oleh perjudian berbanding catur yang amat boleh dimainkan tanpa pertaruhan.
Namun begitu, walaupun ia ‘harus dengan syarat' atau ‘makruh' sahaja, saya amat bersetuju dengan fatwa Imam al-Ghazzali yang lebih kurang sama dalam bab muzik. Gunakanlah ia secara terkawal dan tidak terlalu kerap kerana ia umpama ubat, yang tidak boleh terlalu kerap, kelak akan membawa mudarat.
Gunakan ia hanya untuk menghilang kebosanan sama seperti bergurau senda, ketawa, bersukan dan sebagainya. Tentunya penenang yang hakiki adalah pada membaca dan menghayati AL-Quran, zikir dan membaca, namun tidak semua manusia sama status iman mereka, tatkala itu amat relevan kata-kata Nabi kepada Hanzalah dan Abu Bakar r.a yang kerisauan kerana masih boleh berehat-rehat ketiak di rumah dengan isteri dan anak, sedang mereka begitu serius ketika mendengar kuliah Nabi s.a.w berkenaan akhirat dan lainnya :
Ertinya : Wahai Hanzalah ; satu waktu (zikir dan ibadah khusus serta serius) dan satu waktu lain pula ( rehat dan ringan) ( Riwayat Muslim)
Berkenaan hukum menjual catur di dalam mazhab Sayfie, disebabkan mazhab ini mengganggap catur sebagai makruh, hukum menjualnya juga turut makruh. (Al-Majmu', An-Nawawi, 9/243)
JAWAPAN KEPADA SOALAN
Jika demikian perbincangan kita, hukum bermain games PS1,2, dan 3 juga harus dengan makruh jika berlebihan, dan haram hanya apabila melanggar perkara asas yang telah disebutkan di tadi.
Tatkala itu, saya berpandangan, hukum terlibat sebagai programmer computer, grafik animator dan sepertinya bagi pembikinan sesebuah games adalah turut HARUS, namun ia bukankah satu kerja yang terbaik dan terpilih bagi individu yang mahu jelas hilang dari sebarang syubhat.
Unsur syubhat wujud khususnya kerana pencipta permainanan itu TIDAK MAMPU mengawal kekerapan, dan addicted sang pemain serta kelalaian mereka.
Asalnya penjual dan pencipta barang jualan yang bersifat neutral TIDAK menanggung sebarang tanggungjawab jika pembeli menggunakan barang neutral itu untuk tujuan jahat. Seperti penjual lap top computer, pisau, Television, printer dan sebagainya. Semua ini tergolong dalam kategori neutral yang mana pengguna akan menentukan sama ada ia digunakan kepad adosa atau pahala.
Namun berbeza dengan PENJUALAN GAMES; kerana amat diketahui, permainan itu diciptakan sememangnya untuk dimain, menghiburkan pembeli, malah lebih baik jika mampu dicipta kecanggihan sehingga boleh menjadikan pemain ketagih dengannya. Tatkala itu, pencipta games menanggung beban tanggungjawab kepada mainan ciptaannya, berbeza dengan barangan neutral yang saya sebutkan di atas.
Justeru, jika permainanan yang direka yang bersifat pendidikan ilmu fardhu kifayah seperti matematik atau permainan serampang dua mata, hiburan dan pendidikan atau lebih hebat dari itu ia membawa kepada kesedaran Islam. Tatkala itu ia menjadi sunat pula dan pahala yang diperolehi oleh penjual juga.
Hukum boleh berubah pula menjadi HARAM apabila kandungannya dan paparan terdapat hal yang bertentangan dengan Islam.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
*muzik* adalah tambahan oleh kelulut , hukumnya juga tercatat disini
Demi UMNO, PAS berkorban dan dikorbankan (Udah Abih Codek)
http://jantantuya.blogspot.com
Teman dimintak oleh seorang kenalan untuk mengulas tentang pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia. Dan teman mengaku bahawa teman pernah dan selalu menulis di blog ini tentang sokongan teman terhadap idea ini. Pendirian teman masih sama, teman hanya menyokong kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh DSAI pada 16 September 2008. Bukannya kerajaan perpaduan ala PAS.
Ada dua bentuk kerajaan perpaduan yang teman paham. Pertama kerajaan perpaduan yang disokong oleh 82 AP PR dan lebih 30 lagi AP BN termasuklah AP UMNO. Kerajaan perpaduan ini diketuai oleh DSAI yang telah meletakkan sasarannya boleh dilaksanakan pada 16 September 2008. Tetapi PAS menolak idea ini kerana jumlah AP Melayu kurang berbanding AP bukan Melayu. Hasrat kerajaan perpaduan ilham DSAI dan mungkin juga Kuli telah gagal dilaksanakan angkara hilangnya sokongan pimpinan utama ulamak PAS. Sebab itulah DSAI kelihatan tidak bersungguh-sungguh ketika membantah penolakan usul undi tidak percaya kepada Pak Lah di parlimen.
Kedua, kerajaan perpaduan yang diketuai oleh pimpinan utama UMNO dengan kerjasama PAS. UMNO telah berjaya mempengaruhi PAS kerana ahli-ahli parti ini adalah Melayu dan Islam. Lagipun PAS tidak mungkin mampu mengIslamkan perjuangan DAP dan PKR. Pada waktu yang sama parti-parti komponen BN telah mula berani mempersoalkan kewibawaan UMNO. Hanya dengan kerjasama PAS sahaja, Melayu dan Islam boleh kembali menjadi ‘tuan’ di negara ini.
Bukankah sebaik sahaja selesainya PRU 12 pada 8 Mac 2008, UMNO telah mula merisik dan meminang PAS? Yang merisik tidak mungkin mengenakan syarat. Yang merisik mesti bersedia menerima apa sahaja syarat yang diminta. Hatta jawatan MBpun boleh diserahkan kepada PAS. Begitu juga dengan beberapa kementerian akan dipimpin oleh PAS. Tawaran yang paling menarik ialah segala urusan agama dan dakwah Islam diserahkan bulat-bulat kepada PAS. Memang inilah perjuangan PAS iaitu mendaulatkan Islam melalui al-quran, hadis dan qisas. Dan peluang untuk membuktikannya telah terhidang. Jikalau kekal bersama DAP dan PKR, amat sukar untuk PAS melaksanakannya. PAS tidak yakin yang DAP akan menyokong kehendaknya. PAS masih meragui dan berprasangka buruk terhadap rakan pakatannya.
Teman sendiri sebagai orang Melayu dan beragama Islam langsung tidak percaya dengan niat ‘murni’ UMNO. PAS mungkin mahu berdamai dengan UMNO, tetapi UMNO tetap UMNO. Membantu UMNO seumpama melepaskan anjing yang tersepit. Meraung minta ditolong. Takkan Melayu dan Islam PAS tak tolong UMNO. Bukankah Islam itu bersaudara? Sakitnya UMNO, sakit juga PAS. Lupakanlah kisah silam. Yang telah berlalu biarkan berlalu. Melayu dan Islam mesti diperkasakan di bumi ini. UMNO dan PAS mesti memulakan politik baru. Cantik dan indahnya susunan ayat-ayat bicara janji manis UMNO pada PAS.
Sebagai rakyat marhaen, teman mengharapkan UMNO dapat dimatikan secepat yang mungkin. Peluang untuk mematikan UMNO begitu cerah pada PRU 13 nanti. UMNOpun sedar yang ia akan mati jikalau PAS memberi komitmen terbaiknya kepada PR. Tetapi sayang PAS masih ada sisa simpati pada lawannya UMNO. PAS tidak sanggup membunuh lawan yang selalu berhelah dan memukulnya. PAS sentiasa berkorban demi UMNO walaupun PAS juga sedar bahawa PAS pernah terkorban oleh UMNO.
Biarlah PAS hilang sokongan pengundi asalkan UMNO boleh terus memerintah Malaysia. Terima kasih PAS.

Tuesday, June 9, 2009
3 tahun dalam neraka
KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.
Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.
Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.
Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.
Akhirnya Pas terjebak dalam 'Task Force 2010' yang dipengerusikan oleh intelligent UMNO Dr. Wan Abu Bakar.
kelulut@telokbakong.com
9.06.09
Muktamar Pas 55 sudah berakhir calon yang menang sudah dinobatkan.Calon yang kalah menanti jawatan baru.( jika terlantik ) .Namun begitu rumah sudah siap, pahat masih berbunyi .
Isu besar yang melanda bukan masalah siapa menang atau kalah. Agenda kerajaan Perpaduan itulah yang menjadi masalah .Semacam mahu meneruskan Agenda tersebut maka, calon yang menang sebagai Timbalan adalah orang harapan yang menghubungkan jambatan itu .
Kesan dari 'hubungan sulit ' ini ahli parti dan penyokong Pakatan tersentak .Malah ada kelihatan tokoh besar didalam Pas pun menentang secara terang - terangan .Natijahnya Pakatan mula bergegar . Soalan terpaksa dijawab berhati - hati .Kini saling curiga mencurigai .
Ada laporan yang mengatakan bahawa ini adalah permainan UMNO . Dakwaan orang bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010 yang menjadi tok dalang langkah politik beberapa orang dalam PAS?
Langkah politik itu pula didakwa bertujuan melunakkan pendirian ahli-ahli PAS terhadap Umno sehingga bersedia berkerjasama dengan parti itu atas dasar memilih darurat yang lebih ringan atau akhafud-dharurain.
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/05/saya-sokong-cadangan-dr-harun-din.html
Kita setuju kerana itu atas hujah agama.Kerana selama ini pun kita menentang Umno juga berdalilkan hujah quran dan hadis ? .
Tetapi persolannya kenapa setelah menjalinkan perjanjian dengan Pakatan Rakyat kita merangkak kedalam khemah musuh ? .
Makanya UMNO yang mendapat modal baru untuk melanyak PR .Kini media massa telah bersiaga untuk melancarkan proganda perpecahan Pakatan Rakyat .
Tunggulah nanti hari PRU13 berbuihlah mulut pemimpin Pakatan menjawab soalan cepu emas.
Umno tidak akan berdiam diri .Mereka buat masa ini tidak mampu untuk menentang Pas secara terbuka .Umno sedang luka parah .Hanya menanti luka sembuh .
Umno merancana bagaimana mahu melemahkan Pas .Pertama hilangkan kepercayaan pengundi bukan melayu .Kedua cuba buktikan Pas juga seperti UMNO .Sekaligus mahu sokongan rakyat secara total.
Saingan politik yang berpotensi boleh mengantikan mereka adalah Pas. Sudah pastinya parti inilah yang mahu dibaham .PKR sebuah parti campuran dari segi ke"melayuan"nya masih milik Umno - Pas .PKR adalah saling melengkapi dengan Pas.
Teorinya PAS harus dipisahkan daripada Pakatan.Ini jelas bagaimana mereka melaga - laga kepimpinan Pakatan .Tanpa disedari oleh sebahagian pemimpin PAS .
Dengan kekalahan Husam dan pimpinan kelantan akibat sokongan akhbar perdana termasuk blogger Jamnapari .Yang telah berjaya memperdaya ahli Pas .
Kepimpinan TGNA di momokkan kononnya telah merosot .Malah dikatakan telah ditolak hanya kerana beliau menentang kerajaan Perpaduan .
Inilah kejayaan besar UMNO , mereka berjaya menggunakan ahli PAS UNTUK MELUMPUHKAN PAS KELANTAN .Seantaro dunia faham bahawa Kelantan adalah nadi kekuatan Pas selama hampir dua dekad .
Hatta Trengganu yang majoritinya orang melayu , Pasnya sarat dengan pemimpin besar disana masih gagal memenangi hati rakyat yang bernegerikan bumbung stadium yang runtuh itu .
Pemimpinnya adalah Nik Abdul Aziz yang kini dikatakan telah dinasihati oleh penasihat sesat .Ini adalah perang saraf yang telah menjalar kedalam darah sebahagian orang PAS.
Malah ada pimpinan pemuda didalam usrah mengajak jemaah berdoa agar TGNA cepat mati .Kononya untuk mengelakkan fitnah .
Rumusannya perang saraf UMNO telah berjaya memporak perandakan pertahan PAS.Mungkin ada yang menafikan , itu terpulang kepada analisa sendiri .
Kepimpinan Pas sekarang didalam keadaan serba salah , Pemuda Umno mula mengasak dengar khabar YB Nasa tidak hadir program Awani bersama Khairy , yang menjadi mangsa Mujahid mujurlah YB Parit Buntar itu bijak berhujah .
JIKA SAYA BERTANYA BOLEHKAH BANGKAI GAJAH DITUTUP DENGA NYIRU ?
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Monday, June 8, 2009
Kerajaan Perpaduan?Boleh Blah...
Usul Presiden Pas TG Hj Hadi mencetuskan isu panas terutama di dalam PAS sendiri.Jelas pertembungan antara TGHH dan TGNA.PAS dibawah TGHH sentiasa membelakangkan perasaan PKR dan DAP.Sudah terlalu yakinkah PAS boleh berdiri sendiri?
Apakah perlunya berurusan dengan UBN sedangkan matlamat PR untuk membenamkan BN itu sendiri.Apakah rasionalnya cadangan tersebut!!PAS masih tidak matang dikalangan pemimpin utamanya berbanding golongan akar umbi yang lebih peka dan sensitif menjaga perasaan PKR dan DAP.Mengapa Anwar berdiam diri...ini jelas menunjukkan kematangan politikus yang berpengalaman dengan adu domba UBN.
Janganlah kerana rakus dengan kuasa yang baru sejengkal sudah merasa gagah perkasa tak tentu hala.Jantan sangatkah PAS untuk keluar dari PR?Layakkah PAS 'menawarkan diri' untuk memimpin PR.Terengganu pun terlepas masih tidak mengambil iktibar.Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasa pun sudah berani menyindir TGNA.
Kalaulah PAS golongan pro TGHH dan Ustaz Nasa ingin menunjukkan kuasa semoleknya berterus teranglah keluar dengan PR.Inilah lebih baik dari menikam dari belakang.Biarlah pro TGNA dan Husam keluar PAS masuk PKR ker atau tubuh parti lain yang bergabung dengan PR.Ir . Nizar lebih serasi dengan TGNA dan Anwar pada pendapat teman.
Ini satu cara mengajar agar jangan bertindak sendirian setelah berjanji bersama PR melawan UBN kini seolah memberi nafas kepada UBN..Sepatutnya peluang yang terbuka luas ini di gunakan membenam UBN seberapa segera.TGHH and The Gang adalah duri dalam daging buat PR...
Teman mangkah PAS, tapi ngape PAS tak menang?
http://jantantuya.blogspot.com
Buat masa ini teman masih kekal tidak menyokong UMNO dan sekutunya. Teman akan mengundi sape sahaja yang lawan UMNO. Teman masih mangkah PR walaupun ada mende2 dalam PR yang teman tak berapa nak suka. Bagi teman tunjang PR ialah PAS. Walau bagaimanapun PAS tetap memerlukan PKR dan DAP. Sebagai rakyat marhaen yang tidak begitu taksub atau teruja dengan mana2 parti dalam PR, teman mahu melihat kerjasama yang lebih erat antara PAS, PKR dan DAP. Tetapi adakah wujud organisasi PR di peringkat parlimen? Wujudkah PR Parlimen Kuala Kangsar? Wujudkah PR Parlimen Parit? Yang pasti teman berpersepsi yang PAS dengan cara PASnya dan PKR dengan cara PKRnya. Mampuih kome.
Teman tak nak menyentuh populasi pengundi di bandar. Melayu bandar majoriti bersama PR. Teman hanya nak menyentuh tentang populasi pengundi Melayu di kampung2. Teman mengundi di parlimen Kuala Kangsar dan DUN Manong. Kedua2 kerusi ini ditandingi oleh PAS. Tetapi teman tetap undi PAS walaupun teman ada juga getik pada PAS.
PAS baru sahaja bermuktamar. Hebat PAS ini. Perwakilan telah memilih pemimpin mereka untuk mengemudi PAS. Tetapi tahukah pemimpin PAS bahawa kebanyakan perwakilan itu tidak berjaya mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat kampung. Mereka masih berlatar elit yang lebih banyak bercakap daripada mendengar atau bekerja. Mereka akan segera menyampuk percakapan pak long dan mak ngah sehingga pak long dan mak ngah tidak mahu bercakap lagi. Lebih baik bercakap dengan pimpinan UMNO walaupun apahpun tak dapat. Sekurang2nya dapat juga bercakap panjang lebar. Jadiler.
Apa yang pimpinan PAS kawasan telah buat pada pengundi muda dan tua? Takkan ceramah jer? Tak bolehker markas PAS menyedia dan menganjurkan karoeke? Tapi awal2 lagi ustaz PAS kata haram. Maklumlah yang pimpin PAS dari yang nombor satu sampai ke bawah semuanya berstatus ustaz dan ustazah. Lepas tu marah dan heran ngapeler payah bebenor nak ajak orang ramai datang nengar ceramah. Karang bila dikatakan yang otak pimpinan PAS ni tak berkembang, menyinga pulak. Sebab ituler perwakilan PASpun masih sama dengan katak bawah tempurung.
Satu lagi, pimpinan PAS ini suka sangat memperkecilkan kawan. Sebab ituler teman tidak heran jikalau pimpinan PKR macam kekura. Nampak jer orang PAS, sorok kepala. Malu dan rasa rendah diri. Maklumlah PAS kata dia kuat. PAS ramai calon. PAS banyak jentera. Yang lompat tu pulak exco PKR. Senang citer PAS tak mahu berkompromi dengan PKR. Bukti yang PAS tak sedia kompromi ialah PAS tidak mengusahakan pewujudan organisasi PR peringkat parlimen. PAS nak jadi ketua jer, tapi tak gheti nak hidupkan jawatan ketuanye. Kalo ikut hati teman, ketua cawangan UMNO sebenornye lebih pandai mengambil hati anak buahnya berbanding ketua cawangan PAS.
Dalam bab2 agama memangler PAS di depan. Tapi dalam bab menyentuh hati masyarakat, PAS masih ketinggalan. PAS kena banyak belajor, tapi PAS masih buat2 pandai. PAS ini nak merintah ker tak nak? Kalo nak merintah, janganler lepaskan ruang dan peluang. Tapi perwakilan PAS yang majortinya ustaz telah melepaskan peluang dengan masih memilih timbalan yang telah gagal menarik sokongan marhaen macam teman ni. Ingat, teman mangkah PAS bukan kerana teman sokong PAS. Teman mangkah PAS kerana teman getik bebenor dengan UMNO. Tak ikhlas rupanya teman mangkah PAS. Sebab itu agaknya PAS tak menang ..
PASpun tamak, hakap dan gelojoh. Tak caye? Tepuk dada tanya selera.

Sunday, June 7, 2009
Kerajaan perpaduan: Nik Aziz tolak idea Hadi, anggap "karut"
mSTAR
Ahad Jun 7, 2009
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.
"Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan," kata beliau semalam.
Bercakap dalam ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Nik Aziz berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana cadangan seumpama itu timbul sedangkan parti itu telah mengambil ketetapan untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dianggotainya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya.
Kenyataan Nik Aziz itu ternyata bercanggah dengan pandangan Abdul Hadi yang terus menaruh keyakinan bahawa cadangan pembentukan kerajaan perpaduan akan tetap diterima satu hari nanti.
Selain itu Nik Aziz turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama Umno yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.
"Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh," katanya.
Sambil menyifatkan Umno sebagai samseng politik, Menteri Besar Kelantan itu turut mengingatkan supaya Umno terus dimusuhi dan dibasmi.
"Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.
"Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu," katanya.
Keputusan Muktamar Pas 55 :Menang atau kalah jangan sampai prinsip tergadai
7 Jun
2009
kelulut@telokbakong.com
7.05.09
husam-nasa
Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut.
Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.
Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 871 undi; diikuti ahli parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub (824) dan ketua penerangan PAS yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (636).
Ahli Jawatankuasa Kerja
1) Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato’ Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)
Teka - teki siapa pemenang bagi calon - calon yang bertanding sudah berakhir. Kehangatan berkempen secara online amat terasa didalam pemilihan kali ini.
Nama - nama besar yang disebut - sebut bakal mencorak halatuju Pas pada masa hadapan benar - benar diambil serius oleh rakyat Malaysia .Lebih tepat lagi PRU 13.
Nama - nama besar seperti YB Nizar , YB Husam , YB Nasarudin yang benar - benar ditunggu - tunggu oleh pemerhati politik .
Persaingan hebat diantara Husam dan Nasarudin adalah ibarat pertandingan akhir bolasepak Piala Dunia . Manakan tidaknya ,akhbar utama milik Umno pun ‘ berminat ‘ dan ada pilihan mereka sendiri .
Nawaitu mereka jelas mahu mencari calon yang sesuai bagi sudut pandang mereka sekaligus memecah belahkan Pas itu sendiri .
Sesuatu yang menghairankan bagaimana perkara yang rahsia sulit yang tidak diketahui ahli Pas dapat ketangan Utusan Malaysia .Sebagai contoh jumlah peratusan pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden telah bocor . Sedangkan pada masa yang sama Harakah pun tidak menyiarkannya .
Persoalan bagaimana Umno boleh mendapat maklumat sulit itu ? Apakah sudah ada pihak yang bermurah hati menyerahkan sumber tersebut ?
Seolahnya akhbar perdana telah memanipulasi isu pertemuan sulit yang lalu dengan begitu berkesan .Hingga calon pilihan Utusan menang dalam pertandingan tersebut .
Rasanya, biarlah perkara ini dijawab oleh mereka yang bertanggung jawab .Tetapi sesuatu yang perlu diingat Ahli Pas dan rakyat sedang memerhati gerak geri pimpinan .
Dan bagi yang menang terutama Ustaz Nasarudin ,rakyat menagih janji seperti yang telah dilafazkan bahwa Pas tidak akan menyertai Umno .
Jika janji dimungkiri ,jangan salahkan rakyat apabila Umno kembali berkuasa penuh kelak .
Tentang calon Naib Presiden seperti dijangka malah kemasukan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan harapan baru . Dengan penarikan diri Ir Nizar maka laluannya semakin luas .
Bagi rakyat Perak pula apabila Ir Nizar menarik diri seperti menolak tuah . Bagi penulis pun pada awalnya merasakan sedemikian juga.
Tetapi sewaktu pertemuan dengan salah seorang Blogger Perak di Kajang beliau telah memaklumkan bahawa Nizar tidak akan bertanding . Atas beberapa sebab antara masih junior dan bimbang akan jadi seperti Hasan Ali .( yang pernah menjadi N.Presiden tetapi tidak begitu berkesan ).
Berdasarkan undian paling tinggi yang diterima iaitu sebanyak (854) sebagai Ahli Jawatankuasa kerja jika bertanding Timbalan Presiden pun boleh menang .
Penulis yakin bahawa Nizar mahu menyusun gerakkerja peringkat negeri itu yang paling penting .Apanya guna hebat di Pusat ,sedangkan ada negeri yang tidak mampu ditembusi Pas .
Negeri Melaka,Johor ,Negeri Sembilan malah Perak pun sokongan terhadap Pas masih bergantung penuh kepada parti gabungan .
Sepatutnya kempen penambahan Ahli perlu terus konsisten . Cawangan - cawangan baru perlu ditubuhkan segera. Janganlah hanya ada pemimpin yang megah berada di Kawasan sedangkan cawangan lesu .
Kami sebagai anak Perak amat berharap Pas akan diterima oleh orang melayu secara tuntas barulah kita boleh mengantikan Umno .
PRU 13 perlu dijadikan medan terbaik untuk pimpinan bertandingan di Negeri mereka sendiri . Tidak perlu ‘mengelupur ‘mencari tempat selamat seperti di kelantan atau mana - mana yang dirasakan kubu Pas .
Misalnya YB Nasarudin boleh mencuba di Negeri Sembilan , YB Salahudin kembali ke Johor , Mat Sabu pulanglah ke Pulau Pinang .Maka barulah rakyat melihat pemimpin Pas memimpin masyarakat setempat .
Peluang sudah terbentang ,rakyat semakin terbuka .Maka janganlah pula pimpinan yang merasa sempit fikiran .Lantas hanya mencari jalan mudah .
Pengukuhan Pas akan berlaku jika pemimpin Pas boleh membawa pengaruh ke ceruk negeri agar tidak hanya gah didada akhbar.
Hentikan polemik dalam parti yang bakal merobohkan binaannya.Persoalan ulama atau profesional yang penting solehnya.
Benarlah kata hikmah ini , perkara yang batil jika dilakukan secara tersusun ia juga akan berhasil.Sebaliknya juga jika perkara yang hak sekalipun jika tidak ada perancangan yang rapi ia tetap akan gagal.
Pas perlu ada kekuatan sendiri , tidak boleh lagi hanya bergantung kepada isu - isu nasional yang melanda . Atau hanya mengharapkan Umno porak peranda barulah Pas muncul sebagai wira.
Kini tidak boleh dinafikan faktor Anwar . Apa akan terjadi jika beliau disumbat sekali lagi kedalam penjara ?
Pru 2004 menjadi saksi Pas terbenam dek kerana virus terlalu yakin .
Walau apa pun menang atau kalah jangan sampai prinsip tergadai .

Subscribe to:
Posts (Atom)