Tuesday, June 9, 2009

3 tahun dalam neraka



KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

2 comments:

ummuafif said...

Ummi rasa inilah kafir harbi yang memang boleh diperangi... memang tak ada hati perut..

yes said...

Kesian bibik ini, dia datang ka sebuah negara Islam untuk mencari rezeki. Tetapi undang undang negara membenarkan orang Islam bekerja dan tinggal dengan orang bukan Islam.
Inilah kerajaan yang Haji Hadi dan Nasaruddin ingin sangat buat sahabat.

Linkwithin