Gambar sekitar ceramah khalid Samad di Pasir Salak Skrg
Saturday, June 16, 2012
Zul Kulim Cabut Lari..
PETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan.
YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.
Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .
Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.
Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.
Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.
Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.
Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.
Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah.
Sumber KLPos
Berita TBO
Dengar khabar ada warga Kg Telok Bakong turut berada disana semasa ceramah berkenaan.TBO akan berusaha mendapatkan perkhabaran dari beliau untuk menerangkan keaadaan sebenar.Kalau nak dengar dari TV3..susah nak dipercayai kebenarannya.
Pemerintah Yang Selamat Dari Adzab Allah Ta'ala
Ditakhrijkan oleh At-Thabrani dari Abu Wail Shaqiq bin Salamah sesungguhnya Umar bin Khathab ra. telah melantik Bashar bin Asim ra. untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar ra. telah melewat-lewatkan kepergiannya lalu beliau telah ditemui oleh Umar ra. dan telah berkata kepadanya, "Apakah yang telah menyebabkanmu terlambat?". Adakah kamu tidak mendengar dan thaat kepada perintah kami?". Bashar ra. berkata, "Tidak, melainkan aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menjadi ketua bagi sesuatu urusan kaum Muslimin, maka ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jambatan Neraka. Jika ia telah melakukan kebaikan, ia akan selamat. Jika telah melakukan kejahatan, jambatan itu akan runtuh lalu ia akan terjatuh ke dalam api neraka tersebut selama tujuh puluh tahun".
Abu Dzar ra. telah berkata kepada Umar ra. "Adakah kamu telah mendengar sesuatu dari Rasulullah SAW?" Umar ra. pun menjawab. "Tidak". Abu Dzar ra. berkata, "Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
'Barangsiapa yang bertanggungjawab ke atas urusan kaum Muslimin, ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jambatan neraka. Jika beliau melakukan melakukan kebaikan dalam tanggungjawabnya ia akan selamat. Jika sebaliknya jambatan itu akan roboh dan ia akan terjatuh ke dalam neraka itu selama tujuh puluh tahun dan Neraka itu amat gelap dan hitam'.
Maka hadis yang mana satukah yang lebih menggetarkan hatimu?". Umar ra. mejawab, "Kedua-duanya. Oleh itu adakah sesiapa yang mau mengambil jabatan Khalifah ini?". Abu Dzar ra. pun berkata, "Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekapkan diatas tanah yang akan mengambil alih jabatan ini. Adapun aku tidak mengetahui melainkan jabatan Khalifah ini baik untuk mu. Karena jika kamu memberikan jabatan Khalifah ini kepada seseorang yang tidak akan berlaku adil, kamu juga akan menanggung dosa bersama dengannya".
Sebagaimana dalam kitab At-Targhib. Ditakhrijkan juga oleh Abdul Razak, Abu Nu'aim Abu Said An-Naqashi, Al-Baghowi dan Ad-Daruqutni dari jalur Sawid sebagaimana dalam kitab Al-Kanz. Ditakhrijkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Mundah dari selain galur Sawid sebagaimana dalam kitab Al-Isobah.
Friday, June 15, 2012
Tun Daim Ramal BN Menang 3 Negeri
Begitu lah tajuk ceramah yang akang disampaikan oleh penceramah Dato Termizi Mat Jam di Kg Kuchai Lambor Kiri,Pada 16hb Jun 2012 9.00pm.Jemput semua menghadirkan diri beramai-ramai kesana.anjuran PAS Parit dan PAS Kg Kuchai -Msinc Tbo-
Thursday, June 14, 2012
Nasib Wira Tidak Didendang
Jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera yang telah mempertahankan kedaulatan setiap inci tanah negara ini seperti tidak dihargai, pesara tentera menghadapi kesukaran untuk menyambung kehidupan selepas tamat perkhidmatan bagi menanggung keluarga.Kerajaan yang sedia ada sekarang mengambil sikap sambil lewa dan tidak perihatin dalam menangani isu kebajikan anggota tentera yang telah bersara. Tentera berpangkat rendah lah yang banyak terjejaskerana tidak dapat menampung kehidupan seharian mereka dengan bergantung daripada wang pencen yang sedikit itu.Sekiranya kita dapat menyelami dan menemubual bekas tentera,ramai dikalangan mereka yang merasakan kehidupan mereka semakin terhimpit dan tidak akibat kenaikan harga makanan,bahan api dan kos sara hidup.
Pelancaran Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Parlimen Tambun telah diadakan di Dewan Komuniti Perpaduan, Ulu Kinta dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh NGO itu disini.Peranan Kerabat ialah memperjuangkan kebajikan bekas anggota Tentera supaya nasib bekas atau balu lebih terjamin dengan membuat tuntutan yang munasabah kepada kerajaan supaya nasib mereka lebih terjamin.Pengerusi KERABAT Perak, Sdr.Zulkafli Daud, dalam ucapannya menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai dapat membela masa depan bekas angkatan tentera dengan lebih baik, sekiranya agenda PR menduduki Putrajaya dapat direlisasikan, sambil menyeru agar ramai lagi bekas-bekas angkatan tentera menyertai KERABAT yang akan ditubuhkan diseluruh tanahair.
Pada hari ini, bekas tentera tidak mendapat apa-apa keistimewaan yang dapat menjamin masa depan seperti dianugerahkan sebidang tanah untuk diusahakan bersama keluarga, PR melihat keadaan ini dari aspek pengorbanan yang telah dicurahkan oleh angota angkatan tentera. Oleh kerana tidak ada cara lain terpaksalah mereka terus bekerja dipondok-pondok pengawal keselamatan dengan pendapatan yang kecil untuk menyara keluarga. Menyedari bahawa nasib pihak ini tidak dibela dengan sewajarnya oleh kerajaan UMNO/BN,Pakatan Rakyat telah berjanji akan memberikan ganjaran yang setimpal dalam urusan hal-ehwal kebajikan pesara-pesara tentera sekiranya PR berjaya menguasai pemerintahan di Putrajaya nanti. Seluruh bekas angkatan tentera di tanahair mesti bijak untuk mempertimbangkan sewajarnya tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Bekas angkatan tentera membuat berani membuat perubahan demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara dengan memberikan undi mereka kepada PR pada pilihanraya ke 13 ini
Menurut kertas ketetapan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1972, bekas-bekas angkatan tentera berhak memohon daripada kerajaan negeri, seluas 10 ekar tanah untuk pertanian dan 2 lot tanah untuk tapak rumah apabila bersara, tetapi telah dinafikan oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab setelah mereka menolak hampir 99 peratus permohonan pesara tentera untuk mendapatkan hak mereka itu berdasarkan PMAT 1972.Tetapi kerajaan telah menunjukan sikap yang berlainan kepada pihak kominis yang menyerah kalah.Mereka telah dikurniakan tanah untuk tapak rumah dan untuk pertanian.Insfrastuktur yang baik juga telah dibina dikawasan perkampungan bekas penganas ini. Mengapa kepada bekas komunis semua ini boleh diberikan ,tidak kepada wira wira negara yang telah mengadaikan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi?
Tidak dinafikan bahawa kerajaan mahu menonjolkan diri didalam pembelaan nasib bekas tentera ini,Projek Perumahan Tentera 1Malaysia telah diwujudkan.Melalui projek kerjasama antara AP Land Development Sdn Bhd (AP Land) dengan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPAT), penjawat tentera Malaysia diandaikan mampu memiliki rumah sendiri menerusi Skim Perumahan Anggota Tentera 1 Malaysia.Projek kerjasama antara 2 pihak ini akan dijangka memulakan pembinaan perumahan bermula April 2011 di setiap negara, perjanjian usaha sama ditangani secara rasmi pada 5 Januari 2011 lalu Dianggar 20,000 unit rumah akan dibina di seluruh negara dalam tempoh lima tahun bagi projek bernilai RM3 bilion.Namun,masalah berlaku berikutan harga bagi setiap unit rumah itu ditawarkan kepada anggota tentera adalah dalam lingkungan RM 96,000 hingga RM 195,000. Dianggarkan 80 peratus anggota tentera yang bersara tidak memiliki rumah. Harga tersebut mungkin bersesuaian pada mereka yang berjawatan tinggi dalam tentera.Bagaimana dengan tentera yang berpangkat rendah dan mempunyai gaji yang hanya cukup untuk menyara hidup seharian sahaja.Lebih parah kepada mereka yang berpencen yang mana kadang-kadang pesara terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dan sebagainya untuk menampung kos hidup yang tinggi.Jikalau sebuah rumah yang paling murah sudah mencecah RM 96,000 pesara terpaksa meminjam dari bank dan akhirnya pesara menderita akibat membayar hutang dan faedah bank yang tinggi.Sepatutnya rumah rumah kos rendah dan sederhana dibina supaya ianya bersesuaian dengan tahap ekonomi mereka yang terlibat.Dengan harga yang mahal dan monopoli oleh syarikat pembinaan menampakkan ada kejanggalan dan kegiatan mengaut keuntungan oleh pihak pihak tertentu.
Selain dari kebajikan bekas tentera yang terabai,Balu balu bekas tentera ini juga harus diberi perhatian yang mendalam.Sepatutnya agensi kerajaanlah yang sepatutnya mengambil berat ke atas golongan itu.Tetapi malangnya, pihak-pihak berwajib tidak mengambil apa-apa tindakan segera ke atas aduan yang dibuat oleh balu ATM supaya pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyampaikan terus bantuan yang sewajarnya kepada mereka.Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya segera turun padang melihat kesusahan dan penderitaan rakyat.Peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah disekat oleh pihak kerajaan yang mana akhirnya wakil rakyat Pakatan sukar menyalurkan bantuan kepada rakyat yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan itu. -Msinc TBO -
Tuesday, June 12, 2012
Tsunami Terbaru Di Perak Tengah
Dari Sanggahtoksago.Com
Ismi Taib di Parlimen Parit, Dr Najihah di Blanja tetapi PKR masih belum tentukan calon di Bota
Sanggahtoksago.Com diberitahu, PAS Kawasan Parit telah menamakan Yang DiPertuanya, Ustaz Muhamad Ismi Muhd Taib (gambar) sebagai calon parti itu di Parlimen Parit, Perak dan Ketua Muslimatnya, Dr Najihahtusoleh Ahmad sebagai calon PAS Dun Belanja. Dalam PRU 2008 yang lalu, Ismi bertanding di Dun Blanja dan Dr Najihah berentap di Parlimen Parit. Kali ini, mereka menukar posisi bagi berdepan dengan musuh tradisi Umno-BN.
Sementara itu, Dun Bota yang diwakili PKR masih belum menentukan calonnya. Terdapat beberapa nama di ke tengahkan tetapi ada bantahan dalaman. Sehingga kini PAS Parit masih berminat untuk bertanding di Bota atau meletakkan 'orang PAS' menjadi calon atas tiket PKR untuk memantapkan lagi gerakerja Pakatan Rakyat di parlimen ini. Rundingan dikatakan masih diteruskan antara dua parti bagi mencari kekuatan, beritahu beberapa sumber di Parit kepada Sanggahtoksago.Com.
Berita dari TBO
Dengor dengor kabo kabo angin dari spy leman,menurutnya keadaan umno di Perak Tengah sekarang ini sedikit haru biru,…mengape..tanya teman.”Ketige-tige calun yang bertanding pada piliharaya yang lalu bakal kena cantas.Sape cantas..tanya teman lagi dengan penuh saspen….sape lagi..kalau tidak orang yang menentukan calun calun BN di negeri Perak ni….tapi katenye…teman pun tak berape yakin dengan kabor tu…kamu try le siasat lagi…tapi yang pasti..ADUN yang pernah melompat dulu conform kene cantas…
Msinc - Teman pun dengorkan cerite ni antara percaya ngan tidak.Tah boye..tah katak lompat partai…pesan teman pade orang Umno..jangan ler kome berpecah belah dan cobe nak sebotaj calon..hi..hi…
Ismi Taib di Parlimen Parit, Dr Najihah di Blanja tetapi PKR masih belum tentukan calon di Bota
Sanggahtoksago.Com diberitahu, PAS Kawasan Parit telah menamakan Yang DiPertuanya, Ustaz Muhamad Ismi Muhd Taib (gambar) sebagai calon parti itu di Parlimen Parit, Perak dan Ketua Muslimatnya, Dr Najihahtusoleh Ahmad sebagai calon PAS Dun Belanja. Dalam PRU 2008 yang lalu, Ismi bertanding di Dun Blanja dan Dr Najihah berentap di Parlimen Parit. Kali ini, mereka menukar posisi bagi berdepan dengan musuh tradisi Umno-BN.
Sementara itu, Dun Bota yang diwakili PKR masih belum menentukan calonnya. Terdapat beberapa nama di ke tengahkan tetapi ada bantahan dalaman. Sehingga kini PAS Parit masih berminat untuk bertanding di Bota atau meletakkan 'orang PAS' menjadi calon atas tiket PKR untuk memantapkan lagi gerakerja Pakatan Rakyat di parlimen ini. Rundingan dikatakan masih diteruskan antara dua parti bagi mencari kekuatan, beritahu beberapa sumber di Parit kepada Sanggahtoksago.Com.
Berita dari TBO
Dengor dengor kabo kabo angin dari spy leman,menurutnya keadaan umno di Perak Tengah sekarang ini sedikit haru biru,…mengape..tanya teman.”Ketige-tige calun yang bertanding pada piliharaya yang lalu bakal kena cantas.Sape cantas..tanya teman lagi dengan penuh saspen….sape lagi..kalau tidak orang yang menentukan calun calun BN di negeri Perak ni….tapi katenye…teman pun tak berape yakin dengan kabor tu…kamu try le siasat lagi…tapi yang pasti..ADUN yang pernah melompat dulu conform kene cantas…
Msinc - Teman pun dengorkan cerite ni antara percaya ngan tidak.Tah boye..tah katak lompat partai…pesan teman pade orang Umno..jangan ler kome berpecah belah dan cobe nak sebotaj calon..hi..hi…
Rampasan-Suatu Imbasan Kembali
Mengimbas kembali hari hari terakhir di Residensi Menteri Besar Perak sebelum dirampas oleh kerajaan BN.Ribu rakyat yang mempertahankan residensi tersebut bersama Dato Seri Nizar Jamaludin.Suatu peristiwa yang menyayat hati dan memilukan.Rakyat dari segenap lapisan berhimpun dikediaman tersebut untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat.Namun dengan gerakkerja licik Umno/BN akhirnya kerajaan yang menjadi pilihan rakyat ditumbangkan dengan cara yang tidak sewajarnya.
Kepada semua rakyat negeri Perak Darul Ridzuan,marilah kita bersama sama mengembeling tenaga dari segenap sudut untuk mengangkat kembali Pakatan Rakyat .Nyalakan kembali api perjuangan,tiupkan semangat juang yang gigih demi menegakkan kebenaran dan keadilan.Janganlah kita bersedih dan bergundah gulana diatas trajedi semalam,sebaliknya peristiwa hitam tersebut dijadikan pemangkin untuk terus berjuang sehingga tertegakkan hukum hukum Allah.Tentunya ada balasan yang setimpal kepada segala usaha dan pengorbanan kita.Nantikan bersama janganlah hampa.Semoga tragedi tersebut dapat melembutkan hati mereka mereka yang menyanggah segala perjuangan.
“Semakin kelam malam..semakin akan hampirnya fajar menyingsing membawa sinar”.
Kepada semua rakyat negeri Perak Darul Ridzuan,marilah kita bersama sama mengembeling tenaga dari segenap sudut untuk mengangkat kembali Pakatan Rakyat .Nyalakan kembali api perjuangan,tiupkan semangat juang yang gigih demi menegakkan kebenaran dan keadilan.Janganlah kita bersedih dan bergundah gulana diatas trajedi semalam,sebaliknya peristiwa hitam tersebut dijadikan pemangkin untuk terus berjuang sehingga tertegakkan hukum hukum Allah.Tentunya ada balasan yang setimpal kepada segala usaha dan pengorbanan kita.Nantikan bersama janganlah hampa.Semoga tragedi tersebut dapat melembutkan hati mereka mereka yang menyanggah segala perjuangan.
“Semakin kelam malam..semakin akan hampirnya fajar menyingsing membawa sinar”.
Monday, June 11, 2012
Himpunan Hijau Di Masjid Tinggi
Seruan Untuk Semua Ahli dan Penyokong..mari kita meramaikan himpunan ini.Bertempat di Markas PAS Masjid Tinggi Bagan Serai Masa:9.00malam 16hb Jun 2012.Datanglah beramai ramai bersama pemimpin utama PAS dan Pakatan Rakyat.Semua digalakkan memakai baju hijau..
Kisah Perang Mu'tah
Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallam biasa mengirim surat kepada para raja untuk berdakwah dan bertabligh kepada mereka. Salah satu surat beliau telah dibawa oleh Harits bin Umair ra. yang akan diberikan kepada Raja Bushra. Ketika sampai di Mautah, maka Syarahbil Ghassani yang ketika itu menjadi salah seorang hakim kaisar telah membunuh utusan Rasulullah SAW. Membunuh utusan, menurut aturan siapa saja, adalah suatu kesalahan besar. Rasulullah SAW sangat marah atas kejadian itu. Maka Rasulullah SAW menyiapkan pasukan sebanyak tiga ribu orang. Zaid bin Haritsah ra. telah dipilih menjadi peniimpin pasukan tersebut. Rasulullah SAW bersabda, "Jika ia mati syahid dalam peperangan, maka Ja'far bin Abi Thalib ra. menggantinya sebagai pemimpin pasukan. Jika ia juga mati syahid, maka pemimpin pasukan digantikan oleh Abdullah bin Rawahah ra. Jika ia juga mati syahid, maka terserah kaum muslim untuk memilih siapa pemimpinnya".
Seorang Yahudi, ketika mendengar perkataan ini berkata, "Ketiga orang sahabat yang telah ditunjuk sebagai amir tersebut pasti akan mati. Anbiya AS. pun, dahulu telah mengucapkan kata-kata yang demikian". Kemudian Rasulullah SAW memberikan bendera berwarna putih epada Zaid bin Haritsah ra. Beliau sendiri ikut mengantar rombongan untuk melepas mereka. Di luar kota, ketika orang-orang yang mengantarkan pasukan tersebut akan kembali, maka beliau berdoa untuk para mujahidin ini dengan doa keselamatan, kejayaan, dan agar mereka dijauhkan dari semua perkara yang buruk sampai mereka kembali.
Do'a Rasulullah SAW ini dijawab oleh Abdullah bin Rawahah ra. dengan membaca tiga bait syair yang maksudnya:
Engkau meminta ampunan dari Tuhanmu. Sedangkan kami menginginkan pedang yang akan memutuskan pembuluh-pembuluh darah atau tombak yang akan menusuk lambung dan hatiku. Jika nanti, orang-orang melewati kuburan kami, mereka akan berkata:
Inilah orang-orang yang telah berjuang untuk Allah. Sungguh, kalian betul-betul telah mendapat petunjuk dan kejayaan
Setelah itu, berangkatlah pasukan tersebut. Syarahbil pun telah mendengar tentang keberangkatan pasukan ini. Dia telah menyiapkan pasukan sebanyak seratus ribu tentara untuk melawan kaum muslimin. Dalam pada itu, para sahabat r.ahum. juga telah mendengar kabar bahwa Heraclius, raja Romawi, juga telah mengirim seratus ribu tentaranya untuk ikut menyerang kaum muslimin. Maka dengan jumlah musuh yang demikian banyak tersebut membuat sebagian sahabat ra. menjadi ragu: meneruskan bertempur melawan musuh, ataukah memberitahukan kepada Rasulullah SAW. Abdullah bin Rawahah ra. berkata,
"Hai orang-orang. Apa yang kalian takuti?. Untuk apa kalian keluar meninggalkan Romawiah kalian?. Apakah kalian keluar ini bukan untuk mati syahid?. Kami adalah orang-orang yang tidak memperhitungkan kekuatan ataupun banyaknya orang dalam pertempuran. Kami hanya berperang agar di suatu hari nanti, Allah s.wt. memuliakan kita.Majulah. Setidaknya salah satu di antara dua kemenangan mesti kita dapatkan. Mati syahid, atau menang dalam pertempuran ini".
Mendengar kata-kata tersebut, semangat kaum muslimin pun bangkit kembali. Mereka terus maju sehingga sampailah pasukan tersebut di Mut'ah dan mulailah pertempuran berlangsung antara mereka dengan pasukan musuh. Dalam permulaan pertempuran, bendera dibawa oleh Zaid bin Haritsah ra. Dengan bendera di tangan, ia telah menyerang ke tengah Pertempuran. Mulailah berlangsung pertempuran. Ketika itu saudara Syarahbil telah terbunuh sedangkan kawan-kawannya melarikan diri. Syarahbil sendiri telah lari ke sebuah benteng dan bersembunyi di dalamnya. Kemudian Raja Heraclius mengirimkan bala bantuan lagi kurang lebih sebanyak dua ratus ribu orang tentara. Pertempuran berlangsung dengan begitu dahsyatnya. Akhirnya, Zaid ra. gugur syahid. Maka bendera kaum Muslimin segera diambil oleh Ja'far bin Abi Thalib ra., setelah itu ia memotong kaki kudanya agar tidak berpikiran lagi untuk kembali. Sambil menyerang musuh, ia membaca beberapa bait syair yang terjemahannya sebagai berikut:
Hai orang-orang, apakah tidak baik surga itu. Dan surga itu sudah dekat .Betapa indahnya ia. Dan betapa sejuknya air surga .Telah dekat masa siksa bagi raja Romawi. Dan saya mempunyai kewajiban untuk membunuhnya.
Setelah membaca syair tersebut, dipotonglah kaki kudanya dengan tangannya sendiri. Agar hatinya tidak berpikir untuk kembali. la menghunus pedangnya dan terjun ke tengah pertempuran melawan orang-orang kafir tersebut. Karena ia adalah pimpinan pasukan, maka bendera itu tetap berada di tangannya. Pada mulanya, bendera tersebut dipegang dengan tangan kanannya. Tetapi salah seorang pasukan kafir telah memenggal tangan kanannya sehingga bendera pun terjatuh. Maka bendera tersebut segera diambil dengan tangan kirinya. Tetapi, orang kafir itu telah memotong kembali tangan kirinya. Maka ia segera mendekap bendera itu di dada dengan kedua lengannya yang masih tersisa dan digigitnya bendera itu dengan sekuat tenaga. Kemudian, seorang musuh dari arah belakang menebasnya dengan pedang sehingga tubuhnya terpotong menjadi dua. Ia pun roboh ke tanah, dan gugur dalam keadaan syahid. Pada saat itu, Ja'far bin Abi Thalib ra. baru berumur tiga puluh tiga tahun.
Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa setelah Jafar ra. menjadi mayat, ketika mayat tersebut diangkat, di bagian muka tubuhnya terdapat sembilan puluh buah luka. Ketika Ja'far bin Abi Thalib ra. telah mati syahid, maka orang-orang memanggil Abdullah bin Rawahah ra. Ketika itu, ia sedang berada di sebuah sudut dengan beberapa tentara muslimin, sedang memakan sepotong daging karena sudah tiga hari lamanya mereka tidak makan sesuatu pun. Mendengar suara yang memanggilnya, maka dilemparkanlah sisa daging itu. Ia berkata memarahi dirinya sendiri,
"Hai lihatlah, Ja'far telah syahid, sedangkan kamu masih sibuk dengan keduniaanmu".
Maka ia segera maju menyerang ke depan dan mengambil bendera kaum muslimin. Tetapi, jari tangannya telah terluka berlumuran darah dan terkulai hampir putus. Kemudian jari itu diinjak dengan kakinya sendiri lalu ditarik tangannya sehingga terpotonglah jarinya tersebut. Kemudian, jari yang sudah terputus itu ia lemparkan, kemudian ia maju kembali ke medan pertempuran. Dalam keadaan susah dan payah seperti ini, ia merasa sedikit ragu di dalam hatinya karena hampir tidak ada semangat dan kekuataan lagi untuk berperang. Tetapi, keraguan tersebut hanya terlintas sebentar saja dalam hatinya. Ia segera berkata pada dirinya sendiri,
"Wahai hati, apa yang masih kamu ragukan, apa yang menyebabkan kamu ragu-ragu? Istrikah? Ia sudah saya talak tiga. Atau hamba sahaya yang kamu miliki? Semuanya telah saya merdekakan. Ataukah kebun? Itu pun telah saya korbankan di jalan Allah".
Setelah itu, ia membaca syair berikut:
"Wahai hati, kamu harus turun Meskipun dengan senang hati, ataupun dengan berat hati Kamu telah hidup dengan ketenangan beberapa lama. Berfikirlah, pada hakikatnya, kamu berasal dari setitis air mani Lihatlah orang-orang kafir telah menyerang orang-orang Islam Apakah kamu tidak menyukai surga jika kamu tidak mati sekarang suatu saat nanti, akhirnya kamu akan mati juga".
Setelah itu, ia turun dari kudanya. Seorang sepupunya, yaitu anak pamannya, telah memberi sekerat daging kepadanya sambil berkata, "Makanlah ini untuk meluruskan tulang punggungmu." Karena sudah berhari-hari ia tidak makan, maka daging tersebut diterimanya. Baru saja ia mengambil daging tersebut, terdengarlah suara kekalahan. Akhirnya, dilemparkanlah daging tersebut. Ia segera mengambil pedangnya dan menyerbu ke kancah pertempuran melawan orang-orang kafir. Ia terus bertempur hingga mati syahid.
Subscribe to:
Posts (Atom)