Sunday, December 27, 2009

Amalina ,hentikan 'gelek dangdut politik' mu !






kelulut@telokbakong.com
26.12.09



Jika diera awal 90an Malaysia artis Dangdut bernama Amalina berjaya menarik minat para pengemar muzik dangdut.Dengan suara dan gelek yang membuatkan peminatnya tergedik -gedik.

Kini nama Amalina kembali ngetop tetapi kali ini bukan Amalina dangdut .Bahkan Amalina ini adalah anak kepada Ulama sekaligus umarak negeri Kelantan.Nama penuh beliau Nik Amalina binti Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Bukan setakat anak ulamak beliau juga adalah isteri Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketua pegawai eksekutif PMBK, yang dipaksa meletakkan jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Oktober lalu.

Amalina kini ngetop hinggakan tulisannya di blog Seri Suri dijadikan bukti sahih oleh Umno kononnya kerajaan kelantan didalam keadaan kucar kacir.

Kita tidak menafikan hak beliau untuk menulis. tetapi biarlah berfikir panjang Menteri Besar Kelantan adalah ayahanda beliau.Tindakan beliau mengulas isu yang diluar bidang keupayaan eloklah dielakkan.Bukan berlumba-lumba membuat kenyataan seperti semuanya mahu menunjukkan hebat berpolitik.

Dr Mahathir yang pernah jadi pemimpin nombor Malaysia dahulu ,tidak pula anak perempuannya membuat kenyataan berbaur politik .Kerana dia faham bapa beliau adalah PM ketika itu.Jika dia pun mahu menulis alamatnya imej bapanya akan turut tercalar.

Sebagai anak seorang ulamak , moleklah kiranya Amalina ambil jalan lain agar maruah suami dan bapanya terpelihara.Ada desas desus itu bukan tulisan dirinya sendiri mungkin tulisan orang lain yang menggunakan Binti TGNA.Itu mungkin persepsi yang sukar mahu dibuktikan .

Amalina pun sudah beberapa kali ditegur oleh Pas Pusat maka sewajarnya berhentilah 'bergelek dangdut politik' ini . Biarlah mereka yang menyelesaikan apa yang telah mereka mulakan.

Bukan niat mahu menyamakan antara dua Amalina kebetulan nama hampir serupa.Amalina penyanyi dangdut sudah bersara diarena seni hiburan.

Maka Puan Nik Amalina juga patut berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi gambaran negatif kepada Pas secara umum.Hentikanlah 'gelek tarian dangdut politik mu !

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Linkwithin