Saturday, May 17, 2008

Kerajaan Perak Berkebajikan


Oleh KTB

Sebanyak RM 1 juta di peruntukan untuk golongan marhaen di Perak.Sebanyak 5000 keluarga yang di kategorikan mengalami kemiskinan tegar di negeri ini akan mendapat sumbangan dalam satu pakej yang terdiri dari 30kg beras,2 kg gula dan 1kg minyak masak serta RM 100 tunai.Bungkusan pakej terbabit akan mennggunakan logo Pas ,DAP dan Keadilan demi menggelakkan pihak Umno mengambil kesempatan sumbangan terbabit dari pihak mereka.Agihan akan di mula awal bulan depan.

Pemberian ini adalah tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat Perak berikutan kenaikan bahan makan utama terbabit baru-baru ini tanpa mengira perbezaan agama bangsa dan anutan politik.Ini selari dengan manifesto dalam PRU ke 12 yang lalu iaitu Negara Berkebajikan.

Tahniah buat Kerajaan Perak!!Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah untuk semua rakyat negeri ini.Bukan seperti Kerajaan BN untuk orang BN!!!

5000 Hadir Di Mini Stadium Manjoi!!!


Oleh KTB
Penjelasan isu isu semsasa oleh Pakatan Rakyat malam tadi satu langkah penting memandangkan saluran media arus perdana tidak memberi ruang langsung.Malah Radio Tiga Ipoh gagal memberi peluang ke udara walaupun hanya di minta selama 30 minit seminggu.Gaji mereka bayar oleh kerajaan negeri tetapi atas arah pihak tertentu yang khuatir pengaruh Pakatan Rakyat berkembang maka mereka diugut agar tidak memberikan kerjasama.Slogan Radio Tiga Ipoh saluran informasi anda tidak harus diguna pakai kerana tidak mampu melaporkan dasar - dasar terkini kerajaan pemerintah.

Ikutilah penerangan Menteri Besar kita semalam di saluran berinformasi anda TVTB(saluran keme untuk kome).Tiada suntingan,telus dan tulus dari kami warga Telok Bakong Online!!!

(uploadnye kadang ok kadang tak tapi hari senayan semua 3 bahagian akan dpt di tonton sabor kome,pakai celcom broadband faham 2 jer ler)

Part 1 sudah ke udara!!

Friday, May 16, 2008

Maju Perak Di Bawah Pakatan Rakyat!!!


Oleh KTB

Menurut sumber orang kuat Pas Parit terdapat cubaan membeli MB Perak Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin agar melompat ke Umno di awal perlantikkannya sejurus mengangkat sumpah yang lalu.Jumlah tawaran meningkat dari RM 10 juta,up lagi ke RM 15 juta sehingga mencecah RM 60 juta.

Disamping itu juga diserta tawaran mengekalkan jawatan Menteri Besar.Keimanan dan ketakwaan Menteri Besar kita mengatasi segala.Pimpinan sebeginilah yang kita perlu kekalkan dan di contohi oleh lain Ahli Parlimen serta Adun Pakatan Rakyat tanpa mengira agama dan bangsa!!Tuduhan Pakatan Rakyat akan membeli Ahli Parlimen BN adalah cubaan mengalihkan isu.Di belakang takbir BN yang cuba merasuah.Baling batu sembunyi tangan adalah amalan BN selama ini.Usaha pihak tidak bertanggungjawab menelefon beberapa masjid ke beberapa daerah megatakan MB akan solat Jumaat di kawasan terbabit.Hari Jumaat yang sama 5 daerah serentak!!!Satu tindakan cuba mengaibkan imej Menteri Besar kita sedangkan beliau sendiri tidak mengetahui hujung pangkalnya isu terbabit.

Oleh itu semua penyokong Pakatan Rakyat jangan terpedaya dengan adu domba pihak media pro BN.Mari kita menyahut seruan 5 MB Pakatan Rakyat memulaukan Utusan Meloyeeee!!!!Takbir!!!

Kulop Ayor




Pada 01.Mei.2008 Khamis,jam 3 ptg telah diadakan satu majlis perjumpaan sambil minum petang dikalangan kawan2 yang bercuti sempena hari Pekerja.Aktiviti ini telah berjaya diadakan di Kedai Kulop Ayor,Bota Kanan,Perak dengan bermotifkan mengeratkan sillaturahim dan bersuai kenal dgn ahli yang hadir disamping menikmati menu utama iaitu Mee Kuah dan Kueh Pau yg tersohor dikalangan penduduk kampung setempat.(Kedai ini terletak bertentangan dengan Hospital Desa Changkat Melintang)

Antara senarai nama kawan yang hadir ialah: deadpirate ,azreen_hc77,hangzul,putera, sj2002,aro,adek78 dan beberapa rakan lain.

Memang seronok sekali sekala berkumpul ,berlabun mesra sambil menikmati kelazatan mee kuah & pau kedai di suasana kampung…yang dikenali ramai.Menurut penduduk kampung setempat,sebut sahaja menu dan nama kedai Kulop Ayor memang sinonim popular seluruh Perak Tengah sejak zaman pemerintahan Jepun di Malaya lagi(!)

Kemudian,kami melayan sessi jamming di Studio TB Rock Band yang betul2 fun iaitu terletak dlm kebun deroyan di Kg Teluk Bakong,Bota.Paling menarik,tuan studio telah membenarkan kami berpadu tenaga vocal seiring dgn band beliau untuk 5-6 lagu rock lama tempatan secara live & recording secara digital berkomputer beb.Mantap dan bergegor pokok deroyan yop!!!!

Akhir kata,diharapkan aktiviti ini dapat memberi impak positif dalam mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan kita dlm kehidupan di dunia yg fana ini.

editor:kene edit sket jgn mare..

Thursday, May 15, 2008

Para pemimpin BN sudah tekan ' panic button'....

Pengarah Strategi PKR,Saifuddin Nasution nampaknya tidak terusik dengan cakap-cakap yang tidak yakin dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mereka sudah ada dalam tangan jumlah Ahli Parlimen BN yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Sewaktu ditemui di bilik rehat Ahli Parlimen petang Rabu ,beliau yang juga Ahli Parlimen PKR kawasan Machang,Kelantan relaks saja kata, “ samada perkara ini real atau persepsi…jawapannya real… do we have the numbers …jawapanya yes… so isunya apa…isunya timing .”

Beliau juga dengan penuh yakin berkata semua komponen untuk menjayakan hasrat mereka sudah diambil kira.Ditanya apakah ‘lompat ‘ itu menerusi penyertaan sesebuah parti lain sebelum menyertai pembangkang atau ‘ lompat’ terus masuk PKR,Saifuddin berkata itu soal kaedah.“Samada tanggal jaket ke ( lompat terus) atau seperti Ahli Parlimen Kalabakan sebut ( Ghafur Salleh semasa berucap dalam perbahasan di Dewan Rakyat) tubuh parti baru…itu semua kaedah.“Kita driven by objektif…apa jua jalan yang membawa kearah itu kaedah itu biarlah fleksibel.Strategi politik mesti fleksibel bukan rigid.

Ditanya apakah yang dimaksudkan dengan istilah real itu,Saifuddin merujuk kepada reaksi-reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak piliihanraya 8 Mac lalu.Sekalipun kalangan pimpinan BN menggangap PKR mimpi disiang hari nak tubuhkan kerajaan tetapi semuanya tidak boleh menafikan hakikat bahawa Perdana Menteri turun sendiri ke kedua-dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak dan timbul beberapa perkembangan darinya.

“Misalnya ini kali pertama ( Dewan Rakyat) dapat Speaker dari Sabah.Bagi saya pemimpin tertinggi BN itu sudah push the panic button .Lagi pun isu lompat parti ini mengundang komen kesemua watak utama BN.



“Perdana Menteri kata as of now I am the Prime Minister…bagaimana dengan Datuk Seri Najib..beliau kata kita mesti take it seriously .Apa komen Tengku Razaleigh…katanya Anwar betul-betul serius.Apa komen Tun Dr Mahathir…hal ini boleh terjadi…maka lengkap sudah…tak payah nak cakaplah pasal komen pemimpin di peringkat Pemuda ke …Wanita ke.

"Kenapa saya menilai komen empat pemimpin utama ini…kerana mereka kaya dengan pengalaman politik…sekilas ikan diair mereka dah tahu jantan betina.Ditanya pula bagaimana dengan komen Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas Kelantan Datuk Ibrahim Ali yang tidak yakin langsung PKR boleh dapat 30 Ahli Parlimen BN untuk tubuh kerana,Saifuddin berkata,” dia lainlah… different treatment …tak payah runding…pelawa sudah…-

Kuburkan Aku


Oleh KTB

Melihat dari video di atas adalah contoh terbaik demokrasi yang telah kita lalui selama 51 tahun dibawah telunjuk BN.Begitukah sistem demokrasi yang tercatat dalam Perlembagaan Negara?Sebagai manusia yang di beri akal fikiran seharusnya kita menggunakannya sebaik mungkin.

Dalam negara demokrasi setiap parti politik yang bertanding dalam sesuatu pilihanraya seharusnya sama-sama berhak berkempen diatas ruang pentas yang sama.Tindakan menghalau parti lawan berkempen adalah suatu yang kurang ajar!!Menyekat proses demokrasi.Menghina Perlembagaan Negara.Umno telah menyambut ulang tahun ke 62(Umno Baru 22 jer kot) tapi pemikiran mereka masih tidak berkembang seiringan dengan usia mereka.Golongan dari Umnokah yang kita harapkan memimpin negara ini jikalau peringkat bawahan mereka sudah bersikap samseng seperti ini!!Kumboo ler Malaysia macam ni.

Kita seharusnya mengalungkan jutaan tahniah sebagai tanda hormat kita pada Pas Parit kerana Pasukan Mantan Calon PRU 12 Dr. Najihah menunjukkan sikap muslim dan muslimah yang sejati.Perjuangan memerlukan kesabaran.Kalah di Parlimen Parit tetapi Allah s.w.t anugerah sebuah negeri bernama Perak ,kita patut insaf dan syukur bahawasanya Tuhan itu Maha Adil.Semua Pemuda Pemudi dan penyokong PR ,kita harus bertindak mengikut kewarasan dan janganlah kita bertindak mengikut emosi.Rentak tari yang di palukan oleh Umno semakin sumbang,tak ikut beat tempo,maka gegak gempita negara kita dengan percakaran mereka sesama sendiri sama ada di peringkat nasional mahupun kampung -kampung kita sendiri.

Jangan kita bertindak kasar,kita dekati mereka dan peluk mereka dengan ilmu sopan santun,insyallah mereka akan bersama kita dalam Pakatan Rakyat.Bangunlah semua penyokong Pakatan Rakyat,selamatkan sahabat saudara mara kita yang masih keliru haru biru di dalam bendera biru.Misi kita satu orang tarik satu kerabat dia menjadi ahli Pas atau Keadilan.Marilah kita talkinkan Umno.Campakkan aku(Umno) ke lubang...aku(Umno) rela di kuburkan..tanah asal ku ...dan ajalku.....

Borang keahlian mudah didapati,perkembangan terkini borang Pas dan Keadilan telah di cetak semula setelah kehabisan di seluruh Perak.

80 PERATUS TIDAK SOLAT 5 WAKTU

Ungkapan " sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" sering terpampang ditepi - tepi jalan berhampiran masjid atau surau berhampiran dengan tempat tinggal kita,
Masjid Telok Bakong pun ada !

Namun ramai diantara kita terus- terusan lalai dari perintah ALLAH SWT yang merupakan tiang kepada agama ini .Malah hingga reput besi papan tanda kita hanya lalu lalang ,buat - buat tak nampak atau memang tak faham apa yang tertera di papan tanda besi itu .

Menurut kajian pakar motivasi terkemuka Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah , mendedahkan bahawa 80 PERATUS umat islam dimalaysia tidak menyempurnakan solat lima kali sehari.Peratusan ini diperolehi didalam program-program beliau serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam kini .

Dalam laporan kajian tersebut beliau mendapati hanya 17 - 20 peratus sahaja yang menunaikan solat fardhu lima waktu dalam sehari - semalam , beliau menambah bahawa peratusan ini amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah umat Islam di negara ini .

Datu Mohd Fadzilah seterusnya mangatakan hanya 15 peratus sahaja pelajar sekolah yang mengakui bersolat lima kali sehari .

Menurut Datuk Fadzilah punca sebenar berlakunya keadaan tersebut ialah kerana tiada rasa tanggung jawab atau minat untuk bersolat,kerana tidak merasakan bahawa solat itu penting atau lebih jelas kita sebut " rasa tiada bertuhan ". Mereka sering menganggap bahawa solat ini soal remeh temeh sedangkan waktu yang diperlukan amatlah singkat.

Antara faktor penyumbang terbesar adalah didikan dan latar belakang yang gersang daripada "percikan air " dalam beragama.Bagaikan "bunga di padang pasir" sekadar memetik lirik lagu kumpulan rock SYJ/SOFEA suatu masa dahulu .

Mungkin inilah gambaran anak - anak muda kita tubuh mereka segar ,makannya cukup, rehatnya banyak tapi layu bila azan berkumandang jauh dari hidayah...

Jika berjogging, bersenam, angkat berat ,main bola , hingga tercedera, main koplah duduk berjam - jam hingga lenguh pinggang dirasakan nikmat. Tapi solat lima minit , duduk tahiyyat yang tak sampai 60 saat ..dirasakan beban yang tidak terpikul .

Bukan salah bersukan,berjamming,main koplah tetapi luangkanlah 5 minit untuk menyembah ALLAH SWT. Tidak menambah atau mengurang kemuliaan ALLAH jika kita tidak bersolat....sebaliknya kitalah yang merugi...bak kata scorpion.." what you give , you get back "


Nabi saw bersabda,

"ALLAH akan menghapuskan dosa - dosa ( kecil ) dengan menunaikan solat lima waktu "


Riwayat Abu Hurairah R.A


Manodin,

kamarul_baharin74@yahoo.com


editor KTB:Nasihat yang bagus untuk semua golongan terutama rockers - rockers seantero.Rock Tetap Rock Sembahyang Jangan Tinggal Brothers!!!

Wednesday, May 14, 2008

Mini Stadium Manjoi akan digegarkan dengan ceramah perdana, 16 Mei ini

Sempena lawatan kerja Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin ke Daerah Kinta pada 16 Mei ini, buat pertama kalinya Mini Stadium Guguran Manjoi akan digegarkan dengan ceramah perdana.

Mini Stadium Gugusan Manjoi yang dibina diera BN berkuasa sebelum ini hanya untuk tatapan masyarakat di kawasan Manjoi tetapi belum pernah digunakan lagi. Ia hanya digunakan sewaktu perasmiannya oleh Perdana Menteri.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai padang mini stadium tersebut dikatakan tidak mengikut spesifikasi ukuran padang bola yang sebenar. Ia hanya layak untuk perlawanan bola sepak di antara murid-murid Tadika sahaja.

Mengikut apa yang diperkatakan oleh seorang pengadil yang bertauliah baru-baru ini, padang ini tidak mengikut sukatan yang betul jadi perlawanan bolah sepak tidak boleh diadakan di sini.

Astaka mini stadium yang indah ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan gemilangnya, tetapi ia hanya projek kebanggaan Umno Tambun sahaja.

Malah astaka yang indah ini telah dijadikan `sarang maksiat untuk remaja dan belia melakukan perbuatan sumbang tanpa segan silu.

"Oleh kerana mini stadium ini tidak digunakan untuk perlawanan bolasepak, lebih baik dihunakan untuk majlis ceramah, kedatangan Menteri Besar ke sini sekali gus 'merasmikan' mini stadium ini dengan ceramah perdana," jelas Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin.

Insyallah KTB akan membuat liputan pasal berambat pun sampai.

Tuesday, May 13, 2008

Suara Takbir


Oleh Msinc

Sempena dengan sambutan Hari Ibu,Saya mewakili semua warga Telok Bakong Online , mengucapkan Selamat Hari Ibu, Pengorbanan Ibu dalam membesar dan mendidik kami tidak akan dapat kami balas sehingga akhir hayat.Kepada ibuku,maafkanlah anakmu ini kerana tidak dapat meneruskan perjuangan mu didalam Umno.Percayalah bahawa anakmu ini sentiasa akan mencari kebenaran,untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.


Kesenian dan rekabentuk binaan di dalam Islam adalah berteraskan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah pencipta alam.Binaan binaan yang dihasilkan oleh insan yang beriman mestilah tidak boleh lari dari menunjukkan sifat-sifat kepatuhan dan rendah diri kepada yang maha Esa.Seni binaan dalam Islam bukanlah untuk bermegah-megah,riak dan takbur.Ini menjadikan seni binaan Islam adalah berbeza dari konsep binaan kontemporari.Sedia maklum kita ketahui konsep rekabina barat lebih cenderung untuk bermegah megah dan bermewah-mewah,seperti mendirikan bangunan yang tertinggi,terpanjang,termahal ataupun binaan yang dibuat dari material yang mahal mahal.Semua ini dilakukan untuk menunjuk-nunjuk sehingga melahirkan perasaan takbur dan riak kepada pengasasnya,pereka,pembinanya dan sebagainya.
Tuan Guru Nik Aziz dalam satu siri ucapannya,menyatakan bahawa adalah suatu pembaziran untuk membina sesebuah masjid yang cantik dan mahal,sekiranya keperluan rakyat jelata masih tidak mencukupi sepenuhnya.Keperluan ini terdiri daripada keperluan asas manusia seperti makanan,pendidikan,perubatan dan sebagainya.Ini boleh dilihat dengan pembinaan masjid-masjid yang besar dan mahal di Putra Jaya,Terengganu dan di seluruh Malaysia,sedangkan penduduk di Baling,Sabah dan Sarawak masih hauskan keperluan asasi ini.Maknanya,walaupun untuk membina masjid,kerajaan perlu berhati-hati dan berjimat cermat dalam mengunakan wang rakyat.Menurut Tuan Guru lagi,tiada bezanya dari sudut pahala antara membina masjid yang mahal dan cantik dengan membina masjid yang sederhana dan murah.
Dapat kita lihat dewasa ini,matlamat pembinaan masjid (bukan semua) adalah menyimpang dari konsep menunjukkan ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah.Ada masjid yang dibina ini terkandung dalam matlamatnya untuk tujuan perlancongan.Ini sudah terang-terangan melanggar konsep binaan dalam Islam yang mensyaratkan bahawa ianya ialah untuk menunjukkan ketakwaan dan keimanan hamba kepada penciptanya.Ianya tidak boleh berokjektifkan dengan matlamat-matlamat yang lain.Perkembangan perlancongan yang berlaku akibat pembinaan sesuatu masjid adalah natijahnya saja,tidak boleh dijadikan matlamat pembinaan.Maka jika matlamat pembinaan masjid ini sebagai lambang ketakwaan dan ketaatan manusia kepada Tuhannya perlulah segala elemen atau pelaku-pelakunya mempunyai keimanan kepada Allah.Ini meliputi dari pengasas,perekacipta,pembina atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan sesuatu binaan tersebut.
Apa yang menjadi persoalan sebenar di sini adalah mengenai pengubahsuaian serta penambahan terhadap Masjid Shukuriah Kampong Telok Bakong.Masjid ini telah mengalami pengubahsuaian dan penambahbaikan yang banyak semenjak ianya dibina untuk keperluan semasa masyarakat.Pengubahsuaian dan penambahbaikan ini adalah perlu berdasarkan pertambahan penduduk terutamanya semasa cuti-cuti sekolah atau musim perayaan akibat dari pertambahan mendadak jemaah.Tetapi banyak persoalan yang timbul,iaitu dari segi keperluan,pengagihan kontrak-kontrak kerja dan juga pekerja-pekerja yang terlibat.
Dikampong ini,telah menjadi kebiasaan,seperti kampong kampong lain juga semasa dibawah pemerintahan UMNO,Kontrak kerja-kerja pembaikan atau ubahsuaian masjid yang berskel sederhana dan kecil akan diberi kepada individu yang yang ada jawatan penting dalam UMNO atau JKK.Ini adalah lumrah.Individu ini biasanya adalah seorang kontraktor dan biasanya akan terlibat juga untuk projek kampong yang lain seperti pembinaan jalan,parit dan sebagainya.Ini dapat menerangkan senario kenapa ramai yang berlumba-lumba untuk merebut jawatan Ketua Kampong,Pengerusi JKK dan jawatan-jawatan penting dalam UMNO.Sebab mereka mahukan kelebihan untuk mendapatkan kontrak dalam satu-satu projek dalam kampong dan bukannya ikhlas berkhidmat kepada masyarakat.Siapa mahu bekerja secara percuma,fikir mereka.Ini adalah permasalahan agihan yang tidak adil yang berleluasa di Negeri Perak serta seluruh Malaysia.Maknanya,jikalau ada kontraktor lain yang berkelayakan,akan dinafikan haknya untuk mendapat kontrak sekiranya dianya tidak ada jawatan penting dalam Umno.Tapi masih ramai lagi kontraktor seperti ini yang masih bernaungkan Umno,tanpa disedari Umno sendiri yang menekan mereka.Bolehlah diumpamakan “harap pagar,pagar makan padi”,”Sokong membawa rebah”,dan lain-lain bidalan seperti yang diberitahu oleh orang-orang tua kita.Banyak pengajarannya kepada mereka-mereka yang mahu mengambil iktibar dan berfikir secara rasional.
Rezeki,Allah yang memberi,bukannya Umno.Kita mesti yakin dan berusaha dengan tekun dan bertawakal.Rezeki Allah ini berbentang luas.Boleh didatangkan kepada kita dari sumber-sumber yang kita tidak boleh jangka.
Jangan biarkan minda tersekat,Jangan lah kita melutut, semata-mata inginkan belas kasihan mereka.Kebenaran tetap kebenaran.Kata orang tua,biar miskin tetapi hidup bermaruah.Hidup bermaruah ini tidak dapat dinilaikan dengan kilau emas dan intan.Insan yang bermaruah akan mendapat ketenangan dan kedamaian dalam hidup dunia dan akhirat.Itulah yang lebih bermakna.”Bior jadi mat rock yang bermaruah,naik kapcai ari-ari,dari jadi kontraktor ber ’merc’,tetapi menjadi pengampu,pembodek Umno,kehulu kehilir menyembah orang,bila dapat projek, kencin pekerja”…ada yang pedih telinge ke?minta maap lee..he..he..
Selanjutnya,apabila satu-satu projek di masjid diberi kepada pihak-pihak tertentu,sekiranya ada kerja-kerja yang besar,ianya akan di ‘sub’ kan kepada kontrator bukan Islam.Mampukah akal yang waras dapat menerima bahawa tempat kita menyerahkan diri dan beribadah kepada Allah ini,dibina oleh orang-orang yang tiada sekelumit pun iman didalam dada?.Konsep pembinaan dalam Islam itu sendiri amat mementingkan sifat-sifat keimanan kepada pelakunya.Bila ditimbulkan persoalan ini,mereka akan menjawab”Tak ada kontraktor kita yang mampu menjalankan kerja-kerja besar tersebut”.Takkan tidak ada kontraktor Islam yang berpengalaman di seluruh Perak Tengah mahupun negeri Perak yang mampu melakukan kerja-kerja tersebut?.Itu lah fenomena yang berlaku apabila seseorang yang terlalu mementingkan keuntungan material sehingga sanggup melupakan tuntutan tuntutan Islam.Apabila pekerja bukan Islam ini menjalankan kerja didalam sesebuah Masjid,sudah tentulah mereka ini dalam keadaan tidak suci,ini mencemar kesucian Masjid.Terdapat laporan berlaku di salah sebuah masjid di dalam Perak Tengah,bahawa didapati ada pekerja ini yang minum minuman keras semasa bekerja didalam Masjid.Sebagai seorang Islam,apakah perasan kita apabila mendengar berita ini.Dimanakah maruah kita?.Kita bukan hendak menyekat pencarian bukan Islam,mereka juga ada hak diatas mukabumi ini.Tetapi,biarlah berpada-pada.Janganlah sampai kan buat Masjid pun kamu hendak juga.
Mana-mana yang telah terberlaku,kita jadikan iktibar dan panduan pada masa akan datang.Oleh itu,diharapkan kepada kepimpinan yang baru dapat merobah segala kepincangan-kepincangan yang berlaku.Pastikan lah kontraktor Islam yang berkelayakan mendapat keadilan dan kesaksamaan untuk mendapat tender-tender dari pihak pengurusan Masjid.Kenakan syarat,tidak membenarkan sub bukan Islam dari bekerja didalam Masjid.Ini bermakna sekiranya ada kerja-kerja yang terpaksa diserahkan kepada kontraktor lain,empunya dan pekerjanya mestilah beragama Islam.Demi menjaga kesucian Masjid ,disamping menjaga hubungan kita dengan Pencipta untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Takbir…

MB dan ADUN Pakatan Rakyat Ke Parlimen Dengan Bas


Sejarah dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama.

Menjawab pertanyaan wartawan di bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri.


Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahasan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba. Kami datang dengan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan.

Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Presiden Pas, Dato' Seri TG. hj. Abdul hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang.

Ir. Nizar juga menyatakan supaya para wartawan media arus perdana dan alternatif melapor sesuatu untuk menyakinkan rakyat dan pemberitaan yang benar dan salah akan dipertanggungjawab oleh Allah SWT.

di petik dari http://idhamlim.blogspot.com

Sunday, May 11, 2008

Taen Dan Bom ?


Oleh Msinc

Pengembaran drama Taen sudah bermula di sekitar Kg.Telok Bakong dan Kg .Tua Batu 16.Lokasi padang koba di Telok Bakong telah menjadi pilihan utama penerbit drama ini.Pelakon tambahan Mat Geba dan Alang Kerin(adik Rikki) telah berlakon dalam adegan menjual beli kambing dengan Rie Kasu.Kini pergambaran sedang berlangsung di Kg.Tua Batu 16.Ketika sedang sibuk dengan pengambaran penduduk kampung di gemparkan dengan penemuan sebutir bom mortar di sebuah rumah lama yang sedang di runtuhkan di Batu 16 juga.

Pihak polis dan skuad pemusnah bom telah datang dan membuat penyiasatan.Kami di situ tak boleh buat apa - apa "orang puteh ada senapang'.Satu persoalan timbul sekarang dari manakah asal usulnya bom tersebut.Adakah dari zaman Parameswara?JWW Birch atau Zaman Jepun atau pun zaman kita main bom buatan sendiri di waktu bulan puasa dan ada yang tertinggal di situ??

Udah Tak Nak Rebut Jawatan?


Oleh KTB

Setelah pengumunan oleh MB Perak mengenai Ketua Kampung tentang elaun RM 200 serta tidak diberikan projek - projek kelas kecil suasana keghairahan melampau merebut jawatan sudah kendur.Namun kita sedia maklum ada sesetengah yang menawarkan diri mempunyai rekod yang kurang baik samada di dalam Pas mahupun Keadilan.Pihak pemimpin tertinggi parti-parti terbabit harus menapis calon calon dan mengadakan soal jawab dengan penduduk setempat agar mereka meluahkan pendapat agar calon terbabit telus dan tidak mengambil kesempatan kata org perak numpang tuuwii...

Zaman sekarang bukan untuk bermegah dan menggunakan kuasa yang ada sebaliknya memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat terbanyak.Bagi yang mempunyai sedikit ilmu agama tentu tahu menjadi pemimpin banyak tanggungjawab.Kita memikul amanah dan jikalau gagal dosa akan mengiringi kita ke perkuburan kelak.Dosa pemimpin paling ngetop kerana jikalau semasa pemimpinannya berlaku sumbang mahram,kadar jenayah tinggi serta dosa seangkatannya berlaku dia lah orang paling bertanggungjawab.Mudah kita lihat di kampung kampung kita ada orang alim ulama kurang nak merebut jawatan ini kerana mereka tahu hukum dan khuatir tak mampu melaksanakannya.

Golongan yang numpang tuuwii nilah yang beria-ria melobi.Jikalau mereka ini dilantik dikhuatiri akan mendatangkan musibah lebih dari Ketua kampung dari Umno dulu.Malah terdapat juga Ketua kampung dari Umno dulu yang mesra dengan anak buahnya.Sepatutnya Pakatan Rakyat mencari yang lebih baik lagi dari mantan Ketua kampung dahulu.Kalau setakat.....tak payahlah.

Pas dan Keadilan Parit harus meletakkan calon dalam Pilihanraya Ketua Kampung kelak dengan sebaik baiknya.Adakan musyawarah segera dan elakkan dibuai khayalan kemenangan dalam PRU 12 lalu.Udah ler tu menyambut kemenangannya kalau kata berpoye-poye kang marah pulak.Banyakkan penerangan ke kampung kampung mengenai dasar dan polisi kerajaan Perak.Gunakan kesempatan zaman memerintah ini dengan baik.Jangan terngange 5 tahun akan datang nguling dalam PRU 13.

Pendapat ikhlas ini untuk semua penyokong Pakatan Rakyat.Bagi pihak kerajaan negeri Perak sudah nampak ke arah positif tetapi ahli ahli yang dibawah ini nyeronggeng jer bebiyor deme nyembang kat kedai kopi.Udah menang buat ler koje ye ke dak!!!


Apa pun Hidup Pakatan Rakyat!Takkan nak syok jer kan kene juga tegur -tegur.Barulah menjadi penyokong yang codek idak ler memburu babi......kalau dalam BN ni banyak penyokong memburu babi,yes yes jer...
Kalau orang Pas dan Keadilan marah ni maaf ler.Nak pecat tak boleh hahaha....teman bukan ahli!!!Selamat Malem...(baca dengan nada Aziz Sattar).

Linkwithin