Thursday, May 15, 2008

80 PERATUS TIDAK SOLAT 5 WAKTU

Ungkapan " sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" sering terpampang ditepi - tepi jalan berhampiran masjid atau surau berhampiran dengan tempat tinggal kita,
Masjid Telok Bakong pun ada !

Namun ramai diantara kita terus- terusan lalai dari perintah ALLAH SWT yang merupakan tiang kepada agama ini .Malah hingga reput besi papan tanda kita hanya lalu lalang ,buat - buat tak nampak atau memang tak faham apa yang tertera di papan tanda besi itu .

Menurut kajian pakar motivasi terkemuka Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah , mendedahkan bahawa 80 PERATUS umat islam dimalaysia tidak menyempurnakan solat lima kali sehari.Peratusan ini diperolehi didalam program-program beliau serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam kini .

Dalam laporan kajian tersebut beliau mendapati hanya 17 - 20 peratus sahaja yang menunaikan solat fardhu lima waktu dalam sehari - semalam , beliau menambah bahawa peratusan ini amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah umat Islam di negara ini .

Datu Mohd Fadzilah seterusnya mangatakan hanya 15 peratus sahaja pelajar sekolah yang mengakui bersolat lima kali sehari .

Menurut Datuk Fadzilah punca sebenar berlakunya keadaan tersebut ialah kerana tiada rasa tanggung jawab atau minat untuk bersolat,kerana tidak merasakan bahawa solat itu penting atau lebih jelas kita sebut " rasa tiada bertuhan ". Mereka sering menganggap bahawa solat ini soal remeh temeh sedangkan waktu yang diperlukan amatlah singkat.

Antara faktor penyumbang terbesar adalah didikan dan latar belakang yang gersang daripada "percikan air " dalam beragama.Bagaikan "bunga di padang pasir" sekadar memetik lirik lagu kumpulan rock SYJ/SOFEA suatu masa dahulu .

Mungkin inilah gambaran anak - anak muda kita tubuh mereka segar ,makannya cukup, rehatnya banyak tapi layu bila azan berkumandang jauh dari hidayah...

Jika berjogging, bersenam, angkat berat ,main bola , hingga tercedera, main koplah duduk berjam - jam hingga lenguh pinggang dirasakan nikmat. Tapi solat lima minit , duduk tahiyyat yang tak sampai 60 saat ..dirasakan beban yang tidak terpikul .

Bukan salah bersukan,berjamming,main koplah tetapi luangkanlah 5 minit untuk menyembah ALLAH SWT. Tidak menambah atau mengurang kemuliaan ALLAH jika kita tidak bersolat....sebaliknya kitalah yang merugi...bak kata scorpion.." what you give , you get back "


Nabi saw bersabda,

"ALLAH akan menghapuskan dosa - dosa ( kecil ) dengan menunaikan solat lima waktu "


Riwayat Abu Hurairah R.A


Manodin,

kamarul_baharin74@yahoo.com


editor KTB:Nasihat yang bagus untuk semua golongan terutama rockers - rockers seantero.Rock Tetap Rock Sembahyang Jangan Tinggal Brothers!!!

1 comment:

Inspiron said...

sembahyang la,sebelom kome di smbahyangkan

Nak jimat minyak ?moh ke sini

Linkwithin