Saturday, August 9, 2014

Boikot barang Israel, inilah jihad kita


Sejarah membuktikan, bangsa Yahudi amat biadab serta sanggup membunuh nabi-nabi dari kalangan bangsa mereka andai keinginan mereka dihalang.

Peperangan yang berlangsung selama 30 hari ini telah mengorbankan ribuan nyawa dan kecederaan.

Usah disebut lagi bagaimana bangunan-bangunan di Palestin yang banyak telah musnah akibat bom yang bertalu-talu dari tentera Zionis.

Tambahan lagi, ramai yang syahid merupakan wanita dan kanak-kanak. Adakah Israel buta atau memang sengaja mahu 'menghapuskan' rakyat Palestin tanpa kita sedari?

Di samping itu, lebih mengecewakan kita kerana dunia Arab, OIC dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagaikan buta dan bisu dari berbicara berkenaan Palestin.

Di manakah mereka yang kononnya sebagai pendamai dunia?

Bertambah lagi dukacita kita apabila Perdana Menteri Mesir, Al-sisi begitu keras hati enggan membenarkan sempadan Rafah dibuka bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada Palestin.

Sungguh kejam perbuatan seorang pemimpin yang dikatakan beragama Islam ini.

Melihatkan kepada perkembangan ini, memang sukar untuk kita membantu Palestin yang jelas teraniaya.

Sesungguhnya, Allahlah sebaik-baik Pelindung dan Maha Merancang. Hasbunallah wa nikmal wakiil.

Namun, harus diketahui bahawa saudara kita amat memerlukan sokongan moral dan doa dari kita yang cakna kepada mereka. Kita masih punya suara dan kuasa.

Selain doa yang merupakan senjata orang Mukmin, kita punya kuasa untuk memboikot Zionis.

Gunakanlah peluang kita sebagai seorang pengguna yang bijak untuk boikot daripada membeli barangan Yahudi Zionis dan juga sekutunya yang jelas menyokong Zionisme.

Kita masih banyak pilihan barangan yang halal serta keluaran bumiputera yang kualitinya tidak kalah, malah mungkin lebih baik daripada itu.

Boikot ini adalah jihad ekonomi kita untuk menyatakan sokongan kita kepada saudara seakidah kita di Palestin, serta untuk 'mengajar' Israel dan sekutunya agar jangan mengambil mudah usaha ini. Kajian menunjukkan, Israel bakal berdepan kerugian hampir RM18 bilion setahun jika boikot ini berterusan.

Untuk menjayakan dan merealisasikan misi ini, amat memerlukan kesatuan umat Islam seluruhnya.

Saya menyeru Muslimin dan Muslimat sekalian agar berusaha dan istiqamah lah dengan usaha pemboikotan ini.

Usah ditanya hasil usaha kecil kita ini, tapi tanyalah iman kita, apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Palestin.

Walaupun susah dan sukar, yakinlah bahawa, inilah jihad kita. Semoga Allah memberi ganjaran di atas usaha kecil kita ini.

Salam perjuangan dari saya dan seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.



SAFINAH JUSOH ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu.

Linkwithin