Saturday, March 30, 2013

GEMPORR..Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Dan 20 Ahli UMNO,Bertekad Menyertai Parti PAS

Ridzuan Bernekad Untuk Gerakkan Jentera Piliharaya Kg Pulau
                Semalam telah berlangsung ceramah umum di Markas Pas Kg Telok Sena Lambor Kiri.Antara Penceramah yang berucap ialah Siti Aishah Sheik Ismail,YB Yaakop Safari (Exco Negeri Selangor)Ustaz Zulkifli Ibrahim Calon DUN Bota dan Ustaz Ismi YDP PAS.

Ustaz Zul Sedang Memberi Taklimat
               Selain dari itu,majlis turut menerima penghijrahan masuk Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Saudara Ridzuan dan 20 ahli UMNO yang lain,yang menyertai Parti PAS.Beliau serta 20 orang lagi bertekad untuk meninggalkan UMNO setelah menyedari bahawa berjuang didalam UMNO adalah sia sia. Beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat parti Melayu itu tidak mampu lagi memakmurkan rakyat, di samping kepemimpinannya semakin lemah.

Ridzuan Sedang Memberi Ucapan

             Riduan juga berkata, beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat pemimpin parti itu sekarang tidak mampu lagi membela agama Islam.“Biar pun mereka bercakap mahu mendaulatkan Islam, namun dari segi tindak tanduk tidak mencerminkan ke arah itu.

Para Penyokong Dari Telok Bakong Zaharin,Mat Kuyah,Tuah,Halimi Dan Zul Sobri
            “Banyak perkara mungkar dibiarkan begitu sahaja. Malah pengurusan ekonomi negara semakin lemah. Belia terbiar dibawah Umno,Pergerakan Pemuda Umno dirasakan gagal membela ekonomi pemuda.Apa yang boleh diberikan oleh Pergerakan ini hanyalah memberikan  jersi bola,bola sepak dan peralatan ping pong.Pemuda memerlukan lebih dari itu,mereka perlukan bimbingan didalam bidang ekonomi untuk meningkatkan pendapatan.Mereka perlukan lebih bantuan  untuk membela nasib keluarga.

Mat Broery,Ayah Pawi Dan Wahid
             “Banyak isu yang berlaku sekarang tidak mampu ditangani Presiden Umno. Sebab itulah beliau teragak-agak membubarkan parlimen biar pun sudah melebihi lima tahun mandat diberi rakyat,” katanya yang berjanji akan bersungguh menolong dalam menghadapi PRU 13.
            Menurutnya juga lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di kampung tersebut  dijangka mengambil langkah serupa meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.Beliau menganggarkan akn berjaya menarik lagi sekurang kurangnya 100 orang Umno untuk menyertai Pakatan Rakyat.Penghijrahan ahli UMNO Cawangan Kg Pulau yang berada dibawah pengaruh Dato Zaim ini sebenarnya memberikan suatu penangan yang hebat kepada UMNO Parit.Didalam cubaan mereka untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat,pergolakan didalam UMNO pula yang terburai.

Friday, March 29, 2013

UPDATED BERITA DAN Gambar Sekitar Ceramah Anwar Ibrahim Jelajah Merdeka Rakyat Di Gombak














Ceramah berlangsung di tapak pasar malam MPS  Gombak
Photo By EnoAsan

Anwar umum Azmin pertahan Gombak, Tian Chua di Batu

(Oleh: Sidiqin Omar)
GOMBAK 30 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Presiden KEADILAN , Mohamed Azmin Ali mempertahankan Parlimen Gombak, manakala Naib Presiden Tian Chua di kerusi yang dimenanginya di Parlimen Batu.

Anwar mengumumkan demikian pada ceramah perdana Merdeka Rakyat di PPR Bandar Baru Sentul dan Tapak Gerai MPS, Wira Damai, Gombak malam tadi.

Katanya, Azmin yang bermula sebagai pegawai kepadanya, muncul sebagai tokoh politik terkenal, dan kini merupakan pengarah pilihanraya bagi KEADILAN.
“Saya bincang dengan pimpinan parti dan kita minta supaya dia supaya terus mempertahankan dan menjadi Parlimen Gombak,” kata Anwar disambut tepukan hampir 5,000 hadirin di Gombak.

Terdahulu sebelum itu, Anwar turut mengumumkan Tian sebagai calon di parlimen Batu di hadapan lebih 3,000 hadirin di jelajah padang PPR Bandar Baru Sentul.
“Sebab Tian tegas di luar dan di dalam parlimen. Yang salah dia kata salah. Yang benar dia kata benar. Jadi beri mesej untuk mempertahankan Tian Chua di (parlimen) Batu dan kawan-kawan terutamanya anak muda kena bantu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendapat maklumat, serangan Umno-BN akan ditumpukan terhadap tiga pimpinan KEADILAN iaitu Azmin di Gombak, Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan Rafizi Ramli (Pandan)

“Saya dapat maklumat dari sebelah Datuk Seri Najib. Ini tiga kawasan (ditandingi) KEADILAN. Sebab Datuk Seri Najib bagi arahan khusus dengan apa cara jua pun mesti kalahkan Azmin di Gombak, dan Rafizi Ramli di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai.

“Di Permatang Pauh dia sukar, kerana habis dia dah fitnah. Sebab itu kita nak jawab Umno-BN dan Datuk Seri Najib. Bukan kamu yang tentukan. Tapi Insya Allah, rakyat yang akan tentukan,” kata Anwar disambut laungan Reformasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48659


Ini Semua Salah ANWAR..!!! Pegawai Kerajaan Ditukarkan Hanya Kerana Kalungkan Dato Seri Anwar,Sehelai Mafla


Semua Salah ANWAR..
               Ini undang undang rimba..hanya Tarzan dan kawan kawan nya yang sesuai dan rasi dengan undang undang ini.Kita sudah tidak bisa menahan lagi.Bebaskan diri anda dari rantai yang membelenggu.Tentukan hala tuju dan matlamat anda.Jangan tertipu lagi.Segera buat perubahan untuk selamatkan Malaysia.


               Hanya kerana mengalungkan mafla ke leher Dato Seri Anwar Ibrahim,seorang kakitangan kerajaan telah ditukarkan secara serta merta bermula dari tarikh 27 hb March 2013 ke Gombak, Selangor.Ayah Sabri adalah Pengerusi Pekida telah menyatakan sokongan nya kepada Pakatan Rakyat pada Majlis Minum Petang Bersama DSAI di Kg Padang Tengala tempohari.

               Hari yang berikutnya iaitu Isnin 11 hb Mac,beliau telah ditemuramah oleh Keadilandaily telah menyatakan tekad dan sokongannya kepada Pakatan Rakyat.Berita ini telah tersebar meluas dan beliau telah dipanggil berjumpa dengan Pengarah Jabatan dimana beliau bekerja.Hasil dari pertemuan berkenaan,beliau telah diarahkan untuk bertukar ke Daerah Gombak di Selangor.

                Pada kami,Jentera Piliharaya DUN Bota,pemindahan Ayah Sabri ini adalah suatu penginayaan dan penzaliman kepada kakitangan kerajaan.Umno telah menindas setiap kakitangan untuk mengekalkan kuasa.Ini adalah suatu contoh kecil terhadap kelakuan penyalahgunaan kuasa Umno.Banyak lagi kejadian seperti ini telah dialami oleh penjawat awam yang cuba menegakkan hak hak asasi mereka.

                Kepada Ayah Sabri,kami minta beliau banyak bersabar dan tenang menghadapi rintangan hidup dunia yang begitu berat sebelah dibawah kekuasaan UMNO ini.Percayalah,suatu hari nanti kebenaran akan menjelma dan anda akan dapat pembelaan yang sewajarnya.Teruskan lah perjuangan walau dimana anda berada.

Samseng Umno pukul remaja perhati petugas KEADILAN pasang bendera

IPD BP
BATU PAHAT 28 MAC: Tindakan samseng Umno Batu Pahat memukul remaja yang memerhati petugas KEADILAN memasang bendera, bukti keganasan dan dendam politik, kata Ketua AngkatanKEADILAN(AMK) Batu Pahat, Ezaddin Abd Rahman.

Remaja tersebut, Izwan Rahman, 17, ditumbuk dan disepak dimuka hanya kerana memerhati rakan-rakannya dari Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir di Batu Pahat membantu memasang bendera KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

“Mangsa hanya lalu dan berjumpa rakan-rakannya yang sedang memasang bendera. Dia baru pulang dari bermain futsal.

“Tiba di rumah, empat orang yang dikenali termasuk Ketua Kampung Jorak Elahi dan Ketua Cawangan Umno Jorak Elahi datang bertanya adakah dia terlibat dengan aktiviti pemasangan bendera.

“Mangsa tidak mengaku kerana tidak terlibat. Tapi dia ditumbuk dan dipaksa mengaku. Ini tindakan samseng politik,” kata Ezaddin memaklumkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 malam Rabu lalu.
Justeru, satu laporan dibuat oleh Izwan bersama wakil KEADILAN Jorak Elahi, Mohd Firdaus Esa dan Ezaddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dan mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku keganasan.

Kes kini dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fauzi Kamaruddin.
“Ini dendam politik Umno BN. Kerana sejak kebelakangan ini, sokongan kepada program KEADILAN mendapat sambutan. Sama ada ceramah, program bantuan dan khidmat sosial, penduduk Batu Pahat pergi kepada kita.

“Mungkin kerana takut kepada pengaruh KEADILAN, mereka cuba ugut penyokong pula,” kata Ezaddin yang juga Timbalan Ketua AMK Johor.
“Gangguan ini tak lunturkan semangat kami. Kita akan teruskan penerangan dan kempen untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Pahat,” katanya. – SDQ

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48532
Polis, JPJ periksa lori treler kempen PAS Zulaikha Zulkifli 5:40PM Mac 28 2013 Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori treler kempen PAS yang dihalang daripada memasuki kawasan Kamunting, Taiping pada malam tadi. NONE Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata lori itu ditahan dan diperiksa oleh JPJ dalam satu kejadian pada tengahari ketika kenderaan itu dipandu dari Pengkalan Pegoh, dekat Gopeng ke Bandar Seri Iskandar. Beliau mengesyaki pemeriksaan itu dilakukan untuk melengah-lengahkan perjalanan kenderaan tersebut, yang digunakan untuk program Jelajah Negara Berkebajikan di Bandar Seri Iskandar. Asmuni berkata lagi, lori treler itu telah pun dilepaskan selepas sejam pemeriksaan dilakukan. "Saya sendiri tak tahu kenapa mereka periksa. Dia (polis dan JPJ) tak beritahu. Tapi saya rasa ini adalah tujuan untuk melambat-lambatkan kami untuk mengadakan program. Kerana sebentar nanti kami akan ada ceramah di sini (Bandar Seri Iskandar). "Dia buat pemeriksaan biasa. Periksa tayar dan sebagainya. Tak ada apa-apa berlaku cuma dia macam nak melambat-lambatkan kami," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Menurut Asmuni lagi, kejadian hari ini merupakan kejadian kali kedua melibatkan lori treler tersebut selepas dihalang memasuki Kamunting, Taiping malam tadi. "Malam tadi pula kita sepatutnya masuk ke Kamunting sebab ada program tapi dihalang oleh pasukan polis FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) untuk masuk Kamunting. Selepas itu kita beredar di kawasan lain tetapi masih Taiping dan hari ini, kejadian ini pula," katanya lagi.

Wednesday, March 27, 2013

Applikasi bersepadu ‘PRU13 PKR’ jadi senjata kempen media sosial KEADILAN

APSSS

Mengambil kira ruang maklumat yang disekat akibat media perdana yang tidak bebas, KEADILAN menumpukan usaha untuk menggunakan sepenuhnya gabungan telefon pintar (smartphone) dan media social seperti Facebook dan Twitter.

Oleh itu, KEADILAN menjadi parti politik pertama yang membangunkan Apps bersepadu untuk menyebarkan maklumat sepanjang kempen Pilihanraya Umum ke-13 melalui media sosial.
Apps ini mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Membawa berita terkini
2. Kemudahan semakan daftar pengundi di hujung jari
3. Bank infografik yang penuh dengan data mengenai isu-isu besar
4. Video ceramah, sidang media dan aktiviti kempen
5. Twitter pimpinan utama
6. Jadual aktiviti dan ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim
7. Bank profail calon-calon KEADILAN (selepas penamaan calon)

Apps yang dinamakan “PKR” ini dibangunkan untuk platform Apple dan Android buat masa ini. Ia boleh mula dimuat turun di iTunes dan Market Place dari minggu bermula 25 Mac 2013 dengan jangkaan Dewan Rakyat dibubarkan selewat-lewatnya dalam minggu tersebut.
KEADILAN akan mempromosikan Apps ini bermula dari hari ini melalui preview video yang boleh didapati di Youtube.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
20 MAC 2013
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47867

Tuesday, March 26, 2013

Penganas Ditembak Tiga Kali Tidak Lut..Hasil Pemakaian Tangkal? Lahat Datu Semakin Misteri…




              Pagi ini saya sempat berbual dengan ibu bapa salah seorang anggota PGA yang ditugaskan di Lahat Datu ketika ini.Ibu anggota tersebut sempat mengenang nasib para anggota keselamatan apabila saya  dan kawan kawan membicarakan tentang hal ehwal politik negara.

               Cerita punya cerita,terkeluarlah cerita tentang anaknya yang terserempak dengan penganas dalam jarak 50 meter didalam sebuah kebun kelapa sawit.Sebenarnya operasi anak nya ini adalah sekumpulan 13 orang anggota tetapi mereka bergerak berjarak antara satu sama lain.

             Didalam keadaan tegang dan terperanjat,anak nya telah melepaskan satu tembakan kearah penganas tersebut.Tetapi amat memeranjatkan,musuh tidak tumbang lantas anaknya melepaskan tembakan kedua.Tubuh masih juga berdiri utuh.Dengan tawakal anggota ini melepaskan tembakkan ketiga.Masih juga tiada kesan kecederaan pada musuh,apatah lagi nak rebah.

             Anggota keselamatan tersebut cuma mampu mengucap kalimah syahadah dan membayangkan bahawa musuh akan bertindak balas menembaknya.Disaat getir dan kilam kabut tersebut tiba tiba musuh tersebut melarikan diri tanpa melepaskan tembakan.Anggota tersebut amat bersyukur kerana terselamat dalam peristiwa itu.Tidak berapa lama kemudian rakan rakannya yang lain sampai ketempat kejadian apabila mereka mendengar tiga tembakan berturut turut kedengaran.

Msinc-Berdasar cerita diatas,apa pendapat pembaca tentang kejadian tersebut.Sila beri pendapat anda,semoga dapat pencerahan.Adakah ini membabitkan sihir atau sesuatu yang lain?

Sunday, March 24, 2013

UMNO HARAM !!! Sekitar Majlis Sidang Gempar Umno Haram...














Pagi tadi berlangsung sidang gempar "UMNO Haram"  oleh Chegu Bard  bertempat di Hotel Adamson Kampung Baru Kuala Lumpur .. Seramai 100 orang Bloggers serta facebookers hadir mendengar  taklimat tersebut... Taklimat yang bermula pada jam 11 pagi tadi bertujuan membongkar tindakan Umno yang tidak mendaftarkan parti berkenaan dalam pelbagai peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara sebaik Umno (Baru) diizinkan beroperasi oleh Pendaftar Pertubuhan tahun 1988. Ini dibuktikan dengan keputusan mahkamah baru-baru ini apabila mendapati Umno Bahagian Tanah Merah serta 126 cawangan di dalamnya tidak didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan... TBO

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama team Revolusi 13 dan aktivis penggerak massa kini menampilkan sebuah pendedahan bersiri yang wajib dihebahkan kepada umum – Umno Haram!

Sedar atau tidak, negara ini sebenarnya telah ditadbir oleh sebuah organisasi yang tidak sah?

Nantikan pendedahan susulan, di bawah adalah episod pertama siri pendedahan. Sila ke page Facebook #UmnoHaram dan sila like untuk kita sama pastikan hebahan maklumat bersiri ini akan memberi kesedaran yang maksimum kepada rakyat Malaysia.

Solidariti Anak Muda Malaysia

Siri pertama:




Umno bukan sahaja membiarkan parti mereka dulu haram,malah sehingga hari ini parti umno adalah HARAM.


Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. 
Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah[1]. 
Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. 
Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pengharaman UMNO

Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO[2] tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. 
Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan[3].

Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti.

Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. 
Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988[4]. 
Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan Allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. 
Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988[5].

Disedia oleh: King Jason

Updated PANASS...Siapa Pemimpin Pekida Perak Yang Isytihar Sokongan Kepada Pakatan?

DSAI Diapit Oleh Pengerusi Pekida Perak Dan Perak Tengah
TBO- Pada malam ini,Pekida juga turut akan menyatakan sokongan kepada PAS semperna majlis ceramah Umum Timbalan Presien PAS Hj Mohd Sabu.Pemimpin Pekida juga turut menyatakan sokongan mereka semasa Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke Utara Perak pada 15 March yang lalu.
Kalungan Sokongan Dari Pengerusi Pekida Perak Tengah,Ayah Sabri

Bersama ini disertakan gambar gambar pemimpin Pekida semasa Jamuan Teh Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Padang Tenggala.Ini lah yang dimaksudkan oleh Ayah Sabri,yang menyatakan ramai lagi pemimpin Pekida menyokong Pakatan Rakyat. Suatu gelombang besar telah melanda Pekida.Ramai lagi ayahanda yang turut bekesempatan hadir sama ke majlis Jamuan Teh bersama DSAI di Padang Tenggala tempohari.Mereka telah bersepakat menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat melalui upacara simbolik "Pengalungan Mafla" oleh Pengerusi Pekida Perak Tengah.Turut sama dalam jamuan ialah Ayahanda Tok Janggut dari Parit 13 Titi Gantong.


Selama ini Pekida dianggap pertubuhan yang menyokong BN sudah tidak benar lagi.Pekida bakal membuat suatu resolusi baru untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.Harap pemimpin Umno,tidak payah lah susah susah suruh orang menasihatkan pemimpin pemimpin Pekida ini,kerana mereka bijak membuat pilihan.

Ustaz Zul Bersama Pimpinan Pekida Sewaktu Jamuan Teh Tarik Bersama DSAI
Ayahanda Tok Janggut Turut Restui DSAI(Dua Dari Kanan)
Pekida di negeri negeri lain bila lagi?.Ambillah  kesempatan ini untuk membela nasib seluruh umat Islam di Malaysia.Ingat,prinsip penubuhan Pekida bukanlah untuk membela nasib dikalangan adek beradek sahaja,tetapi yang lebih utama ialah membela rakyat daripada kezaliman,penindasan,ketidakadilan dan kebohongan yang berterusan oleh pemimpin kerajaan.Sedarlah rakyat amat perlukan pembelaan.Bersama kita hancurkan ketidakadilan.

Petikan Dari  KeadilanDaily

                       Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN, Pengerusi Pekida Perak Tengah, Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan. “Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.


Linkwithin