Ketika ini berada di Pusat Media di kediaman rasmi MB Perak yang sah menjenguk rakan-rakan bloggers@perak.Kelihatan Ciberboron,Perisik Rakyat,Dugong Darat,Al Banjari,MSK dan beberapa orang lagi tekun membuat kerja masing-masing.Noleh kiri ijak noleh kanan ijak hehehe.
Komtimen deme amat mengkagumkan,bagi yang bujang boleh ler buat menantu.Bukan senang nak jumpa anak muda yang sanggup berkorban masa,tenaga dan wang ringgit di zaman jahiliah ni.Situasi disini amat menenangkan.Semoga perkembangan positif ini berterusan dalam menyampaikan maklumat yang telus kepada rakyat.
Dalam perkembangan siri penjelasan isu semasa,MB Perak Ir. Mohamad Nizar di Kg.Baru Jelapang telah menyatakan beliau tidak sanggup menderhaka kepada amanah rakyat dengan meletakkan jawatan Menteri Besar.Ini jelas bukan sifat beliau untuk gila kuasa,semangat ingin mempertahankan kedaulatan perlembagaan dan suara majoriti rakyat Perak.Kehadiran ribuan rakyat jelata dalam setiap siri ceramah Pakatan Rakyat membuktikan propaganda Umno dan BN semakin tidak diterima umum.
Friday, February 13, 2009
Pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau serentak 7 April
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan serentak iaitu pada 7 April depan.
Tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan pada 29 Mac.
Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di ibu pejabatnya di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil bagi kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat serangan jantung, selepas terjatuh daripada basikal yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke farmasi berdekatan Batu Gajah, Perak Isnin lalu.

Thursday, February 12, 2009
Gambo Ceramah MB Yang Benor Di Jelapang
Siri 2 Ceramah “Kembalikan Kerajaan Rakyat” di Dataran Pak Anjang @ Tebin Mat Ganti Telok Bakong.
by msinc
Malam semalam siri ceramah kembali kan kerajan rakyat disambung di Telok Bakong, 11hb Februari 2009,pimpinan Pakatan Rakyat Perak Tengah telah melancarkan siri road tour ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat jelata tentang isu isu yang sedang melanda negeri tercinta.
Siri kedua ceramah ini berlangsung di dataran Pak Anjang atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Tebin Mat Ganti. Pengacara majlis ialah Encik Anas dan Y.B Usaili Alias bertindak sebagai penceramah utama.Ketua Parti Keadilan Rakyat Cawangan Telok Bakong iaitu Encik Zainal Aznam bertindak selaku tuan rumah.Turut hadir ialah tokoh pendidikan yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Damanhuri.
Didalam ucapannya Y.B Usaili Alias,beliau telah membongkar sebab musibab Nasarudin membuat keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.Terdapat empat sebab yang utama selain sebab sebab yang telah dinyatakan sendiri oleh Nasarudin di Bota Kanan tempohari. Sebab yang pertama seperti yang di huraikan oleh Usaili ialah tentang laporan berlakunya rasuah semasa pemilihan Umno di peringkat Bahagian yang telah dilaporkan telah tidak sampai ke peringkat atasan kerana telah di tutup oleh Haji Zaim dan Tajol Rosli diperingkat Negeri. Ini menyebabkan Nasarudin telah tewas di tangan Haji Zaim akibat gejala rasuah yang berleluasa sejak dari mesyuarat peringkat cawangan lagi.
Y.B Usaili turut menambah lagi,punca kedua ialah peruntukan PRU 12,sejumlah RM300,000 tidak sampai ketangan Nasarudin. Semuanya telah dibolot oleh Haji Zaim. Setelah Zaim memenangi pemilihan Ketua Bahagian Parit,beliau telah melakukan cantasan dan pemancungan terhadap para penyokong Nasarudin.Ianya melibatkan kira kira 23 orang penyokong penyokong Nasarudin. Turut mengecewakan Nasarudin lagi ialah apabila Haji Zaim telah menjual tanah seluas 100 ekar kepunyaan Yayasan Parit yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat. Wang berkenaan digunakannya dalam kempen pemilihan Ketua Bahagian dan ianya telah berjaya menewaskan Nasarudin. Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Negeri Perak telah membuat keputusan bahawa dibawah tekanan, Menteri Besar Dato Seri Mohammad Nizar terpaksa berundur dari residensi rakyat (rumah rasmi MB) dijangkakan pada 15hb Feb. Namun begitu Dato Seri akan mengunjungi setiap kawasan parlimen di dalam Negeri Perak dalam masa selang dua hari untuk memberi penjelasan kepada rakyat.MB akan mengunjungi parlimen Parit pada 22hb Feb.2009. Suatu Konvensyen Rakyat akan diadakan pada 20hb Feb.2009 bertujuan untuk mengupas serta membuat huraian terhadap permasalahan yang berlaku sekarang. Pakar undang undang dan motivasi akan dijemput untuk memberi penjelasan kepada rakyat.Usaili juga turut menyeru kepada orang ramai untuk menyerbarkan maklumat maklumat tentang senario yang berlaku di Perak kepada orang ramai.
Msinc- emak msinc,tak pernah ajor msinc menipu…hi..hi..
Wednesday, February 11, 2009
Siri Ceramah “Kembalikan Kerajaan Rakyat”
Tuan Hj Usaili Alias
by msinc
Malam semalam, 10hb Februari 2009,pimpinan Pakatan Rakyat Perak Tengah telah melancarkan siri road tour ceramah kembalikan kerajaan Rakyat.Tujuan siri ceramah ini bertujuan untuk memberi penjelasan yang benar tentang isu isu yang sedang berlaku di dalam negeri Perak dewasa ini.
Siri pertama ceramah ini berlangsung di Kg Durian Kudung ,bertempat diperkarangan rumah Ketua AMK Parit dan Naib AMK Perak, Encik Faizal Affendi.Pengacara majlis ialah Encik Anas dan Y.B Usaili Alias bertindak sebagai penceramah utama.
Di dalam ucapannya Y.B Usaili Alias menegaskan bahawa Pimpinan Pakatan Rakyat tidak sesekali mahu menderhaka kepada DYMM Tuanku Sultan.Apa yang berlaku sekarang ini ialah cuma fitnah media kawalan Umno.Mereka berbuat demikian hanyalah semata mata untuk menutupi perbuatan mereka memcabul undang undang untuk merampas kuasa di negeri ini.Ianya bertujuan juga untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak disamping bertujuan untuk merosakkan hubungan baik pihak istana dengan Kerajaan Pakatan.Media telah memanipulasi isu “MB mahu saman Sultan” dengan semahu mahunya didalam media arus perdana.Isu Karpal Singh mahu saman Sultan,menurut Y.B Usaili adalah tindakan yang diambil oleh Karpal Singh sebagai individu.Kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan ketetapan untuk tidak akan membuat sebarang tuntutan saman terhadap DYMM Tuanku Sultan.
Beliau turut mengulas tentang keengganan Dato Seri Mohamad Nizar untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak adalah kerana Perkara 16 (6) Undang Undang Perlembagaan Negeri dengan jelas menyatakan bahawa perlucutan jawatan MB hanya boleh dilakukan melalui 3 kaedah iaitu pembubaran DUN,undi tidak percaya dalam sidang khas DUN dan perletakkan secara sukarela oleh MB.Mengikut undang undang Dato Seri Mohamad Nizar adalah masih lagi Menteri Besar yang sah.Timbalan AMK Perak Faizal Affendi dan AMK Parit
Seterusnya Y.B Usaili turut mengupas perlompatan 2 org ADUN PKR dan juga perlompatan semua Nasarudin Hashim kembali kedalam Umno.Beliau telah membongkar campurtangan Rosmah dan Y.B Hamidah (..tu pasai dia dapat exco..) untuk memujuk Nasarudin kembali kedalam Umno melalui isteri beliau, Datin Ummi.Turut diselongkar ialah keengganan Jamaludin untuk menerima DS Nizar sebagai MB semasa penubuhan Kerajaan Pakatan Perak.Jamaludin ketika itu amat berharap,beliau akan dilantik menjadi MB. (Y.B Usalli suruh Jamaludin coomin diri tu dulu..)
Siri ceramah ini akan diteruskan,kali ini Telok Bakong akan dijadikan destinasi kedua pada 11hb Feb bertempat di Dewan Orang Ramai Telok Bakong pada pukul 9 malam.Dijemput hadir.Selepas berakhirnya ceramah berkenaan, satu kommiti untuk road tour ceramah tersebut telah dibentuk.Ianya telah dipengerusikan oleh Encik Anas.
Msinc- Si Jamal tu nak jadi MB..???...aku rela pindah negeri lain…tak sioor aku..
Ade ati konon….peeee raaah….mabookkk…nak muntah aku…

Tuesday, February 10, 2009
UMNO perjuangkan kedaulatan atau peralatkan Sultan ?
kelulut@telokbakong.com
10.02.09
Peristiwa enggan lepas jawatan di Perak bukan pertama kali berlaku dizaman Dato Seri Mohd Nizar Jamaludin.Janganlah kerana beliau bukan berparti UMNO maka dia digelar penderhaka , boneka, dan pelbagai lagi . Malah perhimpunan pemuda UMNO yang diketuai menantu Pak Lah sanggup membakar poster gambar Ir Nizar .
Rekod membuktikan ,sejarah enggan lepas jawatan di Perak juga bermula dari bapa mantan Menteri Besar Perak DS Tajol Rosli .Beliau merupakan ahli umno berjawatan Menteri Besar ketika itu.
Peristiwa itu berlaku pada 1974 .Tidak ramai yang tahu apatah lagi pemuda - pemuda UMNO yang diimport dengan bas dari beberapa buah negeri .Mereka memekik Nizar Penderhaka malah membuat cadangan agar Nizar dilucut gelaran dan dihalau dari negeri perak .
Waraskah mereka ini ? Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan dibawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan.
Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan.
Apalah dihebohkan sangat tentang anugerah .Perangai ugut mengugut sudah jadi darah daging orang UMNO .
Inilah wajah sebenar Umno, setelah segala jentera , kewangan , media, agar dikerah siang dan malam dengan harapan sokongan rakyat kembali padu .Ternyata sia - sia .
Perancangan untuk menjatuhkan kerajaan PR perak adalah dipercayai dirancang secara halus . Cita - cita mereka untuk mengheret Istana Kinta agar terbabit secara langsung semakin terserlah .
Umno mengangap Raja dan sultan adalah in benteng paling ampuh bagi mereka . Berselindung di sebalik kuasa sultan .Mereka sering melaungkan para sultan adalah benteng umat melayu .Ya, kita tidak nafikan itu dahulu tapi kini rakyat dapat membezakan .
Percayalah ! benteng ini adalah kubu terakhir mereka dalam menghadapi gelombang perubahan rakyat.Jika rakyat sudah bertambah mual dengan gelagat mereka disaat itu imej sistem monarki juga akan tercalar .
Mereka bangga melaungkan bahawa umno lah yang mempertahankan kedaulatan Sultan.
Tetapi mereka lupa bahawa rakyat bukanlah sebodoh yang disangka.
Malah berbangga dengan hebatnya Hang Tuah yang melulu terhadap perintah .
Apakah mereka sedar bahawa mitos Hang Tuah itu tidak pernah wujud ? Apakah demi membuktikan setia hingga sanggup bersandar kepada kisah dongeng ?
Umno bukan penjaga daulat tetapi suka memperalat .
www.telokbakong.com
PERAK – Retak Membawa Belah (Bhgn 3)
Najib Dan Wan Zaleha Radzi
Keadaan politik di Perak semakin jadi kelam-kabut. Dr. Zambery Abdul Kadir sudah pun ditabalkan menjadi menteri besar baru, sedangkan Menteri Besar Ir. Nizar masih lagi bertahan di pejabat beliau. Malahan pada hari Sabtu lalu, Ir. Nizar telah mengadakan mesyuarat Exco yang meluluskan beberapa ketetapan.
Salah satu ketetapan itu ialah membuka lapangan terbang Ipoh kepada penerbangan Fire Fly, sebuah anak syarikat MAS. Ini satu perkara yang tentu menceriakan masyarakat Ipoh terutamanya orang perniagaan. Semasa Tajol berkuasa dia menyekat pembesaran landasan terbang Ipoh dengan membina bangunan Kelab Penerbangan di bahagian hujung landasan dan sekali gus tidak membenarkan pembesaran landasan itu. Muslihatnya ialah beliau mahu membuka satu lapangan terbang baru di Tronoh yang menelan belanja RM tiga ratus juta. Inilah salah satu punca kenapa masyarakat Cina menolak Tajol Rosli dan menghukum Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu.
Saya memang tertarik hati dengan cara Nizar mentadbir negerinya. Walaupun baru sebelas bulan beliau menjadi Menteri Besar, banyak sungguh perubahan yang dilakukannya dalam pentadbiran negeri salah satu contoh yang baik patut dirakamkan dalam tulisan ini ialah bagaimana dia mengubah ‘system’ bayar tiket parking di seluruh Perak. Pada satu ketika dahulu, sesiapa yang menggunakan tempat letak kereta kelolaan Majlis Bandaran, perlu membeli tiket parking khusus untuk sesuatu daerah ataupun majlis perbandaran. Kalau meletak kereta di Ipoh mestilah gunakan kupon khas untuk Ipoh, dan tidak boleh gunakan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaran Kuala Kangsar ataupun Telok Intan. Apa yang Nizar buat ialah meluluskan satu dasar betapa kupon diseragamkan dan boleh digunakan di mana daerah ataupun wilayah di merata negeri. Dalam sekelip mata, cara pentadbiran Kerajaan pimpinan Tajol Rosli telah diubahnya untuk keselesaan rakyat.
Bayangkan apa yang berlaku semasa Tajol Rosli. Mereka import mesin berkomputer berharga berjuta-juta ringgit semata-mata untuk membolehkan kumpulan tertentu membalun harta. Saya pernah komen tentang pembelian mesin-mesin berkomputer itu satu ketika dahulu, dan apa yang saya hujahkan sudahpun menjadi kenyataan. Bayangkan membelanjakan lebih tiga puluh juta ringgit sebagai ‘parking meter’ dan tidak sampai dua tahun digantikan kerana mesin yang selalu rosak ataupun sengaja dirosakkan?
lagi perubahan yang telah dilakukannya sepanjang sebelas bulan Ir. Nizar menerajui kerajaan PR. Sayangnya semua ini tidak banyak diketahui umum di luar Perak kerana kurang publisiti. Lagi pun, kebaikan semacam ini mendedahkan kebobrokan pemerintahan kerajaan BN pimpinan Tajol Rosli dan Ramly Ngah Talib.
Salah satu lagi kebaikan yang telah dibawakannya ialah dengan pemberian geran kekal kepada penghuni Kampung Baru (Kem) Cina di seluruh negeri Perak. Tindakan ini telah diperbesarkan oleh orang Melayu dan UMNO kerana mereka fikir penduduk Kampung Cina itu tidak layak mendapat geran hak milik kekal..
Satu ketika dahulu semua kampung baru yang berjumlah lebih 420 buah di merata negara telah dikuasai oleh Ong Ka Ting, seorang menteri kerajaan tempatan yang merangkap Ketua MCA. Apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Perak, mereka telah membuat kajian pembangunan di setiap kampung baru Cina di Perak dan mendapati betapa banyak penyelewengan wang yang dilakukan atas nama pembangunan. Namun, tidak pula diperbetul masalah hak milik penghuni dan penduduk di kampung itu. Ada yang mendapat hak milik hanya untuk tiga puluh tahun dan ada yang dapat untuk enam puluh tahun. Ir., Nizar telah membuat ketentuan memberikan hak milik kekal kepada semua pemilik rumah di kampung-kampung baru. Perkara ini memang menaikkan amarah UMNO dan orang Melayu, tetapi kalau kita bercakap tentang hak asasi tentulah kita akur bahawa tindakan Nizar adalah adil dan bijaksana.
Sayangnya khidmat yang ikhlas ini tidak dihargai oleh pihak istana yang mungkin menerima hasutan daripada golongan UMNO yang semacam gila talak sepanjang sebelas bulan yang lalu.
Soalnya sekarang, tindakan Sultan sudah menaikkan amarah rakyat walaupun TV dan radio menyarankan sebaliknya. Proses demokrasi dalam pilihan raya yang lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Perak. Kenapa pula Sultan menukar proses ini? Kalau betul baginda fikir Pakatan Rakyat tidak mendapat sokongan rakyat lagi, cuba biarkan proses demokrasi berterusan dan benarkan pilihan raya umum diadakan semula. Biar semua parti politik merujuk perkara ini kepada rakyat untuk mendapat mandat yang baru.
Penulisan saya ini bukan bertujuan mengkucar-kacirkan keadaan di Perak. Ini tulisan untuk generasi yang akan datang. Tidak kiralah apa kata orang Umno ataupun orang Keadilan, waima orang istana sendiri. Kita mesti kupas masalah krisis Perak ini dengan rasional supaya generasi depan tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Selepas ini kalau generasi depan marahkan institusi diraja dan juga UMNO mereka mesti tahu apa sebabnya.
Generasi saya adalah satu kandang dengan generasi Sultan Perak dan Mahathir Mohammad dan Abdullah Ahmad Badawi. Cuma Paklah dan saya tergolong kepada golongan junior dalam generasi tua ini
Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim serta Zahid Hamidi termasuk dalam satu kelas generasi yang lain. Begitu juga Abdul Rahim Tamby “Tak” Kecik yang kini menjadi Pengerusi RISDA dan Muhamad Muhammad Taib menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang satu ketika dahulu merupakan Menteri Besar Selangor dan jatuh tersungkur setelah melarikan beberapa puluh kilo wang Malaysia ke Australia.
Selama sebelas bulan Ir. Nizar menerajui Perak perjalanan negeri berjalan lancar walaupun Kerajaan Pusat menyekat sumbangan dana kepada kerajaan negeri. Wang kerajaan Persekutuan telah disalurkan kepada badan-badan milik UMNO ataupun melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Apabila perkara ini berlaku, tentulah Paduka Sultan sedar dan setuju bahawa ini satu perkara yang tidak betul. Tentu Paduka Sultan tahu kisah pejabat KEMAS yang dikosongkan oleh petugasnya yang merupakan orang-orang UMNO. Mereka telah mengosongkan pejabat KEMAS dan membawa balik semua peralatan, perabot termasuk penghawa dingin di bangunan itu sehinggakan kosong pejabat KEMAS dan tidak boleh digunakan lagi. Begitu juga dengan peralatan Bangunan Dewan Orang Ramai. Mereka tanggalkan segala kelengkapan dan ‘fittings’ yang ada kerana berkata semua ini adalah milik kerajaan UMNO. Bayangkan perkara begini berlaku di seluruh negeri Perak, tetapi Sultan tidak pun bersuara.
Rakyat Perak merupakan sebuah masyarakat yang amat setia kepada raja. Sejarah rakyat Perak penuh dengan kisah rakyat bangkit untuk mempertahankan institusi raja. Walaupun raja bersikap aneh dan bercanggahan dengan tatasusila golongan istana.
Sudah menjadi lumrah, orang Melayu menjadi terlalu taksub bila berdepan dengan isu sultan. Ini menjadi semakin hebat dengan tersiarnya kisah kedaulatan raja dan ketulahan rakyat yang menderhaka kepada raja.
Satu ketika dahulu tersebut kisah pembunuhan Penasihat British di Perak, J.W. Birch yang dibunuh oleh orang Melayu kerana tidak bersetuju dengan perangai penasihat ini memperbudakkan raja Melayu. Di sinilah munculnya nama seperti Datuk Sagor yang terlibat dengan kisah itu.
Semasa Raja Abdullah dihalau keluar sebagai orang buangan negeri oleh British, dia diarah hidup merempat di Kepulauan Seychelles dan zuriat orang Melayu Perak kini jelas kelihatan di sana.
Oleh kerana konsep kedaulatan dan ketulahan inilah makanya rakyat Perak sanggup bersikap toleran terhadap raja mereka. Sebelum Sultan Azlan naik takhta, Raja Perak bernama Sultan Idris, Almarhum Tuanku adalah seorang yang ‘flamboyant’ yang suka dengan cara hidup mewah dan mudah.
Semasa Raja Idris memegang tampuk kesultanan, baginda suka berfoya-foya mengadakan majlis hiburan di mana baginda menunjukkan kemahiran bermain saksofon. Kalau ada sambutan hari jadi baginda, majlis sambutannya diadakan selama satu bulan di perkarangan istana. Di sana akan ada satu suasana ‘funfare’ di mana rakyat akan pergi berbondong-bondong setiap malam menghabiskan masa bermain bermacam jenis mainan, seolah-olah itu adalah satu pesta judi kecil. Persiapan pula diadakan di setiap pelusuk kampung dan negeri di mana rakyat akan bergotong-royong menyumbang lembu dan kambing sebagai korban makan kenduri.
Rakyat tidak membantah, malahan mufti dan imam tidak bersuara dengan gelagat istana dan raja mereka. UMNO yang merupakan parti pemerintah tumpang sekaki dan setuju sahaja.
Raja Idris mempunyai satu perangai yang suka pada perempuan. Hidup baginda memang menepati kisah raja Melayu dahulu kala di mana raja mempunyai ramai gundiknya. Jadi, siapa yang pandai membekalkan gundik pastinya menjadi orang ataupun kumpulan yang disayangi raja. Semua itu atas nama kedaulatan raja dan ketulahan rakyat yang menderhaka kepada raja.
Gara-gara kefahaman songsang inilah sesiapa yang ingkar dengan nafsu serakah raja akan dihalau keluar negeri. (Kefahaman inilah juga membuatkan ayah Datuk Ibrahim Ali dihalau keluar negeri Kelantan kerana sikapnya sebagai “Kaki Gedebe”. Beliau dihalau daripada bumi Kelantan dan berpindah ke Buluh Kasap Johor.)
Pada satu ketika dahulu Raja Idris telah menghalau keluarga orang Melayu yang menolak keinginannya untuk memperisterikan salah seorang anak gadis mereka. Ini telah berlaku kepada seorang penyanyi bernama Mazwin Hamzah apabila Mazwin enggan menjadi isteri baginda. Keluarga Mazwin diarah pindah keluar negeri Perak. Allah Maha Besar, Mazwin telah menemui jodoh dengan adik kepada Sultan Brunei.
Apapun kesan daripada sikap Raja Idris yang suka dengan majlis “Yamyam” berakhir dengan baginda mangkat ketika menikmati majlis itu. Pada satu ketika dahulu saya tidak tahu apa maksud kawan yang menyebut Majlis Yam yam itu kerana itu adalah kod istilah yang diciplak daripada bahasa Cina. Rupanya ini adalah istilah yang ada kena mengena dengan “Yam Char”, Yam Seng’ dan Yummi. Semuanya ada kena mengena dengan rasa nikmat di lidah rupanya.,
Walaupun Raja Idris sudah lama mangkat, membolehkan Raja Azlan naik takhta dan kini menyambut Jubli Perak baginda, banyak juga peninggalan Raja Idris di istana Bukit Chandan. Salah satu peninggalan Raja Idris ialah makhluk ghaib yang masih menghuni di istana itu. Makhluk Ghaib ini menjadi satu benda ghaib yang tidak menyenangi Tuanku Bainun isteri kepada Raja Azlan. Orang Perak kata Raja Permaisuri Perak itu tidak selesa menetap di istana Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Dia boleh pergi ke istana itu pada siang hari tetapi sebelum Maghrib dia mesti keluar daripada perkarangan istana. Orang Perak kata Tuanku Bainun tidak tahan “kerajan”. Inilah sebabnya Sultan Azlan jarang sangat menginap di istana Bukit Chandan
Ini juga sebabnya sebahagian Istana Kinta sedang diubah suai sekarang untuk memudahkan keluarga raja hidup senang lenang di Ipoh, gara-gara Tuanku Bainun tidak boleh tinggal di istana Bukit Chandan pada malam hari.
Pelik juga kisah ini kerana orang Perak berkata makhluk ghaib di istana itu adalah peninggalan Raja Idris yang mahukan hanya orang-orang yang betul-betul berdarah raja menetap di istana. Tuanku Bainun bukan datang daripada keluarga beraja. Dia adalah berasal darah orang biasa daripada Parit Buntar.
Yang anehnya, Tuanku Bainun dikatakan oleh rakyat Perak sebagai insan yang lupa asal usul beliau daripada darah biasa. Ini menjadi bualan mulut rakyat apabila Tuanku Bainun dikatakan menegah Raja Nazrin menikah dengan kekasih hatinya, seorang gadis Melayu yang cantik dan jelita serta mempunyai sedikit darah istana. Gadis itu bernama Wan Zaleha Radzi yang satu ketika dahulu terkenal dengan Program TV Tiga. Akhirnya Wan Zaleha menikah dengan seorang Mat Salleh.
Sebenarnya gelagat golongan istana Perak ini memang cukup menarik walaupun Raja Idris sudah lama mangkat. Kira-kira lima tahun dahulu, tersebut kisah pembunuhan isteri kedua Raja DiHilir yang telah dibunuh dan di humban ke sungai. Isteri Kedua yang malang itu bernama Intan Suraya. Polis telah mendapat maklumat siapa yang membunuhnya. Beberapa orang petugas istana telah ditangkap dan disumbat dalam lokap dan penjara. Isteri pertama Raja DiHilir telah dipanggil oleh polis untuk disiasat. Tetapi Raja Mahani (kalau saya tidak silap namanya) telah dibawa ke sebuah kamar besar di Hotel Istana Kuala Lumpur untuk polis mendapatkan maklumat. Akhirnya beliau tidak dibabitkan, sebaliknya beberapa orang petugas istana telah dikenakan hukuman dan terpaksa meringkuk dalam penjara. Saya percaya satu hari nanti cerita sebenar siapa yang membunuh Intan Suraya akan terbongkar juga. Saya tidak mahu dedahkan apa yang saya tahu kerana ia tidak akan mengembalikan nyawa Intan Suraya.
Bila kita menyebut nama Raja Idris tentu rakyat Perak sedar bahawa yang sepatutnya memegang jawatan Raja Muda sekarang ini bukanlah Raja Nazrin. Kalau mengikut salasilah Kesultanan Negeri Perak, yang patut menjadi Raja Muda Perak sekarang ialah Raja DiHilir yang merupakan waris kepada Raja Muda Musa. Akan tetapi, Raja Azlan telah merobah batang tubuh Perlembagaan Negeri Perak dan mengisytiharkan anak baginda Raja Nazrin sebagai Raja Muda, dengan melangkaui dua keluarga ia itu pewaris daripada keluarga Raja Muda Musa (Raja DiHilir) dan keluarga Raja Idris Shah (Raja Kecil Besar). Kedudukan Raja Nazrin sepatutnya ialah sebagai Raja Kecil Sulung, satu kedudukan setingkat di bawah Raja Kecil Besar.
Nampaknya bila menyebut demokrasi ada satu bentuk demokrasi untuk rakyat marhaen dan satu bentuk demokrasi pula bagi golongan raja. Malahan sekarang ini ada satu bentuk demokrasi untuk orang Melayu UMNO.
Berbalik kepada kisah Sultan Azlan, baginda seronok sungguh sekarang ini kerana semua berita dan TV kerajaan menyiarkan berita betapa salah besar kalau rakyat derhaka dan menentang sultan. Malahan mufti Perak yang selalunya bersuara lantang pun tumpang sekaki mengatakan adalah berdosa kalau kita menentang raja.
Seperti yang saya katakan, saya dan Sultan Azlan adalah tergolong satu generasi. Saya masih teringat selalu bertemu dengan beliau ketika kami sama-sama pergi makan dan minum di Kelab Golf DiRaja Selangor (Royal Selangor Golf Club). Ketika itu, kebanyakan orang Melayu yang menjadi ahli Kelab itu adalah golongan istana ataupun pegawai kerajaan. Orang putih dan bukan Melayu kebanyakannya daripada syarikat swasta. Saya masih ingat Raja Azlan kerap ke kelab itu untuk duduk semeja dengan beberapa kawan baginda. Saya ke situ untuk menikmati hidangan makanan yang lazat dengan harga patut. Salah seorang Melayu daripada syarikat swasta ketika itu ialah Rahim Razali (Datuk sekarang ini) Tentu Rahim akan membuat pengakuan bahawa salah satu sebab kami suka ke ruang makan RSGC ialah kerana hidangan Kopi ‘O’ Keras yang memang lazat.
Kalau saya tidak silap ketika itu Rahim Razali adalah seorang pengarah Syarikat Lintas Advertising. Saya dan Rahim Razali jarang bercakap di dewan makan itu tetapi angguk sahaja sambil menjeling arah meja di mana ada seorang Melayu di kelilingi beberapa orang Cina menikmati juadah mereka. Setiap kali si Melayu ini datang ada sahaja sebotol-dua minuman brandi “Johnny Walker” di atas mejanya. Itu sebabnya generasi saya yang selalu pergi ke RSGC menggelarkan Melayu ini dengan nama Mr. Johnny Walker.
Apa yang saya maksudkan ialah orang Melayu tidak ambil kisah apakah seseorang itu suka minum brandi ataupun bir ataupun wiski ataupun kopi ‘o’ sahaja. Apakah orang Melayu yang berseronok dengan minuman keras itu seorang Melayu marhaen ataupun golongan berdarjat. Ataupun apakah dia mengambil minuman keras itu dalam bilik makan rumahnya ataupun secara terbuka, kerana minuman keras adalah dikira haram di kalangan penganut agama Islam. Tetapi orang Melayu akan begitu prihatin kalau ada kaumnya yang makan daging babi. Sedangkan babi dan brandi adalah sama haramnya.,
Begitu juga di zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, setiap hujung minggu Tunku dan para sultan akan berbondong-bondong ke Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur (yang kini menjadi tapak Menara Berkembar KLCC) melihat sukan lumba kuda. Mereka diiringi dengan kawalan polis untuk melihat kuda berlari. Tetapi orang bukan Melayu ke sana untuk berjudi. Sama ada Tunku dan raja-raja turut berjudi, tidak ada siapa yang ambil peduli kerana sewaktu itu para mufti dan imam tidak berani bersuara untuk menegurnya.
Begitulah juga sikap Melayu dengan pembesarnya. Sikap tidak berapa ambil peduli orang Melayu terutama sekali golongan marhaen menjadikan kita sekarang ini satu bangsa yang sungguh rendah tahap ekonominya.
Dari sudut ekonomi kita berada di bahagian bawah sekali. Di negara ini ekonomi negara diterajui bangsa Cina, yang kedua ialah golongan Punjabi ataupun Benggali. Yang ketiga ialah kaum India. Bangsa Melayu jatuh tercorot sekali.
Kalau ada puak yang mengatakan orang Melayu sudah maju berbanding bangsa lain, puak itu memang tersilap besar. Seperti yang saya katakan dahulu ada tiga jenis orang Melayu sekarang ini: a) Melayu istana, (b) Melayu UMNO dan (c) Melayu bukan UMNO. Yang hidup merempat dan serba kekurangan sekarang ini ialah Melayu bukan UMNO. InsyaAllah akan kita bincangkan perkara ini dalam siri seterusnya.
Berbalik kepada isu politik Perak, sekarang ini semua pihak dalam kerajaan dan UMNO membesar-besarkan isu “Jangan derhaka kepada raja”. Apakah yang dikatakan derhaka? Apakah mempertikaikan tindakan raja satu perbuatan derhaka?
Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah. Sebagai seorang peguam berpengalaman, tentu dia tahu apa yang mahu dibuatnya. Tentu dia yakin akan menang daripada sudut undang-undang. Tetapi, Anwar Ibrahim telah menolak sikap Karpal Singh. Anwar tidak mahu Sultan ditarik ke mahkamah dan kerana itu Karpal Singh naik marah secara terbuka dan mengatakan Anwar tidak layak menjadi Ketua pakatan Rakyat. Dalam tulisan saya yang lepas, saya bersuara lantang mengatakan di mana Anwar Ibrahim tersilap. Tetapi sekali lagi saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam tohmahannya terhadap Anwar. Kesilapan utama Anwar dalam krisis politik Perak ini ialah beria-ia dan menyibuk mahu mengepalai pasukan menentang UMNO dan BN. Sepatutnya kerja itu dibuat oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang.
Apabila kita ambil kira kisah menyaman Sultan, kita lihat TKT Mahathir pun tidak suka perbuatan itu. Beliau ada berkata: Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Amboi...sedap cakap TKT Mahathir. Cuma kita mahu para pembaca ingat apakah yang dibuat oleh Mahathir semasa dia menjadi perdana menteri? Bukankah dia orang yang menjadi dalang menukar Perlembagaan Malaysia yang menarik imuniti raja-raja Melayu? Bukankah dia arahkan semua kerajaan BN dan UMNO negeri mengubah Perlembagaan negeri agar raja-raja Melayu hilang imuniti mereka? Apa gunanya dia merancang penarikan imuniti itu kalau raja tidak boleh ditarik ke mahkamah? Bukankah Mahathir yang menyebut satu ketika dahulu, bahawa dalam dunia moden suara rakyat adalah raja?
Dengan pemansuhan imuniti raja, apa sahaja yang diputuskan oleh Parlimen mesti dipersetujui oleh raja. Kalau rang undang-undang diluluskan di Parlimen raja mesti setuju dan menurunkan tandatangannya.
Berdasarkan fakta ini, itu sebabnya mungkin kenapa Ir. Nizar enggan keluar daripada rumah kediamannya dan masih menjalankan tugas sebagai menteri besar. Kerana undang-undang Perak mengatakan Sultan tidak ada kuasa memecat menteri besar. Pemecatan Menteri Besar hanya boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri ataupun selepas undi tidak percaya diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri itu.
Jika benar fakta ini, undang-undang mana yang digunakan oleh UMNO dan BN untuk menegakkan satu kerajaan baru di Perak? Apakah dasar makanya UMNO mengatakan Ir. Nizar adalah seorang menteri besar haram?
Sesungguhnya sejarah akan menyerlahkan bahawa krisis politik Perak ini adalah satu mainan politik yang telah dirancang dengan teliti oleh UMNO untuk merampas kuasa. Sultan Azlan Shah ternyata telah keliru dengan keadaan sebenar. Apa yang sedang berlaku adalah satu penipuan bukan sahaja ke atas sultan malahan terhadap para pengundi di Perak.
Ketika menulis artikel ini saya dapat satu SMS tentang kematian seorang Ahli Parlimen PAS di Perak. Sambil kita memanjatkan doa ke hadrat Illahi terhadap roh arwah si mati, saya juga berfikir ini adalah satu pertanda daripada langit di mana Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan nanti menjadi satu pertanda apakah rakyat sayangkan UMNO dan Sultan mereka.
Marhaintua
09 Februari, 2009.

Mengenang Sejarah Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
Isnin,9 Februari , 2009
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawatan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]
http://msomelayu.blogspot.com/2009/02/mengenang-sejarah.html
Monday, February 9, 2009
'RESIPI MEMBUAT NEGERI 'HARAM'
Oleh TZR
"Anda suka tomyam, mee rebus, nasi goreng patayya atau PASSEMBORR?
Makanan sebegini boleh didapati di gerai gerai sekeliling kita di ibu kota.
kali ini kita akan menyediakan resipi baru yang akan popular di kebanyakan negeri selepas ini.
'RESIPI MEMBUAT NEGERI 'HARAM'
Bahan bahan nya;
3 atau lebih adun lompat dilipat lipat
1 ekor zombie yang diperap kicap
1 biji S.U.K (di buang otak )
1 batallion fru
s.b (secukup rasa )
dan yang paling akhir dan tidak menjadi resipi kita tanpa;
tv1
tv2
tv3 suku
berita hairan
utusan meloya
dll ikut selera tuan tuan.
cara membuat;
1. hilangkan adun 4 hingga ke 5 hari.
2. masukkan 1 adun dalam adunan sedia ada
3. keluarkan semula adun yang dihilangkan tadi, keluarkan semula adun 1 dan
di gaul bersama .
4. panaskan tv1,tv2,tv3 suku.
5. masukan adun adun tadi dengan mangkuk sekali, sambil dikacau dengan u.
meloya dan b.hairan.
6. apabila sudah keluar bau busuk barulah masukan zombie....
proses memasukan zombi wajib di percepatkan (takut pecah tembelang)
8. KELUAR!!! kan sedikit stok atau kiub pati S.U.K.
9. angkat dan hidangkan kepada rakyat.
cara menghias;
bubuh fru di sekeliling dan taburkan s.b di tengah tengah..
dah siap resipi kita, SELAMAT MENCUBA.... SIMPLE KAN.

Sunday, February 8, 2009
IR Nizar membakar diri demi Pakatan dan rakyat Perak
kelulut@telokbakong.com
08/02/2009
11.48 am
Datuk Dr Zambri Abdul Kadir Adun Pangkor telah dinobatkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru.Sebagai memenuhi kehendak Rejim UMNO - BN .
Kejayaan UMNO merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat sepatutnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan .
Yang amat memeranjatkan ialah bagaimana Adun DAP Jelapang boleh membohongi partinya sendiri . ADUN Behrang dan Changkat Jering dari PKR berjaya ' mengencing ' muka kepimpinan mereka.
Adun Bota pula ' berfikiran kacau ' tetapi pengundi disana akan memberi pengajaran jika dia bertanding Pru 13 kelak . Pada malam ' penghijrahan' beliau bersama Anwar di Stadium Bakri Rais telah berjaya mengumpul ribuan manusia sekitar DUN Bota.
Nasarudin mengiktiraf kehebatan Anwar secara rasmi .Malah bersumpah dengan nama ALLAH bahawa dia ikhlas bersama PR .
Pengundi di Bota bukan bodoh . Dun Bota pernah bertukar tangan. Dato Nasarudin akan diajar erti maruah !
Adalah diyakini bahwa tindakan Nasarudin hanyalah suatu perancangan untuk menjatuhkan Tajol Rosli .Kerana BN telah pun mempunyai calon MB iaitu ADUN pangkor .
Pengerusi DAP sering ' mengaum ' setiap kali Islamic state disebut. Harimau tua itu berlagak seolah olah dia seorang yang faham tentang tentang undang - undang . Beliau mungkin hebat didalam mahkamah tetapi dimedan politik ia belum tentu .
DAP gagal menjaga ahli parti mereka sendiri .PKR pula ghairah tidak menentu menyerang tanpa peluru .Akhirnya kerajaan PR tersembam .
Anda mungkin bertanya ; menyerang tanpa peluru ? saya katakan ; Ya ! .
Bukti ? Kita sering menggunakan modal akan "akan ada YB dari UMNO - BN akan melompat" .Berkali - kali .
Tidakkah kita terfikir bahawa UMNO - BN akan lebih bersedia " menambat" YB mereka ?
Bukankah mereka punyai wang berjuta , jentera dan kuasa ?.
Alangkah baiknya PR umumkan sahaja secara mengejut jika benar ada ' pelompat ' misteri itu .
Kerajaan Perak PR menjadi mangsa . Kini Ir Nizar pula berhadapan cabaran fasa kedua malah lebih hebat apabila melibatkan Istana Kinta .
UMNO ternyata licik bermain politik diawalnya ditiupkan berita mahu bergabung dengan PAS sebenarnya itu hanya helah .Malah pimpinan PAS nyaris termakan umpan palsu UMNO .
Rancangan sebenar mereka adalah mencuri YB PKR dan DAP. Tindakan mereka sebelum ini hanyalah sekadar mengalihkan pandangan dan berharap Pakatan bercakaran .
Kini tokoh muda Pas , Ir Nizar berhadapan situasi genting apabila isu perlantikan MB baru BN membabitkan Istana Kinta . Malah telah digambarkan oleh media sebagai penderhaka .
Jika diawal kemenangan PR Nizar berkorban sebagai MB yang dipilih sebagai walaupun Pas adalah yang paling sedikit kerusi didalam dewan.
Maka beliau ditohmah sebagai boneka DAP , kini diakhir khidmatnya sebagai MB pula dilabel sebagai penderhaka kepada Sultan .
Sedangkan beliau hanyalah menjalankan tugas yang telah diamanahkan.Walau dengan sedikit kekuatan dan kesempatan beliau gagahi .Hanya kerana kepentingan rakyat .
Rekod Ir Nizar sudah tercalar dimata Sultan Perak. Jika PR memenangi PRU 13 pun nama beliau agak mustahil untuk dipertimbangkan .
Pengajaran buat PR terutama DAP jangan terlalu bongkak bila berhadapan dengan perkataan Islamic State ( terutama karpal ) .Hingga membuka ruang kepada BN .Akhirnya terlupa tentang kerukunan rumah tangga DAP.
Kini kita menanti apakah Nizar akan dilantik ketua pembangkang Dun Perak . Berdasarkan kerusi DAP menguasai Dewan Undangan Negeri Perak .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
http://kamarulbiz.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)