Friday, October 26, 2012

ACHTUNG...PERHATIAN,BN Sudah bersedia Sedia Melancarkan PRU 13..


                            ACHTUNG...PERHATIAN,BN Sudah bersedia Sedia Melancarkan PRU 13..Partai Barisan Nasional yang memerintah telah siap sedia sepenuhnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.Senario ini dapat dilihat apabila jentera parti gabungan ini telah menyiapkan semua poster,bendera untuk tujuan kempen.Maklumat ini diterima dari rangkaian pembekal  bahan bahan mentah bagi tujuan pencetakan tersebut.Antara Syarikat yang dilantik untuk untuk tujuan pencetakan ialah sebuah syarikat pencetakan di Sungai Buluh. Dianggarkan operasi ini telah dimulakan sejak 2 bulan yang lalu dan bahan bahan kempen itu telah siap dicetak.

                  Berdasarkan dari berita tersebut diharapkan pihak Pakatan Rakyat dapat bersiap sedia dengan segala perancangan yang baik dan rapi.Di ketahui bahawa dana untuk tujuan kempen piliharaya adalah terhad,maka dengan adanya pihak Pakatan Rakyat dapat melaksanakan segala gerak kerja secara bijak dan berjimat cermat.Gunakan lah dana yang dikutip dari rakyat jelata itu dengan sebaik mungkin.Kami doakan semuga bersama sama melangkah ke Putrajaya demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

Wednesday, October 24, 2012

AES - Penyelamat BN Pada PRU 14? Part 2



           Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,cara cara yang bersifat menghukum  selalunya akan kurang berkesan atau sementara sifatnya.Kerajaan sepatutnya mengambil langkah memberikan banyak didikan kepada masyarakat untuk menjadi pemandu yang baik.Promosi dan ceramah ceramah kesedaran keselamatan jalanraya patut menjadi agenda utama kerajaan yang memerintah.Rakyat perlu diisikan dengan maklumat yang betul dan cukup dalam menangani permasalah ini.Kerajaan juga perlu mengadakan jalan yang baik dan sempurna.Penurunan atau permansuhan tol juga boleh dilakukan untuk membolehkan rakyat mengunakan jalan yang baik dilebuh raya.Jalan jalan lama hendaklah dibuat penstrukturan baru dan dibina dengan sempurna tanpa adanya selekoh selekoh tajam dan jalan yang tidak rata supaya ianya bersesuaian dengan kehendak zaman yang serba pantas ini.Syarikat syarikat yang dilantik mustilah berkelayakan dan mempunyai pengalaman dalam bidangnya. ( MUSTAHAK: TIDAK BOLEH MELANTIK SYARIKAT KRONI)
            Sebelum melaksanakan polisi,dasar atau sistem yang melibatkan rakyat,kerajaan mestilah mengambil peranan untuk mendapatkan maklumbalas, mendidik, kajian, menghebahkan  dan lain sesuatu perkara dilaksanakan.AES menampakkan bahawa kerajaan melaksanakan sesuatu dalam keadaan tergesa gesa tanpa adanya perancangan yang rapi.Kejayaan sistem ini dalam mengurangkan kadar kemalangan di negara lain bukan lah suatu jaminan bahawa sistem ini akan berjaya di Malaysia.Kejayaan nya akan banyak bergantung kepada sosio budaya masyarakat setempat.


             Penerimaan masyarakat juga penting supaya tindakan ini dianggap suatu tindakan yang sah dan berasas dari suatu kerajaan yang dilantik oleh rakyat.Namun setelah beberapa jangkamasa sejak sistem ini dilancarkan,masyarakat mula menganggap sistem ini membebankan serta mengandungi banyak agenda agenda tersembunyi yang dirangka oleh pihak pihak yang berkepentingan.Rakyat rata rata nya benar benar marah kerana mereka beranggapan tiada maklumat yang secukupnya sebalum kerajaan melaksanakan sistem ini.Ramai yang terkejut dan terpingga pingga bila mengetahui kerajaan sudah pun melancarkan AES pada September yang lalu.Kedaan kecelaruan ini ditambahi dengan hakikat bahawa bayaran saman minimum adalah RM 300.Walaupun JPJ telah menyatakan bagi setiap gambar yang diambil ianya akan disesuaikan dengan kenderaan atau lain lain dokumen sebelum saman dikeluarkan,namun rata rata orang ramai berpendapat akan berlaku banyak kesilapan dan kecuaian terhadap saman yang dikeluarkan.

                   Sesungguhnya Kerajaan Umno/BN telah mengambil langkah tidak popular menjelang kelenyapannya.AES ini telah membuka luang untuk Pakatan Rakyat terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.Mengapakah langkah tidak popular ini diambil oleh Kerajaan BN dsaat saat ianya nya perlu mendapat sokongan dari rakyat?.Tiada alasan lain selain ianya adalah merupakan tanda tanda UMNO telah menyerah kalah dan terpaksa membuat langkah langkah yang perlu untuk meneruskan kesinambungan UMNO menerusi projek projek yang mana dapat membantu Umno meneruskan perjalanannya sebagai pembangkang sementara mengintai gintai peluang menjadi kerajaan semula di PRU 14.

Tuesday, October 23, 2012

AES - Nantikanlah Hari Pembalasan Rakyat..Janganlah Hampa.. Part 1



AES adalah Automated Enforcement System atau Sistem Penguatkuasaan Automatik yang di perkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertujuan untuk mengurangkan Kadar Kemalangan Di Malaysia.Sistem ini dikatakan telah dijalankan di beberapa negara maju dan telah (kononnya) Berjaya mengurangkan  kadar kemalangan dari 40% hingga 60% . Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri telah memberitahu Dewan Rakyat bahawa ATES Sdn dan Bina Tegap Sdn Bhd telah dilantik untuk memasang semua pasarana dan menyelenggara sistem ini.Sebagai balasan,syarikat ini akan diberi “rate of return” sebanyak 17% termasuk RM 16 bagi setiap saman yang sah.
Perlantikan 2 syarikat ini adalah kerana kerajaan tidak perlu sejumlah wang yang besar untuk menyedia,memasang dan menyelengara sistem ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi maut' dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, katanya dalam kenyataan pada pihak media.

Dengan perlaksanaan sistem ini jelas menampakkan kerajaan mahu rakyat yang menangung sepenuhnya tanggujng jawab diatas kadar kemalangan jalan raya yang tinggi di negara ini.Kerajaan seolah olah cuba menyalahkan rakyat sepenuhnya.Oleh itu kerajaan merangka untuk melaksanakan suatu kaedah yang akan menghukum setiap rakyat yang bersalah.Dalam keadaan ini kemera akan diletak di setiap sudut jalan raya yang mana bertugas untuk menangkap rakyat yang dikatakan telah melanggar had laju ditetapkan.
Perlu dikaji dan diselidiki dengan jelas apakah had laju adalah satu satu nya penyebab kemalangan?.Adakah sesuatu kenderaan yang dipandu laju adalah merupakan punca semua kemalangan jalanraya?.AES jelas mahu mengurangkan kadar kemalangan melalui penghadan halaju dan menghukum pesalah melalui saman yang membebankan tanpa adanya kaedah kaedah lain untuk mencegah terjadinya kemalangan.Terdapa banyak faktor lain yang menyumbang kepada kadar kemalangan yang tinggi.Banyak peranan kerajaan yang perlu atau boleh dilakukan.

             Antara faktor penyebab kadar kemalangan yang tinggi ialah keadaan jalanraya itu sendiri.Ada jalan yang tidak dibena dengan baik menyumbang kepada kemalangan sebagai contoh Km 31 Jalan Ipoh Lumut.Banyak terjadi kemalangan semasa hujan.Perkara ini berlaku kerana profil jalan yang tidak baik.Struktur jalan tidak dibena dengan sempurna kerana ianya tidak dapat mengalirkan air hujan dengan cepat ke tepi jalan menyebabkan air hujan bertakung ditengah jalan.Apabila kenderaan melalui jalan yang penuh air ini menyebabkan tayar hilang cengkaman dan kenderaan akan terbabas.Disini letak nya peranan kerajaan menentukan bahawa syarikat yang dilantik untuk membina dan menyelenggara jalan ini dapat menjalankan tugas mereka baik.Apakah syarikat yang dilantik untuk menyelenggara jalan Ipoh – Lumut ini,anda mesti akan tersenyum bila mengetahui jawapan nya.

            Kejadian kemalangan juga berkait rapat dengan bentuk,profil,struktur tapak dimana satu satu jalan raya dibina.Malaysia mewarisi struktur jalan yang diwarisi oleh penjajah British.Setelah 55 tahun merdaka struktur dan profil ini tidak banyak berubah terutama dijalan jalan lama.Terlalu banyak selekoh tajam dan keadaan jalan yang tidak rata.Banyak kawasan yang jalan raya nya berlubang lubang tanpa ada tindakan untuk diperbaiki.Semua ini menyumbang kepada kemalangan jalan raya.Tapi apa yang boleh dilihat kerajaan cuba menyalahkan rakyat untuk setiap kemalangan yang terjadi.Seolah olah kerajaan tiada peranan dalam perkara ini.Dari khabar khabar yang diterima menyatakan banyak peruntukan telah tersalur ke Sabah dan Sarawak,untuk membuat jalan jalan baru di sana.Ini menyebabkan jalan jalan di Semenanjung Malaysia sedikit terabai.


Monday, October 22, 2012

Kedai Tain 3T Kembali Lagi




                   Ingatkah anda kepada pelakon yang memegang watak Imam didalam drama bersiri terkenal Tain 3T?Drama yang menampilkan kumpulan lawak Senario pernah menjadi drama yang digemari suatu ketika dahulu.Turut menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Fauziah Nawi ,Kazar dan Sheila Rusly memaparkan dan menyelongkar pemasalahan  masyarakat di Perak Tengah dengan suasana yang sinis dan santai.
                  Dalam drama tersebut telah menampilkan seorang anak tempatan Telok Bakong iaitu Encik Zambri Mohd Yatim (Ree Kasu) yang memegang watak Iman didalam drama tersebut.Peranannya sebagai Imam merupakan suatu watak yang menjadi orang tengah dalam menyelesaikan sebarang kekalutan yang berlaku.Watak ini juga banyak memberi  tunjuk ajar dan perangsang kepada Tain (Wahid Senario) untuk menempuhi kehidupan yang mencabar.Kebanyakkan lokasi pengambaraan untuk drama ini adalah disekitar Telok Bakong ,Kg Tua Batu 16 dan di Pekan Parit.Encik Zambri sebenarnya ‘orang lama’ dalam perfileman negara.Beliau pernah memegang watak didalam filem Bukit Kepung dan Driver serta berlakon dalam puluhan drama tempatan.


                  Mengambil inspirasi dari tajuk drama ini, Encik Zambri telah mengambil inisiatif untuk menamakan gerai beliau dengan nama “Gerai Tain’.Antara yang menjadi menu utama kedai makanan ini ialah Chakoi atau nama lainnya ialah Koi Panjang.Chakui ini pada asalnya adalah sejenis makanan kaum cina namun sesuai dengan peredaran zaman,makanan ini telah digemari oleh semua golong di Malaysia.Gerai Tain ini amat terkenal dengan chakoinya yang lazat dan boleh dimakan bersama sama dengan kuah kari.Menu lain ialah kueh bom.Pada hari perayaan pula Encik Zambri akan menyediakan lemang sebagai menu biasa.
                Kepada pengemar koi chakoi dan koi bom,bolehlah singgah ke Gerai Tain ini untuk menikmati hidangan yang lazat serta murah ini.Gerai Tain ini terletak di Kg Padang Changkat (berhampiran dengan Masjid sebelum sampai Hospital Changkat Melintang).Waktu perniagaan adalah dari pukul 4.00 petang hingga pukul 7.00 petang.Silalah datang menjamu selera beramai ramai,bawalah keluarga anda bersama.

Msinc -Ternanti nanti kalau kalau Jinggo nak buat Drama Tain 3T yang baru.Diharap semua pelakon asal dapat ikut serta.Amat minat dengan watak Kazar yang selamba tu.Tain 3T ni suatu drama yang baik kerana ia menyelitkan nilai nilai kekeluargaan dan kemanusiaan ,disamping turut mengutarakan kepincangan kepincangan yang berlaku didalam pemerintahan negara.Kalau anda pernah ikuti drama ini,anda akan faham apa yang dimaksudkan.

Linkwithin