Saturday, March 21, 2009

Siapa Mustafa Kamal Attartuk?


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama..

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya( susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
-Blog Cina Islam

Thursday, March 19, 2009

DEBAT YM:Berjayakah GOMO ngorat Sya Reformis?

Ketika mula membaca cabaran ini sudah dapat mengagak apakah kesudahannya.Oleh itu kami di TBO tidak berminat melayaninya.Lebih baik kita tumpukan perhatian PRK Bukit Gantang.Permainan BPN mudah dibaca.Taktik mengalih pandangan dengan cara murahan.

Rakan BloggersNetwork@Perak nampaknya telah codek secodek2nya serta merta menyahut cabaran dan ini mengejutkan pondan2 dari BPN.Maka jadilah suatu hiburan kita untuk seketika.Dari peringkat atasan sampai ke tahap pencacai perangai sama saja,muzakarah ker debat ker semua pondan.Kalau nak debat YM suruh GOMO ngan Sya Reformis jer.Berjayakah GOMO ngorat Sya Reformis?Itu tajuk debat yang sesuai untuk YM.

Kecut deme nengok wakil Bloggers PR.Semua terror2 tahap gaban.Dalam hati aku dah terdetik nyuruh MSK,Al Banjari dan Ciberboron pergi,kompom nguling perin deme nangkisnya.Mcm Ciberboron bukan calang2 orang,kebal dan tebal ilmu didada kome.Al Banjari usah cakap ler kena bedainye cakap banjor nganga pondan2 dari BPN.MSK ramai yang tau coolman tetapi kata-katanya menusuk dan jauh maksudnya.Hanya orang2 yang codek macam dari BloggersNetwork@Perak dan penyokong PR saja yang faham.Macam BPN tak tercapal akalmu menangkap maksud MSK kalu berdebat.

Bila nama Pak Karamu dan Kulup Sakah naik mahu koma kome yek!Senang2 anto aje Sya Reformis ngan Ummi ,kompom deme nganga jer,puak umno ni bukan leh nengok dahi licin sket..wakakakakaka..

Jangan mare ngan tajuk posting...hehehe

ORANG HILANG ? DIHILANGKAN ? KOME ADE NAMPOK BUDAK NI ??


kelulut@telokbakong.com

Perkara ini amat memalukan kepada umat Melayu dan Islam. Sekiranya benar Hilmi ini diperalatkan oleh usaha aparat BN, dia juga layak diludah oleh rakyat kerana sikap jijik dan keji beliau ini.
Sesiapa yang terlihat makhluk ini sila hubungi keluarganya. Kate deme namenye Hilmi ex boy friend Liz Wong.
kome tolong coye die..kot..kot ade ngendap tepi tebin, bawah jambatan …blaa.blaa
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Wednesday, March 18, 2009

Wartawan Utusan Melayu mahu boikot Sidang UMNO


Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu memberi kata kedua kepada majikannya: meteraikan perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011 menjelang jam 6 petang Isnin depan atau menghadapi piket semasa perhimpunan agung Umno yang bermula keesokannya.

Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad berkata keputusan berpiket itu dibuat oleh majoriti ahli exco kesatuan dalam mesyuarat pada 11 Mac lalu bagi memberitahu Umno, sebagai pemilik syarikat, mengenai masalah wartawan akhbarnya.

"Kesatuan merasakan rundingan antara majikan Utusan dengan kesatuan tidak akan membolehkan kakitangan menikmati hak dan kebajikan yang setaraf dengan industri, justeru campur tangan pemilik Umno perlu bagi membantu kesatuan," katanya.

Antara tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelasaran gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Kenapa berlaku begini? lidah umno pun sudah mula naik angin . Nampaknya kali ini umno diserang luar dan dalam.

"Permintaan kami ini tidak keterlaluan kerana masih di bawah pelarasan gaji kakitangan The Star dan NSTP selain Utusan diyakini mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat bayaran tersebut kerana sedang merancang untuk membina bangunan baru berharga RM60 juta," jelasnya.
Inilah masalahnya Umno projek juta - juta kebajikan rakyat marhaen tidak dilayan sewajarnya .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Akhirnya Ali Rustam tersungkur dipintu Syurga ( PWTC )


17.03.09
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.
Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah. Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.
Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.
Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil).Kesemua mereka digantung keahlian selama tiga tahun.- mstar-
Akhirnya berakhir teka teki keputusan sudah dibuat mangsa sudah dihukum. Ketua Menteri Melaka yang sudah berangan - angan menjadi Timbalan Perdana menteri berkecai sudah.
Jika sebelum ini beliau begitu bongkak mengeluarkan kenyataan menghentam Pakatan Rakyat . Hari ini baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah .
Bagaimana calon yang lain apakah bersih 100 % , Ali tentu ada caranya mahu membalas dendam.
Nantikan adegan seterusnya …begitulah nasib ‘ bendahara ‘ negeri yang tiada bersultan itu.Semangat yang Hang Tuah sentiasa bersama Ali.
Jika berita penyingkiran Ali Rustam ini diketahui Shah Rukh Khan pasti bintang Bollywood itu kecewa .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Tuesday, March 17, 2009

Ali Rustam lucut kelayakan tanding Timbalan Presiden


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil).

Kesemua mereka digantung keahlian selama tiga tahun.

Raja Ahmad Calon Parlimen Bukit Gantang ?


Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub..
Pendidikan :
- pengajian PhD Uni. Manchester
- pimpinan aktivis Pas kampus
- Bekas S/u politik mahfuz (masa mahfuz ketua pemuda)
- bekas sekretariat pemuda pas pusat (terutama semasa muktamar)
- bekas sekretariat pemuda pas perak
- pernah pegang jawatan dlm pemuda pas perak / b.gantang sebelum sambung pelajar
- Berketurunan diraja perak
sumber : tkoKelulut said:
PAS Perlu berani menampilkan calon muda seperti Raja Ahmad Iskandar ini .Pas mesti menyediakan pelapis yang mengikut peredaran masa. Tidak perlu recycle calon yang pernah bertanding tetapi kalah berkali - kali .
keme sokong raja Ahmad Iskandar !
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
SANG KELULUT

Kerajaan perpaduan : Kapal umno yang bocor, jangan pula Pas yang karam


Sudah lebih setahun Pru 12 berlalu. Adegan demi adegan politik mewarnai sepanjang tahun.Kemelut rasuah dalaman umno diselang seli hiruk pikuk Pakatan dikatakan akan menawan Putrajaya .
Ketika kedua - dua pihak BN - PR melancar perang saikologi negara dikejutkan kejatuhan kerajaan PR perak .Maka bermulalah kemelut yang sehingga kini masih belum reda.
Susulan peristiwa rampasan itu pihak Istana pula menjadi watak penting sehingga melakar sejarah keputusan Sultan mendapat tentangan rakyat teramai.
Akibat daripada keputusan yang dikatakan tidak mengikut peraturan . Pihak yang bertelagah saling saman menyaman bagaikan kilat sabung menyabung.
Pada pandangan penulis kemelut antara PR - BN adalah jelas dan dapat dinilai dengan mudah oleh rakyat jelata. Pertelagahan politik antara kedua kuasa besar politik negara ini pasti akan mendapat ‘ balasan ‘ apabila muncul PRU 13 nanti .
Kebimbangan sebenar bagi penyokong Pakatan adalah perpecahan dalaman parti pakatan rakyat terutama PAS . Senario kini semakin terserlah hari demi hari .
Sebagai ahli Pas dan penyokong yang tidak pernah memberi undi kepada Umno penulis mempunyai hak untuk bersuara. Dan jika sebelum ini kami mengkritik Pas jika masih teringin mahu bersekongkol dengan UMNO .Hingga saat ini kami masih tegas mengatakan PAS perlu menjarakkan diri dari hantu UMNO .
Jika sebelum ini heboh Erdogan vs Bukan Erdogan kini timbul pula pelan Kerajaan Perpaduan .Kenapakah ini berlaku pasca pru 12 ?
Apakah benar ini suatu hasrat murni atau political milage . Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ini dikatakan daripada Presiden Pas dan mendapat sokongan Pemuda Pas.
Mursyidul Am Pas pula dilaporkan berkata :
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama.
“Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik).
“Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu),” katanya.
mstar -
Di dalam kekalutan UMNO yang perit berhempas pulas mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti mereka. Pas pula menambahkan serabut rakyat dan ahli Parti dalam memahami situasi semasa .
Sepatutnya kita harus lebih fokus terhadap kehendak rakyat yang mahukan pembaharuan politik. Tidak cukupkah pengalaman kerajaan perpaduan pasca 13 mei 1969 ? Bagaimana UMNO melayan PAS ?
Isu 1969 adalah berbeda tidak dinafikan jika ada keperluannya . Tetapi keadaan semasa isunya berbeza . UMNO kini yang bergelut masalah moral , rasuah dan ditolak oleh rakyat Pas pula cuba bermain api.
Untuk ingatan bersama seluruh dunia maklum Umno umpama titanic yang hampir karam .Tetapi janganlah sampai Pas pula yang tenggelam dalam mengharungi badai .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
SANG KELULUT

Monday, March 16, 2009

Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak


PERLEMBAGAAN adalah satu dokumen istimewa yang tidak harus dibaca seperti dokumen undang-undang biasa. Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas huraian Menteri Luar, Dato Seri Utama Rais Yatim, mengenai krisis di Perak Rabu lalu.
“Memang kita semua tahu bahawa peruntukan di bawah Perkara 16(2)(a) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu sama, patah demi patah, dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Bahkan peruntukan itu sama dengan negeri-negeri lain termasuk yang tidak mempunyai raja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dan sebenarnya idea yang sama juga ada dalam peruntukan-peruntukan yang berkaitan di Australia dan India serta kebanyakan negara Komanwel yang kesemuanya mengkanunkan konvensyen yang berasal dan berkembang di United Kingdom,” jelas profesor undang-undang perlembagaan itu ketika diminta memberi komen.
Bagaimanapun, kata Aziz lagi, peruntukan itu tidak harus ditafsir secara harfiah atau literal kerana ia akan menimbulkan masalah.
“Rais seolah-olah membaca peruntukan tersebut seperti membaca peruntukan dalam statut atau akta biasa. Atau macam membaca perjanjian jual beli rumah (S & P agreement). Ini tidak wajar walaupun tidaklah salah,” ujarnya.
Aziz berkata Umno memaki hamun raja selepas mereka kalah di Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990 dan menuduh istana menjadi punca kekalahan mereka. selepas itu mereka cuba meminda peruntukan berkenaan.
Katanya “Mereka malah cuba hendak meminda peruntukan berkenaan dengan mewajibkan Raja-Raja mematuhi nasihat. Bagaimanapun mereka membatalkan rancangan itu apabila mereka menyedari bahawa pindaan sebegitu tidak boleh dilakukan kerana raja hanya berkewajipan menerima nasihat dari seorang yang telah dilantik menjadi menteri besar. Kalau belum dilantik apa hak Umno untuk memberi nasihat?”
Aziz menjelaskan meskipun perlembagaan menyebut ungkapan budibicara ia tidak bermaksud bahawa raja boleh melantik secara sesuka hati.
“Sebenarnya apa yang dikatakan budibicara itu hanya wujud atau timbul tatkala ada keraguan atau hung parliament. Tetapi ini amat jarang berlaku. Dalam keadaan biasa raja perlu melantik orang yang mendapat sokongan majoriti dalam dewan. Sebab itulah selama ini Presiden UMNO semacam automatik menjadi Perdana Menteri. Ini kerana ia mendapat sokongan ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen lain. Begitu juga di peringkat negeri di mana Perdana Menteri – meskipun tidak ada hak di sisi perlembagaan – memberitahu sultan siapa yang mereka mahu sebagai menteri besar atau ketua menteri,” jelas Aziz.
Kenyataan politik itulah, jelasnya, yang menyebabkan timbul tanggapan bahawa yang melantik ketua menteri dan menteri besar ialah Perdana Menteri dan bukan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.
Rais sendiri ada membuat kenyataan yang membayangkan tanggapan itu tatkala Umno berhadapan dengan situasi sulit di Perlis dan Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Bagaimanapun dalam menjelaskan kemelut politik di Perak sekarang Rais mengubah temanya.
“Beliau semacam melihat kuasa sultan kuasa mutlak yang saya fikir tak begitu tepat. Mengambilkira apa yang berlaku kita boleh berasa ragu apakah sultan sebenarnya menggunakan budibicara itu kerana kita mendapat tahu bahawa ada persaingan dalam jawatan menteri besar. Meskipun secara rasmi atau formalnya sultan melantik berdasarkan budibicara tetapi ada tanda-tanda bahawa sultan melantik orang yang ditunjuk oleh Perdana Menteri. Dan sudah pastilah Umno mempunyai mekanisme untuk memaksa semua ADUNnya menyokong calon berkenaan,” jelas pakar perlembagaan itu lagi.
Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat.
“Selagi ia tidak menghina atau melekehkan sultan apa salahnya. Apa yang menghasut ialah menimbulkan kebencian atau menghujah kenapa sistem beraja perlu dihapuskan. Apa akan jadi kepada demokrasi kita kalau kritikan tidak boleh dibuat?” soal Aziz lagi.
Beliau berkata Umno sendiri berbuat demikian. Dalam beberapa insiden tertentu, termasuk ketika krisis dengan Raja-Raja pada 1983 dan 1993, mereka lebih teruk lagi. Aziz berkata semua rakyat, baik di dalam Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, perlu diberi peluang untuk mendalami sistem kita dan sekarang adalah masanya.
“Sebab itu adalah malang jika Rais mencadangkan tindakan tegas diambil oleh Peguam Negara. Ini akan menimbulkan budaya takut di kalangan rakyat dan mereka akan terlepas peluang untuk mendengar pelbagai hujah dan perspektif,” katanya.
Dalam pada itu, tambah Aziz lagi, krisis di Perak melibatkan banyak isu yang akhir-akhir ini sudah melarat kepada dewan dan speakernya.
“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya.
Beliau berkata krisis di Perak adalah krisis politik yang paling buruk kerana ia memakan masa yang lama.
“Tidak pernah berlaku sebelum ini satu negeri mempunyai dua kerajaan,” ujarnya.
Sehingga ini telah timbul semacam pendapat sebulat suara bahawa pembubaran dewan bagi membolehkan pilihan raya adalah satu-satunya penyelesaian. Rabu lalu Dato Param Coomaraswamy menyatakan bahawa apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi sekiranya sultan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu. Pendapat itu turut disokong oleh Majlis Peguam dalam satu kenyataan Selasa lalu.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Ahad, Mac 08, 2009 0 ulasan
Pesurujaya Kehakiman Ridzuan Ibrahim boleh diseret ke Dun Perak untuk diadili, dijatuhkan hukuman kerana hina Dun Perak!
PESURUHJAYA Kehakiman Ridzuan Ibrahim boleh diseret ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak untuk diadili oleh dewan kerana menghina dewan. Demikian ditegaskan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut menyatakan bahawa hakim tersebut telah melampaui bidang kuasanya di sisi undang-undang.
Selasa lalu (3 Mac) mahkamah tinggi membenarkan permohonan Barisan Basional untuk menghalang sidang Dun.
Pendapat Karpal dipersetujui oleh Prof. Dr Abdul Aziz Bari yang berkata Perintah Mahkamah Tinggi itu bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tulang belakang kepada badan kehakiman yakni DUN, pihak eksekutif yakni Menteri Besar dan Exconya serta badan kehakiman.
“Nampaknya hakim tidak mengambil kira teori ini yang meskipun tidak disebut oleh perlembagaan atau perintah tetap DUN tetapi ia menjadi roh kepada semua peruntukan yang menyatakan kedudukan dan kuasa dewan dan speaker. Begitu juga dengan kuasa DUN dan mahkamah untuk menghukum sesiapa yang menghina perintahnya,” kata Aziz lagi.
Sebelum ini Dato Param Coomaraswamy turut menyatakan kesal atas apa yang beliau lihat sebagai pelanggaran kepada doktrin pengasingan kuasa yang penting itu. Param juga berpendapat bahawa mahkamah tidak harus campur dalam soal ini dan seharusnya krisis politik di Perak itu dikembalikan kepada rakyat melalui pembubaran dewan.
Aziz berkata kedudukan dan kuasa speaker yang luas – baik di Dewan Rakyat maupun dalam Dun – adalah berasaskan kepada kedudukannya sebagai badan perundangan (legislature).
“Dari apa yang kita lihat nampaknya mahkamah tidak menghiraukan kedudukan ini dan meletakkan kedudukan speaker sama dengan kakitangan awam biasa,” tambahnya.
Beliau berkata adalah ganjil apabila mahkamah mengeluarkan perintah melarang sidang dewan kerana ia amat bertentangan dengan teori pengasingan kuasa. Kata Aziz “ini tidak pernah terjadi, baik di Malaysia atau pun di negara-negara Komanwel lain”.
Sebab itu, jelasnya, perintah itu tidak perlu dihormati dan malah hakim berkenaan boleh dihukum oleh dewan kerana menghinanya. Aziz berkata kuasa mutlak sebegini bukanlah sesuatu yang terlalu ganjil.
“Mahkamah sendiri mempunyai beberapa kuasa yang diberi untuk menjaga kehormatannya. Perdana Menteri atau Menteri Besar pun ada kuasa mutlak dalam soal perlantikan dan pemberhentian ahli-ahli kabinet mereka,” katanya lagi.
- Dari Sanggah Tok Sago

Sunday, March 15, 2009

Situasi Menjelang PRK 2 Bukit 1 Batang Ai

Situasi Menjelang PRK 2 Bukit 1 Batang Ai
(ni br undian sms NTV7)

1.Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Abdul Samad, UMNO adalah parti demokratik sejak ia ditubuhkan dan mendaulatkan rakyat serta keadilan sosial dengan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Setuju : 5% Tidak Setuju : 95%

2. Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat, cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ialah dengan mengadakan pilihanraya demi kepuasan rakyat.

Setuju : 98% Tidak Setuju : 2%

3. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah perlaksanaan PPSMI didalangi pihak pembangkang berdasarkan demontrasi jalanan dan mengaitkan institusi istana serta mencemarkan imej masjid.

Setuju : 5% Tidak Setuju : 95%

4.Sidang dun bawah pokok....

97 % mengatakan sah....3 % tidak sah

5. Zambry anggap plak demokrasi sebagai penghinaan kepada sultan perak...

92 % Tidak setuju.... 8 % setuju....


Setujukah anda dengan langkah Majlis Bandaraya Ipoh
memusnahkan Plak Pokok Demokrasi di Ipoh, Perak?

Setuju = 4%

Tidak Setuju = 96%

DBI banyak lagi koje berfaedah…ce..ngojekan angkut sampah,motong rumput ker,nampal lubang jalan ker…lampa ler kome…yang kme tar bawah pokok tu ngape

Iktibarnya dari sms diatas yang kalah tu memang buta hati,bangang,benak bebenor
yang mewakili suara Umno dn BN.Semoga pengundi Batang Ai yang diapit 2 Bukit
meneruskan situasi ini agar Umno / BN dipukul dengan batang terperosok di jurang yang dalam antara lurah dua bukit.Talkinkan Umno….Tak ade satu pun koje buat Umno nyelerekan rakyat

Ini satu undi TV TBO pulak buat

MB mana yang lebih hensem(bukan saje rope paras,ia meliputi kelaku,wawasan,karisma dan kesahihannya sebagai Menteri Besor)

Bang Nizar Huyoo..110%
Kulup Zamreyy -v 10%

Tiada undian rosak

Pengundi TV TBO memang handaiii...

Linkwithin