Oleh Tarmizi Mohd Jam
ADUN Chenderiang, Dr Mah Hang Soon menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak dan menuduh Sivakumar tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan.
“Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?” katanya ketika memberi reaksi terkejut terhadap tindakan Speaker untuk memanggil sidang Dun 3 Mac ini.
“Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan? Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan kena mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan,” ujarnya.
Bagi menjawab tuduhan tidak berasas Dr Mah itu, saya menurunkan kembali ulasan pakar Perlembagaan UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang menjadi tajuk utama muka depan Harakah Bil 1418 yang lalu sebagai ingatan bagi memahamkan semua Adun BN dan Pakatan tentang kuasa memanggil sidang Dun.
Terdapat isu menarik berkenaan Dun Perak dan kuasa Speaker. Saya berbincang dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari tentang perkara ini. Masih terlalu luas kuasa speaker, apabila ada pihak yang menghina Dewan tidak digunakan. Hatta, kenyataan PM, Abdulah Ahmad Badawi yang memerintahkan Dr. Zamry Abdul Kadir agar tidak menghiraukan keputusan penggantungan oleh Speaker dewan, sebenarnya boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman. Namun saya bertanya, apakah yang perlu lakukan sekrang di Perak. Begini jawapan Dr Aziz Bari dan saya melaporkannya:
DUN Perak perlu bersidang dengan segera bagi menyelesaikan kekaburan yang ada sekarang. Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas mengenai permohonan Speaker S. Sivakumar kepada Sultan Perak untuk mengadakan Sidang Khas Dewan 23 Februari lalu.
Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan bahawa DUN bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.
“Peruntukan ini sama dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kewajipan yang sama ke atas Yang di-Pertuan Agong”, jelas beliau ketika dihubungi.
Profesor undang-undang itu berkata, memanggil sidang DUN tidak termasuk di dalam hal-hal yang menjadi budibicara dan beliau berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menyekat atau menolak permohonan untuk memanggil sidang.
“Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes Perak ini, untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu,” tegas beliau lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, hujah tersebut diperkuatkan oleh teori yang meletakkan ketua negara atau ketua negeri sebagai sebahagian daripada mekanisme yang melindungi perlembagaan dan semangatnya.
“Kalau Sultan menolak permohonan itu bermakna Sultan sudah menyekat demokrasi dan ini bertentangan dengan Konsep Raja Berperlembagaan yang mesti selari dengan tuntutan demokrasi,” tambahnya lagi.
Aziz berkata sidang DUN itu juga perlu kerana Perkara 16(2)(a) dan (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyebut soal sokongan majoriti di dalam DUN dan ini perlu ditunjukkan secara telus dan terbuka. Ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa sokongan majoriti itu boleh ditunjukkan di luar dewan, Aziz berkata “pendapat itu sebenarnya pandangan yang agak lemah dan hanya boleh diterima sekiranya ada pihak, contohnya kerajaan yang ada, yang dalam konteks Perak Dato Seri Nizar, enggan atau menghalang sidang DUN”.
Beliau berkata pendapat itu berdasarkan kes Adegbenro yang diputuskan pada 1963. Katanya kes yang lebih baik ialah kes Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan pada 1966 yang menghukumkan bahawa ia perlu dibuat di dalam dewan.
Aziz menambah peruntukan yang sama juga ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yakni Perkara 43(2)(a) dan 43(4). Sebab itu, tegasnya, adalah salah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Aziz menjelaskan, “Memang speaker mempunyai kuasa mutlak tetapi ini berhubung dengan keahlian, perjalanan dewan dan seumpamanya. Apa yang berlaku di Perak ialah Speaker Sivakumar mahu proses menunjukkan sokongan itu berlaku sedangkan Pandikar Amin bertindak sebaliknya. Ini menyebabkan peruntukkan perlembagaan, khususnya Perkara 43(2)(a) dan 43(4) tersekat. Itu sebab saya pernah mengatakan bahawa speaker tidak harus menyelamatkan kerajaan dari diuji sokongannya oleh dewan. Apa yang berlaku di Perak betul kerana speaker mahu kerajaan yang ada membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan.”
Tiga hari lalu Pandikar Amin dipetik di dalam media sebagai berkata speaker dewan harus adil dan tidak memihak.
Aziz menambah di sisi perlembagaan, Anwar sebenarnya tidak perlu menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September 2008 kerana Abdullah adalah ketua kerajaan dan bukan ketua dewan.
“Mungkin apa yang Anwar lakukan itu sekadar strategi politik, tetapi ia bukan satu syarat. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai budaya politik yang ganjil dan tidak mesra perlembagaan dan strategi seperti itu perlu,” ujar Aziz. Abdullah bagaimanapun menolak mentah-mentah sidang tersebut. Pandikar Amin juga enggan memberi laluan.
Aziz berpendapat di dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong bertanggung jawab menitahkan sidang kerana isu sokongan majoriti amat penting dan ia adalah nyawa bagi sesebuah kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.
“Pada saya ini selaras dengan kehendak peruntukkan yang berkenaan, khususnya Perkara 43(2)(a), 43(4) dan 55(1) di baca bersama,” tambahnya. Keadaan yang sama wujud di Perak sekarang, kata Aziz.
Beliau berkata “jika sidang DUN tidak dipanggil sukar bagi kerajaan hendak menjalankan pentadbiran; contohnya mendapatkan kelulusan perbelanjaan dan pelbagai urusan rutin yang memerlukan dana yang mesti diluluskan oleh DUN dan sebuah kerajaan yang sah, yakni yang mempunyai dokongan majoriti di dalam dewan.”
Ditanya mengenai perlantikan Dato Dr Zambry Abd. Kadir oleh sultan beliau berkata, “itu tidak mengapa; isunya di sini ialah perlantikan itu perlu dibuktikan benar-benar sah oleh DUN kerana dewan yang mempunyai kata putus sama ada penilaian Sultan itu tentang sokongan majoriti kepada Zambry itu betul atau sebaliknya.”
Aziz berkata sokongan majoriti itu terpakai kepada Zambry dan Mohamad Nizar. Beliau menjelaskan soal sokongan majoriti itu boleh dibangkitkan di dalam dewan bila-bila masa sebagaimana yang biasa dilakukan di United Kingdom umpamanya.
“Katakan Zambry kalah kali ini, beliau boleh lepas ini membawa usul undi tidak percaya terhadap Mohamad Nizar pula kalau beliau berasa sokongan ahli dewan terhadap beliau bertambah. Begitu juga dengan ahli dewan yang lain yang berasa mereka mempunyai sokongan yang cukup. Proses ini dizinkan malah dikehendakki oleh perlembagaan,” tegasnya. Sanggahtoksago
Saturday, February 28, 2009
Friday, February 27, 2009
20 dosa besar Khir Toyo kepada rakyat Selangor ?
ADUN Sg. Panjang yang juga merupakan ketua pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilihat semakin mengarut itu didesak supaya MELETAK JAWATAN SERTA MERTA ekoran terdapat 20 salah laku Khir semasa memegang jawatan MB selangor.
Berikut adalah butiran kes Khir :
1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco."
dari blog pemudaiks
Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal
Harakahdaily
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
Thursday, February 26, 2009
Mat Rempit Umno serang Karpal Singh di Parlimen .
kelulut@telokbakong.com
26.02.09
Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen tengahari tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang ketika ahli violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 sequenceparlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.
Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.
Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.(mkini)
Wah...bukan main lagi pemuda Umno mahu tunjuk garang. Kononnya marah kerana dituduh menghantar peluru kepada karpal singh.
Bagaimana geng rempit ini boleh masuk keparlimen ? dimana pengawal keselamatan ?.
Kenapa mereka begitu marah ?. jika sebelum ini pemuda Pas dan PR dituduh menggunakan molotov cocktail mahu menyerang polis tidak siapa pun pergi membuat kecoh hingga keparlimen !.
Umnolah sebenarnya sarang samseng .Mereka sengaja meniupkan api permusuhan .
Tetapi apabila terkena batang hidung mahu tunjuk hebat .
Sudahlah Pemuda Umno poorahhh....!!!
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
KTB:Samseng Taik Kucenn...
Wednesday, February 25, 2009
KONSPIRASI UMNO : Ibarat kutu boleh diselisik
Kemelut politik negeri perak masih belum reda.Tuduh menuduh , saman menyaman menjadi tugasan rasmi ketika ini. Konflik ini tidak sepatutnya berlaku jika Umno gelojoh dan kemaruk kuasa .
Setelah puas Istana dijadikan perisai menyembunyikan kejahatan mereka PR pula diserang bertubi - tubi .Umno sedar bahawa parti mereka sedang mereput.Sokongan bukan melayu yang begitu merosot kepada BN membuatkan bertindak membabi buta.
Usaha terakhir mereka adalah dengan mengheret pihak istana kononnya tanda taat setia kepada Paduka Sultan .Sebenarnya helah ini adalah muslihat kotor mereka.Segala kesalahan mereka mahu dibebankan kepada Pakatan Rakyat.
Umno yang sudah berusia 63 tahun itu memang licik bermain politik jijik asalkan matlamat tercapai . Kes di Perak adalah jelas ianya adalah konspirasi tertinggi yang dirancang secara halus dan tersusun.
UMNO sengaja mahu melakukan rampasan kuasa kononnya PR sudah hilang majoriti.Dan secara terburu - buru mereka " memaksa " sultan mengiktiraf rejim haram Perak .
Jika difikir secara lojik kenapa tidak mereka menggunakan undi tidak percaya terhadap Ir Nizar pada bulan April nanti . ( jika sudah ada pelompat ?) bukankah itu lebih praktikal ?
Sebenarnya UMNO memang mahukan keadaan huru hara ini supaya mudah mereka memanipulasi berita .
Tapi sayang seribu kali sayang , lain dirancang lain yang menjadi .Harapan UMNO mahu menjadi jaguh membela daulat akhirnya memakan diri. Sebaliknya mereka yang mengelupur mencari jalan mahu menyelesaikan masalah yang dicipta.
Lebih lucu barisan peguam kerajaan haram BN pergi ke London mendapatkan nasihat " nenek" QC ( Queens council ) .Memang sesuai sangatlah UMNO parti sekular pergi mencari ' akar ' mereka .
Kalau tidak berjaya juga nanti bolehlah bertemu Presiden Israel Simon Peres mudah - mudahan dapat petunjuk .
Terkini tentang perbicaraan Nizar vs Zambry kelihatan semakin kusut .
Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.
Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.
Nampak drama 'tempoyak' semakin mendebarkan. Lambat laun pasti tipu muslihat ini akan terbongkar juga .Kebenaran pasti datang kebatilan pasti hilang .
Bak kata peribahasa melayu ' ibarat kutu boleh diselisik ' .
( tipu muslihat atau keburukan walaupun disembunyikan akhirnya akan diketahui orang juga .
**kamus besar bahasa melayu U P & D m/s 648.
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
http://kamarulbiz.blogspot.com
Tuesday, February 24, 2009
Taksubkah Kita Dengan MB Nizar
Situasi terkini di Perak sudah seakan-akan tergantung,ada MB ker tak ada.MB Haram dan Barisan Haramnya langsung tidak berfungsi melainkan kita nampak sambutan majlis biasa dan pergi sembahyang Jumaat jer.Muncul pula dalam rancangan dialog di TV1 menunjukkan perwatakan yang gedik dan syok sendiri.
Imej yang cuba di tonjolkan macam ada tak kena,tak cukup umphh...Inilah akibatnya bertindak terburu-buru mengikut telunjuk nafsu.Kemana pergi sambutan dingin..buat malu kompeni jer.Amat kontra dengan perkembangan MB Perak yang benor Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.Bertambah sokongan semenjak kes rampasan kuasa ini.Syukur alhamdulillah sambutan rakyat jelata amat memberi semangat kepada MB Perak dan Pakatan Rakyat.Rakyat Perak semakin bertambah menerima Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Dato Seri Ir.Nizar yang melangkaui bangsa dan agama.
Makcik teman ketika era reformasi bermula setiap kali sembahyang ada menyelitkan doa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agar sejahtera dalam lindungan Allah s.w.t.Kini bertambah panjang doanya bila sering menyebut nama MB Besor Ir. Nizar agar tabah melalui dugaan dari Tuhan.Tanyalah kebanyakkan rakyat Perak 2 tokoh ini menjadi harapan untuk memajukan Malaysia dan Perak dengan lebih meyakinkan.MB Perak memang untuk Ir.Nizar buat masa kini.Kalau lepas PRU 13 kelak letak orang lain tidak mustahil rakyat Perak mohon sembah derhaka lagi.
Fenomena ini adakah kita terlalu taksub dengan MB Nizar?Adakah Nizar ini maksum tiada cacat celanya?Teman nanye teman jawabnye.Kalau Ir.Nizar maksum itu bukan orang namanya.Kome agak ler ape.Cacat cela tetap ada selagi bergelor manusia,Tuhan jer sempurna kome.Bukan taksub tapi beliau layak mendapat penghormatan dari rakyat!!!
Tapi peratus kelemahan PR sebelas bulan memerintah dengan KERAjaan Haram BN baru merentah 2 3 minggu ni adalah rendah .Udah nampak kearah nak menjahanamkan negeri Perak.Mole2 ni kita nampak jer tukor karpet,lantik penasihat,kejap nak ke England minta nasihat peguam diraja,dah orang komplen nafi pulak...maka berterusanlah tembelang mereka akan terdedah akibat kedangkalan mereka ciptakan sendiri.Pencapaian PR setakat ini amat memuaskan hati banyak pihak.Bacalah laporan ekonomi yang menyatakan Kerajaan PR Perak telah berjaya dalam beberapa aspek pengurusan ekonomi.
Rakyat dah tak suka BN , kulu tak kena keyo tak kena.Sape2 yang masuk Umno tu ibarat tojun dari gotak Bote ayo pulak kering ,ngelupor atas pasyor....
Monday, February 23, 2009
Dalil bergambar rakyat sokong Ir Nizar(MB Wajib hehe) @ Dr Zambry(MB Haram hahaha) ?
Gambor di bawah ni menceritakan segalanya terhadap sokongan rakyat terhadap 2 Menteri Besor satu tajaan Pakatan Rakyat dan satu lagi tajaan BN.Kome kira sendiri..kira bebetui jangan ngelat...Tuhan nampak kalau kome ngecek...
INI Gambo Anjuran UMNO DAN BN
Ini Gambo Anjuran Pakatan Rakyat
gambo oleh sang kelulut
INI Gambo Anjuran UMNO DAN BN
Ini Gambo Anjuran Pakatan Rakyat
gambo oleh sang kelulut
Sekitar Ceramah Di Markaz Pas Titi Gantung
Hadirin yang hadir
Dr. Khairuddin
Ustaz Zulkifli Ibrahim
Pengerusi Majlis En.Rafaei
MB Perak yang sah bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat
Visual ceramah MB Perak sedang diuploadkan.Bloggersnetwork@Perak yang turut hadir adalah MSK,Perisik Rakyat dan Sya Reformis.
Walaupun hujan renyai-renyai namun ia tidak menghalang rakyat hadir ke majlis penerangan isu-isu semasa malam tadi.Terdapat beberapa skrin besar di sedia di dalam dewan untuk kemudahan muslimah.Beberapa cawangan baru PAS telah di buka.Ikutilah video yang bakal menyusul.
Dr. Khairuddin
Ustaz Zulkifli Ibrahim
Pengerusi Majlis En.Rafaei
MB Perak yang sah bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat
Visual ceramah MB Perak sedang diuploadkan.Bloggersnetwork@Perak yang turut hadir adalah MSK,Perisik Rakyat dan Sya Reformis.
Walaupun hujan renyai-renyai namun ia tidak menghalang rakyat hadir ke majlis penerangan isu-isu semasa malam tadi.Terdapat beberapa skrin besar di sedia di dalam dewan untuk kemudahan muslimah.Beberapa cawangan baru PAS telah di buka.Ikutilah video yang bakal menyusul.
Subscribe to:
Posts (Atom)