Friday, June 11, 2010

Jangan Khianat Kepercayaan Masyarakat Islam & Bukan Islam – TGNA



Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,”

Saya rakamkan disini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia – tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata.

Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam.

Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara.

Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno.

Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri.

Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,”"Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam.

- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,Ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS di Putik

Thursday, June 10, 2010

Katak muda masih mengaku AMK ...



Semalam teman dapat sms daripada Faizal Effendi @ Katak Muda. Teman malaih nak tulih pasei dia. Lagipun AMK Perak udah umumkan secara terbuka pasei budak ni. Betui apa yang AMK tu dedahkan. Temanpun pernah diajaknya jadi katak melalui sms. Dia bukan berani belabun secara face to face dengan teman. Cukup teman katakan bahawa kelakunya berubah sejak dia kawin dan bertambah parah setelah hilang jawatan sebagai Ahli Majlis apabila Perak dirampas lanun ...

SMSnya semalam .. 01755341++
A'kum sy mjemput Dato',Datin,Tuan,Puan sekeluarga hadir kemajlis (marhaban) naik buai puteri sulong kami yg akan diadakan 12.06.10 (sabtu) block N,Perumahan awam 2,kg Gajah,Perak (belakang stadium kg.gajah) 11.30pg hga 3ptg..smoga dgn khdiran Dato',Datin,Tuan,Puan dpt myerikan lg majlis kami..sekian dri sy...Faizal Effendi Amk Parit.

Teman ucap tahniahle sebab dapat anak. Takdele teman hajap nak layan smsnye. Tapi tang ujung tu yang teman tak berkenan. Ngape ditulih lagi AMK Parit? Tak maluke mike yang udah jadi pengikut Ezam masih mengaku AMK Parit?

Udah wehhh .. kalo ikut geram, banyak lagi yang teman nak dedahkan pasei budak ni. Tapi udahle. Kepada sesape yang boleh belabun dengan dia, nasihatkan dia jangan guna nama AMK. Gunakanle katak muda lak....
Posted by Mamamat at 8:55 AM
 TBO
Minggu lepas nampak dia kat Shell Kg .Gajah mawak motor cup....gi kedai gayenye...lawak mamat ni

Wednesday, June 9, 2010

Tragedi:Kedai Kulop Ayor Terbakor!!!

Kedai Kulop Ayor terbakor tadi...depan Hospital Changkat Melintang Tiada kemalangan jiwa,maklumat lanjut kan menyusul...

Upadate:

Terbakar Jam 3.00 ptg 9.6.2010.Tiada kemalangan jiwa...Param terbakor badan cket dan di rawat di Speta Changkat Melintang.Punca Kebakaran gas bocor ,pin gasnye tercabut...disambor api dapur satu lagi....


Sesape yang berkesempatan boleh menziarahi Param (Tokeh Kedai ni ler) di Speta Changkat Melintang...

Linkwithin