Saturday, September 27, 2014

Curi Motor Siang Hari Di Telok Bakong

                   Memang mengemparkan,satu kejadian curi motorsikal telah berlaku pada hari Khamis 24 September  yang lalu di Telok Bakong.Kejadian yang berlaku dihadapan pemilik motorsikal dan isterinya itu adalah suatu yang tidak disangka.Pemilik motorsikal telah meletakkan motornya dihadapan rumah dan kemudian berehat dengan isterinya didalam rumah.Tiba tiba seorang pemuda yang menaiki basikal telah mengambil motorsikal tersebut dan meninggalkan basikalnya.Pemuda itu juga sempat melambai kepada pemilik dan isterinya yang terpinga-pinga itu.
                   
                      Kejadian yang serupa ini sudah semakin menjadi tidak asing di kampung, kerana dikawasan kejiranan ini telah belaku kejadian ragut dan curi kereta.Berlakunya peristiwa yang tidak disangka ini telah mencemaskan penduduk terutamanya warga emas.Suatu skim atau mekanisma perlu dibentuk untuk mengekang permasalahan ini.Dirasakan perkara yang melibatkan isu isu keselamatan ini,Pihak Rela atau JPAM boleh memainkan peranan dengan mengaturkan anggota anggota untuk mengadakan rondaan dan kawalan.Anggota anggota ini mestilah diberi elaun seperti yang telah ditetapkan.Skim Rukun Tetangga adalah tidak efektif kerana ianya menjejaskan produktiviti rakyat kerana perlu berjaga malan untuk membuat rondaan dan kawalan.


Thursday, September 25, 2014

Anwar: Pendakwaan sahkan konspirasi penjarakan saya

  KUALA LUMPUR 25 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendakwaan terhadap peguamnya, N Surendran di bawah Akta Hasutan mengesahkan konspirasi untuk memenjarakannya.

Merujuk rayuannya terhadap sabitan kes Fitnah II yang akan didengar di Mahkamah persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, Anwar berkata perkembangan mutakhir menjejaskan haknya untuk mendapat pendengaran yang adil.
anwar1

Menurut Anwar,  kenyataan-kenyataan yang dibuat Surendran kini dijadikan asas pendakwaan jenayah terhadap peguamnya itu.
“Ini jelas dilakukan untuk menakut-nakutkan pasukan pembelaan saya dan menghalang mereka daripada melakukan tugas-tugas profesional serta mencabul hak saya di bawah perlembagaan untuk mendapat khidmat guaman yang baik.
“Sekali lagi saya nyatakan bahawa dakwaan konspirasi adalah salah satu hujah pembelaan saya di mahkamah.
“Pendakwaan-pendakwaan terhadap Surendran ini hanya mengesahkan dakwaan konspirasi terhadap saya dan mengukuhkan kepercayaan bahawa pihak kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memenjarakan saya,” kata Anwar dalam kenyataan medianya hari ini.
Pada 19 dan 28 Ogos lalu, Surendan didakwa sebanyak dua kali di bawah Akta Hasutan. Dakwaan pertama berkaitan kritikannya terhadap keputusan hakim Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat II.
Manakala dakwaan kedua pula berhubung kenyatan media Surendran bahawa wujud satu konspirasi dalam pertuduhan terhadap Anwar.
Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dengan menggunakan jentera kerajaan untuk memastikannya dipenjara.
“Najib Razak melakukan perkara yang sama seperti mentornya, iaitu dengan mengerahkan keseluruhan jentera termasuk media, polis, Peguam Negara dan badan kehakiman untuk memastikan keadilan tidak ditegakkan dan saya dibuang dari persada politik tanah air,” jelas Anwar.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63115

Wednesday, September 24, 2014

15 tahun tunggu, orang kampung bina sendiri jalan..BN Buat Apa??


 
Bayangkan pelajar sekolah rendah yang perlu bangun dinihari, lama sebelum matahari terbit.
Kemudian dengan berjalan kaki mereka merentasi hutan, mendaki bukit, melalui beberapa ladang kelapa sawit dan menyeberangi beberapa sungai menerusi jambatan gantung untuk sampai ke sebuah tempat perhimpunan utama di sebuah sungai yang besar.
Selepas itu mereka perlu pula menaiki bot ke jeti terdekat sebelum berjalan merentasi beberapa lagi ladang kelapa sawit untuk ke sekolah setiap hari.
Inilah yang dihadapi pelajar dari enam kampung di Pitas, Kudat di Sabah kerana jalan yang dijanjikan 15 tahun lalu masih tidak terbina.
Bosan dengan janji kosong, enam penduduk kampung nekad nekad mengeluarkan simpanan mereka sendiri untuk membina sebatang jalan balak.
Projek membina jalan sepanjang 7.5 kilometer itu turut meminta sokongan semangat, publisiti dan derma wang tunai bagi membantu kira-kira 3,000 penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan keluar dari kepompong kemiskinan.
Laman web mereka www.pitasroad.org menyatakan jalan balak tersebut akan menghubungkan enam kampung iaitu – Kampung Dowokon, Kampung Mandamai, Kampung Kobon, Kampung Perupok, Kampung Maliau Pusat and Kampung Maliau Layung – ke pekan Pitas.
Keenam mereka kini sedang galak mendapatkan sokongan dari orang ramai kerana mempunyai peralatan dan tenaga yang amat terbatas, selain tiada pengalaman melakukan pembinaan tersebut .
Menurut laman web itu, penduduk kampung memerlukan kira-kira RM85,000 lagi selepas menggunakan wang simpanan mereka sebanyak RM5,000 menyelenggara sebuah mesin pengorek terpakai, dua buah gergaji berantai dan menyewa sebuah mesin jengkaut berharga RM150 setiap hari bagi membina jalan tersebut.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.
"Saya fikir kesusahan dan kesengsaraan penduduk kampung akan berakhir dan keadaan akan menjadi lebih baik," kata beliau sambil menunjukkan laporan akhbar Daily Express pada 5 Ogos 1999 yang melaporkan "berita baik" tersebut.
Beliau berkata kerajaan memulakan pembinaan Jalan Pitas Pandan Pinapak pada tahun 2000 sebelum berhenti tanpa sebab selepas membina jalan batu sepanjang dua kilometer.
Penduduk enam kampung tersebut kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.
Mereka yang mahu membantu boleh menghubungi komuniti tersebut di emel mereka pgks7@yahoo.com.my atau ikuti perkembangan lanjut di laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/pitasroad .

Laman kempen itu menggunakan slogan “Orang kampung mau bikin jalan raya

Linkwithin