Saturday, March 9, 2013

PRU 13 hanya bila semua dah letih ????



Semalam 8/3/2013 genap 5 tahun berlalu tarikh  Pilhanraya Umum ke 12 , Parti Barisan Nasional (BN) yang memerintah kini menjadi "caretaker government" (kerajaan sementara)  sahaja sehingga berakhir pada 28 April 2013. Ini pada kali pertamanya dalam sejarah Malaysia parti Barisan Nasional (BN) tidak membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh masa lima tahun selepas pilihanraya umum sebelum ini.. Amalan biasa parti BN yang memerintah selama 55 tahun ialah membubarkan parlimen sebelum genap tempoh lima tahun.

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia  Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah memberi "gambaran" pilihanraya umum ke 13 hanya akan diadakan  setelah semua pihak "letih" menunggu dan apabila parti BN telah bersiap sedia. Agaknya sampai kini beliau masih belum letih ..begitu juga parti dari Pakatan Rakyat (PR) pun belum letih lagi   dan parti BN pun belum bersedia. 

Senario semasa politik di Malaysia TBO menjangka PRU ke 13 (pembubaran parlimen)  hanya akan berlaku pada hari-hari terakhir parti BN menjadi kerajaan sementara....sebab BN belum bersedia sepenuhnya dan PR pulak belum "letih" nampaknya.



PRU13: Anwar ramal majoriti minimum 10 kerusi..Tolak Jadi Menteri Kewangan..







Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan majoriti lebih daripada 10 kerusi parlimen dan menguasai sekurang-kurangnya enam daripada 13 negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada hari pertama berkuasa, kerajaan Pakatan Rakyat akan meliberalisasikan lesen akhbar, kata Anwar dalam satu temubual di Kuala Lumpur hari ini.

Dasar utama dalam tempoh 100 hari pertama akan termasuk pendidikan, pembasmian rasuah dan perolehan kerajaan. Tiada hukuman yang akan diambil terhadap pemimpin-pemimpin terdahulu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memecat beliau pada tahun 1998, katanya.

NONE"Saya tidak mahu dianggap terlalu yakin, tetapi saya percaya,
melihat pada trend sekarang, akan dapat majoriti yang selesa," kata ahli politik yang berusia 65 tahun itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April untuk mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari.

Anwar mahu menewaskan kerajaan yang beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dan yang telah mentadbir Malaysia selama 55 tahun.

Mahathir, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada tahun 2003, mengambil alih jawatan menteri kewangan selepas memecat Anwar semasa krisis kewangan Asia.

Perdana menteri selepas itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib, turut memegang portfolio tersebut. Anwar berkata beliau akan menyerahkan tugas itu kepada orang lain jika beliau menjadi perdana menteri.

"Setelah berpengalaman selama lapan tahun sebagai menteri kewangan, saya tahu ia sangat sukar," kata Anwar.
"Anda tidak boleh mempunyai perdana menteri yang juga menjadi menteri kewangan. Anda tidak akan ada masa apabila anda mempunyai masalah forex, berurusan dengan Suruhanjaya Sekuriti. "

Pakatan belum memutuskan siapa yang akan menjadi menteri kewangan serta jawatan Kabinet yang lain, katanya.

Persaingan dalam PRU13 kali ini 'sangat sengit', kata Ibrahim Suffian, seorang penganalisis politik di Merdeka Center for Opinion Research.
"Ini adalah masa yang terkuat untuk pembangkang dalam sejarah," katanya melalui telefon.

Risalah,Buku Dan CD memburukkan Pakatan Rakyat Mula Disebar Oleh Cai


Serangan baru bermula.Dikawasan dun Belanja,baru baru ini beberapa risalah dan CD mula diedarkan dari rumah kerumah diwaktu malam.Dikhabarkan risalah risalah dan CD ini diedarkan pada waktu malam tatkala semua orang sedang enak tidur dengan mengunakan lori.Kenderaan ini akan menyusuri setiap rumah di dalam kampong dan melemparka risalah ke tangga penduduk dan disepanjang jalan dikampung.Material ini ditemui pada pagi hari oleh penduduk semasa mereka mahu pergi bekerja.Menurut seorang penduduk tempatan,material itu di taburkan dari Kampung Layang Layang Kanan hingga lah di Kampung Seputih,Parit Perak.Dalam perkara ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.Namun rakyat sedia maklum semuanya angkara siapa.


Antara lain isi kandungan risalah ialah artikel artikel yang menghentam Pakatan Rakyat.Antara isu nya ialah pemberian Tanah oleh Kerajaan Pakatan Negeri Perak kepada golongan Cina dan India miskin.Menifesto Pakatan Rakyat juga dijadikan modal untuk mengambarkan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah negara.Terdapat juga lakaran lakaran kartun yang memburuk burukan pemimpin Pakatan Rakyat.Kandungan CD pula memaparkan dokumentari mengenai Singapura dibawah pemerintahan PAP.Rencana ini cuba mengambarkan bahawa Malaysia akan di perintah oleh DAP sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.DAP digambarkan akan megikuti jejak langkah PAP dimana keistimewaan orang Melayu akan terhapus.


Terdapat juga buku disertakan.Dapat dikenalpasti bahawa buku tersebut adalah mengenai Timbalan Presiden PAS iaitu Tuan Haji Mohamad Sabu.Tajuk dan isi kandungan buku tidak dapat ditentukan.Sesunguhnya penyebaran material yang sungguh tidak bermoral dan mengandungi tuduhan tuduhan yang liar serta tidak akedemik ini melambangkan ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat dan cuba mengunakan isu isu perkauman untuk memesongkan pemikiran rakyat disamping ugutan dan provokasi yang bertali arus

                   DSAI TURUN PADANG TENGGALA PADA 10 HB MARCH 2013
                                     4.00 PM SILA HADIR BERAMAI RAMAI.....

Friday, March 8, 2013

Bila Anwar Mau Datang ,UMNO Pun Mula Sebok dan Menyebok....Buat Ekspo,Hiburan..

Anwar akan membuat ceramah di Kg Gajah pada 10 March 2013 pada pukul 9.00 malam.Ini lah aturcara penuh lawatan beliau



RALAT;Pindaan Tarikh:10 Mac 2013

Jadual Dan Aturcara:-

4.00pm-6.00pm       - Perjumpaan Rakyat di Padang Tenggala
                                     Minum Teh Tarik Sambil Berderma
                                     Anjuran PKR Ranting Padang Tenggala
                                     Dan Pas Padang Tenggala.
                                   
                                     Kupon bernilai RM 10 boleh dibeli dari ajk yang dilantik
                                     (Kempen Dana PRU) Dapatkan sekarang.TBO juga agen.

7.00pm-8.00pm-         Solat Maghrib dan Tazkirah Dato Seri Anwar
                                      Di Bilik Gerakan Kg Tua
                                      Kg Batu 16 Lambor Kanan
                                      Pengerusi Majlis Oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim ,
                                      Calun Dun Bota.
                                      Anjuran Jentera Pilihanraya DUN Bota
                                      AMK Cabang Parit,AMK Ranting Telok Bakong/Batu 16                                                                      
                                      Sistem Suara Tajaan Oleh Encik Mokhtar Mohamad /TBO
  

8.00pm-8.30pm-        Jamuan Makan Malam Rumah Encik Basharuddin
                                      Kg Batu 16

8.30                    -Dato Seri Anwar berlepas ke Kg Gajah.dan kemudiannya hadiri
                              majlis di Lumut.

                                              ' HIJRAH BOTA '

Menyedari kedatanganDSAI ini akan mendapat sambutan hangat UMNo telah secara 'urgent' telah menganjurkan suatu ekspo hari keluarga di Pekan Kg Gajah.Diberitakan pelbagai tarikan dibuat untuk memecahkan para penduduk dari bertumpu mendengar amanat DSAI.Antara nya ialah cabutan bertuah dan konsert hiburan.Hal yang serupa dilakukan oleh UMNO semasa ceramah DSAI di Kuala Kangsar.Mereka telah mengadakan konsert dangdut berhadapan dengan tapak ceramah DSAI,menyebabkan tumpuan orang ramai terjejas.Ini adalah tanda tanda kejatuhan UMNO dan BN,semakin banyak tipu helah dan da'ayah,semakin hampir UMNO ke lubang kubur.

Msinc-Kadang kadang merasa bersalah kerana menyiarkan sesuatu berita terlalu awal..yang membolehkan pihak musuh mengatur strategi.Namun demi untuk membekalkan rakyat dengan informasi terkini dan benar pihak TBO terpaksa berbuat demikian.

Thursday, March 7, 2013

Bota Meriah..Ibarat Esok Mahu Bubar Dun..Pakatan Rakyat Bersatu Hati Naikkan Bendera

AMK Sedang Bertugas
Besar Punya..
Pakcik Yang Bersemangat Disamping Ketua AMK Parit Sdr. Husin
Ahli PAS Menaikan Bendera Besar Sambil Diperhati Oleh YDP Ustaz Ismi

Wednesday, March 6, 2013

Musuh menyusup melalui Projek IC,Pertahanan Negara Jadi Lemah,Siapa Musuh Sebenar?

JMR ampang (2)

Ulasan TBO pada artikel terdahulu:

            Sebenarnya memberi  kad pengenalan dengan begitu mudah kepada pendatang asing tanpa sebab sebab yang kukuh dan tanpa adanya penyiasatan yang teliti dapat merbahayakan kepada keselamatan negara.Kebanjiran pendatang asing dengan ic segera mereka memudahkan negara asing melakukan pengintipan keatas negara ini.Misalnya kebanjiran pendatang Filipina di Sabah,tambahan mereka diberi kad pengenalan,akan memudahkan mereka melakukan risikan untuk pihak pihak tertentu misalnya lanun atau kumpulan militan.Dengan adanya ic ini mereka boleh melakukan pengintipan dalam masa yang panjang dan teratur.Ini menjadikan sesebuah kawasan senang untuk diserang atau ditawan.

Peristiwa pencerobohan Lahad Datu ini telah membongkar siapa sebenarnya yang merupakan penyebab utama terjadinya peristiwa ini.Apa bila kad pengenalan diberi secara berleluasa mengakibatkan keluar masuk warga asing menjadi tidak  terkawal.Ini akan menghilangkan kedaulatan sesebuah negara.Kedaulatan sesebuah negara banyak bergantung kepada keboleh kawalan terhadap rakyat dan kawasan nya.Kehilangan kawalan terhadap rakyat dan kawasan dianggap merendahkan kedaulatan sesebuah negara.

Msinc-Kalau ketua nya adalah ahli UMNO,pengikut pengikutnya musti juga jadi ahli,dan mungkin ada yang jadi penganas.Cuba kita jejaki identiti setiap penganas..kita akan temui jawapannya..

KUALA LUMPUR 6 MAC: Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.

“Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC.

“Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti mereka sekarang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Ampang Malam tadi.

Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat komersil, Air Asia.
“Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?

“Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya, percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku,” katanya, sinis.
JMR ampang (9)
Beliau juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang politik.
Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban.

“Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa.
“Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai yang lembap, tak tau buat keputusan,” katanya./KeadilanDaily






Anwar: Bukan Nazri yang perlu jamin peralihan kuasa

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mungkin tiada mandat untuk menjamin peralihan kuasa bakal berlaku dengan aman sekiranya BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kami tersentuh dengan jaminan bersungguh Datuk Nazri semalam jika BN kehilangan mandat, mereka akan menyerahkan kuasa dengan aman.

"Namun, saya risau jika Nazri mempunyai mandat untuk memberi jaminan tersebut," katanya yang tetap mengalu-alukan kenyataan Nazri itu.

Katanya lagi, beliau menghargai jaminan yang diberi oleh Nazri, yang disifatkannya sebagai seorang yang budiman.

"Namun, perkara seperti ini perlu datang dari seseorang dan ia (jaminan itu) satu tanggung jawab yang perlu dilaksanakan," katanya, yang dipercayai merujuk kepada jaminan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap menutup 'Persidangan antarabangsa pilihan raya umum Malaysia yang ke-13' di Kuala Lumpur petang tadi.

Jaminan berkenaan disebut Nazri dalam ucapan di persidangan berkenaan semalam.

Katanya, BN tidak akan membentuk kerajaan dengan cara menipu atau membuat tindakan tidak sesuai.
"Bila kami kalah lima negeri, peralihan kuasa berlaku dan tidak ada percubaan untuk mencetuskan kacau bilau atau tidak memberikan kerajaan negeri pada  pembangkang," katanya.

Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno menegaskan BN amat menghormati mandat rakyat untuk memilih parti dan kerajaan yang dikehendaki mereka.-MKMK

Silalah Menginap Di Hana Homestay Demi Ketenangan Fikiran


Hadapan Rumah Yang Akan Diserikan Lagi
Sekiranya anda bertandang dan berniat untuk melancong dinegeri Perak Darul Riduan,terdapat tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Pulau Pangkor,Pasir Salak,Telok Intan,Cameron Highland,Lata Iskandar,Masjid Bukit Chandan dan sebagainya.Tempat tempat pelancungan ini bertaburan diserata negeri Perak yang luas.Sekiranya anda berminat untuk melawat keseluruhan tempat ini,anda terpaksa menginap lama.Oleh itu pihak TBO mengesyorkan kepada anda suatu Home Stay yang strategik dan yang sesuai kerana kedudukannya terletak ditengah tengah negeri Perak.ini menjadikan perjalanan anda kesegenap penjuru negeri akan lebih singkat.

Master Bed Room Yang Selesa Dan Berhawa Dingin



Kemudahan:
       Berdekatan dengan UITM Seri Iskandar/UTP/IKBN/Pejabat Daerah/Balai Polis Bomba
      TLDM,Bangunan Kerajaan,Kemas,Taman Teknologi,Medan Mara,
       3-5 minit dari TESCO /KFC /Bank Islam/Petronas(akan dibuka Billion dan Maiden)
       35 minit sahaja ke Bandaraya Ipoh. 

Ruangan Hadapan Yang Santai Dan Berhawa Dingin
Kemudahan untuk Memasak

Homestay:
  •  3 bilik 2 bilik air
  •  Penyaman Udara di ruang tamu dan bilik utama
  • Dapur disediakan untuk memasak
  • Disediakan Peti Ais /Seterika /Tuala /TV / Telekung & Sejadah / Pembakar Roti/ Pemanas Air/ Alatan dapur  yang lengkap
Tandas Yang Menarik Dan Bersih


Alamat:

Hana Homestay

No 19, Jalan Bandar Universiti 12

Bandar Universiti Seri Iskandar

32610 Seri Iskandar

Hp No: 012- 5815227 (Hjh.Norhana)
             012- 5759678 (Hjh.Norsiah)
Sewa: RM 150/hari


Bilangan Katil Yang Banyak Sesuai Untuk Mereka Yang Berkeluarga Besar


Tuesday, March 5, 2013

Penduduk Dipaksa Turunkan Bendera..Dimanakah Demokrasi Di Negara ini..

Gambar Hiasan (Markas Pas Padang Tenggala Bota Perak)
Seorang penduduk Telok Bakong telah ditegur oleh seorang ketua kampung kerana menaikan bendera Pakatan Rakyat di halaman rumahnya.Walaupun teguran itu tidak dinyatakan secara terus,ianya disampaikan melalui seseorang,ianya dianggap serius dan berat.Ianya bercanggah dengan prinsip prinsip demokrasi yang menekankan kebebasan bersuara,kebebasan untuk menyatakan pendapat dan kebebasan untuk membuat pilihan kepada parti parti yang bertanding.

Paling menghairankan  ialah teguran itu dilakukan oleh ketua kampung bersebelahan dan bukannya ketua kampung Telok Bakong sendiri.Ini menimbulkan persoalan,apakah kuasa ketua kampong boleh menjangkau ke kampung bersebelahan.Didalam soal kebebasan hak hak manusia didalam sistem demokrasi,ketua kampung tiada hak untuk menentukan siapa yang patut disokong oleh penduduk kampung.Sekiranya ada ketua kampung yang berbuat demikian,perkara ini boleh dilapurkan kepada SPR dan badan badan hak asasi.

Kemungkinan kemungkinan boikot oleh sebilangan kecil ahli ahli umno keatas keluarga berkenaan adalah besar.Mereka berserah kepada ketentuan Allah.Sesungguhnya segala rezeki adalah dari Allah.Tuhan merahmati orang yang sentiasa memperjuangkan kebenaran dan keadilan.Sedarlah doa orang yang dizalimi sentiasa diperkenankan Tuhan.

Monday, March 4, 2013

Anwar Nafi Kaitan Dengan Penceroboh Sabah



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan kes pencerobohan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang mengakibatkan 14 orang terbunuh, dua daripadanya anggota polis pada Jumaat lalu di Lahad Datu, Sabah.

Dengan nada kecewa, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua organisasi media milik Umno, Utusan Malaysia dan TV3 atas dakwaan itu.

Ketika ditanya wartawan adakah beliau pernah bertemu dengan mana-mana ahli Kesultanan Sulu sehingga membawa mereka untuk menuntut Sabah atau menceroboh sempadan negara, Anwar menjawab: "Tidak. Tidak."

"Walaupun saya bertemu (mereka), apakah isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro, Al Haj Murad Ebrahim atau Nor Misuari?" katanya selepas berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

"Apa yang penting ialah, adakah terdapat mana-mana perbincangan atau kebenaran (dari saya) untuk pemberontakan atau pencerobohan di lakukan kepada sempadan kita?

"Malah, saya tidak ada kena mengena (dengan perkara itu). Kenyataan yang hanya saya katakan ialah: bertanya kepada mereka (kerajaan) untuk menjelaskan mengapa sempadan kita longgar, (dan) mengapa mereka mengambil masa yang lama (untuk ambil tindakan) yang mana saya fikir pihak keselamatan Malaysia tidak boleh bertolak ansur," katanya.

Sunday, March 3, 2013

Veteran Umno Insaf Kepada Perjuangan Sebenar Insan..Kini Sokong Parti Islam

Puan Zaharah bt Yeop Abd Jalil adalah seorang warga emas berusia kira kira 80 tahun.Mengimbasi perjuangan zaman mudanya,dia kelihatan begitu bersemangat untuk menceritakan kepada generasi muda yang dewasa ini kelihatannya jelas berjuang menentang habis-habisan pemerintahan kronisme dan korap UMNO/BN.Beliau dalam penyampaian yang penuh petah dan tenang telah menceritakan secebis pengalaman yang kiranya dapat dikongsikan bersama.

Paling diingati ialah bagaimana beliau berjuang didalam Umno dibawah kepimpinan Puan Halimaton Saadiah dan Puan Fatimah iaitu pemimpin wanita yang berasal dari Kg Baru.Jelas kelihatan perjuangan dimasa itu banyak memerlukan pengorbanan ahli ahli.Kutipan derma dipungut untuk mengerakkan Parti yang tidak mempunyai dana.Ada berlaku dimana wanita wanita ini mendermakan barang kemas sendiri untuk perbelanjaan parti.Beliau turut mengingati bagaimana bersama sama kepimpinan Umno pada masa ini melakukan penjelajahan kesetiap kampung di Negeri Sembilan untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan Malayan Union.


Sebagai peringatan Puan Zaharah turut membuat perbandingan Umno dahulu dan Umno sekarang.Menurut beliau Umno sekarang terutamanya UMNO Baru banyak melakukan penyimpangan dari perjuangan UMNO di zaman Dato Onn.Zaman ini, UMNO digunakan untuk mendapatkan projek dan sumber kewangan.Pemimpin bertanding kerana gilakan kuasa dan bukannya untuk perjuangan membela rakyat jelata.Perebutan kepimpinan berlaku kerana masing masing ingin membolot kekayaan hasil manipulasi keatas kuasa.Umno bukan lagi dijadikan landasan atau kesatuan perjuangan untuk memaju dan mensejahterakan negara,sebaliknya UMNO digunakan untuk kepentingan kroni serta pengikut pengikut mereka.


Mengenang detik manis beliau bersama berjuang dengan Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman Al-Haj mengistiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada Ogos 1957,kini beliau berpendapat perjuangan UMNO bukanlah landasan sebenar.Perjuangan Kebangsaan bukanlah matlamat sebenar kehidupan dan matlamat UMNO adalah terpesong dari matlamat kehidupan seseorang insan.

Perjuangan sebenar ialah menegakkan hukum hukum Allah dimuka bumi,dan manusia berkewajiban patuh pada segala larangan dan suruhan Tuhan.Penglibatan politik adalah diperlukan untuk mendekatkan insan kepada Tuhan pencipta alam.Oleh itu beliau berpendapat menyokong kepada parti politik yang bersungguh sungguh untuk menjuangkan Islam adalah penting didalam mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat."Kehidupan" sebenar untuk setiap orang Islam ialah alam akhirat,alam yang kekal abadi.Duniawi ini haruslah dijadikan landasan untuk kehidupan yang baik dialam akhirat.   

Linkwithin