Anwar: Bukan Nazri yang perlu jamin peralihan kuasa
Ketua
pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mungkin tiada mandat untuk
menjamin peralihan kuasa bakal berlaku dengan aman sekiranya BN kalah
dalam pilihan raya umum akan datang."Kami tersentuh dengan jaminan bersungguh Datuk Nazri semalam jika BN kehilangan mandat, mereka akan menyerahkan kuasa dengan aman.
"Namun, saya risau jika Nazri mempunyai mandat untuk memberi jaminan tersebut," katanya yang tetap mengalu-alukan kenyataan Nazri itu.
Katanya lagi, beliau menghargai jaminan yang diberi oleh Nazri, yang disifatkannya sebagai seorang yang budiman.
"Namun, perkara seperti ini perlu datang dari seseorang dan ia (jaminan itu) satu tanggung jawab yang perlu dilaksanakan," katanya, yang dipercayai merujuk kepada jaminan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap menutup 'Persidangan antarabangsa pilihan raya umum Malaysia yang ke-13' di Kuala Lumpur petang tadi.
Jaminan berkenaan disebut Nazri dalam ucapan di persidangan berkenaan semalam.
Katanya, BN tidak akan membentuk kerajaan dengan cara menipu atau membuat tindakan tidak sesuai.
"Bila kami kalah lima negeri, peralihan kuasa berlaku dan tidak ada percubaan untuk mencetuskan kacau bilau atau tidak memberikan kerajaan negeri pada pembangkang," katanya.
Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno menegaskan BN amat menghormati mandat rakyat untuk memilih parti dan kerajaan yang dikehendaki mereka.-MKMK
No comments:
Post a Comment