Tuesday, September 2, 2014

'Saya sedia pertahan Unit Amal dengan nyawa'

 

Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau bersedia mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan anggota Unit Amal parti tersebut dari sebarang tindakan kezaliman.

Badan kebajikan itu dibimbanginya akan menerima nasib sama seperti Pasukan Peronda Sukarelawan Pulau Pinang (PPS).

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.

Katanya lagi, beliau juga bersedia untuk memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertubuhan tersebut.

 "Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," katanya lagi.

Jelasnya, fungsi Unit Amal parti itu adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum.-MKini.

Linkwithin