Thursday, January 31, 2013

Video klip Libanglibu terbitan Roketkini.com dalam proses

Setelah selesai proses rakaman untuk lagu Lembu Rakus di Kota Damansara kini proses editing video klip sedang berlangsung.Tunggu bakal di pasarkan oleh penganjur Konsert Pesta Lagu Jalanan Roketkini.com.

Libanglibu jua dalam proses menyiapkan lagu lagu terbaru.Tunggu!!

ITO BLUES GANG DI BANDAR SIDEC SERI ISKANDAR 2HB FEB 2013


                    ITO BLUES GANG DI BANDAR SIDEC SERI ISKANDAR 

                                                   Tarikh: 2HB FEB 2013 

                                                      Pada: 9.00 malam

                                         Tempat: SS SATAY BANDAR SIDEC SERI ISKANDAR
                                                          (HADAPAN DERETAN KEDAI )

      TURUT SERTA :SHAMSUL ISKANDAR (KETUA AMK MALAYSIA)
                                    USTAZ ZULKIFLY IBRAHIM (CALUN DUN BOTA)

                                      " SKETSA  DAN BAND ANAK MUDA"

                    MARILAH DATANG BERAMAI RAMAI .PASTI MENGHIBURKAN

Wednesday, January 30, 2013

Ustaz Nasha.. Selamat Tinggal PAS.????


Khabarnya pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura PAS, badan tertinggi yang mengawal selia polisi  PAS disahkan oleh kesemua Ahli Majlis Syura PAS.Alasan pemecatan  beliau adalah kerana sering tidak menghadiri mesyuarat Majlis Syura PAS dan bertindak tidak mengutamakan Jemaah PAS dalam tindak tanduk beliau.

Selepas dipilih oleh perwakilan muktamar Nasha segera mengutarakan idea nya untuk melakukan transformasi  kepada jemaah PAS maka slogan  "rebranding" dan "repackaging" PAS agar lebih dinamik dilontarkan . Setelah sepenggal terpilih idea beliau hanya tinggal cakap-cakap sahaja..apa yang beliau buat.?.Akhirnya dalam pemilihan AJK PAS Pusat berikutnya beliau kecundang

Kawasan parlimen Bachok (YB Nasharuddin Mat Isa selaku Ahli Parlimen)juga dikhabarkan telah tidak beliau ambil perhatian pun..malah diberitakan ditegur pun dah tak mahu ambil peduli..dimana silapnya..bekas Timbalan Presiden PAS juga selaku Ahli Majlis Syura PAS bertindak sedemikian rupa.Adakah pujukan dan rayuan dunia telah menambat hati beliau atau memang UMNO sahaja yang molek dan bagus di mata beliau. Allahu'alam..Apa pun tindakan Majlis Syura PAS Pusat memecat keahlian beliau dalam badan tertinggi PAS Pusat wajar dipuji walaupun sedikit terlambat.

Telok Bakong online seperti juga penyokong dan mereka yang pro kepada PAS  telah lama mendesak agar beliau dipecat dari Majlis Syura PAS Pusat atas beberapa sebab  yang telah kami utarakan sebelum ini. Wahai pimpinan PR belajarlah  dari peristiwa ini..semoga ada hikmahnya atas  berlaku peristiwa ini. Kepada ustaz Nasha , semoga  peristiwa ini menjadikan beliau lebih istiqamah dengan PAS dan perjuangan Islam, tetapi kalau nak ikut jejak  Ustaz Nakhaei Ahmad, Dr. Mashitah Ibrahim dan lain-lain pemuka agama dalam UMNO pun dipersilakan.

Allah Maha mengetahui.


Barisan Nasional dah mula berkempen

Bahang panas nya PRU 13 semakin terasa..Dato' Raja Nong Chik  Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional telah memulakan kempen tidak rasmi kepada para pengundi di Parlimen Lembah Lembah Pantai (P121) yang kini diwakili  oleh Yang Berhormat  Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar, dengan menghantar kad ucapan tahun baru 2013 beserta butiran pengundi dan tempat mengundi kepada bakal pengundi. Rajin Raja Nong Chik berkempen awal-awal lagi di Lembah Pantai, dah pasti beliau terpilih sebagai calon UMNO (BN) agaknya.

Tuesday, January 29, 2013

Ramai Spy Spy Didalam PAS Dan PKR..Waspada..


                       Cuma mahu mengingatkan.Umno memang banyak menempatkan spy spy nya didalam parti parti Pakatan Rakyat.Matlamat utama pengintip pengintip politik ialah untuk mendapatkan maklumat dan bertujuan untuk memecahbelahkan para pengikut dengan kaedah kaedah tertentu.Hal ini dapat diterangkan dengan peristiwa perlompatan ke UMNO dan perbuatan ahli dan pemimpin yang bercanggah dengan polisi polisi parti.

                        Umno sememangnya telah telah menghantar ramai pengintip pengintipnya kedalam organisasi parti dalam Pakatan.Telah diketahui umum dalam hampir setiap ceramah parti pasti akan ada pengintip umno menyelusup untuk mendapatkan maklumat.Ada juga dari Risik Tentera dan Polis.Untuk melawan musuh,Umno sememangnya perlu untuk mengetahui kekuatan dan isu isu yang diutarakan.Perkara ini adalah biasa dilakukan oleh parti parti politik,namun mengunakan kakitangan kerajaan untuk tujuan tujuan politik adalah salah dari segi undang undang negara.


                       Tetapi yang paling merbahaya ialah terdapat nya pengintip Umno yang berjaya menyusup sehingga termasuk dalam pimpinan parti,dan sesetengahnya bertanding diatas tiket PR.Perkara ini harus dipandang serius dan diadakan langkah langkah pencegahan.Setiap calon yang bertanding haruslah melaui tapisan yang ketat.Disaat akhir sebelum PRU 13 ini dijangkakan banyak perkara perkara yang mengemparkan akan berlaku.Adalah dipercayai dilakukan oleh pengintip pengintip ini.Waspada

Msinc-Biasanya spy spy ini boleh dikenali melalui tindakan tindakan yang tidak selaras dengan pucuk pimpinan,cuba memecahbelah ahli ahli serta memburuk burukkan parti lain dalam PR sehingga menimbulkan perasaan anti dikalangan ahli kepada parti itu.Spy ini juga boleh dipastikan melalui anugerah tanah atau lain lain harta oleh kerajaan UMNO/BN.Adakah orang orang yang bercirikan sedemikian dikalangan anda?.

Sunday, January 27, 2013

Masih Ramai Lagi Spy Umno Dalam PKR Dan Pas..Tolong Hati Hati.


                       Cuma mahu mengingatkan.Umno memang banyak menempatkan spy spy nya didalam parti parti Pakatan Rakyat.Matlamat utama pengintip pengintip politik ialah untuk mendapatkan maklumat dan bertujuan untuk memecahbelahkan para pengikut dengan kaedah kaedah tertentu.Hal ini dapat diterangkan dengan peristiwa perlompatan ke UMNO dan perbuatan ahli dan pemimpin yang bercanggah dengan polisi polisi parti.

                        Umno sememangnya telah telah menghantar ramai pengintip pengintipnya kedalam organisasi parti dalam Pakatan.Telah diketahui umum dalam hampir setiap ceramah parti pasti akan ada pengintip umno menyelusup untuk mendapatkan maklumat.Ada juga dari Risik Tentera dan Polis.Untuk melawan musuh,Umno sememangnya perlu untuk mengetahui kekuatan dan isu isu yang diutarakan.Perkara ini adalah biasa dilakukan oleh parti parti politik,namun mengunakan kakitangan kerajaan untuk tujuan tujuan politik adalah salah dari segi undang undang negara.


                       Tetapi yang paling merbahaya ialah terdapat nya pengintip Umno yang berjaya menyusup sehingga termasuk dalam pimpinan parti,dan sesetengahnya bertanding diatas tiket PR.Perkara ini harus dipandang serius dan diadakan langkah langkah pencegahan.Setiap calon yang bertanding haruslah melaui tapisan yang ketat.Disaat akhir sebelum PRU 13 ini dijangkakan banyak perkara perkara yang mengemparkan akan berlaku.Adalah dipercayai dilakukan oleh pengintip pengintip ini.Waspada.

Linkwithin