Bekas
presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Hata Wahari
menyeru wartawan, editor dan pemilik media memboikot daripada membuat
liputan program kerajaan dan pemimpinnya sebagai reaksi kepada
penggantungan The Heat semalam.
"Saya ingin menyoal semua wartawan di Malaysia ini, sampai bila kita hendak membiarkan perkara ini berlaku dan adakah kita seperti selalu hanya melihat dan melaporkan sahaja perkara ini berlaku.
"Mari kita bersama-sama bersatu hati membuat demonstrasi besar-besaran di mana kita memilih satu hari untuk tidak membuat liputan, kita kosongkan media-media atas talian, letakkan warna hitam dalam media atas talian, akhbar dan pelbagai lagi media.
"Mari kita berdemonstrasi di hadapan pejabat perdana menteri, Putrajaya untuk menyatakan bantahan kita terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Hata, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu menyifatkan penggantungan permit The Heat itu sebagai satu lagi sejarah hitam dalam dunia kewartawanan Malaysia.
Katanya, rekod kebebasan media yang teruk telah menyaksikan banyak akhbar mengalami masalah termasuk digantung permit kerana menyiarkan berita, rencana dan pelbagai lagi penulisan yang menegur kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.
Menurutnya lagi, walaupun itu merupakan tugas utama akhbar serta wartawan, insiden berkaitan tetap berlaku.
"Saya boleh memberi (cadangan) lagi tindakan-tindakan yang ekstrem tetapi saya percaya tidak ramai wartawan yang sanggup melakukannya, kerana saya percaya wartawan-wartawan di Malayia ini merupakan wartawan dunia ketiga yang tidak sanggup berkorban untuk memperjuangkan nilai-nilai kewartawanan dan kebebasan media," katanya.
Hata, wakil Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Malaysia turut berkata beliau telah menyerahkan laporan mengenai hal ini kepada badan pemantau kebebasan media yang berpangkalan di Paris itu.
Hata sebelum ini dipecat daripada Utusan ketika memegang jawatan presiden NUJ pada 2011 kerana lantang bersuara menentang majikannya.-MK