Thursday, June 18, 2015

11 aktivis antikerajaan BN dapat pengampunan




Perak Sultan Sultan Nazrin Shah telah memberi pengampunan diraja ke atas 11 aktivis yang telah dihukum penjara kerana membantah peralihan kuasa di negeri itu pada tahun 2009.


Perkara itu diumumkan oleh Nashita Md Noor, isteri Bad Latif Mansor yang merupakan antara aktivis yang dihukum penjara.

"Saya bagi pihak ahli keluarga OKZ11 (11 'orang kena zalim') yang masih terpenjara di balik tembok besi Penjara Tapah (ketika ini) ingin mengumumkan bahawa kesemua mereka telah mendapat pengampunan dari Sultan Perak dan Lembaga Pengampunan Perak.

"Peruntukan Pengampunan sempena Ramadhan dan Aidilfitri," katanya dalam satu catatan di Facebook awal pagi ini.

Beliau berkata permohonan untuk pengampunan diraja itu dibuat oleh para isteri aktivis yang dihukum penjara itu.

Nashita berkata arahan untuk membebaskan 11 aktivis berkenaan telah pun disampaikan kepada pihak penjara Tapah.

Bagaimanapun, katanya, mereka masih menunggu panggilan dari pihak pencara mengenai perkara itu.

"Kemungkinan mereka akan dibebaskan lewat petang nanti," katanya.
MKini

Tuesday, June 16, 2015

Pannaassss..MESSAGE FOR MALASYSIANS Respon Tengku Ismail Pada Tindakan Nazri


Just to share respond fr Tunku Ismail on Nazri's comment

Jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.
Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri.

Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?
Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.
Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.
Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia.

Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.
Bertanggungjawab pada Allah
Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing.
Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur.
Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka.
Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.
Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang.

Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Bukan tumbangkan kerajaan

Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.
Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka.
Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka.

Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.
Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB dan isu-isu nasional yang lain.

Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

BRIGADIER JENERAL TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM 
Tunku Mahkota Johor. 

Kenyataan ini disiarkan pertama kali di Facebook Johor Southern Tigers dengan judul “Mesej untuk rakyat Malaysia”.

 Msinc -Sudah sampai masanya Kesultanan Melayu untuk turun menolong dan membantu Rakyat yang telah sekian lamanya ditindas oleh pemerintahan UMNO.Kesultanan Melayu adalah terikat dengan Perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Sultan dan Rakyat mustilah saling bantu membantu bagi memgekalkan kelangsungan.

Linkwithin