Bila baca temuramah Hj. Hadi dalam Star Mel, aku rasa keadaan semakin hot.
Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan di London gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitnah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?
Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.
Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya.Di Putik semalam pun Hj. Hadi Awang ngan Nasha pun boikot juga.TG Nik Aziz lebih matang berpolitik.Husam Musa pun pandai sesuaikan diri.Perlukah Hadi memperingatkan jumlah kerusi yang di menangi PAS,DAP dan PKR.Menunjukkan bahawa dialah yang harus jadi ketua Pakatan Rakyat apabila mengatakan tiada ketua dalam Pakatan Rakyat.
Aku bukan anti Pas tapi tapi macam Tarmizi Mat Jam {SanggahTokSago} tak suka DSAI macam tu lah aku tak suka Hj Hadi.Tak suka tapi sayang.Hj . Hadi ada kelebihan dia sendiri,tapi agak kasar terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat.Banyak perbuatan dan tuturkata yang menyinggung rakan dan pendokong Pakatan Rakyat.PKR ,PAS dan DAP saling memerlu,jangan abaikan peluang di depan mata.
Kalau Hj. Hadi & Geng nak join Umno ke, nak join Najib ke,lantak ler. Sebelum menang dulu, kome minta undi untuk menang. La ni dah menang sikit pun kome tak tau macam mana nak uruskan kemenangan.TG Nik Aziz di harapkan dapat menasihati TG Hadi Awang.Kalau tak makan nasihat,ambil jawatan Presiden PAS dari dia.Atau pun suruh Husam Musa bertanding lawan Hadi.Pas akan erbelah dua pro TG Nik Aziz dan TG Hadi.Aku rasa makin ramai masuk PAS lau Presidennya lebih codek macam TG Nik Aziz.Kemasukan ramai dalam PKR mungkin menyebabkan TG . Hadi tersisih.
Hidup Pas di Bwah TG Nik Aziz!!!Reformasi!!!
Saturday, July 12, 2008
MB Perak nafi wujudnya 'Perjanjian Pangkor II'
IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan beliau telah menandatangani apa yang didakwa sebagai 'Perjanjian Pangkor II' dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang menteri besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam.
Ketika membuat penafian itu pada satu sidang akhbar khas di pejabatnya di sini, Mohammad Nizar menyifat dakwaan itu sebagai satu tohmahan yang tidak berasas sama sekali.
"Saya boleh katakan setiap kali dalam mesyuarat exco (kerajaan negeri), mana-mana isu berkenaan pentadbiran Islam memang tidak pernah dikomen oleh DAP atau Parti Keadilan Rakyat.
"Bahkan kami telah membuat persetujuan bahawa seluruh ahli dewan undangan negeri dan seluruh ahli mesyuarat negeri (exco) berpegang kepada peruntukan-peruntukan yang ada dalam perlembagaan negara berkenaan dengan keistimewaan hak-hak agama Islam sebagai agama rasmi. Kita juga berpegang kepada kedudukan Islam dalam Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri," katanya.
Mohammad Nizar mengulas laporan akhbar Ahad lepas yang memetik abangnya, Fadhil Jamaluddin, sebagai berkata bahawa beliau tidak layak menjadi menteri besar kerana telah menandatangani Perjanjian Pangkor II dengan DAP yang kononnya turut melarang menteri besar daripada menyebut manamana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain.
Beliau berkata sesiapa yang mempercayai dakwaan itu adalah mereka yang tidak mempunyai maklumat dan berfikiran singkat.
Mohammad Nizar berkata abangnya itu berkemungkinan telah dipergunakan oleh pihakpihak tertentu bagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Saya tidak menyalahkan abang saya. Sebagai adik saya tetap menghormati beliau," katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menambah bilangan ahli majlis mesyuarat pihak berkuasa tempatan kaum India daripada 48 orang kepada 60 orang seperti yang diminta oleh Hindraf dalam memorandum yang diserahkan semalam kepada pejabat Menteri Besar, Mohammad Nizar berkata buat masa ini tiada penambahan ahli akan dibuat kerana tempat untuk ahli majlis adalah terhad dan penambahan ahli harus menggunakan wang kerajaan negeri.
"Prestasi ahli majlis yang ada sekarang akan dinilai dalam masa enam bulan hingga hujung tahun ini dan ahli majlis yang tidak menunjukkan pencapaian memuaskan akan diganti oleh ahli dari mana-mana golongan yang layak tanpa mengira kaum," katanya.

Friday, July 11, 2008
Dakwaan terhadap Anwar, Pemuda Keluar Umno sertai KeADILan
SEREMBAN, 11 Julai (SK)- Kira-kira 10,000 orang malam tadi menyaksikan pengistiharan S.Muliadi Sabtu, Naib Ketua Pemuda salah satu Cawangan Taman Widuri di Rembau keluar dari parti berkenaan dan menyertai KeADILan di Dataran Muhibbah, Kampung Ismail, Ampangan disini.
Dalam simbolik keluar Umno, beliau yang turut disaksikan oleh Ketua Umum Anwar Ibrahim, berkata tindakan untuk memfitnah Anwar kali kedua adalah konspirasi yang tidak dapat diterima rakyat.
Muliadi turut membuka baju Umno yang dipakai beliau, seterusnya mencapakan kad keahlian Umno dan baju beliau.
Seterusnya, beliau disarongkan baju Angkatan Muda KeADILan (AMK) oleh Anwar Ibrahim sebagai simbolik penyertaan beliau ke KeADILan.

Thursday, July 10, 2008
Pembangkang ‘Gagal’ di Sidang DUN Perak
Ketua Pembangkang Dari UMNO Bang Tajol Rosli
Usaha pembangkang diketuai mantan Menteri Besar Dato Seri Tajol Rosli Ghazali untuk menguji dan “memporak - perandakan” persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan tidak kecapaian.
Persidangan selama empat hari itu banyak diisi dengan “gertakan” dan usaha untuk melemahkan semangat bersuara para Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat diketuai Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin. Bagaimanapun “celahan dan persendaan” itu tidak mendatangkan hasil atau menggugat persidangan, malahan menjadi bahan gelak ketawa orang ramai.
“Dulu lain, sekarang lain,” bertepatan untuk mengambarkan sikap 28 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional pada persidangan ini yang baru pertamakali belajar menjadi pembangkang. Bagaimanapun mereka berjaya menjadi pembangkang jika melihatkan pada karenah mereka yang kerjanya sentiasa membangkang tanpa mendengar apa jua penjelasan kerajaan negeri.
Kalau hendak diambilkira, apa yang dituturkatakan pembangkang junior (walaupun Tajol sudah lebih 30 tahun menjadi wakil rakyat) itu lebih bersifat retorik, umpama memukul tin-tin kosong … yang kuat bunyinya tetapi tidak mempunyai isi pati yang konkrit. Mungkin terasa kejanggalannya bagi mereka yang puluhan tahun menjadi pemerintah dan kini menjadi pembangkang.
Benarlah, persidangan dewan undangan kali ini lebih bersifat medan “membangkitkan kemarahan” dan meluahkan “kebongkakan” pembangkang kerana gagal memenangi hati rakyat pada pilihan raya ke 12 lepas.
Pada hari permulaan, terpacul beberapa patah perkataan luahan kecewa Tajol yang ternyata masih belum dapat menerima kenyataan bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar. Ketika meminta penjelasan atau bertanya Tajol kerapkali berkata ”Kalaulah saya menjadi Menteri Besar” …. dan ”Semasa saya menjadi Menteri Besar…” . Walhal tentunya beliau sedar bahawa beliau sekadar mantan Menteri Besar.
Pembangkang menggunakan sepenuhnya ruang dan kesempatan dalam dewan undangan negeri untuk membangkitkan unsur-unsur yang retorik yang tidak mendatangkan hasil kecuali untuk menghina dan mendabik dada bahawa merekalah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang berpengalaman.
Sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri, pembangkang menimbulkan isu yang remeh temeh dengan hasrat menguji kewibawaan Yang Dipertua Dewan V Sivakumar dan juga Menteri Besar Perak Dato Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin.
Pada hari ketiga pula menyaksikan 28 ahli Dewan Undangan Negeri BN bertindak keluar dari persidangan diketuai Dato Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) ekoran tindakan Sivakumar tidak memberi laluan kepada Dato Seri Raja Ahmad Zainudin Raja Omar (BN-Kubu Gajah) berucap. Insiden ini kononnya kerana Sivakumar tidak menepati janji (sehari sebelumnya Raja Ahmad menolak untuk berucap walaupun diberi kebenaran).
Semua ini adalah gara-gara mencari publisiti murahan, kata Sivakumar.
Pembangkang dikepalai Tajol, Raja Ahmad dan Zamberi (BN-Pangkor) merupakan rangkaian tekong yang sedaya upaya cuba mencari helah dan jalan mudah untuk menarik perhatian ramai. Bagaimanapun usaha mereka gagal.

Harga petrol di Singapura turun RM 9 sen seliter,Malaysia tak reti ker?
Harga petrol di Singapura turun RM9 sen seliter
SYARIKAT minyak di Singapura mengurangkan harga petrol sebanyak S$0.04 sen (RM0.09 sen) seliter untuk menggambarkan situasi pasaran semasa.
Syarikat Petroleum Singapura Limited (SPC) mengumumkan semalam bahawa harga untuk tiga gred minyak yang dijual di stesen minyak negara itu mula diturunkan pada pukul 3 petang.
Beberapa syarikat minyak yang lain iaitu Shell, Exxon-Mobile dan Caltex mula mengurangkan harga jualan minyak sejak pagi semalam.
Harga petrol baru tanpa diskaun di stesen minyak kini adalah S$2.32 (RM5.53) seliter untuk gred 98-oktana, S$2.246 (RM5.356) seliter untuk gred 95-oktana tanpa plumbum dan S$2.213 (RM5.276) satu liter untuk gred 92-oktana tanpa plumbum.
Diesel yang kini dijual pada S$2.033 (RM4.77) seliter tidak terjejas dengan perubahan itu.
Pada Sabtu lalu, keempat-empat syarikat minyak di negara itu menaikkan harga petrol sebanyak S$0.05 sen (RM0.12 sen) seliter.
Harga minyak dunia jatuh lebih AS$5 (RM16.22) kepada AS$136 (RM441.27) setong kelmarin selepas kelembapan ekonomi dunia dilaporkan memberi kesan terhadap permintaan

Anwar Vs Shabery Cheek?Realiti Atau Fantasi?
Siaran langsung debat Anwar VS Shabrey di Astro Awani Dan TV3
Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada malam 15 Julai ini anjuran www.Agendadaily.com akan disiarkan secara langsung oleh TV3 selaku penyiar rasmi.Debat itu juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.Difahamkan kemudiannya RTM1 akan buat siaran tertunda debat berkenaan.Hanya 200 orang saja - 100 orang jemputan penganjur,50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.
Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak .Kalau menjadi kenyataan Pihak TBO akan merakamkan isu penting ini demi semua yang melayari TBO.Kalau tak jadi pihak yang mengusulkan isu debat ini harus meletakkan jawatan!!!Hidup DSAI,kalau dah dijelaskan nanti baru rakyat tahu ,kalau BN cedok idea tu nanti baik lah semua rakyat Malaysia pindah jer ker Pakatan Rakyat!!

Dato Seri Anwar isu Bala,Sumpah,Konspirasi Saiful dan lain lain isu relevan
Dato Seri Anwar Ibrahim telah berkesempatan melawat ke Changkat Jering dan memberikan ceramah penjelasan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping semalam, 5hb Julai 2008.Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 5000 orang.Antara isu yang diperjelas dan diulas oleh beliau ialah isu akuan Bala,konspirasi Saiful dan Najib,debat,pertuduhan sebagai perisik Amerika,sumpah dan lain-lain isu politik yang relevan dengan keadaan semasa.Ucapan beliau ini mendapat liputan yang luas dari media luar negara seperti Al Jazeera dan media tempatan.Sesungguhnya ucapan beliau ini amat bermakna untuk menerangkan dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN yang begitu kreatif menindas rakyat jelata demi kepentingan politik dan materalistik.Kesedaran dan pemahaman yang mendalam dari rakyat adalah amat diperlukan untuk menganalisa perjalanan politik Malaysia yang semakin menuju kehancuran,sekiranya tiada langkah-langkah dari rakyat untuk merubah halatuju politik Malaysia secara total.
Sistem “divide and rule” kerajaan Barisan adalah tidak relevan dan lapok dengan kehendak dan aspirasi rakyat jelata.Politik perkauman yang dibisikkan oleh Umno,MCA dan MIC adalah merupakan duri dalam daging,api dalam sekam kepada pepaduan antara kaum.Hakikat kejadian berbagai kaum oleh Allah ialah untuk membolehkan insan saling kenal mengenal dan memahami antara satu dengan yang lain.Ucapan DSAI juga mendedahkan bahawa isu-isu sengaja direkacipta dengan pelbagai warna oleh BN,untuk mengagalkan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambilalih pemerintahan negara.
DSAI menyeru agar semua penyokong supaya terus bekerja dan memberi penerangan yang bijaksana kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional kerana sekiranya menunggu PRU 13 untuk mengambilalih pemerintahan negara,Malaysia pada ketika itu telah berada didalam kehancuran yang sukar untuk diperbaiki lagi.Perjuangan membela nasib rakyat perlu dilipat gandakan walaupun memerlukan pengorbanan yang mahal.adalah diseru kepada setiap individu atau kumpulan-kumpulan agar terus berjuang menegakkan kedaulatan rakyat demi kebaikan semua,seperti ucapan keramat Dato Seri Anwar Ibrahim kepada En.Boldlend ketika bersalaman.”Teruskan Perjuangan”ujar beliau dengan penuh pengharapan dan berkeyakinan.( Macam dia tau..tau jer perjuangan TBO nih..hi..hi..)Seruan Dato Seri ini telah menyemarakkan lagi semangat Telok Bakong Online untuk terus berjuang tanpa mengenal onak dan ranjau demi membela nasib dan kebajikan rakyat Malaysia.
Msinc.(gua pun bangga jugek dapat buat liputan disebelah Al-Jazeera tu..kira TBO ni ada gaya jugek.)
Wednesday, July 9, 2008
Anwar,Bala & Liwat
Anwar Ibrahim akan membawa kes liwat ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.Pengumuman tersebut ketika 'roadshow ' beliau ke Taiping Perak sebentar tadi.Berita seterusnya akan menyusul.
Monday, July 7, 2008
Dari Kerajaan Pakatan Rakyat Perak buat Rakyat Perak!!
Rakyat Perak mendapat durian runtuh dari Kerajaan Pakatan Rakyat.Antara pengumunan tersebut ialah
1} Percuma air 20 m/padu bagi semua rakyat negeri Perak berpendapatan di bawah RM 750.Di jangka bermula September untuk memberi ruang kepada LAP Perak menguruskan urusan tersebut.
2} Elaun guru KAFA di naikkan RM 75 dari RM 625 kepada RM 750.
3} Bantuan RM 1000 bagi meringankan beban kepada keluarga Perak yang mempunyai anak melanjutkan pelajaran ke IPTA tempatan.Surat tawaran boleh di bawa sebagai bukti untuk menuntut di pejabat exco pendidikan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
4} Empat pilihan iaitu 30 tahun , 60 tahun , 99 tahun atau hak milik pegangan bebas bagi rakyat yang mempunyai rumah diatas tanah pajakan tersebut.
Semua pengumuman diatas adalah berdasarkan tahap kemampuan kerajaan negeri dan terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira agama,bangsa dan akidah politik demi melaksanakan manifesto Amanah,Adil,Wibawa,Telus dan Berkebajikan.
Berita TV3 asyik nak provokasi jer...mujur MB kita ni codek orangnya...
Anwar sampaikan ceramah di Perak esok
Protes Di Stadium Kelana Jaya
KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah esok di Changkat Jering bersama dengan YAB Menteri Besar Perak Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Selain Nizar, Naib Presiden KeADILan, Dr Lee Boon Chye dan Mustaffa Kamil Ayub turut menyampaikan ceramah.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Azman ditalian 012 286 3617, Rani 012 (575 9920) dan Naim (019 5596674)

Subscribe to:
Posts (Atom)