Saturday, July 12, 2008

Hj Hadi Tunjuk Belang!!

Bila baca temuramah Hj. Hadi dalam Star Mel, aku rasa keadaan semakin hot.

Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan di London gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitnah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?

Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.

Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya.Di Putik semalam pun Hj. Hadi Awang ngan Nasha pun boikot juga.TG Nik Aziz lebih matang berpolitik.Husam Musa pun pandai sesuaikan diri.Perlukah Hadi memperingatkan jumlah kerusi yang di menangi PAS,DAP dan PKR.Menunjukkan bahawa dialah yang harus jadi ketua Pakatan Rakyat apabila mengatakan tiada ketua dalam Pakatan Rakyat.

Aku bukan anti Pas tapi tapi macam Tarmizi Mat Jam {SanggahTokSago} tak suka DSAI macam tu lah aku tak suka Hj Hadi.Tak suka tapi sayang.Hj . Hadi ada kelebihan dia sendiri,tapi agak kasar terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat.Banyak perbuatan dan tuturkata yang menyinggung rakan dan pendokong Pakatan Rakyat.PKR ,PAS dan DAP saling memerlu,jangan abaikan peluang di depan mata.

Kalau Hj. Hadi & Geng nak join Umno ke, nak join Najib ke,lantak ler. Sebelum menang dulu, kome minta undi untuk menang. La ni dah menang sikit pun kome tak tau macam mana nak uruskan kemenangan.TG Nik Aziz di harapkan dapat menasihati TG Hadi Awang.Kalau tak makan nasihat,ambil jawatan Presiden PAS dari dia.Atau pun suruh Husam Musa bertanding lawan Hadi.Pas akan erbelah dua pro TG Nik Aziz dan TG Hadi.Aku rasa makin ramai masuk PAS lau Presidennya lebih codek macam TG Nik Aziz.Kemasukan ramai dalam PKR mungkin menyebabkan TG . Hadi tersisih.

Hidup Pas di Bwah TG Nik Aziz!!!Reformasi!!!

7 comments:

Amri Mat Saaid said...

ye lah KTB, Anwar selalu meminggirkan TG Hj Hadi dan PAS itu sebab TG Hj Hadi kasi warning sikit dgn Anwar tu,harapnya Anwar dan TG Hj Hadi sedar kesilapan masing-masing untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Hj Hadi kekadang sebagai manusia ada juga kesilapan dan kelemahan nya mcm PRU 2004 mengutuk Lim Kit Siang sebagai expired.

Isu konsert Ella dan Mas idayu adalah contoh paling jelas PKR memingirkan PAS, tak kan PAS nak berdiam diri kot, Tan Sri Khalid dan Anwar kena bijak menangani isu ini dengan baik utk memantapkan PR.

Jika TG Hj Hadi join UMNO pun aku tetap dengan PAS dan PR wahai KTB sebab aku pegang kata2 TG Hj Hadi, Pemimpin boleh datang dan pergi, perjuangan kena teruskan.

Tapi sebelum mike bertambah panas cube mike bace artikel ini dengan hati yg tenang dan terbuke.
Menjelmakan Islam Untuk Semua
KANDUNGAN ulasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan dengan Harakah pada 8 Julai lalu.

HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini?
USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad.

Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?

Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?
Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Hasil pertemuan dan rumusan PAS?
Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah.Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri. Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam. Dalam pilihan raya ke-12 pun Umno tidak kalah, yang kalah MCA, MIC.
Mereka membuat pembahagian kawasan pilihan raya berdasarkan kepada kepentingan mereka. Penambahan kawasan baru itu dilakukan di Sabah, Sarawak dan Johor. Mengapa tidak ditambah kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Ini kerana mereka hendak menjaga kerusi mereka dan bukan kepentingan Islam. Dalam masa yang sama mereka membahagikan kerusi ataupun kawasan pilihan raya yang majoriti Islam kepada wakil rakyat yang bukan Islam.Ini tidak wajar.
Cuba lihat dalam Pakatan Rakyat, DAP menang di kawasan majoriti kaum Cina, tetapi MCA dan MIC menang di kawasan majoriti Melayu yang diberi oleh Umno. Ini dengan sendiri boleh menghakiskan kedudukan orang Islam dari segi politik.

Tetapi bukankah PAS mahu perpaduan yang lebih meluas?
Sekarang ini kita menunggu apa respons daripada Umno dan rakyat. Dan saya pernah berucap dalam perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam (di awal penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor).Saya tidak tahu mereka sedar atau tidak, tetapi saya sebut soal perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan.
Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya. Sebagai contoh bukan sahaja pembangkang boleh bangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh bangkang. Dalam negara kita, kalau wakil rakyat kerajaan yang bangkang ini akan diambil tindakan disiplin. Bahkan di Barat parti kerajaan boleh sokong undi tidak percaya, yang dibuat oleh pembangkang. Adakah di Malaysia hal ini berlaku? Tidak berlaku.

Tuan Guru fikir Umno boleh terima pandangan PAS?
Kepada PAS, orang Melayu mesti menjadi teras kepada politik negara. Ini diterima oleh semua kaum. Bukan pula bermakna hanya orang Melayu yang berhak dalam politik dan kekuasaan tetapi teras politik kita berpihak kepada orang Melayu sebab melihat kepada jumlah penduduk Islam yang majoriti dalam negara ini. Ini perlu diambil kira. Tapi malangnya Melayu sendiri hanyut dalam merealisasikan Islam itu sendiri sebagai kekuatan orang Melayu.
Sebagai contoh kita tidak sedar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Agama lain berhak dianut dan diamalkan tetapi di sana ada peruntukan Jadual 9 yang menyekat pelaksanaan Islam setelah diserah Islam itu di bawah kuasa negeri. Tetapi ada peruntukan yang menghalang pelaksana syariat Islam dalam makna yang menyeluruh.
Walaupun dalam mazhab Islam ada ulama yang sebut syariat Islam itu boleh dilaksanakan kepada orang Islam dan bukan Islam berhak diberi pilihan.Dalam beberapa perkara tertentu boleh kita bahagikan perundangan sebagai contoh kepada tiga bahagian.Yang pertama perkara yang diberi kepada penganut agama masing-masing dalam masalah ibadat undang-undang keluarga dan perkahwinan itu agama masing-masing.
Dan di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam. Adapun orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada nak undang-undang ini atau tidak. Dan di sana ada hukum yang bersama seperti undang-undang jalan raya serta hak milik tanah pertanian dan kediaman tidak ada beza.
Sepatutnya kita perkenalkan keadilan Islam ini kepada masyarakat di saat kita lihat kegagalan sistem yang lain daripada Islam.

Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?
Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.
Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.

Apa pandangan Tuan Guru mengenai rundingan yang berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat?
Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan.Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya.

Adakah ini salah faham (mengenai hubungan PAS-Umno)?
Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat. Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno.
Itu politik kampung sahaja yang tidak boleh (melarang) jumpa dengan Umno dan orang PAS. Kita dah uar-uarkan 'engagement' yang disebut dalam muktamar kita, ini keterbukaan kita.

Penerimaan ahli PAS mengenai 'engagement' seperti ini macam mana?
Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12.Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya.

MungkinPAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat?
Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh.PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri.

Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?
Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah.

Maknanya ia perlu selesai di mahkamah?
Ya! Ya! Selesaikan di mahkamah ....

Isu Anwar, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Altantuya dan macam-macam berlaku,telah mencetuskan kecelaruan politik sekarang. Apakah pandangan Tuan Guru?
Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu. Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan),sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting. Bagaimana hendak menangani masalah rasuah, masalah jenayah. Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.
Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting.

Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?
PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Berbalik kepada isu Anwar, mahu atau tidak isu membabitkan beliau perlu dihadapi dan diterima dan implikasinya kepada PAS juga yang sertai Pakatan Rakyat. Apa pandangan Tuan Guru?
PAS ada pengaruh dan kedudukannya sendiri. PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah dari fitnah ini dan kita sama-sama ambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin. Tetapi PAS tetap utuh dengan sebagai parti yang ada akar umbi yang sudah lama dan bertapak begitu kuat. Dan saya rasakan bahawa apa yang ditumpukan oleh orang PAS ialah untuk menegakkan Islam itu dengan makna yang menyeluruh.

Apabila banyak fitnah, adakah ini petanda sudah tiba masanya Malaysia menggunakan lebih banyak undang-undang Syariah supaya wujud keadilan dalam negara?
Saya bersetuju! Islam pun perlu diberi peluang untuk dilaksanakan dan bermula dengan orang Islam sendiri sebagaimana yang kita luluskan di Kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah. Di mana undang-undang Syariah itu dimulakan dengan orang Islam. Sementara orang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu undang-undang Islam atau tidak tetapi dalam kes peribadi dan agama kita tidak campur. Itu sudah jelas.

Harapan Tuan Guru mengenai muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung Ogos ini?
Muktamar kali ini ialah muktamar pascapilihan raya. Satu anjakan paradigma berlaku dalam politik negara secara umum termasuk orang PAS sendiri. Kita berjaya pecahkan tembok perkauman antara kaum dan pelbagai agama.PAS berjaya tubuhkan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka. Mereka kerja secara sukarela kepada PAS. Mereka memenangkan calon PAS di peti-peti undi sebagai tambahan kepada kekuatan PAS yang sudah ada.
Yang kedua, perubahan di kawasan bandar yang dapat maklumat moden melalui perkembangan ICT. Di sini menunjukkan betapa rakyat perlu dapat maklumat bebas dan terkini yang menyaksikan PAS dapat sokongan di bandar dan pinggir bandar.
Ketiga, walaupun PAS tidak mendapat kerusi Parlimen sebanyak kerusi pada tahun 1999, namun kali ini berlaku satu perubahan. PAS dikatakan menjadi 'king maker' kepada politik negara. Dalam penyertaannya melalui kerajaan campuran di negeri yang tidak dikuasai sepenuhnya seperti di Kedah.
Dalam keadaan PAS adakan campuran dengan parti lain di Perak, rakan Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada PAS memimpin dua buah negeri Kedah dan Perak selain yang telah ada Kelantan. Satu negeri kepada Keadilan di Selangor dan satu negeri kepada DAP di Pulau Pinang.
Jadi ini menunjukkan kepercayaan yang diberi Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri. Dan kita hargai kepercayaan ini. Apa yang penting PAS mesti laksanakan slogan semasa pilihan raya iaitu 'Islam For All'.Itu mesti direalisasikan.Sebab itu kita harapkan NGO dan parti bukan Islam jangan risau dengan pelaksanaan ini. Kita harap apa yang disebut sebagai 'Islamophobia' tidak berlaku kepada rakyat Malaysia.
Kita dah ada model di Kelantan. Kini masuk penggal kelima, dan di Terengganu satu penggal. Tidak ada sebab mereka risau jika kita realisasikan slogan tadi. Kepada ahli PAS, teruskan bekerja bukan sahaja untuk pilihan raya ke-12, dalam masa yang sama kerja selepas PRU-12 untuk isi kemenangan.
Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat kita harapkan supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi
Sumber : Mstar

Amri Mat Saaid said...

untuk bacaan semua
Dari blog Penarik beca

Sunday, June 29, 2008
Umno itu kafir ka, bakaq?!


Kenapa bakaq kuat sangat menentang persepakatan PAS-Umno? Apa yang jijiknya Umno? Adakah bakaq memandang Umno itu kafir dan hanya PAS sahaja yang Islam?

Islam atau kafir adalah urusan Tuhan. Sebagai hambanya, saya tidak ada hak untuk menghukum mana-mana pihak sebagai kafir. Lebih dari itu, mana mungkin saya yang jahil mengkafirkan sesiapa pun. Nak sebut batas iman dan kufur mesti ada ilmu. Bukan boleh bagak dan berlagak macam merak sedangkan diri tak berilmu dan haprak.

Saya juga pernah dengar kaedah fiqh yang menegaskan, kalau yang dituduh kafir itu tidak kafir, yang menuduh itulah yang jatuh kafir. Jangan main-main.

Saya lebih suka melihat orang-orang Umno itu sebagai saudara sebangsa dan seagama. Soal berselisih pandangan, berlainan jalan dan berbeza fahaman adalah perkara biasa. Jangankan PAS dan Umno, adik beradik pun berselisih pandangan. Anak dan ayah pun boleh berbalah sampai terjelir lidah.

Walaupun sebangsa dan seagama, saya tidak percaya PAS dan Umno patut duduk serumah. Untuk mengambil analogi mudah, saya nak ambil contoh masa di sekolah.

Di sekolah memang ada undang-undang, ada guru besar, penolong guru besar yang biasanya guru disiplin dan guru-guru lain. Tetapi, sekolah juga memerlukan pengawas. Memanglah, sebagai budak jahat, saya meluat sangat kepada pengawas ketika di sekolah dahulu. Tup-tup, bila dah tua, anak aku pulak yang jagi pengawas. Tak terkata apa aku, walaupun hati saya tidak menggalakkannya. Perangai meluat kat pengawas masih tak terkikis habis.

Dalam politik, untuk menjaga kepentingan agama dan bangsa juga perlu ada pengawas. Walaupun boleh berkawan, pengawas tidak boleh buang uniform pengawasnya. Pengawas mesti menjadi pengawas.

Kalau PAS bertepuk tampar dalam satu rumah dengan Umno, siapa nak jerkah Umno kalau PAS sudah berpeluk berdakap dengan Umno? Dan, di negeri-negeri yang PAS menganggotai kerajaan, siapa nak jerkah PAS kalau Umno dilanda gian berasmara dengan PAS?

Sebab itulah saya meluat membaca berita Malaysiakini 26 Jun lalu bertajuk "Nasharuddin denies holding secret meetings with Najib" yang menyatakan perkara berikut:

A high-ranking PAS leader, who requested for anonymity and who was present at the central working committee last night, however said the matter of PAS-Umno collaboration was still being hotly debated among the top leadership.

According to him, the party president will be travelling to London soon to attend a conference involving other Islamic groups and would seek advice will be sought from an influential Islamic party ‘Muslim Brotherhood' regarding this subject.

The source said part of the reason that PAS was considering the possibility of working with Umno was triggered by PKR's ongoing attempt to get BN's Sabah and Sarawak party leaders - majority of whom are non-Muslims- to join Pakatan.

If that happens, it may ‘dilute' PAS' influence within the opposition alliance in relation to Malay-Islamic issues.

"As a major Islamic group, we have to consider all options," the source told Malaysiakini.
Kepada saya, untuk menjaga kepentingan agama dan bangsa, PAS mesti kekal dengan peranannya sebagai tukang jerkah Umno bila Umno buat salah. Umno juga, di negeri-negeri yang PAS menganggotai kerajaan, mestilah kekal dengan peranannya sebagai tukang jerkah PAS bila PAS buat salah.

Kalau PAS dan Umno saling pujuk-memujuk, Umno bagi sikit kepada PAS apa yang PAS nak sangat dan PAS pula menjadi syaitan bisu walaupun Umno buat salah, boleh hancur agama dan bangsa.

Saya tidak menentang perpaduan ummah. Tetapi kalau perpaduan menjadi ganja yang membikin ahli-ahli politik kita laluk dan kemaruk, perbezaan lebih baik dan bermanfaat kepada kepentingan agama dan bangsa.

Bagaimana dichotomy PAS dan Umno lebih berkesan untuk menjaga kepentingan Islam dan Melayu? Itu kena baca between the lines! Kalau tak jumpa juga apa yang tersirat, mai jumpa saya di Restoran Thaqwa dekat Markaz Terbiar Taman Melewar. Kita pekena teh tarik!

Amri Mat Saaid said...

Lagi dari blog penarik beca

Kerjasama PAS Umno lagi


Ada kawan hantar pesanan ringkas mengenai apa pandangan saya terhadap luahan rasa hati Tok Guru Presiden dalam temubual yang disiarkan Harakah keluaran terbaru (Lihat Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?") Kepada saya, kalau Tok Guru tak puas hati, dia berhak. Tok Guru tu orang, bukan plastik. Kalau patung plastik, sepak tendang pun dia tak gaduh.

Tapi dalam hati, saya teringat apa yang saya baca zaman sekolah rendah atau sekolah menengah dulu. Tak ingat dah majalah mana. Mungkin majalah Dian atau Readers Digest. Masa tu, abang saudara saya banyak beli majalah-majalah tu. Saya tumpang belek.

Penulis tu kata, kalau kita bermasalah dengan persekitaran kita, kita jangan harap sangat persekitaran kita akan berubah untuk accomodate kita. Kitalah yang kena berubah. Kalau kena gaya, perubahan kita akan membantu merubah persekitaran kita.

"You cant change the world, but you can change your heart". Begitulah lebih kurang kata-kata itu. Satu lagi kata-kata yang saya baca zaman sekolah dulu yang saya tak lupa sampai sekarang ialah "aim the star, at least you'll hit the coconut tree". Saya nak kata, "you'll only hit the coconut tree if you change your heart!"

Kepada saya, orang tak akan buat tak ketahuan kat kita kalau kita tak bagi peluang. Kita tak boleh paksa orang hormat kat kita. Hormat orang datang sendiri kalau kita kena gaya.

Macam saya la, kalau saya tak lapor apa yang orang tak nak dengar atau tak suka dengar, orang tak akan kata saya kaki fitnah. Saya tak heran sangat apa orang kata. Selalunya, perkembangan selepas itu mengesahkannya. Kalau saya tulis tak betul, saya mohon maaf macam di sini. Yang saya tak tahan sangat ialah witch hunting - siapa bocorkan "rahsia parti" kepada bakaq. Memang rahsialah, buat kerja dalam gelap tanpa keputusan mesyuarat.

Kita kena tanam dalam hati kita, orang tak akan perlakukan PAS seperti parti M Kayveas, PPP, di dalam Barisan Nasional (BN) kalau kita tak bagi peluang kepada orang lain melakukannya.

Orang boleh desak Haji Ir Mohamad Nizar Jamaluddin masuk PKR dulu sebelum dia diterima jadi Menteri Besar Perak, kononnya supaya DAP boleh terima. Orang boleh kata "PAS doesnt exist in Penang". Orang boleh kata ceramah dia lagi ramai orang datang dari "ceramah Hadi Awang". Orang boleh kata apa pun. Orang boleh telunjuk lurus kelinking berkait. Tetapi, kalau kita tak bagi peluang orang perlakukan kita seperti PPP di dalam BN, orang tak akan boleh buat gitu.

Ada juga kawan-kawan dari Umno yang kata, baik PAS kerjasama dengan Umnolah! Katalah PAS setuju kerjasama dengan Umno, apa jaminan Umno tak akan buat PAS seperti anjing kepala buruk seperti yang berlaku menjelang pengusiran PAS dari BN pada tahun 1978 dahulu?

Kepada saya, kerjasama terbaik PAS dan Umno ialah seperti yang saya tulis dalam posting bertajuk "Umno itu kafir ka, bakaq?!"


Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 7/12/2008 08:15:00 AM

Telok Bakong said...

terima kasih respon.Sy bukan menidakkan apa yg baik dr TG Hadi.Kan sy kata dia ada kelebihan tertentu.Cuma sikap dia mengutarakan perkara yang boleh menjadikan barua UMNO(media ) mengambil kesempatan.Tengok hasilnya dlm buletin utama Sharir Samad telah menghentam PAS ,PKR dan DAP berpunca dr interview dia.Semau pihak boleh berunding dengan sesiapa tapi tak perlulah mention sampai kemenangan kerusi,itu menyinggung rakan-rakan yang lain.Anwar pun dah start balas masa kat Putik menegaskan isu liwat ini bukan isu peribadi,kita fikir dengan waras ini isu politik.

Jgn perkara remeh macam ni akan merosakkan PR.Nak gaduh apa ker bincang secara muzakarah di dalam Pakatan Rakyat secara tertutup.

Ini adalah lebih baik.Dalam politik setiap pemimpin ada egonya tapi pemimpin yang bijak tidak menunjukkan bantahan dia untuk tatapan umum.

Aku pun bengang ngan Anwar pasal lambat sangat ke Putrajaya.Lim Kit Siang pun aku bengang,mujur dia minta mpun pasal isu raja2 dulu.Yang aku tak bengang TG Nik Aziz jer,sejuk jer biji mata aku tengok.

Macam Kulopbesor ngan KTB mungkin berbeza pendapat walaupun matlamat sama tapi kita rasanya open minded kan.

Matlamat PR adil dan berkebajikan mengikut lunas-lunas islam tanpa meminggirkan bangsa asing.

Kita jumpa kat kg berbahas pasal ini.Sebelun aku luahkan apa terbuku dihati dlm "Hj Hadi Tunjuk Belang' aku dah buat survey di kalangan penyokong PAS dan PKR,majoriti kecewa kenyataan Hj Hadi tu.

Apa pun macam kata mike ler,sedar kesilapan masing-masing untuk memantapkan Pakatan Rakyat.

Rase mcm tau jer sape kulopbesor ni hehehe...assalamualaikum...

Amri Mat Saaid said...

Lagi dari blog Roslan SMS

Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, satu renungan

Wawancara eksklusif Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di dalam Harakah sesungguhnya telah membuka banyak ruang dan pintu perbincangan di dalam PAS salah satu rakan kongsi Pakatan Rakyat. Huraian beliau mencerminkan senario sebenar apa yang berlaku sejak PAS terikat di dalam pakatan politik ini.

Mengikut kronologinya PAS memiliki pakatan politik hanya bersama PKR sejak PRU 1999. Dalam PRU ke 12 lalu pakatan ini terus dijalin, walaubagaimanapun tidak dengan DAP. Ketika itu apa yang ada bersama DAP hanyalah persefahaman politik yang antara lainnya berkaitan tiadanya pertembungan kerusi antara sesama PAS/PKR dan DAP. Hanya setelah masing-masing parti memperolehi kemenangan besar khasnya di 4 buah negeri baru, barulah idea Pakatan Rakyat muncul iaitu gabungan politik baru antara PAS, PKR dan DAP untuk membentuk kerajaan di negeri-negeri baru berkenaan. (tanpa PAS kerajaan Selangor dan Perak tidak dapat dibentuk)

Itupun di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan yang ada lebih merupakan kerajaan campuran DAP dan PKR kerana PAS sekadar memiliki 1 kerusi, satu angka yang tidak significant.
Pakatan Rakyat tidak melalui perbincangan komprehensif yang melibatkan dasar dan halatuju, ia sekadar suatu pakatan politik oleh parti-parti yang bersama membentuk majoriti memerintah 4 buah negeri baru.

Sememangnya kemunculan Pakatan memberi pengharapan kepada rakyat sebagai suatu alternatif kepada BN yang dikira sudah nazak dan tenat itu. Tetapi BN sudah melalui ranjau dan onar selama lebih 50 tahun, dari Perikatan ke BN, dalam eri kata lain mereka berpengalaman dalam kerjasama politik, sedangkan Pakatan Rakyat menjelma hanya selepas 8 Mac. Sudah pasti cabaran yang dihadapinya lebih besar dan menduga.

Apa pun PAS sebagai sebuah gerakan Islam menyertai Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat melalui kaedah hukum yang membenarkan, ini sangat berbeza dengan parti-parti lain. Sebagai sebuah parti Islam PAS tidak semborono atau tangkap muat dengan membelakangkan hukum dan peraturan. Kaedah fiqh yang PAS gunakan apabila menjalin kerjasama politik seumpama ini adalah TAHALUF SIYASI iaitu perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu menghadapi musuh.

Tahaluf ini diizinkan oleh syariat berdasarkan syarat-syaratnya dan bukan kerana mengikut kepentingan atau nafsu sesiapa. Antara syarat-syarat tahaluf adalah:

1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
3. Tidak berwala' kepada mush dan tidak redha dengan pegangan mereka

Saya percaya Tuan Guru memikirkan hal-hal ini apabila beliau menyuarakan darihal kedudukan Pakatan Rakyat dewasa ini dan peranan PAS yang sepatutnya. Jangan pinggirkan PAS kata beliau setelah PAS menyumbang besar ke arah kemenangan semua pihak. Tuan Guru menegaskan orang PAS bukan bodoh!

Sesungguhnya walaupun PAS memiliki kerusi Parlimen terkecil antara ketiga-tiga parti iaitu 23, namun kata Tuan Guru PAS punya 83 kerusi negeri berbanding DAP 73 dan PKR 40. Harus diingati dalam PRU lalu PAS memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi negeri dan melepaskan banyak kerusi Parlimen khasnya kepada PKR.

Malah mengikut satu kajian PAS memperolehi 1,146,620 undi atau 21.85% undi popular peringkat DUN berbanding 774,608 undi atau 14.76% PKR dan 707,608 undi ataun13.49% DAP. Ini menunjukkan PAS emnguasai undi dan kerusi peringkat DUN seluruh negara berbanding parti-parti lain dalam Pakatan, oleh itu sumbangan ini tidak seharusnya diperkecilkan.

Kerana itu saya boleh faham apabila Tuan Guru meminta supaya Islam diberi peluang untuk dilaksanakan sekurang-kurangnya bermula dengan orang-orang Islam sendiri, melalui kemenangan PAS, kerana inilah asas perjuangan PAS. Kalau itu dikesampingkan, ditolak tepi kerana berbagai anggapan dan helah termasuklah kononnya Malaysia ini negara sekular, maka tatkala itu perlukah PAS terus bertahaluf?

Mengapa Tuan Guru membangkitkan perkara ini sekarang? Jawapan saya, mengapa tidak?

Sebagai pemimpin jemaah kita akan dipertanggungjawabkan bukan hanya oleh ahli-ahli, yang bagi kita terlalu kecil berbanding dengan Allah swt di kemudian hari nanti. PAS semalam, hari ini dan insyallah sampai hari akhirat adalah sebuah parti Islam, dan selagi ia demikian maka Presiden dan pemimpinnya wajib mengenengah dan memperjuangkan dasar dan matlamatnya.

Posted by roslan sms at

Amri Mat Saaid said...

juge dari blog Roslan SMS- last posting lerr kot dari teman,KTB kalau mike baca dengan teliti apa yg Haji Hadi dan Anwar buat tu sama je nak dakwah dan pujuk orang UMNO dari approach yang berlainan, cume kite sebagai pendokong PR kene berjiwe besar dan bersikap terbuke. Contoh konsert Ella dan Mas Idayu tu teman cukup benci dengan Tan Sri Khalid tapi teman suke dengan approcah nya memerintah dan menguruskan ekonomi Selangor.

Masanya tiba untuk menyatakan pendirian terhadap Presiden PAS

Saya menerima banyak reaksi dari kawan-kawan berhubung temuramah eksklusif Presiden
PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di dalam keluaran terbaru Harakah. Untuk makluman seluruh kenyataan beliau di dalam Harakah itu terbit dari pandangan dan pendirian beliau sebagai Presiden parti Islam terbesar dalam negara.

Sudah pastilah ada yang menyokong, ada yang menolak dan ada yang enggan beri reaksi. Apa pun orang awam berhak menyuarakan pandangan dan memberikan reaksi kerana Tuan Guru sekadar seorang pemimpin politik dalam negara kita yang mengamalkan demokrasi. Berbeza dengan ahli-ahli PAS, Tuan Guru adalah Presiden mereka, ketua tertinggi dalam parti mereka, dan PAS sebagai sebuah gerakan Islam menuntut ketaatan dari ahli-ahli jemaahnya terhadap pemimpin mereka selagi mana pemimpin tadi tidak menjalankan kerja-kerja yang bertentangan dengan syariat.

Saidina Abu Bakar as Sidiq, Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullahg saw pernah berkata:

"Tidaklah meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kemusnahan dan kehinaan. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNya. Sekiranya aku tidak taat kepada Allah dan rasulNya, maka jangan lagi kamu taat kepadaku".

PAS sebagai sebuah gerakan Islam memiliki adab dan disiplin berjemaahnya sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Sebagaimana kata Tuan Guru dalam temuramah itu:

PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh.

Salah satu adab berjemaah yang digariskan oleh Islam adalah taat ataupun wala'. Di dalam kitab "Manhaj Daurah Tadribiyah" keluaran Lajnah Tarbiyah PAS Pusat yang merupakan salah sebuah kitab wajib dalam usrah PAS, disebut:

Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jemaah dalam parti.

Ketaatan membawa penyelarasan yang baik dikalangan seluruh anggota dan sayap parti dan melaksanakan amal jama'ie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti menjadi celaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

Bacalah dengan teliti dan sangka baik keseluruhan kenyataan Tok Guru itu. Beliau saya yakin telah mengambil-kira semua faktor, dan sebagai ulamak, saya yakin beliau mendahulukan kepentingan Islam dan jemaah mengatasi segala-galanya insyallah.

Kenyataan penuh Tuan Guru itu boleh didapati di:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015731&Itemid=115

Posted by roslan sms at 11:08:00 AM 7 comments



Thursday, July 10, 2008

Amri Mat Saaid said...

Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu | Jul 10, 08 | 4:35:35 pm MYT
Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan.

Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).

Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.

Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.

Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.

Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.

Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.

Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.

Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.

Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior".

Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?

Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa �Ajam kecuali dengan taqwa."

Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu.

Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.

Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.

Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT.

Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.

Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.

Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.

Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.

Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.

Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.

Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.

Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.

Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama�, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.

Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.

Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.

Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.

Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.

Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.

Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.

Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 � 2004, misalnya, tidak berunsur politik?

Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.

Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.

Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.

Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan.

Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!

Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia.

Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.

Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.

Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

6 Rejab 1429/ 9 Julai 2008. - mr_

Linkwithin