Thursday, July 10, 2008

Anwar Vs Shabery Cheek?Realiti Atau Fantasi?

Siaran langsung debat Anwar VS Shabrey di Astro Awani Dan TV3

Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada malam 15 Julai ini anjuran www.Agendadaily.com akan disiarkan secara langsung oleh TV3 selaku penyiar rasmi.Debat itu juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.Difahamkan kemudiannya RTM1 akan buat siaran tertunda debat berkenaan.Hanya 200 orang saja - 100 orang jemputan penganjur,50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak .Kalau menjadi kenyataan Pihak TBO akan merakamkan isu penting ini demi semua yang melayari TBO.Kalau tak jadi pihak yang mengusulkan isu debat ini harus meletakkan jawatan!!!Hidup DSAI,kalau dah dijelaskan nanti baru rakyat tahu ,kalau BN cedok idea tu nanti baik lah semua rakyat Malaysia pindah jer ker Pakatan Rakyat!!

No comments:

Linkwithin