Friday, October 2, 2009
Pantang Larang memakan Ikan Tapah, dongengan atau kenyataan
Ikan Tapah
Tempayan berisi air Emas Kerongsang Ikan Tapah yang dikatakan boleh menjadi penawar
kelulut@telokbakong.com
2.10.09
Ungkapan popular dari sejak penulis kecil lagi sudah kedengaran , " kome oghang lambor jangan makan ikan Tapah, pantang "
Itulah antara kata - kata yang sering dituturkan orang tua -tua. Penulis berasal dari kampung Telok Bakong , Lambor Kanan bagaikan sudah diasak dengan ancaman ikan Tapah.
Kebiasaannya anak - anak Lambor walau kemana mereka merantau kata - kata ancaman supaya jangan memakan ikan seperti teriang - iang ditelinga .Mungkin juga kerana sudah begitu meresap kedalam pemikiran .
Secara jujur penulis hanya bertemu ikan Tapah setelah berusia 25 tahun .Ketika berada dipasar Tani Taman Melawati ketika membelek - belek ikan.Kebetulan isteri melahirkan anak yang pertama maka ikan haruan jadi buruan.
Sedang penulis asyik membelek ikan - ikan yang ada tiba - tiba penjual ikan menjerit ,
" hoi mikei oghang Lambor jangan pegang ikan tu " jerit kakak yang berasal dari Kg Gajah yang kebetulan kenal kerana saya sering membeli digerai beliau.
Saya terus berkeras lantas terus memegang yang saiznya lebih besar dari anak saya yang baru lahir itu.Saya membalas larangan dengan gurauan " apah ijak aaiihh" dengan begitu yakin.
Kakak si penjual ikan darat itu berkata " esok kalau kamu kenaei penyakit gatal susah nak baik katanya .Saya hormati nasihatnya sambil menjawab " Inshaallah tak ade ape - ape ".
Dan Alhamdullilah tiada apa - apa yang berlaku selepas itu .Moralnya dari kisah tersebut minda kebanyakan orang - orang yang berasal sekitar Sg Perak ( Daerah perak Tengah) pasti walau sedikit ada tertanam perasaan fobia dengan ikan Tapah. Walaupun mereka tidak pernah melihat apatah lagi memakan ikan Tapah.
Persoalannya sekarang apakah sumpahan ini benar - benar wujud ? Atau sekadar cerita rakyat yang berlegar - dari satu zaman kesatu zaman yang lain.
Tulisan ini bukanlah mahu menambahkan ' keimanan orang - orang Lambor' terhadap ikan Tapah. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan.
Mana tahu mungkin ada penemuan baru secara saintifik bahawa kemungkinan masalah genetik penduduk setempat . Secara pertalian darah mungkinkah mereka alergi kepada ikan Tapah ?
Mungkin para pembaca terutama Orang Lambor boleh memberi pandangan .
Kepada yang berminat mengetahui kisah ikan tapah sila click sini.
http://shw.malayarchipelago.fotopages.com/4370506/Tempayan-berisi-air-Emas-Kerongsang-Ikan-Tapah.html
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
http://budaksekolahlambor.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
assalamualaikum...
saye ni blogger muda...
saye ni baru dalam blogger ni...
umur saye baru 16 tahun...
kalau boleh, senaraikanlah blog saye di senarai pautan blog saudara agar blog saye lebih komersal...
saya tidak memaksa...
takbirrr...
salam reformasi...
http://demokrasi93.blogspot.com/
klu nak kata mitos tp memang betul ada org yg dah semboh.. waulahualam bisawab
boleh le sape nak buat thesis
Salam bro,
Susah teman nak komen samada mitos atau tidak. Jika ikut logik akal, bersandarkan pada Quran dan sunnah, abaikanlah pantang larang tu semua.
Orang melayu kita ni banyak sangat pantang larang yang di buat-buat.
Ini sekadar pendapat teman jelah, jangan marah pula. Bagi teman orang yang mula2 buat pantang larang tersebut sebenarnya ada kepentingan pada ikan Tapah, jadi untuk mengelakkan orang lain berkongsi habuan tersebut, maka direkalah cerita pantang larang yang mengarut tu.
Ha..ha... sekadar pendapat saja, contoh macam "jangan makan leher ayam, nanti bersanding kepala teleng", yang ianya si mak dan bapak tu favourite diorang leher ayam, jadi anak2 tengok jelah...
Selamat hari raya bro... maaf zahir batin.
Mak saya bukan berasal dari Lambor tapi bt 8 Tanjung Tualang dan beliau juga selalu menceritakan pasal kepantangan untuk memakan Ikan ini. Semua adik-beradiknya tak dibenarkan untuk makan Ikan ini oleh arwah atuk saya dulu.
Saya sendiri belum pernah melihat ikan ini secara realiti.
Post a Comment