Saturday, April 6, 2013

Anwar Tak Layak Jadi PM, Lebih Banyak Tunai Jika BN Menang Lagi-Najib,Ini Dah Tahap Rasuah..Siaran Langsung Sejam Lebih,Pr Dapat 10 Min jer..

TBO-Dalam pada itu Najib sempat juga melakukan kecaman kepada DS Anwar Ibrahim dengan menyatakan Dia tidak layak untuk menjadi PM,malahan Tuan Guru Haji Hadi Awang juga tidak layak.Hanya beliau lah sahaja yang layak kerana beliau lama dalam kerajaan dan sentiasa akur kepada ketua.Manifesto ini lebih dianggap sebagai "suapan" kepada rakyat.Maknanya jika rakyat sokong BN ,Mereka akan diberi ganjaran,kalau menolak,mereka tidak dapat apa apa.Najib dianggap sebagai jaguh kandang..cuma gah dihadapan penyokong sendiri sahaja.Madey?..tak payah cakap ler..

Malaysia Kini..
       BN mengumumkan lebih banyak pemberian tunai jika berjaya mentadbir Putrajaya sepenggal lagi.
Ketika melancarkan manifestonya malam ini, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah RM3,000.

bn manifesto launch 060413 01 najibBegitu juga untuk yang bujang apabila bantuan dinaikkan kepada RM600 daripada RM250, umum Najib di hadapan ribuan pengikutnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam acara yang turut disiarkan langsung di televisyen, Najib berkata bayaran itu akan dibuat setahun sekali dan bukannya sekali sahaja seperti sebelum ini.

Turut diumumkan dalam manifesto BN:
  • Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dinaikkan daripada RM100 kepada RM300.
  • Bantuan persekolahan daripada RM50 kepada RM150.
  • Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus.(meniru PR ler tu-TBO)
  • Bayaran Internet jalur lebar dikurangkan sebanyak 20 peratus.



'Kalau ada 100 PM, boleh beri 1 pada Anwar'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat yang bercita-cita ingin menguasai Putrajaya jika berjaya mendapat dua pertiga majoriti parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin yang menjadi mangsa sindirannya adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh DAP Lim Kit Siang.

Former Prime Minister Dr Mahathir MohamadBerucap dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor hari ini, tanpa menyebut nama Anwar, Dr Mahathir menyindir pemimpin PKR itu yang bercita-cita ingin menjadi perdana menteri dan bukannya untuk memajukan negara ini.

"Sepatutnya negara kita ada 100 perdana menteri. Kita boleh beri satu jawatan kepada dia. Kalau di Putrajaya, kita boleh beri dia satu bilik untuk dia.

"Dia boleh jadi PM, sebab beliau minat sangat jadi PM. Dia bukan mahu menjadikan negara kita maju," katanya berseloroh diringi sorakan hadirin-MK.






Kita Relax Jap...Jeritan Akordian Tua...For Sale..

Jeritan Akordian Tua..Merayap Di Udara...
Abang Alang Idin Yang Begitu MenghayatiAlunan Muzik

Akordian Tua..Ada Siapa Yang Berminat

Yang Ini Nama Nya Biola ...PakCik..Bukan Bonggo..bunyi nya didalam Pak Cik..isk..isk..isikk
Kerja Part Time Abang Alang..DJ
Sedia Dijual Sekiranya Harga Yang Berpatutan Ditawarkan

Umno Perkuda Kakitangan Kerajaan Untuk Kempen Politik..Apa Dah Jadi.Tak Boleh Bezakan Ke Parti Dengan Kerajaan?


gambor hiasan
             Dengar dengar cerita,Umno telah mengunakan Pegawai Daerah untuk memanggil semua pegawai Jabatan Pertanian Titi Gantong Perak untuk mendengar ceramah mereka di Komplek Pertanian Titi Gantung pagi semalam 28 Mac 2013.Tujuan nya ialah berkempen politik kepada pegawai pegawai kerajaan ini.Namun butiran sebenar kempen adalah tidak diketahui.Ada dikalangan kakitangan kakitangan  yang sedar tentang keadaan politik semasa terpaksa mengambil cuti tahunan untuk mengelakkan diri dari mendengar kempen kempen tersebut.Parti parti politik sepatutnya tidak mengunakan masa kerja kakitangan kerajaan kerana masa kerja mereka sepatutnya digunakan untuk membuat tugasan tugasan yang bersangkutan dengan jabatan mereka untuk kepentingan rakyat.Mengambil masa kerja kakitangan ini dianggap sebagai suatu penyalahgunaan kuasa.Kena ada pengasingan yang jelas antara parti dan kerajaan.Ianya bukan nya suatu yang saling bertindan.

gambor hiasan
                Sebenarnya perkara yang sama telah berlaku beberapa bulan yang lalu.Pengetua Sekolah telah dipergunakan untuk Umno berkempen.Dalam kes ini Pengetua Sekolah sendiri telah berkempen untuk Umno di sebuah hotel di Seri Iskandar.Biasanya kempen kepada kakitangan kerajaan ini,pemimpin Umno akan mengantikan perkataan sokong Umno dengan "sokong Kerajaan".Pemimpin Umno tidak pandai membezakan antara kerajaan dengan parti politik.Ini adalah kerana kedangkalan mereka dalam mendefinasikan maksud demokrasi yang sebenar benarnya.Begitu hebatnya politik Umno/BN dalam memanipulasi keadaan.

Msinc-Tak berjumpa lagi bukti bukti kempen di hotel berkenaan.kalau dapat nanti akan dipersembahkan kepada tuan tuan.

Imran Masih Lagi Ahli PAS..Pakatan Dapat 120 Parlimen, 9 Negeri,Umno Gua Musang Pecah Dua

Laksamana Pertama(B) Hj Imran Abdul Hamid masih merupa ahli Pas walaupun beliau diumum calon PKR untuk kerusi Lumut oleh DS Anwar. Menurut PJ Perak,Ustaz Abu Bakar Husein,Dato Presiden telah memberi restu untuk Laksamana Pertama(B) Hj Imran untuk bertanding atas tiket PKR di Parlimen Lumut.Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Abu Bakar Husein di majlis Liqa alfikri Negeri Perak ,malam kelmarin. 

Pakatan dapat 120 Parlimen, 9 negeri

Harakah, 06 Apr 2013



KUALA LUMPUR: PAS tidak menolak jangkaan bahawa Pakatan Rakyat mendahului BN sekurangkurangnya 120 kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 serta dapat menguasai sembilan negeri.

Itu adalah unjuran PAS.

Laporan daripada strategis ‘war room’ Umno pula mendedahkan BN akan hilang 20 kerusi sebaik Parlimen dibubar kerana masalah calon dan perebutan kerusi yang meruncing.

Perkembangan ini benar-benar mencemaskan Najib Tun Razak dan BN seluruh negara.

Umno Gua Musang pecah dua

Harakah, 06 Apr 2013
GUA MUSANG: Kalau sebelum ini Gua Musang dianggap kubu Umno di Kelantan, namun sekarang situasi itu sudah berubah.

Tengku Razaleigh Hamzah tidak lagi diberi laluan mudah untuk mempertahan kerusi yang disandangnya.

Malah Umno Gua Musang sekarang berpecah kepada dua iaitu Umno Semangat 46 dan Umno Baru.

Umno Baru yang diketuai bekas ketua bahagian, Mohd Saupi Deraman dikatakan semakin berpengaruh.

Malah beliau turut bergabung dengan Ketua Wanita, Hazani Mohd Noor, Ketua Pemuda, Datuk Bazlan Baharuddin dan beberapa lagi anggota jawatankuasa termasuk Wahad Yunus serta Aziz Mamat.

Manakala kumpulan Tengku Razaleigh hanya disertai Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Adun Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Friday, April 5, 2013

Anwar Akan Bertanding Di Perak?Kami Tunggu Keputusannya..

Bukan tidak sayang Permatang Pauh - DSAI


PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) bersedia untuk bertanding di Perak bagi meningkatkan prestasi Pakatan Rakyat serta menunjukan sikap terbuka dan berani berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Beliau bercakap pada wartawam sebelum menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Jamek Sama Gagah, Permatang Pauh tengahari tadi.

Jelasnya, bukan tidak sayangkan Permatang Pauh tetapi kerana membuka ruang bagi memenangkan kerusi parlimen mesti berani bertindak dengan tujuan mempromosikan pejuangan membentuk negera yang lebih sejahtera.

"Kehendak rakyat mesti dihormati.  Sentimen dan kemahuan rakyat saya terpaksa memikirkan untuk bertindak demikian. Apa pun ia bukan muktamad lagi," tegasnya.

Lagi pun tujuan tersebut, untuk mengimbangi kekuatan Pakatan Rakyat di mana di Kelantan iaitu Pantai Timur ada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Di Pulau Pinang ada Lim Guan Eng maka kedudukan di tengah sangat penting.

Beliau berpesan pada jentera agar lebih menumpukan terhadap gerak kerja menambah baikan yang mana lemah tanpa mempertikaikan arahan parti termasuk pencalonan semasa pilihanraya umum ke 13 kelak.

Menyentuh mengenai sikap pihak keselamatan yang masih tidak bertindak terhadap gejala samseng UMNO yang sering megacau dan kadang-kadang membaling batu ke arah program Pakatan Rakyat beliau berkata, ia masih tidak profesional.

"Sepatutnya sebagai pihak yang menjagai keselamatan negara mesti bersikap profesional jangan menyebelahi pihak yang tidak bertamadhun dan kuno.  Mereka boleh panggil semua parti di Malaysia untuk menerangkan mana yang boleh dilakukan dan tidak, " jelasnya.

Mahu kekalkan Anwar

Ura- ura perpindahan Anwar sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokongnya.

Malahan rakyat yang mahukan beliau kekal di Permatang Pauh yakni tempat beliau mula bertapak dalam arena politik tanahair sejak pengumumanya menyertai UMNO oleh Perdana Menter ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammed.

Sejak itu beliau terus menang sehinggalah dipecat oleh 'tuanya' sendiri apabila berlakunya pertembungan cara berfikir dengan Dr M.

Ketika beliau dipenjarakan kerana dakwaan kes liwat, isterinya, Datin Seri Dr Wan bAzizah Wan Ismail sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional (PKN) waktu itu menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Pada tahun 2004 Parlimen Permatang Pauh sekali lagi melakar sejarah apabila kekal berkuasa walaupun banyak kerusi pembangkang  kalah.

Anwar bila keluar penjara disarankan bertanding di Permatang Pauh dan menang dengan pertambahan majoriti untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Justeru itu, pendapat ramai alangkah baiknya beliau terus kekal di Permatang Pauh untuk memacu Pakatan Rakyat ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri ke tujuh Malaysia./HarakahDaily

UPDATED Anwar Isytihar Calon Parlimen Bagi Kawasan Lumut Dan Padang Rengas.Beri Tempoh 24 Jam Utk Buat Keputusan Tandingi Parlimen Di Perak.


Semalam di Batu 2 Pekan Gerik telah berlangsung Ceramah Umum yang melibatkan pemimpin besar Pakatan Rakyat antaranya ialah YB Nizar Jamaludin,Mohd Nur Manuty,4 Jeneral dan Dato Seri Anwar Ibrahim.Pengerusi Majlis ialah Saudara Anuar Zakaria,Setiausaha Keadilan Perak.

Program ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat.Paling mengagumkan ialah kehadiran masyarakat Tionghua yang bergitu tinggi pada malam itu.Ceramah ini juga mendapat sambutan dari golongan anak muda.Kehadiran DSAI merupakan suatu ledakan besar terhadap gelombang kebangkitan rakyat di daerah ini.Kira kira 10,000 orang telah hadir pada malam itu.

YB Nizar
Diakhir ucapan DSAI telah mengumumkan dua nama untuk mengisi tempat di Parlimen Lumut dan Padang Rengas.Laksamana (B) Muhammad Imran di Lumut dan Dr Mior (Ketua AMK Perak ) di Parlimen Padang Rengas.Pemilihan calon calon ini adalah kerana sumbangan dan gerakkerja mereka yang baik didalam perjuangan.DSAI Beri Tempoh 24 Jam Utk Buat Keputusan Tandingi Parlimen Di Perak kerana perlu berbincang lagi dengan rakan rakan di Parlimen Permatang Pauh.Beliau memohon agar pengundinya di Permatang Pauh tidak berkecil hati sekiranya membuat keputusan bertanding di Perak.
Aweks Pun Ramai..Apeks Pun Ramai..hi..hi..

 "Saya dah sembilan tahun di Perak, tujuh tahun (di Kolej Melayu Kuala Kangsar),dari Tingkat Satu hingga Tingkat Enam dan dua tahun di Kamunting (Pusat tahanan ISA).
"Takkanlah saya tak boleh bertanding di Perak," kata tambahnya lagi.


Thursday, April 4, 2013

Mari Bersantai Di Kafe Bawang Merah Gerik

Tuah Sedang Mengayakan Pisau Dan Garfu Nya..hi...hi
Nazri Serius Membincangkan Sesuatu Dengan Taukeh Sdr Azhar
Menikmati Chicken Chop Yang Bergitu Lazat..Meh ..Ler
Bila Jumpe Orang kampong di Perantauan sememangnye Seronok
Encik Azhar Membuktikan Bahawa Orang Telok Bakong Boleh Berjaya Dimana mana sahaja.Disamping Kafe ini,beliau Turut Menjalankan Perniagaan Kedai Runcit,Barangan Komputer dab Siber Cafe Serta Car Wash..Selamat Maju Jaya Dari TBO

Sedang kekenyangan.. santai di pekan grik

Licin...Muntat Perot Wehhh..
Terima Kasih Kami Kepada Encik Azhar Kamardin kerana layanan mesra dan menyelerakan..jumpa lagi..Sekiranya Tuan Puan berkunjung ke Pekan Grik..Pastikan Anda berkunjung ke Kafe Bawang Merah Untuk Hidangan Yang Pelbagai dan Menyelerakan...Ada Wi-Fi Percuma lagi..Open..tak payah password password..

Apa gunanya Anwar lari ke Perak?Jadual Jelajah Perak.Jui Meng masih komited pada PKR,PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara,

NONE

ULASAN Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak.

Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh.

Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak.

Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut.

Di satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal di luar jangka di saat-saat akhir.

Di satu sisi lain, ia juga melambangkan persaingan tersembunyi antara Lim dengan ketua pembangkang.

Jika tokoh DAP itu sanggup mempertaruhkan nasib di kerusi tersebut dalam usaha memantapkan sokongan Cina, kenapa tidak Anwar terjun ke Perak untuk mengaut undi Melayu.

Bukan sahaja untuk projek menawan Putrajaya tetapi juga untuk mengasak Perak agar negeri itu betul-betul bersauh dalam lautan sokongan Pakatan.

Jika sahih beliau bergerak ke Perak, Anwar tidak hanya ingin mencari undi dalam konteks persaingan politik pilihan raya. Beliau memang berhasrat mencapai beberapa matlamat khusus dengan satu langkah taktikal itu.

Antaranya, kehadiran beliau mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini nampak lemah, bercelaru atau tidak menonjol.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

4 April 2013 (Khamis)

1)  8.30- 12.00 mlm – Ceramah Perdana  Pakatan Harapan Rakyat         
        
Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan, Dataran 88, Jalan Baru Lenggong
 
2)   9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
         
Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, Taman Semarak, Batu 2, Gerik

3)    Barisan Penceramah:

i.                     YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                   Dr Mohumad Nur Manuty

iii.                  YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

iv.                 YB Sivakumar

v.                   Lt. Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid

vi.                 Brig. Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab

vii.                Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad

viii.              Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid

ix.                 YB Dr Lee Boon Chye

x.                   Ustaz Termizi Abd Hamid

xi.                 Haji Sufian Mohd Nordin
Jui Meng masih komited pada PKR, kata sumber
11:57AM Apr 4 2013
Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng masih komited pada perjuangan PKR walaupun pemimpin tertinggi parti masih belum menentukan kerusi yang akan ditandinginya.
Sumber dalaman PKR melihat demikian, walau keputusan muktamad bagi kerusi Chua mungkin hanya akan diputuskan esok selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber itu lagi, Chua dijangka akan mengadakan sidang media hari ini di ibu pejabat PKR, apabila parti memutuskan kerusi yang akan ditandinginya itu.

“Chua Jui Meng komited pada perjuangan PKR walaupun kerusi belum diputuskan lagi,” kata sumber berkenaan yang enggan dinamakan.

Difahamkan, Chua mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lalu selepas gagal mendapatkan kerusi Parlimen Gelang Patah, yang akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

Timbalan presiden parti Azmin Ali dalam satu sidang media semalam dilaporkan berkata, isu berhubung Chua dijangka telah selesai selepas perjumpaan bekas naib presiden MCA itu dengan Anwar.

Azmin juga berkata, Chua akan mendapat satu kerusi yang sesuai dengannya di Johor.

Kenyataannya itu menguatkan lagi dakwaan yang timbul bahawa Chua kini dikatakan cuba mengintai kerusi Parlimen Bakri, Kulai dan Segamat.

Bagaimanapun ada juga cakap-cakap yang menyebut bahawa Chua dijangka akan bertanding di Segamat yang sebelum ini ditandingi oleh calon DAP yang kalah kepada MIC dengan majoriti 2,991 undi.


PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara

Harakahdaily, 04 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.

"Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.

11 perkara itu adalah:

i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara  adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;

ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar

iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi

iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;

v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.

vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;

vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;

viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;

ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;

x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.

xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.

"Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar," kata Mahfuz.

UPdated ...Jadual Jelajah Perak Dato Seri Anwar Akan Isytihar Calon Dun Perak Di Gerik,Hari Ini...


Debaran semakin bergetar dengan hebat.Parlimen sudah dibubar,dan bermulalah perang plihanraya bagi parti yang bertanding.Bahang panas kian terasa memandangkan PRU 13 adalah yang paling sengit dan merupakan titik perubahan kepada senario politik negara.

Dato Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah lagi negeri Perak.Setelah Bota,Kg Gajah,Lumut dan Bagan Serai,kini tiba giliran untuk kawasan Gerik dan Lenggong.Sesunguhnya kawasan kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional di negeri Perak.Kedatangan DSAI kesini diharapkan dapat memberi suatu tolakan besar kepada BN.

Oleh kerana semalam telah berlaku Pembubaran Parlimen,Maka Dato Seri Anwar terpaksa mempercepatkan untuk melakukan pengistiharan calun calun DUN PKR Perak.Pengistiharan ini akan dilakukan di Pekan Gerik.Diharapkan para penyokong dan rakyat jelata dapat berhimpun disana sebagai tanda sokongan.

Ustaz Zulkifly Ibrahim

Tujuan pengistiharan awal ini adalah  supaya calun dapat menentu dan mengerakkan Jentera Pilihanraya masing masing.Calun calun telah diberi kuasa dan kebebasan untuk menentukan sendiri jentera pilihanraya.Calun juga berkuasa untuk menolak sebarang campurtangan dari pihak pihak tertentu.
Jentera Dun Bota

Untuk Dun Bota,Ustaz Zulkifly Ibrahim sudah hampir pasti menjadi bakal calun,yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.Untuk kepastian sila lah bertandang ke Pekan Gerik malam ini.Wakil TBO akan berada disana untuk buat liputan secara live untuk anda.

Menjamu Selera Di Gerai Berdekatan Bilik Gerakan Utama Bota
Ustaz Zul Serius Membincangkan Strategi Pilihanraya
Ini Pun Jentera..

Thursday, April 04, 2013

Jadual Jelajah Anwar ke Perak hari ini selepas bubar parlimen

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

4 April 2013 (Khamis)

1)  8.30- 12.00 mlm – Ceramah Perdana  Pakatan Harapan Rakyat         
        
Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan, Dataran 88, Jalan Baru Lenggong
 
2)   9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
         
Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, Taman Semarak, Batu 2, Gerik

3)    Barisan Penceramah:

i.                     YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                   Dr Mohumad Nur Manuty

iii.                  YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

iv.                 YB Sivakumar

v.                   Lt. Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid

vi.                 Brig. Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab

vii.                Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad

viii.              Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid

ix.                 YB Dr Lee Boon Chye

x.                   Ustaz Termizi Abd Hamid

xi.                 Haji Sufian Mohd Nordin

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Bubar Hari Ini,Najib Sampai Lupa Tarikh ,Harga Saham Menjunam Jatuh..Tanda Tidak Percaya BN Akan Terus Memerintah?


Parlimen bubar hari ini (MK)
10:36AM Apr 3 2013
dikemaskini 11.30am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan.    
Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.   
Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Najib membuat pengumuman tersebut hari ini sempena ulangtahun keempatnya sebagai perdana menteri, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Dalam ucapannya selama kira-kira 15 minit itu, Najib turut memuji usaha yang dijalankan anggota pentadbirannya, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinet.

Katanya, usaha yang dijalankan itu antara lainnya berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan menunjukkan bahawa kerajaan BN bertanggungjawab.

“Kejaan ini letak kepentingan rakyat malaysia mengatasi segalanya. Kami merupakan kerajaan yang berani menepati janji dan memelihara amanah. Bukan sikap kami tanam tebu di bibir.

“Bukti komitmen mampu diukur oleh prestasi sepanjang empat tahun,” katanya dalam ucapan tersebut.

Turut menyertai Najib ketika membuat pengumuman tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri.
   
Sementara itu menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.
   
Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
   
Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN enguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
   
Dalam pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
   
Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
   
Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.
   
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
   
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
   
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan  17 pilihan raya kecil diadakan.








PM umum bubar Parlimen, harga saham menjunam
10:44AM Apr 3 2013
Harga pasaran saham jatuh mendadak sejak pasaran dibuka pada jam 9 pagi, sebelum perdana menteri mengumumkan pembubaran parlimen hari ini.
NONEIndeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur menjunam 29 mata atau 1.73 peratus pada jam 10.55 pagi kepada 1,656 mata selepas merekod paras 1,635 mata pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Bekas Pemuda UMNO Dirai Oleh Sekretariat PR Parit Dan Pekida..Sanggup Hadapi Rintangan

Saudara Riduan yang telah menyertai PAS telah bertekad untuk melawan segala rintangan dan dugaan yang akan beliau hadapi dari pihak UMNO.Beliau menegaskan bahawa kemasukan beliau kedalam Parti Pas adalah ihklas dan ingin mengikuti perjuangan PAS yang dianggapnya benar benar mahu mengangkat Islam dalam pemerintahan negara.
Beliau sebelum ini diugut oleh pihak Umno kerana menaikkan bendera PAS di kampungnya menyedari bahawa perjuangan UMNO adalah jauh tersasar daripada membela nasib rakyat.Ridzuan yang memasuki UMNO atas semangat untuk membela ekonomi dan nasib bangsa merasa kecewa kerana faktor faktor utama yang memgagalkan pembelaan nasib rakyat ini adalah disebabkan oleh pemimpin UMNO sendiri.Diperingkat cawangan lagi telah kelihatan pemimpin Umno tempat berlumba lumba untuk membolot kekayaan untuk diri sendiri.Pemimpin UMNO membahagikan kekayaan dan tanah negara dikalangan mereka sahaja dan melupakan hak hak rakyat miskin.

Pengerusi Pekida Perak Turut Sama Hadir Untuk Beri Sokongan
             Menyedari hakikat ini,beliau berazam melakukan perubahan diluar UMNO,kerana UMNO sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana kerosakan nya sudah parah hingga merebak keakar umbi.Beliau pada mula nya ingin melakukan penghijrahan seorang diri sahaja,namun apabila hasrat beliau diketahui oleh sahabat sahabat yang lain,maka penghijrahan ini mendapat sokongan 20 orang ahli pemuda UMNO yang lain.Ini adalah kerana rata rata dari mereka amat menyedari akan kepincangan dan tindakan Ridzuan ini adalah suatu pemangkin bagi mereka melakukan perubahan


              Pihak Sekteriat PR Parit dan Pekida telah mengambil inisiatif untuk meraikan mereka ini dalam suatu jamuan ringkas yang turut di hadiri oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim, Calun DUN Bota.Saudara Ridzuan dan rakan rakan turut diperingatkan tentang tindakan tindakan yang bakal diambil oleh UMNO akibat penghijrahan beliau ini oleh ahli ahli Pekida dan mereka sedia memberi bantuan sekiranya terdapat ancaman ancaman yang dialami oleh pemuda pemuda ini.

Tuesday, April 2, 2013

GEMPAR !!! Khairul Fahmi Akan Saman Utusan Isu Kontroversi Di Twitternya Dalam Ucapan Ceramahnya Di Selayang Pandang

 YB William Leong 

 Rakyat hadir beramai-ramai mendengar ceramah

 YB Nizar Jamaluddin turut hadir memberikan ceramah  
penjelasan mengenai isu-isu yang berlaku di negeri Perak  

 Pandangan dari belakang

 Khairul Fahmi memberikan penjelasan yang ringkas 
mengenai isu konterversi di Twitter 




Bertempat di Markas PAS Selayang Pandang malam tadi telah diadakan satu ceramah kelompok dan di antara penceramah-penceramah  yang hadir memberikan ceramah malam tadi ialah Ahli Parlimen Selayang William Leong , Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin serta Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Fahmi Mat Som yang hangat mengenai isu kontroversi di twitter baru-baru ini...

Khairul Fahmi berkata " keadaan politik ini semakin haru semakin celaru dan semakin merisaukan sehingga menyedarkan masyarakat bahawa politik sebegini perlu dihentikan ...terlalu ramai masyarakat pimpinan Pakatan Rakyat khususnya telah dihina telah diaibkan sehingga ada facebookers bernama Azizah Sabariah Nik Anwar telah mendedahkan bahawa Menteri Besar Kelantan ada Skandal Seks dengan seorang wanita di Mekah baru-baru ini ..ini adalah merupakan salah satu benda yang menyebabkan kemarahan saya cukup tinggi..dan itulah saya nak jelaskan punca tweet saya dalam twitter itu.".

Di akhir ucapannya beliau akan menfailkan saman terhadap Utusan Malaysia kerana memfitnah kerana menuduh beliau menghina Nabi SAW... TBO

Linkwithin