Wednesday, April 30, 2008

Senarai Madrasah dan Surau Di Perak Tengah

Madrasah / Surau di Bota
1. Madrasah As-Solah , Kampung Parit 13 , Titi Gantung Bota , Perak
2. Madrasah Haji Mat Bidin , Kampung Durian Kudung 32600 Bota , Perak
3. Madrasah Hasaniah , Kampung Tanjung Aur 32600 Bota , Perak
4. Madrasah Husiniah , Kampung Pekan , Bota Kiri 32600 Bota]] , [[Perak
5. Madrasah Ibtidaiyah , [[Batu 10 ¼ Kampung Pulau Padang 32600 Bota , Perak
6. Madrasah Ikhlasiah , Kampung Baru 32600 Bota , Perak
7. Madrasah Jamaliah , Kampung Batu 14 ½ , Kampung Seri Kaya 32600 Bota , Perak
8. Madrasah Muhammadiah , Batu 14 Kampung Ekor 32600 Bota , Perak
9. Madrasah Rahmaniah , Kampung Aji Ulu , [[32600 Bota , Perak
10. Madrasah Taufikiah , Kampung Pulau Pisang 32600 Bota , Perak
11. Surau al Nazuah , Kampung Parit 8 , Titi Gantung 32600 Bota , Perak
12. Surau Al-Abrar , Taman Indera Batu 30 , Jalan Air Tawar , [[32600 Bota , Perak
13. Surau Al-Fatihah , Batu 26 ½ Jalan Tronoh 32600 Bota , Perak
14. Surau Al-Hidayah , Kampung Kubang Candung 32600 Bota , Perak
15. Surau Al-Sulaimaniah , Felcra Nasaruddin (Belia)]] 32600 Bota , [[Perak
16. Surau Aminariah , Kampung Tanjung Aur 32600 Bota , Perak
17. Surau Aminariah , Kampung Teluk Kepayang 32600 Bota , Perak
18. Surau Ar Rahmaniah , Batu 14 Kampung Padang Marhum 32600 Bota , Perak
19. Surau Ar-Rahmaniah , Kampung Changkat Sodang , RPA Seri Iskandar 32600 Bota , Perak
20. Surau Asliah , Kampung Aji , Bota Kiri 32600 Bota , Perak
21. Surau Azlan , Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Azlan Shah , Seri Iskandar 32600 Bota , Perak
22. Surau Baru Kampung Tersusun , Kampung Tersusun Gelung Peputu 32600 Bota , Perak
23. Surau Changkat , Kampung Padang Changkat Ulu , [[ 32600 Bota , Perak
24. Surau Ehsaniah , Kampung Pendiat Ulu 32800 Bota , Perak
25. Surau Ehsaniah , Kampung Pendiat Ulu 32800 Bota , Perak
26. Surau Ikhlasiah , Jalan Loji Air Kampung Telok Kepayang 32600 Bota , Perak
27. Surau Kampung Batu 30 , Titi Gantong 32600 Bota , Perak
28. Surau Kompleks Pertanian , Kompleks Pertanian Titi Gantong Bota , Perak
29. Surau Kubang Ikan , Kampung Kubang Ikan Batu 30]] 32600 Bota , [[Perak
30. Surau Lamiah , Sungai Parit 11 , Titi Gantung 32600 Bota , Perak
31. Surau Muhammadiah , Batu 16 Kampung Telok Kepayang 32699 Bota , Perak
32. Surau Mustarakiah , [[Batu 15 ½ Kampung Teluk Kepayang , Bota , Perak
33. Surau Nurul Hidayah , Kampung Parit 14 , Titi Gantung 32600 Bota , Perak
34. Surau Othmaniah , Sungai Parit 9 , Titi Gantung 32600 Bota , Perak
35. Surau Radiatul Ulum , Taman Indera Barat , Batu 30 , Jalan Air Tawar , [[ 32600 Bota , Perak
36. Surau Rancangan Bukit Baru , Gugusan Felcra Gelung Pepuyu , Peringkat Pertama]] 32600 Bota , Perak
37. Surau Sapawiyah , Kampung Teluk Sedengkil Padang Changkat , [[ 32600 Bota , Perak
38. Surau Sulaimaniah , Kampung Pendiat 32800 Bota , Perak
39. Surau Taman Seri Semangat , Taman Seri Semangat , iti Gantung 32600 Bota , Perak
40. Surau Taufiqiah , Jalan Tronoh Kampung Pancur 32600 Bota , Perak
41. Surau Zahariah , Kampung Tanjung Gelugur 32600 Bota , Perak




Madrasah / Surau di Telok Bakong & Lambor
1. Madrasah Al-Hamiah , Kampung Durian Sebatang , Lambor Kanan , [[Perak
2. Madrasah An-Noroniah , [[Kampung batu 16 ½ Lambor Kanan 32910 Lambor Perak
3. Madrasah Ridzuaniah , Kampung Lengkong , [[Batu 16 ½ Lambor Kanan 32910 Lambor Perak
4. Madrasah Taufikiah , Batu 16 ¼ Kampung Lambor Kanan 32910 Lambor , Perak
5. Surau Al-Falahiah , Kampung Talang , Lambor Kanan 32910 Lambor , Perak
6. Surau Al-Fadzilah , Kampung Lambor Kanan 32910 Lambor Kanan , Perak
7. Surau Al-Falahiah , [[Batu 17 Lambor Kanan 32900 Lambor , Perak
8. Surau Al-Haniah , Kampung Tanjung Batu 16 Lambor Kanan 32910 Lambor Kanan , Perak
9. Surau Al-Mutahiah , [[Batu 18 Kampung Pasir Sena , Lambor Kanan 32910 Lambor , Perak
10. Surau Hamsiah , Kampung Tok Sena Lambor Kiri , Perak
11. Surau Kamaliah , Kampung Lambor Kanan 32910 Lambor Kanan , Perak
12. Surau Makbuliah , Kampung Padang Marhum , Telok Bakong , Lambor Kanan 32900 Perak
13. Surau Muhammadiah , Batu 17 ½ Kampung Telok Bedayung , [[Lambor Kanan , Perak
14. Surau Wasaliah , Kampung Talang , Lambor Kanan 32910 Lambor , Perak



Madrasah / Surau di Parit
1. Madrasah Ahmadiah , Batu 7 Jalan Siputeh 32800 Parit , Perak
2. Madrasah Akhlasiah , Kampung Telok Sena Lambor Kiri 32800 [[Parit , Perak
3. Madrasah Aliyah , Kampung Senin , Layang-Layang Kanan 32800 Parit , Perak
4. Madrasah Al-Yunusiah , Kampung Alor Kechor , Layang-Layang Kanan , [[32800 Parit , Perak
5. Madrasah As-Saadah , Kampung Ekor Lambat 32800 Parit , Perak
6. Madrasah Ijtimaiyah , Kampung Tengah 32800 Parit , Perak , [[
7. Madrasah Islamiah , Kampung Tanjung Dedalu 32800 Parit , Perak
8. Madrasah Merah , Jalan Siputeh]] 32800 Parit , Perak
9. Madrasah Shahabuddiniah , Kampung Kepala Pulau 32800 Parit , Perak
10. Madrasah Taibatul Islamiah , Kampung Sadang 32800 Parit , Perak
11. Surau Al-Khairiah , Kampung Tepus 32800 Parit , Perak
12. Surau Ahmadiah , Kampung Seleboh Hilir , [[32800 Parit , Perak
13. Surau Al- Mazidiah , Kampung Kota Pagar , Layang-Layang Kanan , [[32800 Parit , Perak
14. Surau Al-Ehsaniah , Kampung Merua 32800 Parit , Perak
15. Surau Al-Hamidiah , [[Buluh Kuning Batu 27 Kampung Buluh Akar , Simpang 3 ]] 32900 Parit , Perak
16. Surau Al-Ikhlasiah , Kampung Tepus Ulu 32800 Parit , Perak
17. Surau Al-Muhibbah , Kampung Bendang Baru Parit 4 Padang Kangar 32800 Parit , Perak
18. Surau Al-Qoriah , Kampung Bakong , Lambor Kiri 32800 Parit , Perak
19. Surau Al-Saniah , Kampung Tanjung Dedalu 32800 Parit , Perak
20. Surau Ar-Rahmaniah , Batu 7 Taman Seri Sayang , Jalan Siputeh , [[32800 Parit , Perak
21. Surau As-Saadah , Kampung Tua 32800 Parit , Perak
22. Surau Asy-Shykuriah , Kampung Kubang Candung 32600 Parit , Perak
23. Surau Bendang Jawat , Kampung Bukit Chupak 32800 Parit , Perak
24. Surau Changkat Seleboh , [[32800 Parit , Perak
25. Surau Ehsaniah , Kampung Dusun Hilir , Layang –Layang Kiri 32800 Parit , Perak
26. Surau Eslahiah , Kampung Kubang Aji Tanjung Dedalu 32800 Parit , Perak
27. Surau Idrusiah , Kampung Seleboh 32800 Parit , Perak
28. Surau Ihsaniah , Kampung Bidara Bukit Chupak 32800 Parit , Perak
29. Surau Ijtikiah , Kampung Kota Pagar , Layang-Layang Kanan 32800 Parit , Perak
30. Surau Ismailiah , Kampung Tua 32800 Parit , Perak
31. Surau Itfakiah , Kampung Tanjung Medan , Kampung Tanjung Medan 32800 Parit , Perak
32. Surau Kampung Baru , Kampung Baru 32800 Parit , Perak
33. Surau Kampung Talang Batin , Kampung Talang Batin 32800 Parit , Perak
34. Surau Lama , Kampung Raja 32800 Parit , Perak
35. Surau Lobaniah , Kampung Baru Lambor Kiri 32800 Parit , Perak
36. Surau Madrasah Husnul Khatimah , Kampung Paloh , Layang-Layang Kiri Parit , Perak
37. Surau Nurul Jannah , Kampung Parit 6 , Layang-Layang Kiri 32800 Parit , Perak
38. Surau Parit jaya , Taman Parit Jaya , Taman Parit Jaya 32800 Parit , Perak
39. Surau Sanadiah , Kampung Lambor Kiri 32900 Parit , Perak
40. Surau Sekolah Menengah Layang-Layang Kiri , Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang Kiri ]] 32800 Parit , Perak
41. Surau Sulaimaniah , Kampung Tanjung Dedalu ]] 32800 Parit , Perak
42. Surau Tahzib Al-Nazuah , Kampung Parit 8 Layang-Layang Kiri 32800 Parit , Perak
43. Surau Talang , Kampung Talang , Jalan Beruas 32800 Parit , Perak

Pengarah JAIP diarah bertukar oleh Menteri Besar

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi.

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang mengesahkan perkara itu berkata Jamry telah dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apaapa bagi membela dirinya.

Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan.

Sementara itu, Jamry ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini di Istana Kinta di Ipoh.

"Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini," katanya.

Di Ipoh, Mohammad Nizar berkata pertukaran tersebut satu proses pentadbiran biasa yang berlaku dari semasa ke semasa melibatkan penjawat awam.

"Itu proses pentadbiran biasa. Kita ada (beberapa hari lebih awal) Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan...naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa. Anda patut kemukakan soalan ini apabila Menteri Besar yang dulu tu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK...saya tidak," katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) petang tadi.

Beliau menegaskan tidak ada sebab-sebab tertentu mengapa pertukaran tersebut dilakukan dan ia semata-mata merupakan proses perpindahan biasa kakitangan.

Ketika ditanya sama ada pertukaran itu disebabkan Jamry tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Perak, Mohammad Nizar berkata, "Saya tak tahu, anda tanya dia (Jamry).

Mohammad Nizar hanya menyatakan,"itu normal" bila ditanya mengapa Jamry diberi notis pertukaran 24 jam dan tidak masa yang lebih panjang seperti lazimnya.

Menurut Mohammad Nizar, Jamry yang sebelum ini dipinjamkan ke JAIP akan kembali bertugas di pejabat SUK di Ipoh.

"Beliau telah ditukarkan semula ke ibu pejabat SUK...Tidak ada kesan negatif. Anda (media) sepatutnya tidak menimbulkan persoalan itu kerana kakitangan keluar dan masuk," katanya mengulas soalan pihak media yang meminta beliau menjelaskan pertukaran tersebut.

Ditanya mengapa tiada pengumuman dibuat mengenai pertukaran itu, Menteri Besar Perak Ke10 itu berkata tidak wujud keperluan bagi pihak kerajaan negeri mengumumkan pertukaran para penjawat awam.

Tuesday, April 29, 2008

Cinta Orang Kampung


Oleh Msinc
Pada hujung minggu lepas, ada kampong didalam Perak Tengah (bukan Kg Telok Bakong) telah mengadakan mesyuarat untuk perlantikan Ketua Kampong yang baru.Telah timbul perselisihan pendapat dikalangan mereka.Antara yang dipertikaian utama ialah adakah Tok Sidang yang bakal dilantik tersebut harus dari ahli PAS/PKR atau harus diserahkan kepada masyarakat kampong untuk memilih ketua mereka.
Sebilangan berpendapat bahawa Ketua Kampong yang bakal dilantik haruslah dikalangan ahli PAS/PKR.Manakala disebelah pihak yang lain berpendapat,tidak kisah dari mana-mana parti dan yang penting sekali mendapat sokongan dari masyarakat setempat.
Seperti yang kita semua maklum, Menteri Besar Perak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa perlantikan Ketua Kampong yang baru haruslah dipilih dari suara penduduk sesuatu kampong berkenaan.Sekiranya kenyataan beliau ini dijadikan sandaran,maka kuasa tersebut mestilah diserahkan kepada rakyat untuk membuat perhitungan.Pro dan kontra perkara diatas sememangnya berasas dan telah dikaji oleh pemimpin atasan tempatan.Ada baik dan ada buruknya sesuatu pendapat tersebut.Bak kata sahabat saya Allahyarham Muhammad Ramlee Ngah, “yang baiknya dah tentu ada”,Permasalahan yang hendak diberi keutamaan ialah dari segi keburukan yang akan timbul.Mesti difikirkan dari skop yang seluas-luasnya dan mengambilkira jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang.Jangan sampai suatu tindakan yang terburu-buru mengakibatkan kerugian dimasa depan.
Dalam mesyuarat berkenaan, YDP Pas Parit, telah memberikan nasihat dan pandangan.Menurut beliau, negeri Perak harus mengunakan pendekatan bersederhana yang telah dilaksanakan di negeri Kelantan. Semua ketua kampong yang dilantik adalah dari pilihan rakyat setempat,tanpa mengambilkira parti apakah yang menjadi pegangan ketua kampong berkenaan.Mungkin disebabkan oleh pendekatan yang sederhana dan adil ini,menyebabkan PAS terus menguasai Kelantan selama 18 tahun.Berlainan keadaannya berlaku di Terengganu, jawatan ketua kampong dipegang oleh ahli Pas sahaja.Akibatnya Pas dapat memerintah cuma sepenggal sahaja,sebelum dirampas kembali oleh BN,kemungkinan faktor ini juga turut diambilkira oleh rakyat.
Kita perlu mengkaji sejarah dan sirah,Nabi Muhamad s.a.w telah memberikan contoh terbaik melalui Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai Baginda dengan kaum kafirin Mekah.Walaupun jangkamasa pendek, pihak Islam dianggap rugi,tetapi telah mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang sehingga dapat menakluki Kota Mekah dan menyebarkan seruan Islam keserata alam.

Khalifah Alam Maya

Oleh Msinc
Matlamat kehidupan manusia dimukabumi adalah bertaqwa kepada Allah dan mmencari keredhaan Nya.Inilah hakikat sebenar kehidupan yang sebentar ini yang wajib diperjuangkan oleh setiap insan disepanjang kehidupan.Hubungan dengan Allah dan manusia serta mahluk lain perlulah dijaga untuk menjaga dan mencapai status Khalifah Alam Maya,seperti yang telah dipertanggungjawabkan keatas kita.Ini bermakna hubungan dengan Tuhan pencipta alam hendaklah dijaga dan begitu juga hubungan dengan sesama manusia,makhluk lain dan juga alam sekitar.Setiap insan bertanggung jawab diakhirat keatas semua tindakan dan perlakuannya diatas muka bumi ini.
Oleh kerana sebagai sifatnya,semua manusia berperanan sebagai Khalifah maka,seharusnya setiap manusia itu mentadbir mukabumi secara adil,saksama,tidak menzalimi,bijaksana dan sebagainya,demi mengekalkan hubungan dengan Allah dan sesama makhluk ini tidak terjejas.Al-Quran dan Hadis perlu dijadikan pendoman dan matlamat hidup untuk menjadikan insan sebagai Khalifah yang sempurna.Didalamnya telah lengkap untuk dijadikan pendoman dan arah hidup yang merangkumi dan meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia.Manusia yang menolak peraturan dan ketentuan dari Allah ini,adalah manusia yang tidak bersyukur dan adalah manusia yang engkar kepada penciptanya.Maka darjatnya sebagai Khalifah,tidak tercapai malah akan membawa kebinasaan kepada manusia dan makhluk-makhluk yang lain.
Hubungan dengan Allah adalah teras kepada peranan sebagai Khalifah.Hubungan ini perlulah diperlihara sebaik yang mungkin.Manusia dijadikan oleh Allah adalah untuk beribadat kepada Nya serta mematuhi segala suruhan dan larangan nya.Disini pentingnya untuk menghapus dan membendung sifat sifat takbur,amarah,iri hati,tidak bersyukur kepada nikmat.kufur rahmat,ujub dan riak..ye ke KTB? Dan dimasukkan unsur-unsur rendah diri kepada Allah,sayang menyayangi sesama mahkluk,takut kepada yang Esa,menjauhkan diri dari dosa-dosa besar dan kecil,benci kepada kemungkaran dan kezaliman dan sebagainya.
Hubungan yang berikutnya,ialah hubungan sesama insan,makhluk dan alam semesta.Hubungan ini semestinya berlangsung dengan baik kerana kehidupan manusia di dunia adalah landasan untuk mencapai kebahagiaan diakhirat.Manusia tidak boleh berlaku zalim sesama sendiri,kepada binatang dan juga alam sekitar.Ini bererti,manusia tidak boleh melakukan kerosakan diatas mukabumi ini.Sebagai pemimpin,manusia haruslah menjalankan amanah Tuhan ini dengan sebaik yang mungkin berpandukan Kitab dan Sunnah.Sebarang penginayaan,kezaliman,ketidakadilan,kronisme,pentingkan diri dan keluarga,menipu, serta menafikan hak rakyat dan sebagainya,adalah perbuatan yang dapat merosakkan hubungan ini.Oleh itu taraf manusia yang sedemikian sifatnya dianggap gagal menjalankan tugasnya sebagai Khalifah.Maka natijah dari perbuatannya ini tentulah di neraka,seperti yang telah di janjikan oleh Allah.
Kepentingan menjaga kedua-dua jenis hubungan ini,adalah tidak lain ialah untuk bertaqwa dan mencari keredhaan pencipta alam semesta.Sebagai hamba dan mahkluk yang lemah dan hina,manusia berkewajipan untuk patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keesaan Nya.Demi mencapai kebahagiaan yang mutlak di dunia dan akhirat.

Linkwithin