Tuesday, May 13, 2008
Suara Takbir
Oleh Msinc
Sempena dengan sambutan Hari Ibu,Saya mewakili semua warga Telok Bakong Online , mengucapkan Selamat Hari Ibu, Pengorbanan Ibu dalam membesar dan mendidik kami tidak akan dapat kami balas sehingga akhir hayat.Kepada ibuku,maafkanlah anakmu ini kerana tidak dapat meneruskan perjuangan mu didalam Umno.Percayalah bahawa anakmu ini sentiasa akan mencari kebenaran,untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Kesenian dan rekabentuk binaan di dalam Islam adalah berteraskan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah pencipta alam.Binaan binaan yang dihasilkan oleh insan yang beriman mestilah tidak boleh lari dari menunjukkan sifat-sifat kepatuhan dan rendah diri kepada yang maha Esa.Seni binaan dalam Islam bukanlah untuk bermegah-megah,riak dan takbur.Ini menjadikan seni binaan Islam adalah berbeza dari konsep binaan kontemporari.Sedia maklum kita ketahui konsep rekabina barat lebih cenderung untuk bermegah megah dan bermewah-mewah,seperti mendirikan bangunan yang tertinggi,terpanjang,termahal ataupun binaan yang dibuat dari material yang mahal mahal.Semua ini dilakukan untuk menunjuk-nunjuk sehingga melahirkan perasaan takbur dan riak kepada pengasasnya,pereka,pembinanya dan sebagainya.
Tuan Guru Nik Aziz dalam satu siri ucapannya,menyatakan bahawa adalah suatu pembaziran untuk membina sesebuah masjid yang cantik dan mahal,sekiranya keperluan rakyat jelata masih tidak mencukupi sepenuhnya.Keperluan ini terdiri daripada keperluan asas manusia seperti makanan,pendidikan,perubatan dan sebagainya.Ini boleh dilihat dengan pembinaan masjid-masjid yang besar dan mahal di Putra Jaya,Terengganu dan di seluruh Malaysia,sedangkan penduduk di Baling,Sabah dan Sarawak masih hauskan keperluan asasi ini.Maknanya,walaupun untuk membina masjid,kerajaan perlu berhati-hati dan berjimat cermat dalam mengunakan wang rakyat.Menurut Tuan Guru lagi,tiada bezanya dari sudut pahala antara membina masjid yang mahal dan cantik dengan membina masjid yang sederhana dan murah.
Dapat kita lihat dewasa ini,matlamat pembinaan masjid (bukan semua) adalah menyimpang dari konsep menunjukkan ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah.Ada masjid yang dibina ini terkandung dalam matlamatnya untuk tujuan perlancongan.Ini sudah terang-terangan melanggar konsep binaan dalam Islam yang mensyaratkan bahawa ianya ialah untuk menunjukkan ketakwaan dan keimanan hamba kepada penciptanya.Ianya tidak boleh berokjektifkan dengan matlamat-matlamat yang lain.Perkembangan perlancongan yang berlaku akibat pembinaan sesuatu masjid adalah natijahnya saja,tidak boleh dijadikan matlamat pembinaan.Maka jika matlamat pembinaan masjid ini sebagai lambang ketakwaan dan ketaatan manusia kepada Tuhannya perlulah segala elemen atau pelaku-pelakunya mempunyai keimanan kepada Allah.Ini meliputi dari pengasas,perekacipta,pembina atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan sesuatu binaan tersebut.
Apa yang menjadi persoalan sebenar di sini adalah mengenai pengubahsuaian serta penambahan terhadap Masjid Shukuriah Kampong Telok Bakong.Masjid ini telah mengalami pengubahsuaian dan penambahbaikan yang banyak semenjak ianya dibina untuk keperluan semasa masyarakat.Pengubahsuaian dan penambahbaikan ini adalah perlu berdasarkan pertambahan penduduk terutamanya semasa cuti-cuti sekolah atau musim perayaan akibat dari pertambahan mendadak jemaah.Tetapi banyak persoalan yang timbul,iaitu dari segi keperluan,pengagihan kontrak-kontrak kerja dan juga pekerja-pekerja yang terlibat.
Dikampong ini,telah menjadi kebiasaan,seperti kampong kampong lain juga semasa dibawah pemerintahan UMNO,Kontrak kerja-kerja pembaikan atau ubahsuaian masjid yang berskel sederhana dan kecil akan diberi kepada individu yang yang ada jawatan penting dalam UMNO atau JKK.Ini adalah lumrah.Individu ini biasanya adalah seorang kontraktor dan biasanya akan terlibat juga untuk projek kampong yang lain seperti pembinaan jalan,parit dan sebagainya.Ini dapat menerangkan senario kenapa ramai yang berlumba-lumba untuk merebut jawatan Ketua Kampong,Pengerusi JKK dan jawatan-jawatan penting dalam UMNO.Sebab mereka mahukan kelebihan untuk mendapatkan kontrak dalam satu-satu projek dalam kampong dan bukannya ikhlas berkhidmat kepada masyarakat.Siapa mahu bekerja secara percuma,fikir mereka.Ini adalah permasalahan agihan yang tidak adil yang berleluasa di Negeri Perak serta seluruh Malaysia.Maknanya,jikalau ada kontraktor lain yang berkelayakan,akan dinafikan haknya untuk mendapat kontrak sekiranya dianya tidak ada jawatan penting dalam Umno.Tapi masih ramai lagi kontraktor seperti ini yang masih bernaungkan Umno,tanpa disedari Umno sendiri yang menekan mereka.Bolehlah diumpamakan “harap pagar,pagar makan padi”,”Sokong membawa rebah”,dan lain-lain bidalan seperti yang diberitahu oleh orang-orang tua kita.Banyak pengajarannya kepada mereka-mereka yang mahu mengambil iktibar dan berfikir secara rasional.
Rezeki,Allah yang memberi,bukannya Umno.Kita mesti yakin dan berusaha dengan tekun dan bertawakal.Rezeki Allah ini berbentang luas.Boleh didatangkan kepada kita dari sumber-sumber yang kita tidak boleh jangka.
Jangan biarkan minda tersekat,Jangan lah kita melutut, semata-mata inginkan belas kasihan mereka.Kebenaran tetap kebenaran.Kata orang tua,biar miskin tetapi hidup bermaruah.Hidup bermaruah ini tidak dapat dinilaikan dengan kilau emas dan intan.Insan yang bermaruah akan mendapat ketenangan dan kedamaian dalam hidup dunia dan akhirat.Itulah yang lebih bermakna.”Bior jadi mat rock yang bermaruah,naik kapcai ari-ari,dari jadi kontraktor ber ’merc’,tetapi menjadi pengampu,pembodek Umno,kehulu kehilir menyembah orang,bila dapat projek, kencin pekerja”…ada yang pedih telinge ke?minta maap lee..he..he..
Selanjutnya,apabila satu-satu projek di masjid diberi kepada pihak-pihak tertentu,sekiranya ada kerja-kerja yang besar,ianya akan di ‘sub’ kan kepada kontrator bukan Islam.Mampukah akal yang waras dapat menerima bahawa tempat kita menyerahkan diri dan beribadah kepada Allah ini,dibina oleh orang-orang yang tiada sekelumit pun iman didalam dada?.Konsep pembinaan dalam Islam itu sendiri amat mementingkan sifat-sifat keimanan kepada pelakunya.Bila ditimbulkan persoalan ini,mereka akan menjawab”Tak ada kontraktor kita yang mampu menjalankan kerja-kerja besar tersebut”.Takkan tidak ada kontraktor Islam yang berpengalaman di seluruh Perak Tengah mahupun negeri Perak yang mampu melakukan kerja-kerja tersebut?.Itu lah fenomena yang berlaku apabila seseorang yang terlalu mementingkan keuntungan material sehingga sanggup melupakan tuntutan tuntutan Islam.Apabila pekerja bukan Islam ini menjalankan kerja didalam sesebuah Masjid,sudah tentulah mereka ini dalam keadaan tidak suci,ini mencemar kesucian Masjid.Terdapat laporan berlaku di salah sebuah masjid di dalam Perak Tengah,bahawa didapati ada pekerja ini yang minum minuman keras semasa bekerja didalam Masjid.Sebagai seorang Islam,apakah perasan kita apabila mendengar berita ini.Dimanakah maruah kita?.Kita bukan hendak menyekat pencarian bukan Islam,mereka juga ada hak diatas mukabumi ini.Tetapi,biarlah berpada-pada.Janganlah sampai kan buat Masjid pun kamu hendak juga.
Mana-mana yang telah terberlaku,kita jadikan iktibar dan panduan pada masa akan datang.Oleh itu,diharapkan kepada kepimpinan yang baru dapat merobah segala kepincangan-kepincangan yang berlaku.Pastikan lah kontraktor Islam yang berkelayakan mendapat keadilan dan kesaksamaan untuk mendapat tender-tender dari pihak pengurusan Masjid.Kenakan syarat,tidak membenarkan sub bukan Islam dari bekerja didalam Masjid.Ini bermakna sekiranya ada kerja-kerja yang terpaksa diserahkan kepada kontraktor lain,empunya dan pekerjanya mestilah beragama Islam.Demi menjaga kesucian Masjid ,disamping menjaga hubungan kita dengan Pencipta untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Takbir…
Penulis:
msinc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
xngape yop... orang tua kita masih anggap umno hari ini same dgn umno dulu.. dulu memperjuangkan orang melayu... sekarang umno perjuangkan harta pangkat dan kuasa
Post a Comment