Friday, May 15, 2009

Ulama Pas perlu lengkapkan diri dengan ilmu hal semasa - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat



kelulut@telokbakong.com

15.05.09

Memetik laporan harakahdaily 14.05.09 Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud Iraqi tidak menolak gabungan ulama dan profesional mampu membentuk kestabilan ummah .

Menurut beliau lagi ,sebenarnya tidak ada jurang di antara ulama dan profesional.

"Mereka harus duduk bersama demi kekuatan sistem pemerintahan Islam. Bagaimanapun sejarah membuktikan gerakan Islam menjadi kaku sekiranya ulama dinafikan peranannya.

"Ulama menjadi tonggak kepada perjuangan Islam sejak dahulu dan ia tidak boleh dipertikai," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan kali ke-38 di Markaz Dewan Ulama di Labok, semalam.

Penulis memang bersetuju dengan pandangan ini malah inilah sepatutnya menjadi ramuan
jemaah umumnya umat Islam .Golongan tertentu didalam Pas yang merasa bahawa merekalah yang terbaik perlu berfikir secara positif . Buangkan sikap buruk sangka yang boleh meruntuhkan kekuatan parti .

Akhir - akhir ini terkesan juga dengan beberapa komentar pimpinan Pas yang agak sinis .Tetapi adalah diharapkan ianya tidak berlanjutan .

Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu lagi ;

"Peranan ulama dalam institusi kepimpinan negara sangat besar, lebih-lebih lagi ketika menghadapi dunia global penuh cabaran dan rintangan.

"Meskipun begitu, syiar Islam harus diutamakan. Jadi ulama tidak terkecuali daripada tanggungjawab menghadapi sebarang situasi, katanya.

Walau bagaimana pun beliau menyaran supaya ulama lebih proaktif .

Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin dengan syarat perlu ada ilmu agama dan arif dalam konteks perundangan Islam.

Beliau juga berharap ulama perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan hal ehwal semasa di samping mendalami ilmu keagamaan.

Sememangnya kita memahami bahawa bukan semua orang mampu melakukan pelbagai perkara . Tetapi yang yang dituntut adalah kerjasama agar dapat dicontohi umat .

Tidak timbul soal pandangan bikinan penyangak politik yang mempunyai agenda tersendiri . Mereka memberi pelbagai label agar Pas itu dilihat ' comot' .

Dan sebenarnya mereka hanya mahu melihat agamawan dan profesional dapat dipisahkan .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

TBO antara penerima Darjah Pingat Kebesaran SKDA membawa gelaran RADEN .


kelulut@telokbakong.com

Warga kerja TBO mengucapkan terima kasih atas kurniaan anugerah yang membawa gelaran Raden TBO .Kami merasa bangga kerana dipilih sebagai penerima anugerah sebaris bloggers yang lain .

Anugerah kurniaan http://sheikh-telukintan.blogspot.com amat bermakna kepada sekalian penerima gelaran .

Tetapi gelaran ini tidak akan membesarkan diri .Lantaran kami akan terus berjuang menegur tidak mengira darjat .

Malah kami rela ditegur jika tersilap .Namun untuk tunduk taat membuta tuli minta dijauh walau sekali .

Macam ' rakyat ' sesetengah negeri sanggup buta , pekak dan bisu

Bila bertemu itu ' isu ' lidah mereka sudah kelu . Tersipu - sipu mendapat malu .

Bubarkan DUN Perak !

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Maaf! ..... Untuk Dewasa Sahaja

Minggu lepas, saya selongkar blog Dr. PG2U dan terjumpa gambar yang paling bawah di sinun. Ini mengingatkan saya dah hampir sebulan tak makan betik.

Betik adalah antara buah kegemaran saya. Tapi, bulan ini saya banyak makan buah mangga madu. Insya Allah, besok atau lusa, saya akan cari buah betik madu. Bijinya, saya nak semai dan tanam di kebun. Kebetulan, menantu saya buat MSc (Microb) mengenai kuman-kuman pada pokok dan buah betik.

Di kalangan herbalis dahulu kala, ada buah betik yang baik untuk lelaki dan ada yang baik untuk perempuan. Malah, buah yang belum masak juga ada pelbagai khasiat. Pucuk pokok betik, dicelur dan dibuat ulam, baik untuk perempuan lepas bersalin untuk membanyakkan susu di badan.

Yang ini baik untuk perempuan.

Yang ini baik untuk lelaki.


Yang ini baik untuk perempuan.

Yang ini baik untuk lelaki.

http://abdulwahabarbain.blogspot.com

Ketuanan Melayu ? Boleh jalanlahh...!!

http://politikbanjar.blogspot.com/

Lokasi : Didalam Pasaraya Besar
Masa : Jam 3.30 pm

Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma. Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu. Peluh memercik, jelas dimukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.

Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh..jawabku ringkas. Sebelum ni ? Kerja kilang bang ! Dimana ? Di Pulau Pinang. Kilang tutup...nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah ! Itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.

Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni..ok ke tak ok ? aku menyoal lagi. Dia diam seketika..kemudian bersuara..kerja kuli bang! Nak kira ok tu..ok juga, cukup buat beli susu anak bang ! Berapa syarikat ni bagi sebulan ? banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime..12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu ? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM250 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat..walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas..pekerjaan beliau kini sebagai 'penolak troli'. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang2 dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang. Nak salahkan kerajaan ker ? Entahlah..!!

Lokasi : Masjid Jamek ***
Masa : Lepas Maghrib (malam tadi)

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah...!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut. Kerajaan oh kerajaan..ada jaminankah untuk rakyatmu ketika pemimpin menjerit kuat mengenai ketuanan Melayu. Boleh jalannn..laa !!

(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Kisah untuk malam jumaat. Buat renungan sahabat sekelian !

Kritik dan teguran


Mat Saman Kati@perakexpress.com

Gerakareformasi tahun 1998 telah menghasilkan sedikit pulangan pada tahun 1999 apabila pembangkang memenangi banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Kedudukan PAS di Kelantan semakin kukuh manakala Terengganu berjaya dirampas. Haji Hadi menjadi ketua Pembangkang dan Ketua Barisan Alternatif.mat-saman-kati

Sama ada orang bersetuju atau tidak..kemenangan BA masa itu banyak dibantu oleh laman-laman web reformasi yang tumbuh macam cendawan. Benar…isu masa itu ialah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar. Tanpa laman-laman web ini, maklumat tentang apa yang berlaku terhadap Anwar mungkin tidak sampai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa itu, laman-laman web ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada Umno.

Tetapi selepas menang..kita lupa diri. Laman-laman web yang mengkritik BA akan dianggap sebagai pemecahbelah BA. Mereka yang mengkritik Pas akan dianggap sebagai anti-islam. Mereka yang mengkritik Keadilan akan dianggap sebagai barua Umno…SB…ejen BN dsbnya.

“Reformasi” telah di rampas oleh Parti Keadilan dan dijadikan modal politik. “Reformasi bukan lagi gerakan rakyat tapi sebagai modal politik untuk meraih sokongan. Manakala Pas pula telah menganggap kemenangan tahun 1999 itu sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan Pas.

Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini..kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri. Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Dan ketika pilihanraya umum 2004 sudah semakin hampir…Pas mengemukakan Dokumen Negara Islam. Apabila Keadilan tidak bersetuju…Keadilan dianggap sebagai anti-Islam. Dan apabila Syed Husin Ali, diletakkan sebagai calon di Kota Bharu, beliau dilabelkan sebagai sosialis…sama macam adik komunis.

PAS juga mempunyai alasan mengapa mahu menguasai Keadilan…kerana jentera Keadilan dalam keadaan kacau bilau.

Akhirnya..dalam pilihanraya 2004, kita lingkup. Terengganu kembali keasalnya…Kelantan nyaris-nyaris terlungkup…dan Keadilan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen..Wan Azizah.

Berilah apa alasan pun…tetapi bagi aku..kita kalah kerana kita tidak boleh dikritik..tidak boleh ditegur…keras kepala…angkuh!

Baik PAS…baik Keadilan. Sama sahaja.

Selepas pilihanraya 2004, Anwar dibebaskan. Lebihkurang seminggu sebelum Anwar dibebaskan…Raja Petra menutup laman Free Anwar Campaign (FAC) dan memulakan Malaysia Today.

Raja Petra adalah seorang reformis..termasuk isterinya Marina. Sebelum itu, beliau adalah orang kuat Parti Keadilan tetapi apabila reform yang diperjuangkannya tidak disambut didalam parti..beliau meninggalkan PKN.

DiMalaysia Today…beliau membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Diperingkat awal…MT menjadi medan untuk rakyat melepaskan geram. Komen-komen tidak terkawal sehingga penuh dengan maki hamun dan kelucahan. Itu diperingkat awal…dimana rakyat yang tidak pernah mendapat kebebasan…tiba-tiba diberi ruang untuk menyuarakan isi hati mereka. Macam kera dapat bunga.

Disatu pihak pula..mereka yang kena serang menjadi marah..kerana selama ini tidak ada sesiapa yang berani mengkritik mereka. Maka timbullah bermacam-macam label dan gelaran yang diberikan kepada mereka.

Konflik adalah normal…terutama apabila dua pihak tidak pernah memahami antara satu sama lain. Ketika Pakatan Rakyat memenangi negeri Perak..Ustaz Ahmad Awang telah dijemput kesatu majlis yang dianjurkan oleh DAP. Dan diatas meja Ahmad Awang tersedia botol-botol Carlsberg.

Adakah DAP menghina Ahmad Awang? Tidak. Cuma mereka tidak pernah cuba memahami budaya orang lain.

Dalam kenduri yang dianjurkan oleh Pas, mereka menjemput kaum India dan menghidangkan daging lembu. Adakah Pas menghina penganut Hindu? Tidak. Tetapi kerana ustaz-ustaz ini tidak pernah memahami adat-adat Hindu.

Kalau Ahmad Awang terus keluar dari majlis dan terus melabel DAP sebagai menghina orang Islam..sampai sekarang DAP tidak akan tahu pantang larang orang Islam.

Kalau PAS tidak mendengar kritikan orang-orang Hindu supaya jangan menghidangkan daging lembu, sampai sekarang sudah pasti orang-orang India tidak akan menghormati Pas.

Ramai pemimpin Pas bersedia menerima teguran dan kritikan…tetapi masih ramai pengikut Pas masih tidak boleh menerima teguran dan kritikan…terutamanya diperingkat bawahan.

Cikgu Azmi..Presiden TERAS telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat negeri Perak. Ada empat peringkat…Konflik, Penyesuaian, Persefahaman, Perpaduan.

Beberapa bulan pertama PR memerintah Perak, Pulau Pinang Kedah dan Selangor..kita berada dalam peringkat pertama…konflik. Baik dalam soal EXCO, soal ahli majlis, soal Ketua Kampung. Semuanya bertekak.

Selepas itu barulah kita memasuki peringkat kedua iaitu penyesuaian. Ada kawasan-kawasan dimana kepimpinan PAS dan PKR agak terbuka dan penyesuaian amat mudah dilakukan. Tetapi dikawasan-kawasan dimana YDP atau Ketua Bahagian yang keras kepala..penyesuaian ini amat perlahan. Malah masih ada yang berkonflik hingga sekarang.

Kalau Malaysia Today memerlukan hampir setahun untuk mengajar pengkomen-pengkomen supaya beretika dan berbahas secara baik dan bertanggungjawab..berapa lamakah yang diperlukan untuk proses penyesuaian dalam Pakatan Rakyat?

Pas dan PKR Pulau Pinang masih lagi dalam peringkat konflik. Ini berlaku kerana tidak ada kepimpinan yang terserlah…baik Pas atau PKR di Pulau Pinang.

DiSelangor..PKR lebih dominan. Sama seperti Kedah dimana PAS lebih dominan. Tetapi di Perak..PAS dan PKR sama-sama kuat. (dari sudut kerusi yang dimenangi). Kalau tidak ada kepimpinan yang terserlah..maka PAS dan PKR Perak sudah pasti akan terus didalam mode konflik macam Pulau Pinang.

Disini terserlah kemampuan Nizar dalam mengemudikan konflik antara PAS dan PKR. Kemampuan Nizar menyatupadukan PKR, Pas dan DAP…sama macam kemampuan Anwar menyatupadukan BA dan akhirnya Pakatan Rakyat.

Tetapi Nizar memerlukan sokongan. Dia memerlukan sokongan..baik dari dalam Pas mahupun PKR dan DAP. Dan perlu diterima hakikatnya bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih didalam mode konflik.Masing-masing mementingkan survival politik mereka…bukannya kesejahteraan rakyat.

Kalau orang-orang Pas boleh menerima Anwar…mengapa orang-orang PKR tidak boleh menerima Nizar?
- Blog PerakExpress

Kalau penyesuaian dan persefahaman yang diperlukan..maka pemimpin-pemimpin yang enggan keluar dari mode konflik ini perlu ditegur…dikritik supaya mereka sedar bahawa matlamat kita ialah mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004.

Thursday, May 14, 2009

Hari Ini Beta Anugerah Pingat SDKA Kepada AlBanjari Dan Para Bloggers!!!

Sahabat beta Raden Al Banjari , dan beta sendiri secara kebetulan ,lahir pada 12 Mac tetapi tahun yang berbeda. Beta ditakdikan lahir lebih awal untuk melihat alam ciptaan tuhan. Raden Al Banjari ditakdirkan dilahirkan terlalu lewat. Maknanya beta entah berapa kali ganda lebih tua dari Raden Al Banjari. Oleh kerana beta lebih tua,maka Raden Al Banjari memang sewajarnya menghormati beta.

Beta tak akan tergila-gila menitahkah , Raden Al Banjari mengangkat tangan dan menyembah beta. Beta sedar , walaupun beta seorang kerabat diraja, tapi beta hanyalah seorang hamba tuhan yang ciptakan oleh Allah, Rabbul Jalil untuk menghuni bumi dengan missi (menyembah Allah dan menjauhi Taugut) yang besar ini sebelum dikembalikan kepangkuanNya.

Dipendikkan cerita,beta sesungguhnya seperti insan biasa yang setiap hari , bermentedarah, keluar masuk toilet dan kalau sihat beta tidak lupa untuk bersuka ria dengan isteri yang masih berat hati untuk memperolehi payung emas di syurga nanti.

Raden Al Banjari pun insan biasa, walaupun dia pun mungkin kerabat diraja Banjarmasin. Begitu juga dengan raja-raja lain yang masih bernafas di atas muka bumi ini pun sama saja seperti hamba tuhan yang lain. Yang membezakan seorang insan dengan insan yang lain ialah takwa. Raja di bukit, di gunung, di laut, di darat, di utara, di barat , di selatan dan di timur perlu tahu persoalan yang begitu fundemental ini.

Untuk makluman rakyat jelata sekalian , walaupun hari jadi beta yang sebenarnya sudah berlalu, tapi hari keputeraan beta disambut secara rasmi pada hari ini.

Rakyat biasa tentu tertanya-tanya mengapa beta adakan sambutan pada hari ini . Perlukah beta jawab soalan yang timbul dalam kepala otak rakyat jelata yang beta kasihi? Kalau beta kata " itu beta punya fasalah " , bunyinya terlalu kasar pulak. Oleh itu rasanya tak perlulah beta jawab.

Apa yang penting, beta dengan hati yang lapang dan tenang mengadakan sambutan keputeraan beta pada hari ini bersama permaisuri beta yang belum sanggup dimadukan dan disertai juga oleh lima orang anakanda beta secara ala kadar. Makan bihun goreng aje dan doa selamat yang ringkas.

Sesungguhnya beta tak gunakan duit rakyat walaupun sesen pun untuk sambutan hari keputeraan beta pada hari ini. Kalau beta buat secara besaran-besaran pun, beta akan gunakan duit dari poket beta sendiri dan beta akan menjemput rakyat jelata yang fakir miskin untuk bersantapan bersama-sama. Bukankah cara ini lebih afdol dan bersesuaian dengan semangat ajaran Islam yang sebenarnya?

Beta mendapat khabar bahawa terdapat raja-raja lain di atas muka bumi ini menyambut hari keputeraan dengan hanya menjemput orang kenamaan yang perut mereka sudah terlebih makan. Tidakkah mereka tahu bahawasanya, Rasulullah s.a.w tak suka amalan hodoh ini. Kalau beta bercakap tidak benar, cubalah bertanya kepada para ulamak yang sah taraf keulamakannya. Tolonglah , jangan bertanya para Mufti dari Planet Marikh. Spesis Mufti dari Planet Marikh tersebut akan berdentum dentam menjawab : "TakK BERDOSA TUANKU!!!!!!"

Lupakan soal para Mufti dari Planet Marikh . Biarkan mereka terjun dengan raja-raja mereka.

Sempena sambutan hari keputeraan beta pada hari ini , izinkanlah beta bertitah sekejab saja: "Beta, walaupun keturunan kerabat diraja Sumatra , beta tak akan duduk tinggi di atas kehendak politik rakyat. Kehendak Rakyat yang baik-baik akan beta galas dibahu beta . Sesungguhnya beta hanya mengharapkan diri beta yang hina dina ini agar sentiasa dapat duduk di bawah payung kasih sayang Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Di bawah PayungNyalah tempat beta menumpang berteduh. Semoga Allah tidak menjadikan beta seorang kerabat raja yang jahat seperti Mahararaja Firaun".

Dan sempena sambutan hari keputeraan beta hari ini, beta dengan rasa rendah diri menganugerahkan darjah kebesaran SDKA yang membawa maksud 'Semoga Dapat Keredhaan Allah ' kepada para bloggers Pro PR .

Anugerah darjah kebesaran ini didahului oleh Raden Al Banjari ,Raden Isa, Raden Jawo, Raden Baqak Hak ,dan Raden TelokBakong (TBO)

Diikuti pula , Raden Ali Maidin, Raden Ahmad Lufti Othman, Raden HaHs, Raden Mudin, Raden Cucu Mat Kilau ,Raden budak Parlimen Bgn Dth ,Raden Kopitiam Bang Nan,Raden AbdRahim Kasim. Raden Cik Lee, Raden Ibnu Hasyim (abang ipar teman), Raden Abu Saif, Raden Shalehuddin, Raden MSK, Raden Murai Senja,Raden Al Brangi, Raden Greenboc, Raden Prof Dr Hamirdin , Raden Dr Abd Wahab Arbain, Raden Hisyam Rais, Raden Mountdweler, Raden Adnan Binjai, Raden Baginda Reformasi, Raden Aduka Taruna, Raden Tok Peran aka Seladang, Raden Mamamat, Raden Manjung Mari, Raden Intan Hijau, Raden Abu Fatihah, Raden Hasbullah Pit, Raden Mr Kolumpo, Raden De'Anje, Raden Azizi , Raden Angkasanuri , Raden Muhaimin Sulam, Raden Ajijoi, Raden Tarmizi Mohd Jan, Raden Labun Kulup Sakah, Raden A-I-B, Raden Harimau Menaib, Raden Cenangau, Raden Nikhassannazmi, Raden AlHussyen, Raden koplwngout, Raden perundingperiuknasi, Raden PakKeramu, Raden Kulat Lapok, Raden Basuh Baju, Raden Fajridil Adha, Raden Sofi Wahab,Raden UdangLipan, Raden Lamputih, Raden Pak Andak, Raden Pak Utih, Raden Kassim Selamat, ,Raden Said Mirro , Raden Bongkar Sauh ,Raden Biaqpilah, Raden abangBRO, Raden Perfectwater75 dan Raden Zubli (yang blognya sudah dinaikkan taraf sebagai blog exclusive untuk orang-orang tertentu saja). Dan ramai lagi yang teman tak sempat nak masukan dalam senarai. Kalau teman ingat, teman akan masukkan kemudian.

Anugerah ini juga tak lupa beta anugerahkan kepada bloggers wanita, di antaranya: Puan Ku A Mum Of Three Mohd, Puan Ku Ummu Anni, Puan Ku Kak Chik, Cik Ku Sya-reformis, Puan Ku Ja, Puan Ku Aisyah Jamal, Puan Ku Putubambu, dan Puan Ku Waterlily. Maaflah, Bloggers wanita yang lain , beta kurang ingat sebabnya ramai sangat yang dah BERPUNYA. Ha ha ha (gelak raja)

Tak lupa beta anugerahkan darjah kebesaran yang sama kepada pembaca setia blog ini , iaitu si Raden A dan Raden Pak Oncu.

Anugerah darjah kebesaran SDKA ini , beta percaya lebih bermakna dan tinggi kedudukannya dari darjah kebesaran yang membawa gelaran Sir , Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datok yang di dikurniakan oleh raja-raja dari Timur dan Barat!!!!!!.

Bak kata Raden Isa , Pingat SDKA boleh dibawa ke kubur !!!(tambahan terkini: dalam entri asal tak ada sebaris ayat ini)


http://sheikh-telukintan.blogspot.com/

Gempar ! 2 lagi ADUN Pakatan Perak akan lompat masuk BN ?

kelulut@telokbakong.com

13.05.09

Penulis mendapat suatu maklumat yang belum 100 % tepat . Terdapat 2 ADUN Pakatan akan melakukan lompatan maut . Bagi memastikan BN terus berkuasa .Mereka akan menggunakan alasan - alasan dangkal .

Sama - sama kita tunggu ....


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Wednesday, May 13, 2009

Mathma Zambry




Sungguh memalukan orang Umno sahaja bilamana Zambry mengibaratkan dirinya sebagai Mathma Gandhi dan Nelson mandela.Jauh benor jasanya dgn dua tokoh dunia tu.Syarat tak cukup lang Bang Zam oi(panggilan manja ni).Kene bertapa 27 tahun dalam penjara tu pun kalau panjang umur ler.

Akibat terdesak beginilah kelaku yang tertonjoi,mungkin Najib pun gelak bila Zambry mengeluarkan kenyataan sedemikian.Untuk tak mengecewakan si Zambry terimalah gambo ini seadanya.MATHMA ZAMBRY ...buat tatapan sekalian rakyat..pemimpin ulung dalam bab haram...tiada halal melainkan haram-haram belaka...Lampanya nak sama Mathma Gandhi kunun...wakakaka

13 Mei:Najib Naik Minyak!!



Hari ini 13 Mei. AlhamduliLlah, tak ada orang gila yang merencanakan pertumpahan darah kerana nak mempertahankan kuasa politik. Tetapi, si Najib pulak yang naik minyak.

Hey Datuk Seri Najib, berapa kali awak nak kerah satu Malaysia ubah cara hidup? Awak ingat 20 sen tu sikit ke?

Memang kereta kawan kereta cikai. Tapi kalau awak peras sampai 20 sen satu liter, satu tangki dah banyak mana? Kalau tercukai duit lauk anak-anak kawan dek kerana awak naik minyak tu, awak nak ganti?!!

Nak tukar cara hidup apa bendanya? Cara hidup sekarang pun dah tak tertanggung dek kawan.

Awak tak fikir ke? Kawan ni bukannya berniaga Sukhoi ke, Scorpene ke... Kawan tak banyak duit nak tampung naik minyak awak sampai begitu sekali, Datuk Seri!

Berita berkaitan:
Harga petrol RON97 naik 20 sen
Utusan Malaysia (13/5/09): Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.

''Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan minyak petrol RON95 di stesen minyak Petronas di Presint 9D di sini hari ini.

Petronas Dagangan Berhad berjaya merealisasikan pengeluaran RON95 apabila mulai hari ini dan esok, dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mula menjual minyak jenis itu atau dikenali Primax95.

Berkuat kuasa 1 September ini, semua stesen minyak di seluruh negara akan menjual minyak RON95 termasuk pelaksanaan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran.

Sebelum ini, penjualan RON92 adalah lebih rendah iaitu lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol di negara ini sejak tahun 2000.

Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.

''Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan sebenarnya tetap memberikan subsidi bagi minyak RON95 iaitu tiga sen seliter sebagaimana sekarang RON97 yang diberikan subsidi sebanyak enam sen seliter.

''Kita tidak boleh kata apabila RON97 dijual dengan harga RM2, kerajaan akan membuat keuntungan kerana trend harga minyak dunia sekarang sedang naik.

''Apa yang penting, harga minyak yang kita tentukan itu tetap akan kekal meskipun harga minyak dunia mungkin mengalami peningkatan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri enggan mengulas ketika ditanya adakah kerajaan mengalami tekanan daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen.

Sebaliknya, beliau mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada pengenalan RON95 yang lebih murah berbanding RON97 atau produk petrol premium yang lain.

''Sebenarnya sebelum ini sudah ada produk premium seperti V-Power yang dijual oleh Shell dengan harganya lebih tinggi dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.

''Biarpun tidak dikawal tetapi setiap kali ada cadangan untuk menaikkan harga, syarikat minyak perlu membincangkannya dengan kerajaan," katanya.

http://penarikbeca.blogspot.com

Krisis Perak : Rakyat juga tidak buta , pekak dan bisu



kelulut@telokbakong.com

13.05.09



Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin krisis politik Perak yang dilihat belum menemui jalan penyelesaian .

Dengan langkah lagak bagaikan desperado penyangak politik telah serta merta memfailkan rayuan dan diterima didalam beberapa jam sahaja .

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) berjaya dalam usahanya untuk menangguhkan keputusan semalam sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Ir Nizar hanya sempat melakukan tugas - tugas rasmi hanya seketika dan kelihatan mesra bersama Raja Muda Perak .

Rakyat dapat melihat dan merasa aura hubungan antara Nizar dan Istana .Rakyat Perak khususnya faham bahawa sengketa politik ini hanya mainan penyangak politik Umno - BN.

Justeru itu, pihak Istana digesa melimpahkan simpati kepada kepada yang semakin gusar dengan keadaan politik di Perak.

Jangan membiarkan atau menunggu rakyat memenuhi jalanraya mahu menuntut penyelesaian . Di ketika itu nasi sudah menjadi bubur.

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.Kemelut ekonomi yang membelit ditambah pula konflik politik bikinan penyangak politik Umno.Membuatkan rakyat semakin rimas dan menambahkan benci terhadap satu sama lain .

Sebelum ini Tuanku ada bertitah bahawa " Raja tidak buta , pekak dan bisu " sekalian rakyat faham akan maksudnya .

Cuma penyangak politik Umno yang tidak faham atau buat - buat tidak mengerti.

Tetapi disana ada kuasa rakyat .Kerana rakyat juga tidak buta , pekak dan bisu .

Bubarkan Dun Perak .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

MENTERI BESAR HARAM DIBENARKAN JALANKAN TUGAS MENTERI BESAR HALAL





by admin

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN
hanipa-maidin-b
Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar ( bukannya DS Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

- Dari Blog Peguam PAS

Tuesday, May 12, 2009

Istana Perak telah membatalkan MB DPulau sebagai MB Perak

Rilax aje MB Nizar(Ah Chong gelaran masa di SMTI Brash)

by admin

Nak rayu ape lagi? Kome yang UMNO tu paham ker idak? Kome beria2 kate kome tu MB sebab istana yang lantik kome jadi MB. Tapi kome sedor ke idak yang hari ini istana telah membatalkan yang kome itu MB Perak. Istana lebih paham lagi. Dan istana lebih cekap lagi. Sebelum kome buat rayuan di Mahkamah Rayuan, nama MB Nizar telah disebut dalam Balairong Istana Iskandariah sebagai MB Perak. Maknanya MB DPulau telah gugur sebagai MB Perak pada pandangan istana pada pukui 9.15 pagi tadi. Kanker UMNO tetap setia dengan istana? Masa iniler kome yang UMNO ni nak tunjuk taat setia. Mana cukup tampai pada keter jer .. Daulat Tuanku.

Kome yang UMNO ni begitu risau jikalau istana membubarkan DUN Perak. Sebab ituler agaknye kome dengan kadar seberapa segera dengan bantuan Mahkamah Rayuan telah beria2 untuk menangguhkan keesahan MB Perak sebelum istana memperkenan membubarkan DUN Perak. Sebab kome tahu yang istana tidak boleh bubarkan DUN selagi kome yang jadi MB. Bijak haram betui kome ni …

Huh .. Satu Malaysia telah ditenginkan oleh satu Malaysia. Udah nasib badan …

-Dari Dango Mamamat

KSN(Ketua Setiausaha Najib): Penggantungan Abdul Rahman dan Ahmad Kamal tidak sah



PUTRAJAYA: Mengikut peruntukan sedia ada, pengantungan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Abdul Rahman Hashim dan Penasihat UndangUndang Negeri itu Ahmad Kamal Shahid adalah tidak sah dan keduaduanya masih layak menjalankan tugas seperti biasa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata Menteri Besar tidak mempunyai kuasa daripada segi undangundang untuk menggantung kerja kedua dua pegawai itu kerana kuasa untuk mengantung kerja seseorang pegawai awam adalah terletak pada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan.

"Bagi Penasihat UndangUndang, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar dalam talian yang menyatakan sebaik mengambil alih semula pentadbiran negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengantung tugas Abdul Rahman dan Ahmad Kamal.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohd Sidek berkata pengantungan kerja seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada peruntukan dalam PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Mengikut Peraturan 45(1) PU (A395/1993) pula, Mohd Sidek berkata seseorang pegawai awam boleh digantung kerja jika seseorang pegawai itu telah disabitkan oleh manamana Mahkamah Jenayah atau satu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah, perintah tahanan buang negeri pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya telah dibuat terhadap pegawai itu.

Justeru katanya dalam keadaan kes itu, memandangkan alasanalasan pengantungan tidak berbangkit maka keduadua pegawai tidak boleh digantung kerja.

Ketika ditanya sekiranya Mohammad Nizar tetap berkeras dengan keputusannya itu, beliau berkata:

"Sebagai penjawat awam kita mengikut peraturan maka soal pertentangan tidak timbul, apa yang perlu ialah melaksanakan tugas mengikut peraturan".

Mohd Sidek berkata beliau akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada keduadua pegawai terbabit hari ini. BERNAMA

Contohi Cara Mahkamah Rayuan Bekoje..Cekap Bangat

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sumber: Malaysiakini

Mahkamah Rayuan bersidang serta merta sebaik permohonan difailkan

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jama 11 pagi tadi.

Turut hadir ke mahkamah adalah dua ADun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

http://siasahdaily.blogspot.com

Mr Nice kembali bertugas , The Pirates of Pangkor Islands ' lemas ' .


kelulut@telokbakong.com

12.05.09

Tepat jam 7.31 pagi tadi Menteri Besar Perak yang sah telah melangkah masuk kepejabat dibangunan SUK .Beliau masuk bersama 8 orang Exco untuk memulakan tugas yang selama yang diganggu oleh 'penyangak politik ' Perak.

Kelmarin 11.05.09 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.

Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mereka yang digantung ini adalah dipercayai telah bersekongkol dengan ' penyangak politik' Perak yang diketuai oleh The Pirates of Pangkor Islands .

Ketika ini Mr Nice sedang memohon perkenan untuk mengadap Sultan Perak .Mengharap perkenan agar Tuanku membubarkan DUN .Demi kepentingan rakyat negeri Perak .

Dengar khabarnya Ketua segala Penyangak Politik akan memfailkan rayuan .

Biarlah, yang pasti mereka akan dihukum oleh kebangkitan rakyat .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Nizar, Exco masuk pejabat sebelum ke istana



Nizar Masuk Pejabat MB Sebelum Ke Istana

IPOH [9.08 am] - Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin yang disytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam, pagi ini memasuki Pejabat Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK). Nizar yang tiba bersama ahli Exco lain pada 7.15 pagi, pada mulanya dihalang polis daripada memasuki kawasan sebelum dibenarkan berbuat demikian 15 minit kemudian. Pada jam 7.50 pagi, Nizar meninggalkan pejabatnya untuk ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, untuk menghadiri majlis pengurniaan pingat.

[Terkadang kita hairan dengan sikap anggota polis yang jelas tidak profesional dalam melaksanakan tugasan mereka. Seanteri dunia sudah tahu bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah, namun mereka masih mahu menghalang beliau memasuki pejabat Menteri Besar. Kenapa ini berlaku?. Bukankah ia ada kaitan dengan cengkaman politik UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri sebenarnya. Jika inilah keadaannya, maka polis di Malaysia memang sudah menyalahgunakan kuasa bukan untuk kepentingan rakyat tetapi hanya kepada pemimpin-pemimpin politik tertentu yang sudah ditolak oleh rakyat sebenarnya].http://pahangdaily.blogspot.com

Perak FM



3 Bulan MB Haram merentah bukan main lagi Radio 3 Ipoh bekerjasama dengan Kerajaan haram BN.11 bulan PR merentah puah deme nak bagi suara MB Nizar ke udara.

Maka dengan ini pasti akan berlaku lagi.Saluran maklumat untuk rakyat harus di hormati.MB Nizar harus menyingkirkan anasir Umno dan nampak tindakkan tepat telah bermula dengan pengantungan 3 mangkuk ayun tersebut.Bukan bertindakkan kejam tapi kerosakkan yang dilakukan oleh mereka amat menyakitkan hati rakyat Perak.Di ceruk-ceruk kampung bersorak kegembiraan dengan keputusan mahkamah semalam maka riang rialah kedai kopi,ceruk dapur makcik-makcik mendapat perkhabaran tersebut.

Inilah gambaran sokongan rakyat Perak,maka jikalau DUN di bubarkan PR akan menambah kerusi untuk majoriti yang lebih kukuh dan mampan lagi.Sungguh meriah sambutan ulang tahun Umno yang hampir mencapai usia ajalnya.Perak FM sepatutnya mengambil sikap yang terbuka dengan mana-mana kerajaan negeri yang memerintah.

TBO mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Perak atas kesabaran mereka selama ini.Moga aksi 18SG di Sidang Dun Perak tidak berlaku lagi selepas ini.Rekod ini hanya berlaku di zaman pemerintahan BN selama 3 bulan.

Selamat Mengundi,Mengundilah PR..hahaha

Nizar gantung tugas tiga pegawai kanan termasuk SUK

Y.B. Dato' Jamalludin
Al Amini Bin Ahmad
Y.B. Tuan Ahmad Kamal
Bin Md Shahid

Y.B. Dato' Dr.
Abdul Rahman
Bin Hashim


Nizar gantung tugas dua pegawai kanan termasuk SUK

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim. Sehubungan dengan itu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad dilantik untuk memangku tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN. Mstar.

Hakim: Nizar MB Perak yang sah




by admin


May 11, 09 3:45pm
kemaskini 8.34pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

“Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?”

“Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan,” Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

“Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

“Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran),” kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

“Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan ‘akan meletak jawatan’ dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

“Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan,” Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

“Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

“Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya,” kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

“Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

“Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan,” katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

“Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran,” tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas
mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

“Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya,” katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari.

Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.

Dari Malaysia Kini

Monday, May 11, 2009

KES MB PERAK : Nizar MB Perak Yang Sah

Menteri Besor Sah tersenyum lebor

Pueh Hati Aye...Zambrey Balik Pulau tebor roti canai...hukum rimba kate nye hahaha
MB Haram paling singkat 3 Bulan...susah nak pecah lagi ni


HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Siapa penganti Salahuddin Ayub ?



kelulut@telokbakong.com

11.05.09

Jawatan Ketua Pemuda yang ditinggalkan oleh penyandangnya YB Salahuddin Ayub perlu diisi oleh mereka yang berkaliber .Pas tidak ketandusan para pelapis yang terpelajar , bijak berpolitik dan soleh .

Pas tidak perlu kepada calon yang retorik politiknya melampaui kemampuan diri .Malah ada calon yang sudah menunjuk sikap yang 'batu api ' .Calon yang sebegini moleklah jika tidak terpilih .

Calon Pemuda bukan hanya banyak membaca kitab politik . Calon itu mesti juga bijak membaca politik semasa agar tidak mudah terjebak .

Calon juga mesti ada kekuatan sendiri. Bukan hanya bergantung kepada tokoh besar untuk meraih sokongan .Pemuda sepatutnya melakukan check and balance .Bukan mencari populariti murahan .

Bakal Ketua Pemuda mestilah 'mesra alam' dan mampu berhujah secara tertib , lunak bukan sentiasa macam jenderal perang .

Perwakilan harus tidak memilih calon yang menyindir Naib Presiden supaya menentang Presiden secara terbuka .Kerana itu tanda, dia bukan calon yang 'sihat' untuk parti Pas .

Seruan TBO pilihlah Ketua Pemuda Pas yang berkualiti .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Aksi Maut Rentap Habis


Jangan tiru aksi ini...




Tukang Nangkap Gambo Profesional:Pandaklentan

Linkwithin