Friday, May 15, 2009

Ulama Pas perlu lengkapkan diri dengan ilmu hal semasa - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat



kelulut@telokbakong.com

15.05.09

Memetik laporan harakahdaily 14.05.09 Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud Iraqi tidak menolak gabungan ulama dan profesional mampu membentuk kestabilan ummah .

Menurut beliau lagi ,sebenarnya tidak ada jurang di antara ulama dan profesional.

"Mereka harus duduk bersama demi kekuatan sistem pemerintahan Islam. Bagaimanapun sejarah membuktikan gerakan Islam menjadi kaku sekiranya ulama dinafikan peranannya.

"Ulama menjadi tonggak kepada perjuangan Islam sejak dahulu dan ia tidak boleh dipertikai," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan kali ke-38 di Markaz Dewan Ulama di Labok, semalam.

Penulis memang bersetuju dengan pandangan ini malah inilah sepatutnya menjadi ramuan
jemaah umumnya umat Islam .Golongan tertentu didalam Pas yang merasa bahawa merekalah yang terbaik perlu berfikir secara positif . Buangkan sikap buruk sangka yang boleh meruntuhkan kekuatan parti .

Akhir - akhir ini terkesan juga dengan beberapa komentar pimpinan Pas yang agak sinis .Tetapi adalah diharapkan ianya tidak berlanjutan .

Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu lagi ;

"Peranan ulama dalam institusi kepimpinan negara sangat besar, lebih-lebih lagi ketika menghadapi dunia global penuh cabaran dan rintangan.

"Meskipun begitu, syiar Islam harus diutamakan. Jadi ulama tidak terkecuali daripada tanggungjawab menghadapi sebarang situasi, katanya.

Walau bagaimana pun beliau menyaran supaya ulama lebih proaktif .

Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin dengan syarat perlu ada ilmu agama dan arif dalam konteks perundangan Islam.

Beliau juga berharap ulama perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan hal ehwal semasa di samping mendalami ilmu keagamaan.

Sememangnya kita memahami bahawa bukan semua orang mampu melakukan pelbagai perkara . Tetapi yang yang dituntut adalah kerjasama agar dapat dicontohi umat .

Tidak timbul soal pandangan bikinan penyangak politik yang mempunyai agenda tersendiri . Mereka memberi pelbagai label agar Pas itu dilihat ' comot' .

Dan sebenarnya mereka hanya mahu melihat agamawan dan profesional dapat dipisahkan .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

No comments:

Linkwithin