Friday, August 8, 2008

Ceramah PKR di Dewan Sg.Tapah Manjoi : Shamsul Iskandar dan Ustaz Zulkifli Ibrahim

Oleh :KTB
Pengerusi Saudara Shamsul PKR Tambun
Saudara Faizal Naib AMK Perak@Ketua AMK Parit

Dari kiri Saudara Anuar Ketua AMK Perak,Ketua AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar dan Pengerusi PKR Negeri Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim

Malam tadi berlangsung satu ceramah anjuran PKR Tambun di Dewan Sg.Tapah Manjoi yang di pengerusikan oleh Saudara Shamsul.

Penceramah yang di jemput adalah Saudara Faizal Timbalan AMK Perak,Saudara Anuar Ketua AMK Perak,Pengerusi PKR Negeri Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim dan Ketua AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar.

Isu yang dibangkitkan adalah mengenai perkembangan terkini mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pendakwaan kes liwat di mahkamah.Pelbagai keanehan muncul dalam seisi mahkamah.Tuduhan awal adalah kes liwat tanpa kerelaan di pinda ke persetubuhan luar tabie suka sama suka.Jangan kita berasa hairan jikalau kelak akan ada perubahan lagi.Ini jelas terdapat konspirasi peringkat tertinggi sedang bertungkus lumus merencanakan misi menghalang kemaraan DSAI.Manusia yang waras fikirannya sudah pasti terdetik dihatinya mengapa suasana kes liwat 2 ini begitu bercelaru.

Bukti semakin hari semakin banyak muncul secara langsung dan tidak langsung.Pihak kerajaan Amerika melalui dutanya sedang memerhati dengan rapat Malaysia menjalankan undang-undang dalam kes liwat ini.Ini bukan bermakna DSAI agen Amerika seperti sering di permainkan oleh media.

Kerajaan pimpinan Dolah semakin tertekan dari segenap penjuru.Kalau di Jepun baru ada laporan rasuah ke atas menteri sudah pasti akan meletak jawatan secepat mungkin.Diharap BPR mempercepatkan siasatan ke atas Dolah dan Najib sepantas PDRM dan Jabatan Peguam Negara mendakwa DSAI.Semua mata tertumpu kepada kelakuan PDRM,Peguam Negara dan Kerajaan BN.

Sudah terang lagi bersuluh permainan kotor mereka yang mudah dibaca.Kalau dihati kita terdetik sekelumit rasa ragu-ragu di atas pendakwaan DSAI,maka kita harus yakin ia adalah konspirasi yang menjijikkan.Penyokong BN harus menerima dengan hati terbuka bahawa UMNO dan parti komponennya sudah tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.Malu kita apabila anak cucu kita kelak tahu kita penyokong parti yang sering berminat dengan aktiviti seks sahaja.Luar tabie pulak tu.

Krisis dalaman yang meruncing dengan politik wang yang paling teruk dalam sejarah pemilihan Umno.Ini baru setakat pemilihan cawangan dah tobang kerusi meja,bergaduh macam samseng.Kalau peringkat bahagian dan pemilihan agung kelak mau agaknya deme pakai bom dan mortar roket.Mari kita bagi orang Umno codek sikit.Berabih duit untuk pemilihan Umno untuk apa?Kalau menang sekalipun nak pergi mana,menang PRU 12 dulu pun takleh buat apa(terutama 5 negeri le).Duit udah tobang nak cover balik exco pun idak.Mana nak kobek duit.Mangko sudahnya.

Abih apa nak buat?Mai teman kabokan,masuk Keadilan atau Pas atau DAP mane kome berkenan.Duit yuran RM 2.00 jer.Tak keme bulo masuk Pakatan Rakyat,Hidup Keme Demi Umno,Demi Ketuanan Melayu,tak ade umno tak ade melayu,kome tak merase zaman jepun,keme udah pueh susah dulu.Kalu inilah alasan yang di berikan rentikan ler.Udah tak sape bulor dengo alasan ini lagi.Buang ke tebin jer alasan ni.

Rakyat secara keseluruhan tanpa mengira kaum sudah lama menderita.Orang Umno,Keadilan,Pas,MCA,MIC dan macam - macam parti ler semuanya terkena tempias kerosakan ekonomi di sebabkan pemerintah yang tak reti bahasa keperitan rakyat.Ingat orang Umno beli minyak,gula,ikan .beras,lampin dan lain keperluan asasi tu dapat diskaun ker.Undi lagi ahli parlimen kome(BN) yang nyokong rege minyak naik.Udah kome undi kome kene bayor minyak lebih dan semua barang naik.Auwmak codek benor ler kome kalau nyokong lagi BN tu.Kesian nengok orang Umno yang di bawah ni,kome tu ramai yang baik orangnya,kome setia,jujur pada perjuangan asal UMNO.Tapi masalahnya kome tu di pergunakan oleh pemimpin atasan untuk kepentingan peribadi.Jangan kome marah kata-kata teman,malam kang nak meroloh tu letak tangan atas dahi tu,renungkan seminit dua,benor tak apa teman stori kat kome ni.Lu fikirlah sendiri bak kata Nabil.

Kalau udah pikior isi borang Pakatan Rakyat.Lepas tu siap-siap ler kita nyongket ke Permatang Pauh,bawak bundut baju untuk nolong kempen bakal Perdana Menteri ke 6 kita.Tak nak juga?Moh ler kita pergi,bila DSAI PM nanti bungkus ler Umno tu,jangan ler kome ngecek diri sendiri,teman tahu kome pun suke DSAI jadi PM.Kome pun tak percaye kes liwat ni.Usah bedaah ler ,hati kome tu ngombok-ngombok nyokong DSAI,tapi tertahan-tahan malu ngan keme penyokong PR.Keme penyokong PR lagi suka kome turut serta,lagi ramai lagi meriah.Ingat 16 Sept kita meraikan hari kelahiran Malaysia Baru!!

Thursday, August 7, 2008

Dr Osman tetap dengan laporannya


Dalam akuan bersumpahnya yang bertarikh pada 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

saiful bukhari pusrawi hospitalDr Mohamed Osman yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum dia (Saiful) membuat laporan polis, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur, sebelum membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Pusrawi, Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman. Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada pihak media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara sebut.

Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad Osman tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Saiful.

Linkwithin