Wednesday, March 9, 2011

Umno Penyelamat Melayu ?



Pada minggu lalu, 3hb March 2011,telah berlangsung Ceramah Perdana di Kampong Telok Bedayong Lambor Kanan dengan penceramah utamanya Che Gu Bard,YB Idham Lim dan Dr Najihah.Penceramah yang pertama ialah Dr Najihah yang merupakan ketua Dewan Muslimat Pas Parit,Sessi ceramah telah bermula dari pukul 9.30 malam.Para penyokong dari serata daerah telah berkunjung ke Markas Pas yang baru dibuka itu.Dengan adanya markas Pas di Kampong Telok Bedayong ini,adalah merupakan suatu momentum besar kearah pengembangan Parti Pas dikawasan ini.Tahniah kepada tuan rumah yang membenarkan tempat tersebut dijadikan sebagai markas.

Chegu Bard sebagai penceramah kedua telah banyak mengupas isu isu semasa yang sedang berlaku di negara Malaysia.Beliau menegaskan bahawa kerajaan Umno yang memerintah sekarang gagal menjalankan tangungjawabnya dengan baik,Kesan kenaikan harga minyak telah menyebabkan rakyat hidup dalam kesusahan.Sepatutnya kerajaan dapat mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat hasil dari keuntungan yang berlipat ganda.Kontrak sosial antara pemerintah ( kerajaan Tun Abd Razak ) pada masa itu,mestilah ditunaikan.Ini bermakna rakyat menyerahkan hak mereka keatas hasil petrolium kepada kerajaan,kerajaan pula bertanggungjawab untuk mengagihkan keuntungan kembali kepada rakyat melalui bayaran royalti. Suatu perkara yang tidak dilakukan oleh kerajaan Umno sekarang.

Segala kekayaan negara telah dibolot semua oleh kroni Umno,suatu perkara yang sama diamalkan oleh mana kerajaan yang korap.Beliau juga telah menyentuh tentang penyusutan yang melampau terhadap keluasan tanah rezab Melayu.Mengikut undang-undang persekutuan Setiap tanah rezab Melayu yang diambil oleh kerajaan,ianya hendaklah diganti dengan kawasan yang lain dengan jumlah keluasan yang sama.Statistik menunjukkan dari 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia sewaktu British meninggalkan Malaya,ianya berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar pada tahun 1995.

Mengapakah tanah ini tidak diganti.Ini menunjukkan bahawa Umno yang memerintah lah yang telah merampas dan merompak tanah orang Melayu.Suatu hakikat yang berlawanan dengan motto Umno untuk memartabatkan bangsa Melayu,sebaliknya mereka menjadi api didalam sekam,musuh didalam lipatan dan runcing didalam pepat diluar kepada bangsa Melayu.Satu persoalan lagi sekiranya ada bahagian yang digantikan,dimanakah ianya diletakkan.Satu kajian yang telah dibuat,kebanyakan tanah gantian Rezab Melayu ini telah diletakkan dikawasan yang tidak ada nilai ekonomi seperti dikawasan Banjaran Titiwangsa,dalam Tasek Banding dan Tasik Chini serta kawasan hakisan sungai dan pantai.

Tanah Melayu yang bernilai telah diambil oleh Umno melalui Kerajaan yang memerintah atas dasar pembangunan(sebenarnya untuk mereka sahaja..)Kesimpulannya orang Melayu mengalami kerugian yang besar akibat dari pengambilan Tanah Rezab Melayu ini.

Penceramah ,berikutnya telah disampaikan oleh Y.B Idham Lim.Topik utama ucapan beliau ialah tentang kepincangan yang berlaku dalam perjuangan Umno yang berlandaskan kaum melayu yang dilihatnya sebagai satu perjuangan yang sempit dan menyeleweng dari semangat demokrasi.YB Idham Lim menegaskan bahawa orang Melayu,orang Cina dan orang India tidak akan selamat dibawah semangat melayu itu.Pemberian hak kepada melayu bukan bermakna keadilan telah dicapai,terdapat kes dimana penyerahan tanah diberikan kepada orang melayu tetapi diberi kepada keluarga sendiri.Kes Ini dapat dilihat dengan apa yang terjadi di Felda Malau.Ini menjelaskan bahawa Umno sememangnya mengunakan kuasa untuk kepentingan sendiri dan kroni.Kepimpinan dibawah Umno jelas akan menindas dan menekan orang Melayu.

Adalah selamat sekiranya bernaung dibawah panji panji Islam.Islam akan menjamin keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.Kefahaman kebangsaan akan menjurus kepada semangat taksub dan bangga kepada bangsa yang lebih mirip kepada Zionism atau Fasism. Bermegah megah dan bangga kepada bangsa ini dikenali sebagai assabiah ini adalah dilarang didalam Islam. Fahaman assabiah ini menjadi punca kejatuhan pemerintahan Khalifah Othmaniah di Turki.Kebangkitan rakyat di Turnisia dan di Mesir adalah luahan hati rakyat yang bencikan ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah secara berleluasa.Rakyat yang perihatin akan sentiasa mengambil berat akan kehendak masyarakat sekeliling dan bukannya hanya mementingkan kepentingan persendirian sahaja.

Msinc-fikir-fikir kan lah..bukannya fikirkan boleh… ( untuk rompak harta rakyat ).

Linkwithin