Saturday, September 10, 2011

GST-Dulu lagi keme udah berabo-sape ngecek



Cabutan dari Akta Cukai perkhidmatan 1975-Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006


AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 1975
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan untuk mengenakan,
mendapatkan secara levi dan memungut cukai perkhidmatan.
[1 Mac 1975, P.U. (B) 52/1975]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I
PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia, tidak termasukLangkawi, Labuan dan Tioman.
(1A) Akta ini tidaklah terpakai bagi kawasan yang dikenali sebagai
Kawasan Pembangunan Bersama.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain—
“barang” termasuklah apa jua jenis makanan,barang;
“bulan kalendar” ertinya sesuatu bulan yang dihitung mengikut
kalendar Gregory;8 Undang-Undang Malaysia AKTA 151
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini;
“dokumen”mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“Kastam” ertinya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja;
“Kawasan Pembangunan Bersama” mempunyai erti yang diberikan
kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia–
Thailand 1990 [Akta 440];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais,
yang di l ant ik di bawah subs eksyen 3(1) Akt a Ka s t am 1967
[Akta 235];
“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
“Labuan” ertinya Pulau Labuan dan pulau ttanggungannya, iaitu,
Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burung, Papan dan
Daat;
“Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang
berdampingan dan terletak lebih dekat dengan Pulau Langkawi
daripada dengan tanah besar;
“Menteri” ertinya Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab
atas kewangan;
“orang” termasuklah orang perseorangan, sesuatu firma, sesuatu
pertubuhan, sesuatu persatuan, sesuatu syarikat dan tiap-tiap orang
juredikal lain;
“orang yang kena membayar cukai” ertinya mana-mana orang
yang ditetapkan sebagai orang yang kena membayar cukai;
“pegawai kanan kastam” ertinya mana-mana pegawai kanan kastam
sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam
1967;
“pegawai yang berpatutan” ertinya mana-mana pegawai yang
bertindak dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini,
sama ada kewajipan itu diberikan kepadanya secara khas atau am,
atau secara nyata atau tidak langsung;
“penalti” ertinya apa-apa caj yang genap masanya dan kena
dibayar di bawah seksyen 16;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini;
“perkhidmatan yang kena dibayar cukai” ertinya mana-mana
perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang kena
dibayar cukai;
“pe r tukaran data elektronik” e r t inya pemindahan, daripada
komputer ke komputer, transaksi perdagangan dan pentadbiran dengan menggunakan standard perutusan yang dipersetujui untuk menstrukturkan data berhubung dengan sesuatu transaksi;
“surcaj” ertinya apa-apa caj yang genap masanya dan kena dibayar di bawah subseksyen 20(3);
“tempoh yang kena dibayar cukai” ertinya, tertakluk kepada subseksyen 12(2), dua bulan kalendar atau sebahagian daripadanyayang berakhir pada hari terakhir bagi bulan kalendar yang kedua
itu:
“Tioman” ertinya pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis,
Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepai dan Jahat.
(2) (Dipotong oleh Akta A1182).
2A. Bagi maksud Akta ini, sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan
sebagai suatu tempat di luar Malaysia.
Dalam seksyen ini, ungkapan “zon bebas” mempunyai pengertian
yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta
Zon Bebas 1990 [Akta 438].

BAHAGIAN II
PENGENAAN CUKAI

Pengenaan cukai
3. Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan didapatkan secara levi mengikut Akta ini atas apa-apa perkhidmatan yang kena dibayar yang disediakan oleh mana-mana orang yang kena membayar cukai.

Penentuan caj dan nilai
4. Bagi maksud Akta ini, caj, premium atau nilai yang ke atasnya cukai perkhidmatan kena dibayar hendaklah dipastikan seperti yang berikut:
(a) dalam hal perkhidmatan yang kena dibayar cukai bagi—
(i) p e n j u a l a n b a r a n g o l e h s e s e o r a n g y a n g k e n a
membayar cukai kepada—
(A) seseorang yang tiada kaitan dengan orang yang kena membayar cukai itu, harga sebenar yang
baginya barang itu dijual; atau
(B) seseorang yang ada kaitan dengan orang yang kena membayar cukai itu, harga yang padanya
barang itu sepatutnya akan dijual dalam perjalanan biasa perniagaan kepada seseorang
yang tiada kaitan dengan orang yang kena membayar cukai itu;
(ii) pembekalan barang, jika tiada caj dikenakan bagi pembekalan barang itu, harga yang padanya barang itu sepatutnya akan dijual dalam perjalanan biasa perniagaan kepada seseorang yang tiada kaitan dengan orang yang kena membayar cukai itu;
(b) dalam hal perkihdmatan yang kena dibayar cukai, selain perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang dinyatakan dalam perenggan (a)—(i) y a n g d i s e d i a k a n o l e h s e s e o r a n g y a n g k e n a membayar cukai kepada seseorang yang tiada kaitan dengan orang yang kena membayar cukai itu—
(A) caj yang dikenakan atau dipungut; atau
(B) premium bagi perlindungan insurans,
bagi perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu;
(ii) y a n g d i s e d i a k a n o l e h s e s e o r a n g y a n g k e n a
membayar cukai kepada seseorang yang ada kaitan dengan orang yang kena membayar cukai itu, caj
atau premium yang dikenakan atau yang dipungut bagi perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu
yang sepatutnya akan disediakan dalam perjalanan biasa perniagaan kepada seseorang yang tiada kaitan dengan orang yang kena membayar cukai itu;
(iii) jika tiada caj atau premium yang dikenakan atau dipungut, caj atau premium yang sepatutnya akan dikenakan atau dipungut dalam perjalanan biasa perniagaan bagi menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai kepada seseorang yang tiada kaitan dengan orang yang kena membayar cukai
itu.
Kadar cukai
5. (1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan kadar cukai perkhidmatan yang hendaklah dikenakan dan didapatkan secara levi di bawah Akta ini.
(2) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengubah atau meminda kadar cukai yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).

(3) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan
(2) hendaklah, pada mesyuarat Dewan Rakyat yang diadakan selepas sahaja sesuatu perintah itu dibuat, dibentangkan dalam mesyuarat itu dan hendaklah, apabila tamat tempoh seratus dua puluh hari dari tarikh dibentangkan itu atau dari sesuatu tempoh lanjutan sebagaimana yang Dewan Rakyat boleh mengarahkan melalui ketetapan, terhenti berkuat kuasa jika dan setakat mana ia tidak disahkan oleh ketetapan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam tempoh seratus dua puluh hari tersebut atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan, dalam tempoh yang dilanjutkan itu.

(4) Jika sesuatu perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhan atau sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), apa-apa cukai perkhidmatan yang dikenakan
menurut perintah itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,sesuatu bahagian daripada perintah itu yang terhenti berkuat kuasa hendaklah, tertakluk kepada peruntukan subseksyen (5), kena dibayar balik kepada orang yang olehnya cukai perkhidmatan itu dibayar.
(5) Kecuali selainnya diarahkan oleh Menteri, tiada sesuatu cukai perkhidmatan yang kena dibayar balik di bawah pe runtukan subseksyen (4) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang berhak kepada pembayaran balik itu membuat suatu tuntutan pembayaran balik itu kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhan a t a u s e b a h a g i a n n y a s e b a g a i m a n a y a n g d i p e r u n t u k k a n o l e h subseksyen (3); dan tuntutan itu hendaklah dibuat secara bertulis
dan hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang Ketua Pengarah boleh melalui perintah menghendaki.

Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik
6. Menteri boleh, bagi sesuatu hal tertentu, tertakluk kepada apaapa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan—
(a) mengecualikan mana-mana orang atau kelas orang daripada pembayaran kesemua atau sesuatu bahagian daripada cukai perkhidmatan yang jika tidak, sepatutnya kena dibayar oleh orang itu atau kelas orang itu;
(b) menge cua l ikan mana -mana pe rkhidma t an a t au ke l a s perkhidmatan daripada kesemua atau sesuatu bahagian daripada cukai perkhidmatan yang jika tidak, sepatutnya dikenakan cukai;
(c) mengarahkan pembayaran balik kepada mana-mana orang atau kelas orang kesemua atau sesuatu bahagian daripada cukai perkhidmatan yang dibayar oleh orang itu atau kelas orang itu; atau
(d) mengarahkan pembayaran balik kepada mana-mana orang atau kelas orang kesemua atau sesuatu bahagian daripada penalti yang dibayar oleh orang itu atau kelas orang itu.

link berkaitan

Najib bertanggungjawab
Najib nafi
Pandangan MP Kuala selangor

Linkwithin