Saturday, November 3, 2012

Cerita Majikan Yang ' Mengerjakan ' Amahnya


Dari Face Book..sapa punya idea nie..tak taw laa..
Samad, berumur 10 tawun, bertanya pada Ayah Nya, "Apa Itu POLITIK?"

Ayah pun menerangkan, "Samad, Dalam Kluarga Kita, Ayah sorang yg Mencari rezeki, Ayah di panggil "KAPITALISME"

Ibu, menguruskan wang gaji ayah, bertanggunjawab mengadakan keperluan kita, Jadi ibu di panggil "KERAJAAN"

Bibik atau Orang Gaji di panggil Golongan PEKERJA


Saifool, Adik kau, Kita panggil "MASA DEPAN"


"Jadi, Samad fikir2kan apa yang ayah terangkan tadi logik atau tidak?"


Samad pun terus pergi tidur, sambil memikirkan apa yang ayah Nya terangkan tadi. Sedang Dia berfikir, Samad terdengar Saifool menangis. Samad pun pergi melihat Saifool yg menangis kerana pampers nya penuh dgn najis.

Samad terus ke bilik org tua nya, Ibu Nya Sedang Tidur Dgn Lena.
Samad langsung ke bilik Bibik, Bilik Bibik berkunci, lalu Samad intip
Melalui Lubang kunci, Samad ternampak Ayah Nya sedang "mengerjakan" Bibik.
Samad putus asa langsung kembali ke bilik Dan terus tidur.
 
Pagi esok Nya, Samad berkata pada Ayah Nya, "Ayah, saya dah faham apa itu Politik dan konsep nya sekali".
Si Ayah pun berkata, "Bagus2, Cuba Samad terangkan pada Ayah, menggunakan cara Samad yang tersendiri apa yang Samad Faham Tentang POLITIK".
Dengan Penuh keyakinan, Samad menerangkan pada Ayah Nya, "Sedang Golongan Kapitalisme "mengerjakan" Golongan PEKERJA,
KERAJAAN lena tidur, Tidak menghiraukan Nasib rakyat yang MASA DEPAN Nya penuh dengan Najis....
Msinc-macam pernah dengar jer citer majikan dengan amah ni...ha..ha..ha..

Thursday, November 1, 2012

Tok Sidang Mula Gelabah..Ada Yang Nak Tojon Tingkap...


                    Apabila banyak ramalan ramalan yang menyatakan bahawa Negeri Perak bakal ditawan kembali oleh Pakatan rakyat. Ianya telah melahirkan suatu kebimbangan yang tinggi dikalangan ketua-ketua kampung. Dilaporkan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Perak akan memenangi enam kerusi lebih dari BN bagi DUN. Selepas PRU 13,suatu perubahan sosio-politik besar besaran akan berlaku bila Pakatan Rakyat memerintah.Secara beransur ansur orang melayu yang dulu nya penyokong tegar Umno akan menyertai Pakatan Rakyat.Daerah Perak Tengah akan menjadi kubu kuat untuk PR.Pada PRU 14,PR tidak menghadapi masalah untuk menang di Perak,ini adalah keranasebab umno akan menjadi paling lemah sekali dalam sejarah partai tersebut Faktor kelemahan tersebut ialah masalah kewangan.Ini adalah kerana Umno telah hilang sumbangan sumbangan yang terpunca dari pemberian projek kepada kroni.Ini menjadikan sumber kewangan Umno menjadi minimum.Akibatnya segala aktiviti partai tersebut akan lumpuh.Umno mungkin akan memaksa ahli membayar sendiri yuran mereka.Kenaikan yuran ahli juga akan dipertimbangkan.Ahli umno yang selama ini digerakkan dengan kuasa wang tak boleh buat kerja.Akhirnya Umno akan dibiar usang oleh pengikut pengikut sendiri.Begitulah nasib yang akan menimpa parti yang dulunya dikatakan gemilang dan terbilang itu.

                      Berdasarkan pengalaman,ramalan dan pendapat pendapat,beberapa tok sidang di dalam DUN Bota sudah mula pasang angan-angan untuk melompat masuk Pakatan Rakyat sekira nya Perak ditawan.Antara sebab sebabnya,ada dikalangan mereka masih tidak puas lagi menjadi tok sidang. Sesetengahnya beranggapan bahawa tidak ada apa yang merugikan jika masuk Pakatan,orang Islam dan Melayu juga.Ada yang merasakan usia dia pun sudah tua,ada pencen pula. Jadi terus lajak sahaja kehadapan lagi pun masa dalam umno pun dia dapat banyak tanah.Jadi mereka hendak habiskan sisa hidup mereka kejalan yang menuju kebenaran dan keadilan.Ada yang merasa bersalah keatas perlakuan mereka yang menindas dan memberikan tekanan kepada orang PAS dan PKR.Sampai ketika manusia akan berubah apabila cahaya menyinari jalan yang gulap gulita.

Msinc Tbo-Berharap, apabila PR memerintah negeri, semua jawatan tok sidang akan dipertandingkan..jadi sapa sapa yang rasa berkelayaklan bolehlah bertanding..terbuka pada semua orang kg,..tak kira parti..kalau org umno pun yang disukai oleh org kg utk jadi tok sidang,ianya akan terima.PR tak mau jawatan tok sidang dimonopoli oleh parti pemerintah sahaja...apa apa pun kepada semua kawan kawan seperjuangan..teman berharap dapatlah semuanya membantu calon calon kita dalam PRU 13 nanti..Tingkatkan usaha anda,gerakkan jentera pilihan raya dengan penuh bijaksana.Kalau ada nak iklankan aktiviti atau ceramah boleh hantar ke email saya diatas. msinccom@yahoo.com

Wednesday, October 31, 2012

UMN@ sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah



UMN@ sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah
(Petikan dari artikel penuh Aspan Alias )

Sekarang ini UMN@ terpaksa menubuhkan bermacam-macam Jawatankuasa untuk mengelakkan sabotaj-mensabotaj parti. Parti ini menghadapi masalah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya oleh rakyat yang ramai. Jika parti itu bermasalah dalam sebegini serius bagaimana ia boleh diyakini dan diberikan mandat lagi. Maka UMN@ patut diketepikan dahulu dan biarkan parti itu menyelesaikan masalah mereka dahulu. Sementara itu biarlah pihak alternatif menjaga rakyat dan negara dalam tempoh dan penggal yang akan datang ini.

Buat masa ini UMN@ terpaksa berbelanja berlipat kali ganda kali ini untuk membiayai kos pekerja pilihanraya yang lebih mementingkan wang ringgit yang besar sebelum melaksanakan tugas dalam pilihanraya nanti. UMN@ ibarat kereta yang sudah terlalu tua dan kos penyelenggaraannya amat tinggi. Apabila kurang penyelenggaraan UMN@ akan tidak berfungsi dan akan seperti kereta tua yang rosak: terbengkalai di tepi-tepi jalan.

Itu sebabnya orang ramai memilih untuk memandu kereta baru yang masih berbau wangi di dalamnya. Kereta lama ini mempunyai bermacam-macam masalah. Lepas diperbaiki, enjin rosak pula dan sistem penghawa dinginnya. Sekarang apabila kereta itu diyakini boleh berjalan dengan baik, lampu pula padam dan tidak boleh dipandu diwaktu malam. Susah memandu kereta tua ini. UMN@ perlu dihantar ke bengkel dan diperbaiki sebelum ia boleh digunakan lagi.

Oleh itu kita mesti terima hakikat apabila sampai masa UMN@ itu jatuh ia akan jatuh bergelimpangan. Ia seperti nyawa kita, apabila sampai waktunya untuk pulang ke Penciptanya, ia tidak boleh ditangguh walaupun sesaat. Ada sahaja jalannya untuk kembali ke asal. Setengahnya mati kerana kemalangan, setengahnya kerana serangan jantung dan angin ahmar, ada yang mati kerana C4 dan berbagai-bagai lagi cara manusia melalui jalan kematian.

Parti politik pun begitu. Ada yang gugur kerana peperangan dan ada yang jatuh kerana rasuah yang keterlaluan dan salahguna kuasa seperti yang berlaku di negara kita ini.

Tuesday, October 30, 2012

Kenapa Bekas Pengarah Polis Sertai PAS..


 
 Kenapa Bekas Pengarah Polis Dato Fauzi Shaari menyertai PAS sebagai wadah perjuangan.Marilah kita ikuti sajak beliau yang diperdengarkan di Ceramah Umum Isu Isu Semasa Taman Jutaria Batu Gajah 28 Oktober 2012 yang lalu..boleh dinyanyikan mengikut stail Lagu M.Nasir Kepada Mu Kekasih..


Kepada Mu Ya Allah
Diri ku ikhlas
Segala silap dan salah ku
Aku bertaubat
Ku tahu Engkau memahami kelemahan ku
Diriku menyembah menuntut keampunan Mu

Kepada Mu Ya Allah
Aku berserah jiwa raga ku juga segalanya
Semoga Kau menerima ibadahku ini
Jangan kelak Kau meluntar ku
Ke neraka jahanam Mu

Kepada Mu Ya Allah
Aku tinggalkan
Segala yang bathil
yang kau bencikan
Apa yang aku impikan
Hidup yang diredhaai
Dan dirahmati....

Kepada Mu Ya Allah
Diri ku sadar
Tiada yang ragu segala wahyu Mu
Ampunkan segala dosaku maafkan daku
Izinkan kami menuju ke syurga ciptaan Mu


Msinc-kalau dinilai dari sudut seni suara Dato Fauzi boleh diangap penyanyi yang baik kerana mempunyai tone yang macho dan lunak serta vibrato yang baik.Syabas Dato, kerana memberi kelainan dan pembaharuan dalam kaedah kaedah penceramahan.

Monday, October 29, 2012

Hanya Ayor,Angin Dan Tanah Kubur Ajer Yang Tak Dijual Deme...


          Umno Perak semakin menyedari harapan mereka untuk menang pada PRU 13 semakin tipis.Ramalan demi ramalan dibuat tetap menunjukan jawapan yang sama.Pakatan Rakyat akan merampas kembali negeri Perak dari tangan Barisan Nasional.Adalah diramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi kerusi Dun sebanyak 6 kerusi lebih dari BN.Ini menerangkan bahawa Pakatan Rakyat akan menang selesa tanpa khuatir akan berlaku rampasan kuasa yang tidak sah oleh BN.

           Kemungkinan menyedari hakikat ini menyebabkan mereka menjalankan taktik penjajah British,apabila menghadapi kependudukan Jepun di Tanah Melayu.Pihak British telah memusnahkan sumber sumber mineral seperti lombong lombong bijih timah dan insfrastuktur seperti jalan dan jambatan.Tujuannya adalah untuk menyusahkan Jepun untuk memerintah Malaya.Perkara ini turut ditiru oleh UMNO setelah mereka menyedari kesedaran dan kemaraan rakyat sudah tidak boleh dibendong lagi.


         Menurut Mantan Menteri Besar Dato Seri Nizar Jamaludin dalam ucapan beliau di Taman Jutaria Batu Gajah semalam,kelihatan semacam suatu trend baru Umno untuk menjual hak milik kerajaan negeri kepada individu individu yang kelihatan nya seperti kroni Umno.Beliau mengambil contoh padang ragut di Sungai Terap.Ramai penternak lembu telah kehilangan padang ragut apabila ianya telah dijual kepada syarikat kroni.Beliau kesal kerana sidang DUN hanya berlangsung tidak sampai 3 jam,mengakibatkan perkara ini tidak dapat dibincangkan didalam dewan.Beliau juga turut membongkar  berkenaan beberapa keping tanah di Bandar Batu Gajah yang turut dijual kepada kroni.Pihaknya akan menbuat siasatan lanjut dan mencari bukti terkini sebelum mendedahkan lagi butiran lanjut untuk pengetahuan rakyat.Pada pendapat penulis,mereka sekarang sedang berebut rebut mengaut kekayaan dari penjualan harta kerajaan negeri kerana mereka berangapan ini lah peluang terakhir untuk berbuat demikian sebelum kehilangan kuasa buat selama lama nya.Buat jahat berpada pada,Buat baik jangan sekali...


            Kes Rumah Perak di Pulau Pinangyang telah dikonsesikan oleh kerajaan negeri juga turut dipersoalkan.Apakah rasional kerajaan negeri berbuat demikian?.Tidakkah adanya unsur unsur mengaut keuntungan oleh individu tertentu.Bagaima dengan ketelusan kontrak yang diberi kepada syarikat pemaju Al Creative?.Apakah kerajaan akan dapat keuntungan yang berbaloi melalui konsep ini?.Apakah tidak ada pilihan yang lebih bagus selain dari apa yang telah dijalankan?.Bagaimana dengan kebajikan kakitangan yang dulunya membayar cuma RM 50.00 sehari untuk menginap disitu.(Ada blog yang pro Umno menyatakan bahawa Syarikat tersebut tetap akan mengenakan bayaran yang serupa kepada kakitangan yang menyewa).Boleh diterima pakai kah janji tersebut memandangkan konsesi ini berjalan selama 30 tahun sebelum ianya diserahkan kembali kepada kerajaan Negeri.Sepatutnya kerajaan negeri mendedahkan berkara ini kepada umum supaya ianya lebih telus.



Msinc TBO-Hari nie mak teman merebus ubi kayu...sebab semalam teman nampak ubi kayu terlanya depan romah...teman kate pade mak teman....belajo lajor ler makan ubi kayu...pasai lepaih ni PR merentah..negara bengkrap...kene makan ubi kayu...hi..hi..(org umno suke beno main isu ubi kayu nie..isu yang telah ditertawakan oleh ramai orang muda..apalah akai umeno nih..koncan..)

mak teman ade citer zaman jepon...cerite santan aya...santan..aya...saper yang tau citer ni...sape tau citer ni..aku belanjer makan di kedai kulop...makan apa saje..sampai muntat...ha..ha..

Sunday, October 28, 2012

Kami Mahu Pemimpin Yang Macam Ini.


            Semalam selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Kampong Telok Bakong Ustaz Zulkifli Ibrahim iaitu bakal calun Parti Keadilan Rakyat untuk DUN Bota telah berkesempatan untuk menghadiri majlis Akikah warga Telok Bakong iaitu Keluarga Hassan Alang Sehat dan Halimah. Ustaz Zul juga telah mengepalai majlis dengan membaca doa untuk kenduri tersebut.


             Semasa jamuan makan Ustaz Zul telah mengambil kesempatan untuk beramah tamah dan menyantuni warga emas dan orang orang muda.Terdapat penduduk kampung yang telah mengambil peluang keemasan untuk bertanya kepada Ustaz Zul berkenaan hukum hukum Islam terutama mengenai Ibadah Qurban.Setiap persoalan yang dikemukakan oleh penduduk kampung,telah dijawab oleh Ketua Penerangan PKR Cabang Tambun ini dengan jelas dan teliti berdasarkan beberapa rujukan rujukan tertentu yang telah dibuat.


             Kemudian nya Team TBO telah mempelawa Ustaz Zul untuk sama sama "mengeteh" disalah sebuah kedai kopi di Telok Bakong.Beliau telah sempat bertanya khabar kepada orang ramai yang berada di sana. Didalam majlis minum yang tidak rasmi itu,beliau telah meluahkan hasratnya untuk mengadakan projek gotong royong dikampung Telok Bakong.Disamping itu,sebanyak 20 sumbangan akan diberikan oleh beliau sendiri kepada 20 orang miskin di Telok Bakong.Didalam perkara ini Telok Bakong Online telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan senarai penerima yang berkelayakan.Terdapat lagi beberapa aktiviti yang bakal dianjurkan seperti Majlis BBQ Orang Muda,Ceramah Umum dan Kelompok serta lain lain lagi aktiviti yang akan ditentukan kemudian.
             
                Pakatan Rakyat telah memilih seorang calun yang bersesuaian dengan kehendak penduduk tempatan.Dengan pengetahuan ilmu duniawi dan agama yang dimiliki menjadikan Ustaz Zulkifli adalah pemimpin yang serba boleh dalam menangi permasalahan masyarakat tempatan.marilah kita gunakan kesempatan yang berharga dalam PRU 13 untuk memilih pemimpin yang benar benar adil,beragama dan berakhlak serta amanah untuk dilantik menjadi pemimpin anda.Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin.

Msinc-Tak mo pemimpin yang mati mati ngatekan emak nye tak ponah ngajor dia menipu..tapi last last nye semua orang kampung tertipu..dapat ke dia bertanding lagi..kita tengok kan aje ler..

Linkwithin