Thursday, November 1, 2012

Tok Sidang Mula Gelabah..Ada Yang Nak Tojon Tingkap...


                    Apabila banyak ramalan ramalan yang menyatakan bahawa Negeri Perak bakal ditawan kembali oleh Pakatan rakyat. Ianya telah melahirkan suatu kebimbangan yang tinggi dikalangan ketua-ketua kampung. Dilaporkan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Perak akan memenangi enam kerusi lebih dari BN bagi DUN. Selepas PRU 13,suatu perubahan sosio-politik besar besaran akan berlaku bila Pakatan Rakyat memerintah.Secara beransur ansur orang melayu yang dulu nya penyokong tegar Umno akan menyertai Pakatan Rakyat.Daerah Perak Tengah akan menjadi kubu kuat untuk PR.Pada PRU 14,PR tidak menghadapi masalah untuk menang di Perak,ini adalah keranasebab umno akan menjadi paling lemah sekali dalam sejarah partai tersebut Faktor kelemahan tersebut ialah masalah kewangan.Ini adalah kerana Umno telah hilang sumbangan sumbangan yang terpunca dari pemberian projek kepada kroni.Ini menjadikan sumber kewangan Umno menjadi minimum.Akibatnya segala aktiviti partai tersebut akan lumpuh.Umno mungkin akan memaksa ahli membayar sendiri yuran mereka.Kenaikan yuran ahli juga akan dipertimbangkan.Ahli umno yang selama ini digerakkan dengan kuasa wang tak boleh buat kerja.Akhirnya Umno akan dibiar usang oleh pengikut pengikut sendiri.Begitulah nasib yang akan menimpa parti yang dulunya dikatakan gemilang dan terbilang itu.

                      Berdasarkan pengalaman,ramalan dan pendapat pendapat,beberapa tok sidang di dalam DUN Bota sudah mula pasang angan-angan untuk melompat masuk Pakatan Rakyat sekira nya Perak ditawan.Antara sebab sebabnya,ada dikalangan mereka masih tidak puas lagi menjadi tok sidang. Sesetengahnya beranggapan bahawa tidak ada apa yang merugikan jika masuk Pakatan,orang Islam dan Melayu juga.Ada yang merasakan usia dia pun sudah tua,ada pencen pula. Jadi terus lajak sahaja kehadapan lagi pun masa dalam umno pun dia dapat banyak tanah.Jadi mereka hendak habiskan sisa hidup mereka kejalan yang menuju kebenaran dan keadilan.Ada yang merasa bersalah keatas perlakuan mereka yang menindas dan memberikan tekanan kepada orang PAS dan PKR.Sampai ketika manusia akan berubah apabila cahaya menyinari jalan yang gulap gulita.

Msinc Tbo-Berharap, apabila PR memerintah negeri, semua jawatan tok sidang akan dipertandingkan..jadi sapa sapa yang rasa berkelayaklan bolehlah bertanding..terbuka pada semua orang kg,..tak kira parti..kalau org umno pun yang disukai oleh org kg utk jadi tok sidang,ianya akan terima.PR tak mau jawatan tok sidang dimonopoli oleh parti pemerintah sahaja...apa apa pun kepada semua kawan kawan seperjuangan..teman berharap dapatlah semuanya membantu calon calon kita dalam PRU 13 nanti..Tingkatkan usaha anda,gerakkan jentera pilihan raya dengan penuh bijaksana.Kalau ada nak iklankan aktiviti atau ceramah boleh hantar ke email saya diatas. msinccom@yahoo.com

No comments:

Linkwithin