UMN@ sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah
(Petikan dari artikel penuh Aspan Alias )
Sekarang ini UMN@ terpaksa menubuhkan bermacam-macam Jawatankuasa untuk mengelakkan sabotaj-mensabotaj parti. Parti ini menghadapi masalah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya oleh rakyat yang ramai. Jika parti itu bermasalah dalam sebegini serius bagaimana ia boleh diyakini dan diberikan mandat lagi. Maka UMN@ patut diketepikan dahulu dan biarkan parti itu menyelesaikan masalah mereka dahulu. Sementara itu biarlah pihak alternatif menjaga rakyat dan negara dalam tempoh dan penggal yang akan datang ini.
Buat masa ini UMN@ terpaksa berbelanja berlipat kali ganda kali ini untuk membiayai kos pekerja pilihanraya yang lebih mementingkan wang ringgit yang besar sebelum melaksanakan tugas dalam pilihanraya nanti. UMN@ ibarat kereta yang sudah terlalu tua dan kos penyelenggaraannya amat tinggi. Apabila kurang penyelenggaraan UMN@ akan tidak berfungsi dan akan seperti kereta tua yang rosak: terbengkalai di tepi-tepi jalan.
Itu sebabnya orang ramai memilih untuk memandu kereta baru yang masih berbau wangi di dalamnya. Kereta lama ini mempunyai bermacam-macam masalah. Lepas diperbaiki, enjin rosak pula dan sistem penghawa dinginnya. Sekarang apabila kereta itu diyakini boleh berjalan dengan baik, lampu pula padam dan tidak boleh dipandu diwaktu malam. Susah memandu kereta tua ini. UMN@ perlu dihantar ke bengkel dan diperbaiki sebelum ia boleh digunakan lagi.
Oleh itu kita mesti terima hakikat apabila sampai masa UMN@ itu jatuh ia akan jatuh bergelimpangan. Ia seperti nyawa kita, apabila sampai waktunya untuk pulang ke Penciptanya, ia tidak boleh ditangguh walaupun sesaat. Ada sahaja jalannya untuk kembali ke asal. Setengahnya mati kerana kemalangan, setengahnya kerana serangan jantung dan angin ahmar, ada yang mati kerana C4 dan berbagai-bagai lagi cara manusia melalui jalan kematian.
Parti politik pun begitu. Ada yang gugur kerana peperangan dan ada yang jatuh kerana rasuah yang keterlaluan dan salahguna kuasa seperti yang berlaku di negara kita ini.
No comments:
Post a Comment