Saturday, October 5, 2013

Mesyuarat PAS Batu kecoh, diadakan semula 6 Okt..TBO Akan Buat Liputan..







Mesyuarat agung serta pemilihan PAS Kawasan Batu pada 29 September lalu menjadi kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan cawangan Taman Datuk Senu mengundi.

Sumber-sumber yang turut hadir memberitahu Malaysiakini bahawa keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dengan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu.

Menurutnya, ada juga suara-suara yang "memujuk" supaya pemilihan itu diteruskan.

Sumber-sumber itu mendakwa perwakilan daripada cawangan Taman Datuk Senu digantung sehari sebelum tarikh pemilihan tersebut kerana didakwa cawangan tersebut telah menghantar dua kumpulan perwakilan ke mesyuarat tersebut.

no to 118 mega tower movement launch 050113 ishak surin 02Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin mengesahkan perkara itu berlaku, tetapi menegaskan bahawa ia telah diselesaikan selepas dirujuk kepada badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan ibu pejabat parti.

"Masalah ini sudah selesai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Berikutan itu, katanya, kawasan Batu telah diarahkan mengadakan semula mesyuarat agung dan pemilihan pada 6 Oktober ini.

Berhubung perwakilan cawangan Taman Datuk Senu, Ishak berkata pihaknya mempunyai kuasa untuk menentukan senarai perwakilan yang layak menghadiri mesyuarat agung tersebut.

"Tapi kalau kita ambil senarai perwakilan lama, nanti kata kita pilih kasih. Memandangkan masa sudah suntuk, Dewan Harian kawasan memutuskan tidak membenarkan kedua-dua perwakilan hadir

"Kita tubuh jawatankuasa untuk selesaikan masalah ini. Kedua-dua tidak dibenarkan hadir pada Ahad ini (untuk menyambung semula mesyuarat yang tertangguh)," kata Ishak lagi.-MK


Msinc-Wartawan TBO, Nagebersembor akan berada disana untuk buat liputan dan mengambil gambar..ikuti post TBO seterusnya untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.Ada sumber sumber beritau Msinc,kekecohan berlaku apabila adanya golongan Pemuda yang cuba menjatuhkan kepimpinan lama.

Thursday, October 3, 2013

Khairy: Ya, kementerian bayar K-Pop RM1.6 juta



-
Khairy: Ya, kementerian bayar K-Pop RM1.6 juta
5:53PM Okt 2 2013  
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

NONE"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

"Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak akan meneruskan lagi acara sebegitu pada sambutan Hari Belia 2013 dan tahun-tahun akan datang.

'Saya mesti jawab & bertindak'
Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop - U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet - dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

NONEMenurut Khairy, beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu.

"Saya tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.

"Prinsip kebertanggungjawapan bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya," katanya.

Menteri belia dan sukan sewaktu sambutan itu berlangsung adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.-MK

Linkwithin